“Jika Ini UjianMu, Aku Reda.” Tiub Fallopio Bengkak, Eriyca Baiduri Harap Ada Rezeki Anak

Share

Pengasas kosmetik, Eriyca Baiduri atau lebih mesra dipanggil Madammu selamat menjalani prosedur membuang tiub fallopio yang membengkak sebelum meneruskan rawatan persenyawaan in-vitro (IVF) pada Isnin.

Menurut Madammu, pembedahan tersebut terpaksa dilakukan secepat mungkin susulan bengkak pada saluran tiub dan ia menyukarkan proses pemindahan embrio bagi tujuan IVF.

“18/7/2022, Isnin 10.00am, Madammu perlu melalui prosedur remove fallopian tube. Satu prosedur yang Madammu memang amat takut dan tak nak lalui. Tetapi keadaan memaksa untuk Madammu perlu laluinya juga.

“Teringat pada 5/7/2022 apabila Dr Haris memberitahu Madammu yang Madammu harus jalani pembedahan secepat mungkin akibat bengkak yang semakin besar pada tube dan tidak boleh teruskan untuk proses pemindahan embrio, ” tulisnya menerusi Diari Madammu.

Meski banyak cabaran yang dihadapi dalam usaha memiliki zuriat, namun dia percaya dengan aturan Yang Maha Esa dan bersyukur apa adanya.

Ahli perniagaan ini juga bersangka baik, setiap apa yang dilalui hari ini pasti ada hikmah.

Sementara itu, menerusi TikTok, Madammu reda dan mendoakan aaga urusannya dipermudahkan.

@eriyca.baiduri Isnhallah #ladyofnoirmalaysia #noir ♬ original sound – Noir

 “Jika ini adalah ujian untuk mendapatkan seorang cahaya mata, Madammu reda. Ya Allah permudahkanlah urusan Madammu,” tulisnya.

Dia pada masa sama memberikan dedikasi atas pengorbanan suami dan anak-anak yang sentiasa berada di sisi.

@eriyca.baiduriTerima kasih 💜♬ PENANTIAN ARMADA – Sadvibes🥀

Ericya sebelum ini mengakui dan suami mula ikhtiar untuk memiliki cahaya mata sendiri mengenangkn tiga anak daripada perkahwinan suaminya sebelum ini semakin menginjak dewasa.

Kredit: IG & TikTok eriyca.baiduri ; MH

Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Ayuh, belajar cara didik anak untuk menyimpan sejak mereka kecil. Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/ajar-anak-simpan-duit/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

 

 

IKLAN