


Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!



Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Suasana hiba menyelubungi perkarangan Unit Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) apabila seorang bapa rebah dalam tangisan selepas memeluk dan mencium jenazah anak tunggalnya, Chempaka Alara Azizi, sejurus selesai proses bedah siasat pada Isnin.
Chempaka Alara, kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun, meninggal dunia dalam satu kemalangan tragis yang berlaku di Kilometer 142 Jalan Keratong–Bahau, Muadzam Shah, pada petang Ahad. Ibunya, Amelia Kartika Mappatata, 32, turut mengalami kecederaan dan sedang menerima rawatan di HTAA.
Bapanya, Azizi Abd Karim, yang bekerja sebagai jurulatih renang berkata dia sempat berhubung dengan anak dan isterinya hanya lima minit sebelum kejadian melalui panggilan video.
“Itu kali terakhir saya lihat wajah ceria Bunga, dia sempat luahkan rindu. Tak sangka itulah perbualan terakhir kami,” katanya dalam nada sebak ketika ditemui pemberita.
Menurut Azizi, beliau kali terakhir bertemu secara fizikal dengan anaknya pada pagi Khamis, sebelum isteri dan anaknya bertolak ke Melaka untuk menghadiri majlis kenduri rakan. Mereka dijadualkan pulang ke Kuantan pada Ahad, namun takdir berkata sebaliknya.
“Saya rasa sangat terkilan, saya tak sempat peluk dia sebelum mereka pergi. Masa panggilan video tu, saya cuma sempat kata ‘sabar, ayah nak datang ambil Bunga nanti kita jumpa’,” tambahnya.
Dalam tragedi berkenaan, tiga individu dilaporkan maut selepas kenderaan yang dinaiki mereka terbabas dan bertembung dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda. Mereka ialah pemandu kereta, Aida Asmalia Abu Samah, 46; penumpang, Siti Auni Syafiqa Sheikh Ali, 18; serta Chempaka Alara.
Tiga lagi penumpang termasuk ibu Chempaka, Amelia Kartika; anak pemandu, Adam Wafiy Muqri Jaslihardi, 14; dan adik kepada Siti Auni Syafiqa, Siti Adawiya Syauqina, 13; mengalami kecederaan dan sedang dirawat di hospital sama.
Menurut laporan, kemalangan berlaku kira-kira jam 5.30 petang ketika mereka dalam perjalanan pulang dari Alor Gajah, Melaka selepas menghadiri satu majlis perkahwinan.
Jenazah Chempaka Alara telah dituntut oleh keluarganya sekitar jam 1 petang selepas selesai proses bedah siasat. Jenazah dibawa ke Masjid Taman Taman untuk dimandi dan dikafankan sebelum disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Batu Lapan, Jalan Kuantan–Gambang.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!
Bayi cranky dan kuat meragam dan tanpa sebab, pening dibuatnya. Mama papa jangan panik! Cuba periksa, mungkin anda lupa nak buat 6 perkara ini.
Secara umumnya ada beberapa sebab bayi anda menangis dan meragam. Malah si manja yang masih belum boleh bercakap, menjadikan menangis sebagai kaedah untuk berkomunikasi. Walaupun kebanyakan isyarat menangis menunjukkan bayi mempunyai keperluan seperti mahu makan atau mahu ditukar lampin yang basah tetapi ada ketikanya anda sukar memahami kenapa bayi sangat cerewet sehingga sukar dikendalikan.
Sebelum memeriksa lebih lanjut, pastikan anda melakukan lima perkara ini terlebih dahulu;
Namun sekiranya lima perkara di atas telah dilaksanakan dan tangisannya masih lagi tidak reda, anda boleh cuba lakukan enam perkara seperti berikut
1.BAWA BAYI KE TEMPAT YANG TENANG
Bayi boleh menjadi lebih mudah dirangsang apabila berada di ruang yang tenang dari kebisingan dan suasana nyaman. Kadang kala dengan pencahayaan, bunyi dan persekitaran mudah untuk bayi bergerak akan bayi menjadi cerewet. Cuba alihkan bayi ke lokasi yang tenang dan tempat yang biasa dengannya untuk si manja berada dalam keadaan tenang. Pencahayaan bilik yang dimalapkan sedikit juga boleh meredakan tangisan mereka.
2.BEDUNG BAYI
Kebanyakan bayi suka dirinya dibedung kerana ia membuatkan dirinya berasa selamat seperti di dalam rahim ibu. Apabila si manja di bedung, ia dapat membantu mengawal pergerakan (refleks Moro) bayi anda dan membantu si manja tidur nyenyak.
3.BUAIKAN
Perlahan-lahan buaikan bayi anda dalam gerakan berirama yang boleh membantu mengatasi masalah bayi yang cerewet. Gerakan berirama mengingatkan bayi anda berada di dalam rahim. Anda juga boleh dodoinya sambil berjalan atau meletakkan di pangkuan sambil anda duduk di kerusi goyang.
4.MENYANYI
Mengulangi bunyi seperti “Shhh, shhh, shhh” atau “ahhh, ahh” dalam corak irama pada nada yang sama boleh membantu menenangkan bayi anda. Tidak mengapa jika suara tidak merdu, asalkan bunyi suara anda adalah biasa dan selesa untuk bayi anda. Bagi Muslim, boleh mengalunkan zikir dalam nada yang sama untuk menenangkan si manja.
5.UBAH KEDUDUKAN
Kadang-kala memegang bayi dengan cara berbeza boleh membantu memberikan keselesaan pada si manja yang cerewet. Jika bayi anda mempunyai masalah kolik atau kembung perut, anda boleh memegang bayi dengan kedudukannya menghadap anda. Posisi dukung cara ini memberi tekanan pada bahagian perut kecilnya yang boleh membantu mengurangkan ketidakselesaan si manja.
6.MASA UNTUK SENDIRIAN
Jika anda masih tidak dapat menenangkan bayi anda yang cerewet ini, cuba letakkan si manja di tempat tidur bayi untuk beberapa minit. Kadang-kala seperti orang dewasa, bayi hanya mahu sendirian untuk dirinya berehat tanpa diganggu.
Jika anda telah mencuba pelbagai keperluan bayi anda dan mencuba panduan yang diberi ini, namun masih gagal menenangkan bayi, cuba dapatkan rawatan pakar kanak-kanak untuk mendapatkan nasihat serta melakukan pemeriksaan kesihatan bayi.
Info Mengenai Kembung Perut/Kolik
Tangisan bayi selalunya akan lebih kerap di antara usia enam hingga lapan minggu dan akan berkurangan apabila bayi berusia tiga bulan. Jika bayi anda baru lahir sihat tetapi menghidapi kolik, akan membuatkan bayi anda menangis kerana tidak selesa.
Tangisan akibat kolik berbeza daripada tangisan yang normal kerana lebih kuat dan bernada lebih tinggi.Tangisan bayi yang kolik kedengaran seolah-olah dia dalam kesakitan atau berteriak. Bayi yang menangis kerana kolik lebih sukar ditenangkan dan tangisan mungkin akan berakhir selepas dia mengeluarkan angin atau membuang air besar.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!
Bayi cukup seronok bila ibu rajin layan dia tengok cermin. Bukan saja-saja main tapi ia salah satu daripada cara untuk si kecil belajar rupanya.
Kalau anda perasan, bayi cukup teruja bila dia ternampak cermin terutama bila nampak diri sendiri di dalam cermin tersebut.
Jadi sebagai ibu dan ayah, anda jangalah buat-buat tak perasan bila bayi nampak excited sampai terlompat-lompat bila nampak cermin.
Cubalah layan dan beri rangsangan serta penjelasan imej siapa yang dilihat di dalam cermin. Ini kerana daripada cermin ada banyak perkara yang bayi anda boleh belajar.
Puan Mahfuzah Zainol, Occupational Therapist berkongsi apa kebaikan yang bayi dapat bila dia selalu membuat aktiviti melihat diri sendiri di dalam cermin.
Monday Mirror Mirror Who Is the Comel-iest Among All
“Saya rasa saya-lah bayi paling comel dalam rumah ini.”
“Off course dik, sebab awak sorang je bayi dalam rumah ni.”
Aktiviti yang sangat menarik untuk bayi anda adalah melihat image sendiri di cermin!
1. Bayi melihat refleksi diri sendiri di cermin boleh merangsang eye contact dan focus skills.
2. Rangsangan bayi menggunakan cermin boleh meningkatkan curiosity to explore. Sebab bayi akan menyentuh cermin untuk memegang image yang dilihat.
3. Bayi juga belajar untuk membuat facial expression. Sebab ada cause and effect concept di situ. Contoh, muncungkan bibir, nampak hasilnya di cermin. Boleh rangsang perkembangan sosial mereka juga!
4. Aktiviti menggunakan cermin merangsang perkembangan kognitif iaitu konsep object permanent. Mereka memahami bahawa sesuatu objek itu wujud walaupun tidak disentuh atau dirasa dengan menggunakan deria sensori kita.
Ok lepas tahu kebaikan bagi bayi tengok cermin ni, diharap ibu dan ayah lebih rajin buat aktiviti mudah ini. Selamat bereksplorasi dengan bayi anda.
Sumber: Mahfuzah Zainol
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!
© Hakcipta Terpelihara Nu Ideaktiv Sdn. Bhd 👶🏻 Dikendali Oleh Astro Group
