Semakin anak kita membesar, semakin dia malu untuk mendekatkan dirinya dengan kita. Disebabkan itulah semasa mereka kecil, tunjukkanlah rasa sayang dengan ciuman dan pelukan semahunya. Rugi jika kita lepaskan waktu-waktu semacam ini.

Menurut Dr Ahmad Luqman Bukhari, sentuhan fizikal seperti pelukan dan ciuman banyak kesannya pada anak kecil kita. Anak bukan hanya memiliki akhlak yang mulia, bahkan jiwa dan hatinya lembut serta beradab. Maka tunjukkanlah sebelum terlambat.

Jiwa Anak Jadi Lembut Berkat Sentuhan Kasih Sayang Mak Ayah, Rugi Tak Tunjukkan Rasa Sayang!


Ada orang yang hidupnya ada rumah mewah, kereta besar dan pekerjaan yang hebat tapi bingung sebab

– hubungan dengan anak-anak hambar
– anak suka melawan
– payah nak dengar kata
– anak lebih suka buat hal sendiri

Jiwa Anak Jadi Lembut Berkat Sentuhan Kasih Sayang Mak Ayah, Rugi Tak Tunjukkan Rasa Sayang!

Boleh jadi puncanya kerana kita terlalai dan terlupa nak syukuri nikmat zuriat yang kita perolehi tu.
Cuba tanya balik diri kita.

IKLAN

– berapa kerap kita peluk anak kita tu?
– ada tak kita cium dia hari ni?
– kita puji dia dan doakan yang baik baik untuk dia tak?
– masa dia bercerita, ada tak kita dengar apa yang dia luahkan tu?
– atau pun kita lebih ralit menghadap smartphone berbanding memandang wajah anak kita tu?

Jiwa Anak Jadi Lembut Berkat Sentuhan Kasih Sayang Mak Ayah, Rugi Tak Tunjukkan Rasa Sayang!

Kawan-kawan,
Ada satu kisah ni. Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim. Pernah satu ketika, seorang Arab Badui datang bertemu Nabi Muhammad SAW lalu dia bertanya,

“Apakah kalian mencium anak lelaki? Kami tidak mencium mereka.”

IKLAN

Kemudian Rasulullah SAW bersabda,
“Aku tidak boleh berbuat apa-apa kalau Allah mencabut semua rahmat dan sayang dari hatimu.”

Jiwa Anak Jadi Lembut Berkat Sentuhan Kasih Sayang Mak Ayah, Rugi Tak Tunjukkan Rasa Sayang!

Sebab tu paling penting, kita kena usaha untuk banyakkan sentuhan fizikal dan tunjukkan betul-betul yang kita sayangkan anak kita tu.

Dari situ anak kita akan belajar untuk build a strong connection dengan mak ayah.

IKLAN

Perlahan lahan dia akan membesar jadi seorang anak yang memiliki akhlak yang mulia, hebat adabnya depan orang tua serta lembut jiwanya.

Dr Ahmad Luqman Bukhari.

Artikel berkaitan: Hebatnya Kuasa Pelukan & Kasih Sayang, Anak Jadi Bijak, Hebat & Bukan Lembik

Tak Guna Marah Anak Ketika Menangis & Mengamuk, Tapi Kuasa Pelukan Sangat Berkesan

Nak relaks, jom cuci mata di SINI.

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI