Jimat Stok Sedia Ada, Sediakan Cucur Sayur Anak, Lengkap Semua Nutrisi!

Share

Satu hal yang mencabar ketika cuti panjang ini adalah menyediakan makanan buat anak-anak kecil kita yang kelaparan. Peti ais sentiasa di buka, manakala tudung saji pula sentiasa diintai si anak kecil. Kita pun sama. Kelaparan setiap masa.

Ada baiknya ketika kita semua bekerja dari rumah ini, mama cuba mencari altenatif untuk menyediakan makanan yang paling ringkas tetapi berkhasiat untuk anak-anak. Kalau boleh masaklah dalam kuantiti yang banyak supaya senang anak makan.

Cucur sayur yang disediakan oleh Sabariah Sareh Saad ini mama boleh cuba. Resipi paling ringkas untuk sarapan dan minum petang ini bukan saja jimat masa bahkan sihat berkhasiat. Nak lebih khasiat lagi, mama tambahkan telur atau ayam cincang.

Cucur ni famous sebab masa cuti macam ni mak-mak akan buat banyak sebab anak-anak sentiasa lapar dan buat onar dekat rumah. Buat banyak-banyak letak bawah tudung saji, nanti pandailah anak ambil dekat dapur. Kami dulu kecik-kecik macam tu lah cuma dulu glamour cucuq bawang.

Bahan-bahan:
Kentang
Daun sup
Cili besar
Bawang merah
Tepung gandum secukupnya

Senang ja cucur ni. Bancuh tepung gandum dengan air macam biasa.

Cukup likat elok masukkan bawang besar, kentang, cili besar dan daun sup. Potong halus je atau cincang pakai chopper tarik-tarik tu. Kalau anak tak suka cili boleh je abaikan.

Panaskan minyak dan goreng. Mudah je.

Untuk lebih umph boleh cicah dengan sambal bilis, sambal hijau atau sos cili je.

Ps: Selamat mencuba chuols. Cucur kos jimat ni sesuai untuk anak ramai dan kuat makan. Mengenyangkan sebab letak kentang.

IKLAN