Pernah tak anda rasa, Ya Allah penatnya ada anak kecil. Nak sangat anak cepat-cepat besar supaya dia boleh bermain sendiri dan uruskan diri mereka sendiri. Pernah tak rasa penat melampau-lampau?

Kalau anda ada perasaan penat, Tahniah kerana anda telah melakukan perkara yang betul . Kenapa? Ikuti perkongsian daripada Maryam Jamadi, Pediatric Occupational Therapist.

Jika Mak Ayah Rasa “Penat” Sepanjang Anak Umur 0-3 Tahun, TAHNIAH! Anda Buat Perkara Yang BetulBERSUSAH-SUSAH DAHULU 🏗

Bila anak umur 1 bulan, rasa penatnya nak jaga bayi yang masih tak tahu siang dan malam dalam keadaan masih dalam berpantang. 😴

Bila anak umur 7 bulan, rasa penatnya nak kejar anak dan “selamatkan” anak bila hampir terjatuh ketika fasa lasak merangkak dan memanjat. 👶

Bila anak umur 8 bulan, penatnya nak melayan kehendak anak yang mahu berkepit 24 jam dengan kita kerana tengah “peak season” fasa “separation anxiety”. 🙃

Bila anak umur 1 tahun, rasa penatnya nak mengejar anak yang siang malam berjalan sambil memunggah barang. 🏃‍♂️

Bila anak umur 1 tahun 6 bulan, rasa penatnya nak mengawal sikap mengamuk tanpa sebab anak. 😡

IKLAN

Jika Mak Ayah Rasa “Penat” Sepanjang Anak Umur 0-3 Tahun, TAHNIAH! Anda Buat Perkara Yang Betul

Bila anak umur 2 tahun, rasa penatnya nak membalas pertanyaan demi pertanyaan tentang segala benda kepada kita sambil menghadapi fasa merajuk anak. 🤪

Bila anak umur 2 tahun 6 bulan, rasa penatnya untuk memastikan anak boleh uruskan diri sendiri termasuklah penat nak mengelap lantai semasa proses “potty training”. 👾

Jika mak ayah pernah rasa “penat” sepanjang anak umur 0-3 tahun, TAHNIAH saya ucapkan kerana mak ayah dah buat perkara yang betul. ❤

IKLAN

Saya kata begini sebab saya dah jumpa ramai mak ayah yang dah tersilap langkah apabila pilih “senang” dahulu semasa menjaga anak sewaktu waktu genting ini.😢

Bila anak melasak merangkak kemana-mana di rumah, buka TV.
Bila anak mula tak duduk diam, beri gadget.
Bila anak mula “menyanyi”, dimintanya anak untuk diam.
Bila anak mula nak potpet, disumbatnya punting tiruan sebab bising.
Bila anak mula mengamuk pukul orang lain, dilayankan amukan dengan beri segala benda yang anak mahu.
Bila anak nak belajar makan sendiri, disuapkan sebab tak mahu bersepah.

Apabila kita pilih senang dahulu, di masa hadapan pasti lagi susah. 🌋
Apabila anak mula terlewat perkembangan bahasa disebabkan 24 jam dengan gadget,
Anak tak belajar becakap apabila 24 jam dengan puting tiruan,
Anak tak hormat mak ayah jika mak ayah tak pernah beritahu tindakannya salah,
Anak tak reti uruskan diri sendiri walaupun dah umur 6 tahun.

Jika Mak Ayah Rasa “Penat” Sepanjang Anak Umur 0-3 Tahun, TAHNIAH! Anda Buat Perkara Yang Betul

IKLAN

Setiap didikan yang kita berikan kepada anak semasa kecil membentuk peribadinya. 💎
Setiap kali terasa penatnya nak menghadap ragaman anak semasa ini, kenanglah kembali teletah anak sejak dari lahir sehingga sekarang. Saat itu, kita akan tersedar kembali yang anak membesar hanya sekali. Anak tidak akan jadi bayi selamanya, tidak akan selamanya 24 jam dengan kita dan tidak akan selamanya “obsess” dengan kita. 🤱

Anak “obsess” dengan kita sewaktu ini kerana kitalah dunia mereka. Sampai satu masa apabila anak mula sedar kewujudan dunia yang lebih luas dan menarik, pasti kita rindu saat ini. ❤

Jadi, saya ucapkan SELAMAT BERSUSAH-SUSAH kepada semua mak ayah yang mempunyai anak kecil. 😅😅😅

Terima kasih, silakan SHARE sekiranya bermanfaat untuk diri dan orang lain.

*Gambar comot anak saya semasa umur 8 bulan, nak sangat makan sendiri sampai rambut pun makan 😴

Kredit: Maryam Jamadi
Pediatric Occupational Therapist
BEYOND Home Therapy

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI