Bagi yang ingin memperkenalkan haiwan-haiwan secara dekat kepada anak-anak, di sinilah lokasi paling terbaik bagi mereka. Farm In The City yang berlokasi di Sri Kembangan, Selangor ini adalah pilihan tepat untuk anak-anak kita mendekati haiwan sambil belajar mengenal haiwan peliharaan.

Zoo peliharaan dengan keluasan seluas 7 ekar ini dimiliki oleh Eureka Farm Sdn.Bhd. Kunjungan anda bersama keluarga ke sini sememangnya memberikan seribu pengalaman yang cukup luar biasa. Mana tidaknya, sesetengah haiwan peliharaan di sini di lepaskan begitu sahaja, lebih dekat dengan pengunjung.

Jom Ajar Anak Dekati Alam, Latih Anak Lebih Berani Di The Farm In The City

Terasa kekok juga apabila ayam dan burung berterbangan bebas sambil kaki tiba-tiba tersentuh kura-kura di jalanan. Menakjubkan. Menariknya kesemua haiwan ini seperti rusa, kura-kura, ayam dan arnab yang dilepaskan begitu jinak malah tidak mengganggu pengunjung yang menyapa dan merakamkan aksi di lensa kamera mereka.

10 Tarikan Utama

Apa yang anda perlu tahu, kawasan dengan keluasan 7 ekar ini memakan masa dua hingga tiga jam untuk dijelajahi. Lanskapnya yang penuh dengan rimbunan dan pepohon di setiap laluan membuatkan kepenatan dua jam langsung tidak terasa.

Jom Ajar Anak Dekati Alam, Latih Anak Lebih Berani Di The Farm In The City

Zoo yang dibuka pada tahun 2012 ini sentiasa dipenuhi pengunjung saban minggu terutama sekali setiap hujung minggu. Di sini kesemua haiwan dibahagikan kepada 10 stesen mengikut kumpulan haiwan mereka.

Antara stesen ini adalah Tortoise & Turtle Farm, Reptile Cavern, Bird Aviary, Savannah, Pet Village, Jungle Walk, Exhibition Hall, Vegetables & Fruits Farm, Deer Land dan Parrot Interaction.

Jom Ajar Anak Dekati Alam, Latih Anak Lebih Berani Di The Farm In The City

Di Tortoise & Turtle Farm, terdapat beberapa ekor himpunan kura-kura daripada pelbagai negara. Antaranya Africa , Aldabra Island di Seychelles dan sebagainya. Paling menarik di sini ditempatkan beberapa jenis spesis kura-kura yang jarang ditemui misalnya cengkerang bercorak leopard, cengkerang berbentuk bintang juga tidak ketinggalan Dinasour Snapping Turtle yang cukup unik dan pelik.

Namun menariknya sudah pastilah pada beberapa ekor kura-kura Aldabra yang didatangkan khas daripada Pulau Aldabra di Seychelles. Kura-kura kedua terbesar di dunia ini dilepaskan berkeliaran dan untungnya pengunjung boleh juga memberi makanan berupa kangkung, yang disediakan buat pengunjung.

Jom Ajar Anak Dekati Alam, Latih Anak Lebih Berani Di The Farm In The City

Pandangan mata pengunjung pasti tertumpu pada pelbagai jenis kambing dan kawan-kawan yang menyambut kedatangan pengunjung, sebelum memasuki pintu utama mini zoo ini. Di sini juga ditempatkan haiwan lain termasuklah kambing biri-biri India, kambing susu, ayam dan juga burung merpati.

IKLAN

Reptile Cavern antara yang mendapat perhatian pengunjung. Lebih-lebih lagi kehadiran ular sawa batik, ular tiung juga pastinya dua ekor buaya kedua terkecil di dunia. Unik sekali.

Jom Ajar Anak Dekati Alam, Latih Anak Lebih Berani Di The Farm In The City

Memberi burung makan di tapak tangan sendiri di Bird Aviary pastinya meninggalkan seribu pengalaman buat anak kecil kita. Selain melatih anak lebih berani dan cintakan haiwan, mereka juga dapat mengenal akan ciptaan Allah yang satu ini.

Di sini ditempatkan lebih 30 jenis burung yang terdiri daripada burung jenis air seperti itik juga darat iaitu ayam. Burung tempua, budgie, pipit, merpati, setiawan dan pastinya burung Violet Turaco yang berbula seperti baldu ini pasti buat anda teruja.

Jom Ajar Anak Dekati Alam, Latih Anak Lebih Berani Di The Farm In The City

Langkah anak-anak pastinya terhenti lama kala berada di Pet Village. Kawasan ini dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu bermain dengan arnab dan tikus Belanda, menangkap ikan di longkang kecil juga melihat ikan melompat bebas kala diberikan makanan di anjung kolam besar.  Pastinya ia satu pengalaman yang menyeronokkan bagi anak-anak.

Jom Ajar Anak Dekati Alam, Latih Anak Lebih Berani Di The Farm In The City

Memasuki kawasan Savanna pastinya buat anak lebih berani. Di sini ada tarikan kewujudan Alpaca, keluarga unta yang unik dan menarik perhatian.  Begitu juga dengan spesis kura-kura ketiga terbesar di dunia, Sulcata Tortoise, yang pastinya mampu menarik perhatian anak-anak kita. Seterusnya, Di deer land, terdapat  rusa Jawa jinak, rusa kedua terbesar di Indonesia dilepaskan begitu sahaja sambil mengekori kita meminta makanan.

IKLAN

Jom Ajar Anak Dekati Alam, Latih Anak Lebih Berani Di The Farm In The City

Ladang Sayur Alami

Tidak hanya mengenal haiwan, disini juga anak-anak dapat belajar mengenal pelbagai jenis sayuran dan buah-buahan yang ditanam di Vegetables & Fruits Farm. Menariknya kesemua tanaman di sini ditanam menggunakan kaedah tradisional dan bersifat diy, dimana kebanyakkan pokok ditanam di dalam botol mineral, bekas-bekas plastik dan pasu kecil.

Lebih menarik lagi, kawasan ladang ini dilengkapi dengan sebuah perigi kecil, khusus untuk menarik perhatian pengunjung. Lebih dekat dengan tanaman,begitu juga ilmu baru buat anak-anak.

Jom Ajar Anak Dekati Alam, Latih Anak Lebih Berani Di The Farm In The City

Raccon, Meerkat & Mamorset

Salah satu monyet terkecil di dunia, white ear marmoset  yang dipamerkan di sini amat menarik perhatian pengunjung. Dilepaskan bebas di dalam sangkar bersama haiwan lain seperti hedgehog.

Rupanya yang comel ditambah saiz yang cukup kecil buat pengunjung langsung tidak menyedari kehadirannya. Namun gaya lincahnya buat kita terpana. Penuh aksi!

IKLAN

Raccon yang dilepaskan di pohonan kayu pasti buat anda terpukau. Sebanyak 10 ekor raccon dilepaskan bebas dan paling jinak. Begitu juga dengan kehadiran Meerkat yang cukup popular menerusi tayangan Madagascar. Dapatlah anda melihat rupanya secara dekat.

Jom Ajar Anak Dekati Alam, Latih Anak Lebih Berani Di The Farm In The City

Perlu Tahu

*Dibuka pada tahun 2012 dengan keluasan 7 ekar.

* Dibahagikan kepada 10 stesyen mengikut jenis haiwan dan kumpulan.

*Harga tiket RM 39 bagi dewasa dan RM32 bagi kanak-kanak.

*Lebih 100 spesis haiwan di pamerkan secara dekat dengan anda.            

Untuk maklumat lanjut layari laman sesawang https://www.farminthecity.my/         

Farm In The City merupakan salah satu Jenama Pilihan Pa&Ma 2021 untuk anugerah Petting Zoo Pilihan Pa&Ma. Mahu tahu senarai penuh jenama-jenama lain yang turut terpilih tahun ini? Jom, tengok di SINI.

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

 

         

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI