Ads

Jom Jadi ‘Superhero’ Anak Anda di Bulan Menabung Simpan SSPN (BMS) 2026!

Sebagai ibu bapa, kita sentiasa mahu memberikan yang terbaik untuk anak-anak. Bukan sahaja dari segi kasih sayang dan pendidikan hari ini, malah persediaan untuk masa depan mereka. Salah satu tabiat yang boleh dipupuk sejak kecil ialah budaya menabung.

Bagi menyemarakkan lagi amalan ini dalam kalangan masyarakat Malaysia, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menerusi Simpan SSPN membawakan Bulan Menabung Simpan SSPN (BMS) 2026.

Lebih menarik, ibu bapa dan anak-anak di Pulau Pinang berpeluang menyertai sambutan BMS 2026 yang bakal berlangsung pada 3 Oktober 2026 (Sabtu), dari jam 9.00 pagi hingga 6.30 petang di Ruang Legar MYDIN Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Majlis Sambutan BMS 2026 Peringkat Negeri di Pulau Pinang akan disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Seri Norliza Abdul Rahim, Pengerusi PTPTN.

Jom Jadi ‘Superhero’ Anak Anda di Bulan Menabung Simpan SSPN (BMS) 2026!

Selain itu, pada 3 Oktober 2026, Sambutan BMS Peringkat Negeri turut diadakan di lokasi-lokasi terpilih seluruh negara.

Jom Jadi ‘Superhero’ Anak Anda di Bulan Menabung Simpan SSPN (BMS) 2026!

Bukan sekadar program berkaitan simpanan, pelbagai aktiviti santai dan menyeronokkan turut menanti seisi keluarga.

Menabung Hari Ini, Persediaan Untuk Masa Depan Anak

Mengajar anak menabung mungkin nampak seperti satu perkara kecil, tetapi tabiat inilah yang boleh menjadi asas kepada cara mereka mengurus kewangan apabila dewasa nanti.

Ads

Anak-anak tidak semestinya perlu bermula dengan jumlah simpanan yang besar.

Apa yang lebih penting ialah mereka memahami bahawa setiap wang yang disimpan mempunyai tujuan. Sedikit demi sedikit, simpanan yang dikumpulkan boleh membantu mereka untuk keperluan pendidikan pada masa hadapan.

Menerusi kempen BMS 2026, ibu bapa juga boleh mengambil peluang untuk memperkenalkan konsep menabung kepada anak-anak dengan cara yang lebih santai dan dekat dengan kehidupan mereka.

Belajar Tentang Simpanan Sambil Bergembira

Siapa kata belajar tentang menabung perlu serius sepanjang masa? BMS 2026 menyediakan pelbagai aktiviti yang boleh disertai oleh kanak-kanak dan keluarga.

Ads

Antara aktiviti yang bakal berlangsung seperti di Pulau Pinang ialah Pertandingan Mewarna Simpan SSPN bagi kategori tadika (tertutup) dan sekolah rendah serta Pertandingan Simpan SSPN Got Talent, yang memberi peluang kepada si kecil menunjukkan bakat mereka.

Turut diadakan ialah Pertandingan Pakaian Beragam Simpan SSPN, persembahan tadika, penampilan badut serta cabutan hadiah. Anak-anak juga boleh menyertai aktiviti BMS Onz!: Cabaran Teroka & Teka dan King of Stack, manakala sesi Happy Hour turut dijadualkan pada penghujung acara.

Jom Jadi ‘Superhero’ Anak Anda di Bulan Menabung Simpan SSPN (BMS) 2026!

Dengan aktiviti yang berlangsung dari pagi hingga petang, ibu bapa boleh memilih waktu yang sesuai untuk datang bersama keluarga. Bukan sekadar belajar ilmu menyimpan tetapi dapat mengeratkan hubungan sesama ahli keluarga, memang mantap!

Ibu Ayah, Jadilah ‘Superhero’ Masa Depan Mereka

Ads

Tema “Jom Jadi Superhero Anak Anda!” membawa mesej yang cukup dekat dengan hati ibu bapa. Menjadi ‘superhero’ anak bukan semestinya tentang melakukan sesuatu yang luar biasa. Kadang-kadang, ia bermula dengan satu keputusan kecil hari ini yang boleh memberi manfaat kepada mereka pada masa hadapan.

Membina tabiat menabung dan menyediakan simpanan pendidikan adalah antara langkah yang boleh dilakukan ibu bapa untuk membantu anak-anak bersedia mengejar impian mereka kelak.

Pada masa sama, BMS 2026 memberi ruang untuk ibu bapa mendekatkan anak dengan konsep simpanan melalui pengalaman yang lebih menyeronokkan. Mereka bukan sekadar mendengar ibu ayah bercakap tentang menabung, tetapi dapat melihat sendiri bahawa menyimpan untuk masa depan juga boleh dipelajari dalam suasana yang positif.

Jadikan 3 Oktober Sebagai Hari Keluarga Anda

Jadi, buat ibu ayah yang berada di sekitar Pulau Pinang dan lain-lain negeri, apa kata luangkan masa bersama anak-anak ke Sambutan BMS 2026 di lokasi-lokasi terpilih yang ditetapkan.

Datanglah bersama keluarga, sertai pelbagai aktiviti yang disediakan dan jadikan kesempatan ini sebagai permulaan untuk berbual dengan anak-anak tentang kepentingan menabung untuk masa depan kerana impian anak mungkin masih jauh perjalanannya, tetapi persediaannya boleh dimulakan oleh ibu dan ayah hari ini.

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Untuk Papa Mama

5 Asas Penting Bantu Anak Mahir Matematik, Cikgu Ini Kongsi Tip...

Nak bantu anak mahir Matematik? Cikgu kongsikan 5 asas penting termasuk sifir, operasi asas, pecahan, peratus dan pertukaran unit.