Pernah tak anda rasa, Ya Allah penatnya ada anak kecil. Nak sangat anak cepat-cepat besar supaya dia boleh bermain sendiri dan uruskan diri mereka sendiri. Pernah tak rasa penat melampau-lampau?
Kalau anda ada perasaan penat, Tahniah kerana anda telah melakukan perkara yang betul . Kenapa? Ikuti perkongsian daripada Maryam Jamadi, Pediatric Occupational Therapist.
BERSUSAH-SUSAH DAHULU 🏗
Bila anak umur 1 bulan, rasa penatnya nak jaga bayi yang masih tak tahu siang dan malam dalam keadaan masih dalam berpantang. 😴
Bila anak umur 7 bulan, rasa penatnya nak kejar anak dan “selamatkan” anak bila hampir terjatuh ketika fasa lasak merangkak dan memanjat. 👶
Bila anak umur 8 bulan, penatnya nak melayan kehendak anak yang mahu berkepit 24 jam dengan kita kerana tengah “peak season” fasa “separation anxiety”. 🙃
Bila anak umur 1 tahun, rasa penatnya nak mengejar anak yang siang malam berjalan sambil memunggah barang. 🏃♂️
Bila anak umur 1 tahun 6 bulan, rasa penatnya nak mengawal sikap mengamuk tanpa sebab anak. 😡
Ads
Bila anak umur 2 tahun, rasa penatnya nak membalas pertanyaan demi pertanyaan tentang segala benda kepada kita sambil menghadapi fasa merajuk anak. 🤪
Bila anak umur 2 tahun 6 bulan, rasa penatnya untuk memastikan anak boleh uruskan diri sendiri termasuklah penat nak mengelap lantai semasa proses “potty training”. 👾
Jika mak ayah pernah rasa “penat” sepanjang anak umur 0-3 tahun, TAHNIAH saya ucapkan kerana mak ayah dah buat perkara yang betul. ❤
Ads
Saya kata begini sebab saya dah jumpa ramai mak ayah yang dah tersilap langkah apabila pilih “senang” dahulu semasa menjaga anak sewaktu waktu genting ini.😢
Bila anak melasak merangkak kemana-mana di rumah, buka TV. Bila anak mula tak duduk diam, beri gadget. Bila anak mula “menyanyi”, dimintanya anak untuk diam. Bila anak mula nak potpet, disumbatnya punting tiruan sebab bising. Bila anak mula mengamuk pukul orang lain, dilayankan amukan dengan beri segala benda yang anak mahu. Bila anak nak belajar makan sendiri, disuapkan sebab tak mahu bersepah.
Apabila kita pilih senang dahulu, di masa hadapan pasti lagi susah. 🌋 Apabila anak mula terlewat perkembangan bahasa disebabkan 24 jam dengan gadget, Anak tak belajar becakap apabila 24 jam dengan puting tiruan, Anak tak hormat mak ayah jika mak ayah tak pernah beritahu tindakannya salah, Anak tak reti uruskan diri sendiri walaupun dah umur 6 tahun.
Ads
Setiap didikan yang kita berikan kepada anak semasa kecil membentuk peribadinya. 💎 Setiap kali terasa penatnya nak menghadap ragaman anak semasa ini, kenanglah kembali teletah anak sejak dari lahir sehingga sekarang. Saat itu, kita akan tersedar kembali yang anak membesar hanya sekali. Anak tidak akan jadi bayi selamanya, tidak akan selamanya 24 jam dengan kita dan tidak akan selamanya “obsess” dengan kita. 🤱
Anak “obsess” dengan kita sewaktu ini kerana kitalah dunia mereka. Sampai satu masa apabila anak mula sedar kewujudan dunia yang lebih luas dan menarik, pasti kita rindu saat ini. ❤
Jadi, saya ucapkan SELAMAT BERSUSAH-SUSAH kepada semua mak ayah yang mempunyai anak kecil. 😅😅😅
Terima kasih, silakan SHARE sekiranya bermanfaat untuk diri dan orang lain.
*Gambar comot anak saya semasa umur 8 bulan, nak sangat makan sendiri sampai rambut pun makan 😴
Kredit: Maryam Jamadi
Pediatric Occupational Therapist
BEYOND Home Therapy
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tabiat mengonggong botol susu dan puting bukanlah asing bagi kanak-kanak. Memang itu merupakan kepuasan dan keseronokan bagi mereka. Namun begitu, kita tidak boleh menganggap tabiat tersebut boleh berterusan sampai bila-bila. Kita juga faham bahawa sesuatu tabiat itu jika dilakukan secara keterlaluan akan sedikit sebanyak memberikan kesan sama ada positif atau negatif.
Sebenarnya, tiada jawapan yang jelas mengenai permasalahan ini. Tapi secara asasnya, pembelajaran bahasa terjadi melalui pemerhatian dan pembelajaran kanak-kanak dari sekeliling. Dan seterusnya mereka akan belajar untuk menggunakan organ-organ mulut untuk belajar menyebut bunyi-bunyi pertuturan. Kesemua pembelajaran tersebut memerlukan latihan untuk membolehkan kanak-kanak boleh melakukannya dengan baik.
Menggonggong botol susu dan puting secara berterusan biasanya dikaitkan dengan masalah:
Masalah jangkitan pada telinga
Kajian menunjukkan kanak-kanak yang setiap masa dengan botol susu / puting mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat masalah jangkitan pada telinga. Seperti yang kita tahu, mendengar adalah sangat penting untuk membolehkan kanak-kanak bercakap dengan baik. Sekiranya terdapat gangguan pada pendengaran kanak-kanak, sudah semestinya, perkembangan bahasa juga akan terganggu
Masalah pada struktur rahang dan gigi kanak-kanak seperti ‘open bite’ dan kerosakan gigi
Proses bercakap perlu dipelajari. Ia melibatkan banyak aspek. Tapi secara asasnya untuk bercakap kanak-kanak perlu memahami bahasa terlebih dahulu yang mana proses ini berlaku di otak hasil dari apa yang mereka dengar dan lihat. Seterusnya untuk menyebut pula mereka perlukan struktur dan fungsi yang baik bagi organ pertuturan. Sekiranya salah satu terganggu semasa proses berlaku, akan wujudlah gangguan pada pembelajaran untuk kanak-kanak bercakap
Jika kita lihat pada kedua masalah tersebut, memang ada faktor penyumbang yang membawa kepada masalah kelewatan bahasa & pertuturan. Masalah jangkitan pada telinga boleh menyebabkan kanak-kanak mendapat masalah pendengaran yang mana ia akan memberi kesan kepada pembelajaran bahasa mereka. Jika mereka tidak mendengar dengan baik, bagaimana mereka boleh memahami perkataan dan menyebut dengan baik kerana asas untuk belajar bercakap adalah faham dan tiru sebutan orang dewasa terlebih dahulu.
Seterusnya adalah masalah pada struktur mulut, rahang dan gigi juga boleh memberi kesan pada sebutan kanak-kanak yang mana ianya boleh membawa kepada masalah pelat. Untuk bercakap dan menyebut bunyi, setiap organ pertuturan perlu diletakkan pada kedudukan yang betul. Kedudukan yang salah akan menyebabkan bunyi yang salah juga dihasilkan. Untuk menghasilkan bunyi yang betul, kanak-kanak perlu berlatih menggunakannya secara berterusan semasa usia 6 bulan lagi.
Walaupun ada kajian-kajian yang dilakukan, tetapi tiada keputusan yang mengatakan dan mengaitkan secara terus bahawa tabiat menggonggong botol susu dan putting secara berterusan boleh menyebabkan kanak-kanak lambat bercakap. Terapis Pertuturan menyarankan supaya kanak-kanak berhenti atau mengurangkan penggunaan botol dan puting pada usia 18 bulan ke usia 2 tahun kerana pada usia ini pembelajaran bahasa dan perkembangan struktur mulut berkembang dengan sangat pesat. Pada usia 18 bulan kanak-kanak sudah boleh diajar menggunakan cawan ataupun straw untuk minum.
Jadi apa yang boleh sy simpulkan di sini adalah, tak semua kanak-kanak yang ada tabiat ini akan lambat bercakap. Tapi risiko mereka untuk mendapat masalah lambat bercakap adalah lebih tinggi berbanding kanak-kanak yang tiada tabiat ini.
Kecomelan Jebat Jayden Ahmad yang sentiasa murah dengan senyuman buatkan ramai peminat baba dan mommynya geram. Tanggal 30 Ogos genaplah setahun usia putera sulung pasangan Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila.
Menerusi entri di instagram Sharnaaz dan Noor Nabila, masing-masing memberi ucapan untuk buah hati mereka itu.
Happy birthday my son, u are the reason im still fighting for this life. And will never stop because of you. Ba syg sangat kat cek.. be good to everyone syg.. happy 1st birthday sayang ba..
Suara ba, cek pertama sekali dengar, dan biarlah suara cek, ba dengar yg terakhir sekali.. happy birthday anak ba. Jauh dimata ba, tapi paling hampir dgn nyawa ba. @jebatjayden
Selamat hari jadi untuk anakku sayang. Semoga Allah swt panjangkan umur anak mommy, beri kesihatan yang baik dan berterusan untuk anak mommy, jadikan anak mommy Jebat Jayden Ahmad anak yang soleh, anak yang bijak, anak yang berbakti pada orang tua dan semoga Allah swt sentiasa melindungi anak mommy. Dan melimpahi anak mommy dengan kasih sayang Allah dan rahmat Allah swt.
Sayangku jadilah orang yang beriman, yang bertanggungjawab, yang sentiasa menghormati orang tidak kira tua atau muda, yang menepati janji, yang berjaga-jaga ketika berkata-kata supaya tidak mengguris hati sekeliling, semoga sayang mommy boleh menjadi seorang yang sabar dan sentiasa tenang dalam apa sahaja dugaan hidup.
Sayangku anak mommy terima kasih kerana hadir dalam hidup mommy, syukur pada Allah swt. Hidup mommy dipenuhi dan dilimpahi dengan kasih sayang dan nikmat yang tak pernah mommy rasa sebelum ini. Terima kasih sayang untuk gelak tawa, gurauan senyuman dan kasih sayang yang sangat indah dan takde nilainya.
Anakku jantung hatiku, anugerah dan amanah terindah
Jebat Jayden Ahmad. Anakku jantung hatiku nyawaku , amanah dan anugerah terindah dari Allah swt akan ku jagamu dengan sepenuh jiwa dan ragaku wahai anakku. Semoga Allah sentiasa merahmati dan melindungi kita berdua. InsyaAllah.
Noor Nabila turut memberi ucapan hari jadi kepada Jebat Jayden yang kini berusia setahun. Sebelum ini, Nabila turut throwback sekeping gambar ketika sedang sarat hamil 38 minggu.
Sumber: ig Sharnaaz Ahmad, Noor Nabila
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Karies botol susu hanya pada nama kerana anak yang tak guna botol pun masih boleh dijangkiti. Kenapa boleh berlaku? Ikuti perkongsian daripada juruterapi pergigian, Puan Sharipah Eyie.
KARIES BOTOL SUSU hanya pada nama. Kalau tak hisap botol pun still boleh jadi. Jangan kata, i breast feeding (bf) mom, i tak macam uollsss formula (fm) mom, tak guna botol. So anak i tak karies botol susu.
Nama lain nya ialah karies rampan
Terjadi apabila anak tertidur dengan botol susu di mulut, kemudian susu bertakung di dalam mulut, gigi atas terendam di dalam susu yang bertakung tersebut. (Biasa terjadi pada gigi hadapan and then spread all over)
So tak hairan la kalau bf tapi still jadi karies. Terutama pada baby atau akak baby atau abang baby yang suka ngempeng. Plus, fm ke ebm ke both ada kandungan gula, ( CUMA TAK NAFI, GULA DALAM FM MEMANG TINGGI), even tak nampak kat mata gegula nya.
Still akan jadi punca-punca kerosakan gigi. Jangan lupa resepi utama;
1. jangan biar anak tidur dengan susu di mulut. 2. bagi baby hisap botol plain water selepas susu, or: 3. Lap dengan wet cloth yang bersih.
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.