Anak makin besar, perangainya cukup menguji kesabaran ibu bapa. Macam-macam perasaan akan muncul apabila anak dah mula buat perangainya.
Nak cubit, nak marah, nak pukul semua ada dalam waktu itu. Disebabkan ini ada ibu bapa yang tak dapat menahan sabar sehingga anak jadi mangsa keadaan.
Paling menguji kesabaran ibu bapa apabila anak mula mengamuk apabila tidak dapat apa yang dimahukannya.
Antara perkara yang boleh dibuat untuk meredakan anak yang sedang mengamuk adalah:
– Peluk anak dari arah belakang.
Ads
– Bisik ke telinganya yang anda sayang dan sangat faham dengan perasaannya.
– Bacakan Surah Toha ayat 1- hingga 5 pastu tiupkan di ubun-ubun anak
– Tenangkan dia dengan kata-kata kasih dan anda juga sendiri perlu bertenang.
Jangan sekali-kali marah dan menjerit atau memukul anak dengan tujuan untuk mendisiplinkannya. Ia hanya akan menjadikan dia anak yang pengecut atau semakin suka memberontak.
Benar, kadang-kadang dalam keadaan kita marah kepada anak, mungkin tidak disedari keluar perkataan-perkataan yang buruk seperti, “Ya Allah, nakalnya anak aku ni!” atau banyak lagi perkataan-perkataan lain yang mungkin kita tidak sedar kerana berada dalam keadaan marah.
Ads
Doa ibu bapa kepada anaknya termasuk dalam kategori doa yang amat mustajab.
Ketika kita mengeluh berkenaan dengan nakalnya anak kita, renungkan diri kita kembali. Apakah kita pernah mendoakan kebaikan untuknya?
Apakah kita selalu mendoakan anak kita termasuk dalam generasi mereka yang menunaikan solat?
Apakah kita selalu mendoakan anak kita menjadi anak yang soleh?
Ads
Apakah ketika kita marah, kita mengeluarkan perkataan-perkataan yang tidak sepatutnya untuk anak kita? Banyak yang perlu dimuhasabah.
Jangan hanya berdoa sekali atau dua kali, terus kita mengharapkan anak kita akan berubah. Perlu lebih jujur dan istiqamah dalam berdoa jika kita benar-benar sayangkan anak-anak kita.
Sama-samalah kita mendoakan yang baik-baik untuk anak-anak. Jangan sesekali meremehkan kuasa doa.
Sumber: Muhamad Naim Abd Manaf
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Jika anda pernah perkenalkan anak dengan sushi pasti mereka akan menyukainya. Persoalannya adakah boleh berikan anak makan sushi secara kerap memandangkan umurnya masih lagi muda?
Sushi merupakan makanan yang sinonim dengan negara matahari terbit, Jepun. Penyediaan sushi adalah pelbagai tetapi kebiasaannya sushi terdiri daripada nasi dengan campuran cuka bersama bahan-bahan tambahan seperti makanan laut, sayur-sayuran atau buah-buahan tropika.
Kebimbangan para ibu bapa terhadap anak-anak yang menyukai sushi mungkin disebabkan oleh:
Adakah sushi sesuai dimakan pada setiap hari?
Jawapannya tidak sesuai terutamanya kepada kanak-kanak kerana walaupun sushi rendah kandungan lemak, tetapi kebanyakan sushi adalah tinggi dengan garam dan gula yang digunakan sebagai perasa dan bahan perapan.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ibu bapa mana yang tidak mahu melihat anak mereka membesar dengan bijak, tangkas berfikir, dan cemerlang di sekolah? Demi masa depan anak, ramai ibu bapa sanggup melaburkan ribuan ringgit untuk kelas pengayaan, buku berunsur STEM, malah gajet pembelajaran tercanggih.
Namun, dalam kesungguhan mengejar kecemerlangan akademik itu, ada satu aspek paling asas yang sering terlepas pandang apa yang sebenarnya masuk ke dalam pinggan makan anak setiap hari. Hakikatnya, anak tak makan sayur bukan isu kecil, tetapi satu ancaman senyap kepada perkembangan otak mereka.
Apabila anak mula menolak bayam atau menepis lobak merah ke tepi pinggan, ia bukan sekadar kerenah biasa. Tabiat ini adalah isyarat awal bahawa otak mereka sedang kekurangan nutrisi penting pada fasa perkembangan paling kritikal.
Umur antara empat hingga enam tahun merupakan tempoh luar biasa dalam perkembangan otak kanak-kanak. Pada peringkat ini, otak mengalami fenomena yang dikenali sebagai neuroplastisitas, di mana berbilion sambungan saraf baharu terbentuk setiap hari.
Menariknya, otak kanak-kanak tadika menggunakan hampir 50 peratus daripada jumlah tenaga harian badan mereka. Justeru, kualiti nutrisi yang diterima amat menentukan sama ada sambungan saraf ini berkembang dengan optimum atau sebaliknya.
Sayur-sayuran bukan sekadar membantu pencernaan. Ia membekalkan mikronutrien penting seperti vitamin, mineral dan antioksidan yang bertindak sebagai bahan api utama kepada sel otak. Apabila anak tak makan sayur, bahagian otak seperti Prefrontal Cortex yang mengawal tumpuan, perancangan dan emosi gagal berkembang secara maksimum.
Ramai ibu bapa beranggapan masalah ini boleh diselesaikan dengan suplemen atau lebihan protein. Namun, anggapan tersebut tidak tepat. Sayur mengandungi fitonutrien kompleks yang tidak dapat ditiru sepenuhnya oleh vitamin sintetik.
Sayur berdaun hijau seperti brokoli dan sawi kaya dengan Asid Folik (Vitamin B9) yang penting untuk penghasilan neurotransmitter. Bahan kimia ini berfungsi menghantar isyarat antara sel otak.
Tanpa folat mencukupi, komunikasi sel otak menjadi perlahan. Anak akan mudah hilang tumpuan, cepat letih ketika belajar, dan sukar memahami arahan. Dalam jangka panjang, keadaan ini memberi kesan langsung kepada pencapaian akademik dan skor IQ.
Otak kanak-kanak sangat sensitif terhadap serangan radikal bebas yang datang daripada pencemaran dan makanan ultra-proses. Sayur berwarna-warni bertindak sebagai perisai semula jadi.
Contohnya, likopena dalam tomato dan antosianin dalam kubis ungu membantu meneutralkan radikal bebas sebelum ia merosakkan sel otak. Tanpa perlindungan ini, risiko kerosakan memori dan keupayaan belajar meningkat, terutamanya apabila anak tak makan sayur secara berterusan.
Kajian dari University of Illinois mendapati lutein pigmen semula jadi dalam sayur hijau berkumpul di kawasan otak yang berkaitan dengan pembelajaran dan ingatan.
Kanak-kanak dengan tahap lutein tinggi menunjukkan prestasi akademik yang lebih baik. Anak yang langsung tidak menyentuh sayur hijau kehilangan kelebihan ini, sekali gus menjejaskan potensi IQ mereka.
Kesan buruk anak tak makan sayur bukan sahaja terhad kepada kecerdasan intelek (IQ), malah turut menjejaskan kecerdasan emosi (EQ).
Sains moden mengesahkan kewujudan hubungan rapat antara otak dan usus yang dikenali sebagai Gut-Brain Axis. Sayur membekalkan serat prebiotik yang menjadi makanan utama bakteria baik dalam usus.
Apabila usus sihat, penghasilan serotonin hormon yang mengawal emosi dan ketenangan berlaku dengan lebih baik. Sebaliknya, diet rendah sayur dikaitkan dengan anak mudah marah, kerap tantrum, dan sukar mengawal emosi, sekali gus menjejaskan proses pembelajaran.
Ibu bapa tidak boleh berputus asa dengan alasan anak cerewet. Usaha ini memerlukan kesabaran dan strategi yang betul.
Kisar sayur seperti lobak merah, bayam atau zucchini dan campurkan ke dalam makanan kegemaran anak seperti bebola daging, sos pasta atau nuget buatan sendiri.
Pakar pemakanan menyarankan kanak-kanak perlu terdedah kepada makanan baharu sehingga 15 kali sebelum menerimanya. Teruskan menghidang sayur tanpa paksaan.
Anak kecil adalah peniru yang hebat. Apabila mereka melihat ibu bapa menikmati sayur dengan selera, kecenderungan untuk mencuba akan meningkat secara semula jadi.
Kecerdasan dan kesihatan otak anak bermula daripada apa yang mereka makan hari ini. Jangan biarkan potensi mereka terbantut hanya kerana kekurangan mikronutrien yang sepatutnya diperoleh daripada sayur.
Walaupun mendidik anak makan sayur memerlukan kesabaran, setiap suapan hijau adalah pelaburan jangka panjang. Anak tak makan sayur bukan isu remeh, tetapi risiko sebenar kepada IQ, emosi dan daya saing mereka pada masa hadapan.
Tanpa kita sedar, waktu makan sebenarnya waktu yang sangat penting terutama dalam perkembangan motor anak-anak. Setiap suapan, sentuhan anak dengan makanan sebenarnya dia sedang belajar bau, rasa untuk melatih sensori, gerakan lidah sebagai persediaan untuk bercakap.
Sebenarnya banyak lagi yang anak belajar melalui aktiviti makan. Jadi jangan sia-siakan waktu makan anak dengan memberi gajet. Cuba luangkan masa untuk melatih semua deria anak-anak. Ikuti perkongsian penuh.
BAGI ANAK GADGET SEMASA MAKAN? JANGAN BIARKAN ANAK TERLEPAS KEMAHIRAN-KEMAHIRAN INI.
Adakah anda berikan gadget pada anak semasa makan? Ramai ibubapa yang merasakan penggunaan gadget semasa makan bagaikan memberi kesan yang “positif” pada anak mereka. Adakah anda pasti kesannya begitu? Ada banyak sangat alasan yang selalu ibubapa berikan apabila ditanya mengenai pemberian gadget pada anak ketika waktu makan. Antara alasan utama yang sering didengari adalah:
(i) “Anak saya makan banyak bila saya bagi gadget. Kalau saya tak bagi, sikit je lah yang anak saya akan makan dan dia macam geli dan tak nak makan makanan yang saya hidangkan tu. Tapi bila saya bagi dia gadget, boleh pula dia makan.”
(ii) “Anak saya akan duduk diam semasa makan kalau saya buka video kartun atau lagu kegemaran dia. Jadi anak saya tak akan lari merata-rata dan lebih mudah untuk saya nak suap makanan pada dia. Tak ada la bersepah makanan.”
(iii) “Anak saya mengamuk kalau saya tak bagi gadget semasa makan tu. Bila saya dah bagi baru dia senyap. Tenang sikit kami sekeluarga nak makan.”
Makan adalah salah satu aktiviti rutin. Anda tahu tak bahawa semasa makan, anak boleh belajar pelbagai jenis kemahiran. Kalau anda berikan anak gadget ketika waktu makan, banyak kemahiran yang anak boleh dapat dan belajar akan TERLEPAS.
Walaupun anda nampak tindakkan anda memberi anak gadget semasa makan seperti ada kesan yang “positif” kerana anak dapat duduk diam dan makan dengan banyak, tetapi anda perlu tahu bahawa diam tersebut tak semestinya bererti anak anda ada fokus dan perhatian yang baik. Adakah anak anda sedar dengan keadaan sekelilingnya? Adakah anak tahu apa makanan yang dimakan olehnya? Dia respond tak apabila nama dia dipanggil?
Walaupun anak makan banyak bila diberi gadget, ia tak bererti mereka berselera. Mungkin anak tidak sedar dengan makanan yang masuk ke dalam mulutnya kerana tumpuan anak pada masa itu tertumpu kepada gadget. Jadi anak hanya buka mulut tanpa melihat makanan yang dimakan. Sebab itu la apabila anda cuba tak bagi anak gadget, anda akan nampak mereka makan sikit je. Jangan putus asa ya. Mula-mula memang akan jadi macam tu sebab anak dah lama terdedah dengan gadget dan dia tak sedar dengan apa yang sedang terjadi pada diri dia serta sekelilingnya.
Sekiranya anda perhatikan betul-betul, kebanyakkan kanak-kanak yang makan bersama gadget selalunya akan ada masalah memilih makanan, ada masalah tingkahlaku dan ada juga yang lambat bercakap. Ini kerana kemahiran-kemahiran yang sepatutnya anak anda pelajari dan dapat ketika melakukan rutin makan ini telah terganggu dengan adanya penggunaan gadget ini.
Antara kemahiran yang anak boleh pelajari ketika makan adalah:
1. Kemahiran oral motor
– Anak dapat melatih fungsi lidah, bibir, pipi dan rahang ketika makan makanan dari pelbagai jenis tekstur. Ianya dapat membantu untuk merangsang bahagian oral motor mereka untuk bercakap serta dapat mengelakkan anak dari memilih makanan.
2. Kemahiran sensori
– Anak dapat belajar untuk merangsang bahagian sensori mereka ketika waktu makan. Contohnya anak memegang buah tembikai. Buah tembikai kan berair dan apabila semakin kering, tangan akan melekit. Jadi, anak akan belajar untuk merangsang deria sentuhan mereka. Selain itu juga, semasa makan, anak dapat merangsang deria-deria yang lain seperti bau, rasa, penglihatan, pendengaran dan lain-lain. Kalau anak kurang rangsangan deria-deria ini, anak berpotensi untuk memilih makanan, tak suka disentuh, tak dapat fokus pada sesuatu perkara yang dibuat dan sebagainya.
3. Kemahiran sosial & komunikasi
– Anak dapat berinteraksi dua hala dengan ibubapa ketika makan dan ibubapa dapat tambahkan input bahasa pada anak. Ketika waktu makan, macam-macam perkataan yang anda boleh ajarkan pada anak. Contohnya “Emmph! Manisnya BUAH ni!”, “Adik makan nasi”.
4. Kemahiran koordinasi mata & tangan
– Anak dapat belajar cara mengawal pergerakkan tangan. Sebagai contoh, mereka dapat belajar bagaimana tangan membawa makanan masuk ke dalam mulut, nampak dan kutip makanan yang jatuh, ambik cawan yang berada dihadapannya, meneguk air dari cawan dan lain-lain. Kemahiran ini penting dalam membantu anak anda untuk menulis nanti.
5. Fokus
– Anak akan belajar untuk fokus pada makanan yang dia makan. Maksudnya anak anda sedar tentang makanan yang dimasukkan dimulutnya, bagaimana rasa tekstur makanan tu, bagaimana cara dia gigit, kunyah dan telan makanan tu. Fokus dan sedar dengan setiap perkara yang berlaku ni sangat penting. Kalau tak ada fokus dan tak sedar, anak tenggelam dengan dunianya sendiri.
6. Kemahiran motor halus dan motor kasar
– Kedua-dua kemahiran ini melibatkan pergerakkan. Semasa makan, anda boleh latih anak untuk meningkatkan kekuatan motor halus & motor kasar mereka. Ianya penting bagi membantu anak untuk melakukan aktiviti rutin dan menulis nanti. Contohnya, anda boleh ajak anak sama-sama sediakan makanan seperti mengacau air, tuang tepung, seduk nasi, cubit isi ayam dan lain-lain.
7. Kemahiran mendengar dan faham arahan
– Semasa waktu makan, ibubapa berpeluang mengajar anak untuk mendengar arahan yang diberikan kepadanya. Contohnya, anda minta anak untuk letakkan buah atas pinggan, letak cawan atas meja dan sebagainya. Ajar anak untuk ikut arahan anda. Kemahiran ini juga penting untuk membantu anak bercakap.
8. Kemahiran meniru
– Meniru adalah salah satu kemahiran asas dalam pra pertuturan. Tetapi ianya ada langkah tersendiri. Mula-mula tiru aksi, kemudian tiru bunyi, selepas itu meniru perkataan dan kemudian barulah meniru ayat. Jadi, anda sedar tak yang mana ketika makan pun anda boleh ajar anak bercakap. Ajar anak tiru aksi anda dulu. Contohnya anda kacau air dalam cawan, ajak anak sama-sama kacau air dalam cawannya.
9. Kemahiran meminta
– Apabila anda ajar anak kemahiran meminta ketika waktu makan ini, secara tidak langsung anda ajar anak untuk beri eye contact pada anda. Contohnya anak nak ayam. Ajar anak untuk sebut perkataan nak. “Adik NAK ayam”
10. Kemahiran menunjuk
– Anak dapat belajar untuk berkomunikasi bersama ibubapa dengan cara menggunakan gerak badan (gesture). Ini kerana, menunjuk adalah sejenis bentuk komunikasi. Ketika makan, anda boleh ajar anak untuk tunjukkan makanan atau minuman yang anak mahukan.
11. Melatih kognitif anak
– Apabila makan, anak dapat melatih kognitif mereka. Contohnya sekiranya air tertumpah, apa reaksi mereka? Sekiranya mereka tak berjaya nak ceduk nasi menggunakan sudu, apa yang mereka akan buat? Adakah mereka akan memanggil anda? Adakah mereka akan menjerit? Perkara ini melatih anak untuk berfikir dalam menyelesaikan masalah.
12. Kemahiran tingkahlaku
– Anda dapat ajar anak adab ketika dimeja makan. Contohnya basuh tangan dahulu sebelum makan, tutup mulut semasa kunyah makanan, tidak meludah makanan, tidak menganggu orang lain yang sedang makan bersamanya.
13. Kemahiran survival
– Ibubapa perlu sedar bahawa apabila anak dah masuk ke tadika atau sekolah, tak ada orang akan pantau sama ada anak makan banyak atau sikit. Anak anda perlu berdikari. Mereka kena makan sendiri dan tak ada orang yang akan suapkan makanan kepada mereka. Oleh itu, sewaktu makan, anda boleh ajar pada anak untuk makan sendiri tanpa bersuap.
Jadi rugi sangat sekiranya anda melepaskan peluang untuk anak belajar dan dapatkan kemahiran-kemahiran ini. Hentikan pengunaan gadget pada anak ketika makan. Yang merumitkan lagi keadaan adalah apabila anak didedahkan dengan gadget dari usia muda yang mana sepatutnya kemahiran-kemahiran mereka berkembang ketika itu. Sayang sangat tau kalau anak tak dapat belajar semua ni ketika makan. Sebab makan tu adalah rutin harian. Jadi ia adalah perkara yang kita akan buat setiap hari. Apa-apa pun, saya harap semoga anda dapat faham dan nampak kenapa gadget tidak disarankan untuk anda berikan pada anak ketika waktu makan ya. Kita nak anak dapatkan kesemua kemahiran-kemahiran yang telah saya terangkan di atas. Semoga anda mendapat manfaat daripada perkongsian saya ini.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
WEBINAR AKU TAK TAKUT BERANAK
Sertai Webinar keibubapaan terbesar dianjurkan tahun ini. Pastikan anda bersama kami untuk bersama-sama mendapat ilmu dan peluang memenangi pelbagai hadiah.
Webinar PERCUMA ini membariskan speaker-speaker hebat dan berpengalaman dalam bidang keibubapaan seperti Ustaz Don, Ustaz Kazim Elias, Dato’ Dr Fazley Yaakob, Dr Rizal Abu Bakar, Dr Maiza Tusimin dan Dr Afida Sohana.
🔸 27 JUN 2021
🔸 8.00 PAGI – 10.00 MALAM
🔸 Secara virtual di platfotm ZOOM
Selain berpeluang menceduk ilmu yang dikongsi, anda juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah sebab ada 70 hadiah best yang ditawarkan termasuklah sebuah handphone 📱
Kata orang mengidam makanan manis ketika hamil mengandung anak perempuan. Sementara mengidam makanan masam, ini bermakna bakal dapat bayi lelaki. Betul ke?