Dah lama tak bercuti bersama keluarga kan? Apa kata kali ini anda pilih suasana duduk di hotel pula bagi memberi kelainan sikit. Maklumlah sebelum ini kebanyakannya tak boleh ke mana-mana kerana Covid-19. Jadi bila ada peluang ini manfaatkanlah bersama insan tersayang.

Bagi anda yang teringin nak bawa ahli keluarga bercuti di ibu kota melihat keunikan Kuala Lumpur, tempat penginapan yang selesa dan sesuai dengan bajet adalah di The 5 Elements Hotel. Hotel butik bertema unik di Chinatown yang terkenal di Kuala Lumpur ini menawarkan bilik hotel dengan harga berpatutan serta perkhidmatan diutamakan untuk tetamu yang menginap di sini.

Jom Bercuti Sambil Bersantai Hujung Minggu Di The 5 Elements Hotel, Kuala Lumpur

Ok mesti ada yang tertanya-tanya apa menariknya The 5 Elements Hotel ini? Sebenarnya The 5 Elements Hotel ini di ilhamkan dari falsafah tradisional Wu Xing, iaitu di tafsirkan semula untuk pelancong moden yang mencari sesuatu yang luar biasa. Di sini, air, kayu, api, bumi dan logam – Lima Elemen penting untuk keseimbangan sejagat – menetapkan tema untuk suasana kontemporari, bergaya dan pengalaman perkhidmatan yang menyegarkan.

Bilik selesa, fasiliti terbaik!

Jom Bercuti Sambil Bersantai Hujung Minggu Di The 5 Elements Hotel, Kuala LumpurSelain bertemakan suasana kontemporari, beberapa jenis bilik di hotel ini seperti Standard Single, Superior Twin, Deluxe Queen, Deluxe Theme Room, Family Interconnecting Room, Water Suite, Fire Suite, Wood Suite dan Metal Suite pastinya memberi pengalaman percutian menyeronokkan.

Jom Bercuti Sambil Bersantai Hujung Minggu Di The 5 Elements Hotel, Kuala LumpurBilik-bilik yang dihias sederhana ini mempunyai Wi-Fi percuma, flat screen tv, mini fridge, dan kemudahan membuat teh dan kopi. Lagi best, sekiranya anda menginap di suite bertema, ada tab mandi berpusar.

IKLAN

Jom Bercuti Sambil Bersantai Hujung Minggu Di The 5 Elements Hotel, Kuala Lumpur

Kesemua bilik-bilik ini di nyahkuman (sanitize) sebelum para tetamu menginap di sini, sangat-sangat mengikut SOP yang telah kerajaan tetapkan.

Jom Bercuti Sambil Bersantai Hujung Minggu Di The 5 Elements Hotel, Kuala Lumpur Terletak berdekatan Petaling Street

Bukan itu saja, jika anda menginap di sini, anda akan dapat lihat suasana Petaling Street. Ini kerana lokasi The 5 Elements betul-betul bahagian belakang kawasan Petaling Street, daripada lobi hotel dah boleh nampak pintu masuk Petaling Street ni.

IKLAN

Tapi disebabkan pandemik Covid19 kebanyakan kedai tidak dibuka pada waktu malam jadi anda bolehlah jalan-jalan sambil berOOTD di sekitar kawasan Chinatown ini.

Jom Bercuti Sambil Bersantai Hujung Minggu Di The 5 Elements Hotel, Kuala LumpurMesti ada yang tertanya-tanya apa menariknya Petaling Street ini? Lokasi ini menjalani pengubahsuaian besar pada tahun 2003 untuk memudahkan persekitaran yang lebih baik bagi semua orang. Ia juga dianggap ‘syurga untuk makanan’ dengan pelbagai jenis makanan tempatan ditawarkan.

Ada juga hipster cafe yang berdekatan dengan hotel ini seperti Luckin Kopi, Vintage 1988 Cafe Jalan Sultan, Leaf & Co. Café, Jalan Sultan, Mingle Cafe, Jalan Sultan, Merchant’s Lane dan banyak lagi.

IKLAN

Boleh menaiki bas The Hop On Hop Off

Selain itu, untuk anda yang ingin berjalan ke tempat tarikan lain di sekitar Kuala Lumpur ini, boleh menaiki bas The Hop On Hop Off yang hentiannya betul-betul di hadapan pintu masuk hotel. Jadi tak payah nak bersusah payah menunggu di tepi jalan tau.

Jom Bercuti Sambil Bersantai Hujung Minggu Di The 5 Elements Hotel, Kuala LumpurJadi bagi anda yang sekali sekala ingin menukar angin bercuti di Kuala Lumpur ini bolehlah menginap di The 5 Elements Hotel ini kerana lokasinya yang betul-betul di tengah-tengah pusat bandar Kuala dan harganya amat berpatutan sekali. Berbaloi dan syok sangat!

Info The 5 Elements Hotel:
Lot 243 Jalan Sultan (Chinatown),
50000, Kuala Lumpur
Tel : 03-2031 6888
Waze : The 5 Elements Hotel
Landmark : Jalan pintu masuk bahagian belakang Petaling Street

The 5 Elements Hotel merupakan salah satu Jenama Pilihan Pa&Ma 2021 untuk anugerah Hotel Bajet Keluarga Pilihan Pa&Ma. Mahu tahu senarai penuh jenama-jenama lain yang turut terpilih tahun ini? Jom, tengok di SINI

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI