Ads

Pelajar 12 Tahun Meninggal Mengejut Selepas Latihan Silat, Mengadu Sakit Kepala Sebelum Rebah

Tiada ibu ayah yang bersedia kehilangan anak secara mengejut. Apatah lagi apabila anak yang selama ini sihat, ceria dan tidak pernah mempunyai sejarah penyakit kronik pergi buat selama-lamanya dalam sekelip mata.

Itulah ujian yang terpaksa ditempuhi sepasang suami isteri dari Bukit Tinggi, Klang apabila anak kedua mereka, Nur Annisah Maisarah, 12 tahun, meninggal dunia secara mengejut selepas mengadu sakit kepala ketika menjalani latihan silat.

Kisah menyayat hati ini dikongsikan oleh Mr Wan Cai Official di Facebook dan telah mengundang rasa sebak serta simpati ramai netizen, khususnya golongan ibu bapa.

Pelajar 12 Tahun Meninggal Mengejut Selepas Latihan Silat

Pelajar 12 Tahun Meninggal Mengejut Selepas Latihan Silat, Mengadu Sakit Kepala Sebelum Rebah

Pada Sabtu, 1 Ogos lalu, Allahyarhamah menjalani rutin hariannya seperti biasa. Dari jam 8 pagi hingga 12.30 tengah hari, beliau menghadiri kelas tambahan di Sekolah Agama Pandamaran.

Selepas pulang ke rumah, Allahyarhamah berehat dan sempat tidur seketika sebelum keluar semula pada waktu malam untuk menghadiri latihan silat di Masjid Ar-Rahman, Pandamaran.

Tiada siapa menyangka bahawa sesi latihan tersebut menjadi detik terakhir buat dirinya bersama keluarga, guru dan rakan-rakan.

Mengadu Sakit Kepala Ketika Latihan

Ketika latihan sedang berlangsung, Allahyarhamah mengadu mengalami sakit kepala yang kuat serta berasa mahu muntah kepada guru silatnya.

Melihat keadaannya, guru silat segera meminta beliau menghentikan latihan dan berehat sementara.

Ads

Kira-kira jam 10.30 malam, ibu Allahyarhamah dihubungi supaya segera datang ke gelanggang kerana keadaan anaknya semakin membimbangkan dan perlu dibawa ke hospital.

Tidak Sedarkan Diri Sebelum Dikejarkan Ke Hospital

Apabila ibunya tiba di lokasi, Allahyarhamah didapati sudah tidak sedarkan diri.

Guru silat cuba mendapatkan bantuan kecemasan dengan menghubungi talian 999, namun talian dilaporkan sibuk. Mereka kemudian membuat keputusan menghantar Allahyarhamah ke hospital menggunakan kenderaan persendirian bagi mempercepatkan rawatan.

Allahyarhamah tiba di hospital sekitar jam 12 tengah malam pada Ahad, 2 Ogos.

Pasukan perubatan telah melakukan bantuan pernafasan kecemasan (CPR) sebanyak tiga kali bagi menyelamatkan nyawanya. Namun begitu, segala usaha tidak berhasil apabila Allahyarhamah disahkan meninggal dunia.

Baca lagi: Ubat Cacing Kanak-Kanak: 7 Petanda Amaran Anak Dijangkiti Cacing Yang Ramai Ibu Bapa Terlepas Pandang

Ads

Artikel Trending: Kemas Kini Mykad Atau Berisiko Didenda RM20,000, Ini Ibu Ayah Kena Ambil Peduli Bila Pindah Rumah

Baca lagi: Ramai Salah Faham! Bantuan Kanak-Kanak JKM Bukan Terus Dapat RM1,000 Sebulan,Ini Cara Kiraannya

Jenazah Selamat Dikebumikan

Pelajar 12 Tahun Meninggal Mengejut Selepas Latihan Silat, Mengadu Sakit Kepala Sebelum Rebah

Bedah siasat telah dijalankan pada hari yang sama bagi membantu mengenal pasti punca kematian.

Jenazah Allahyarhamah kemudian selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pendamar, Klang.

Allahyarhamah dikenali sebagai seorang anak yang ceria, berbudi bahasa dan sangat menghormati kedua ibu bapanya. Pemergiannya meninggalkan kesan mendalam bukan sahaja kepada keluarga, malah kepada guru serta rakan-rakan sekolah yang mengenalinya.

Ads

Difahamkan, kedua ibu bapanya berasal dari Sabah dan kini menetap di Klang.

Jangan Ambil Ringan Aduan Anak

Kisah ini menjadi peringatan buat semua ibu bapa agar tidak memandang ringan setiap aduan kesihatan yang disampaikan oleh anak-anak.

Sakit kepala yang luar biasa, muntah, pening, lemah secara tiba-tiba atau perubahan tingkah laku selepas melakukan aktiviti lasak wajar diberi perhatian segera kerana ia mungkin menandakan keadaan kesihatan yang serius.

Jika anak mengadu mengalami simptom seperti ini, hentikan aktiviti mereka, berikan rehat secukupnya dan segera dapatkan pemeriksaan di fasiliti kesihatan bagi memastikan keadaan mereka selamat.

Walaupun tidak semua sakit kepala membawa maksud penyakit berbahaya, penilaian awal oleh petugas kesihatan amat penting, terutama jika simptom muncul secara mengejut atau disertai muntah, pengsan, sawan, kekeliruan atau sukar dikejutkan.

Salam takziah diucapkan kepada seluruh ahli keluarga Allahyarhamah Nur Annisah Maisarah. Semoga mereka diberikan kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi ujian yang amat berat ini.

Al-Fatihah.

Sumber:  Facebook Mr Wan Cai Official

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Untuk Papa Mama

Eyka Farhana Kongsi Sisi Akhyar Sebagai Bapa, "Dia Cukup Teliti Bab Anak"

Eyka Farhana Kongsi Sisi Akhyar Sebagai Bapa, “Dia Cukup Teliti Bab...

Eyka Farhana kembali bekerja selepas dua bulan bergelar ibu dan berkongsi bagaimana sokongan suami Akhyar Rashid serta keluarga memudahkan rutin baharunya.