Apabila kita sudah bergelar ibu bapa, sebenarnya kita sedang untuk memahami sikap anak-anak yang berlainan. Lebih mencabar jika anak-anak menggunakan tangisan sebagai komunikasi, sebagai luahan perasaan.

Ada beberapa perkara yang anak-anak sangat perlukan daripada ibu ayah. Terkadang mereka tak tahu bagaimana nak meluahkan keinginan mereka agar ibu dan ayah memahami mereka. Mohd Fhais Parenting Influencer berkongsi 11 perkara yang anak perlukan dari ibu ayah yang boleh dijadikan panduan.

“Jom Kemas Dapur” Ajak Anak Buat Sama-Sama Bukan Marah Sambil Arah, Dia Tak Akan Buat Kalau Kita Arah-Arah

11 Perkara Yang Anak Perlukan Dari Mak Ayah

Anak kita tanggungjawab kita. Baik buruk anak kita, hanya kita sahaja yang boleh bentuk mereka. Ingat tu!

1 – Tunjuk jangan arah
Anak tak belajar dengan dengar arahan tetapi mereka belajar dengan melihat apa kita buat

“Jom Kemas Dapur” Ajak Anak Buat Sama-Sama Bukan Marah Sambil Arah, Dia Tak Akan Buat Kalau Kita Arah-Arah
Kredit: Freepik

2 – Manjakan mereka
Tak ada istilah anak tak boleh di manjakan, padahal itu la caranya nak connected dengan anak

IKLAN

3 – Tegas dan baik dalam mengajar
Ya, anak kalanya gelagat anak ni menguji kesabaran tapi jika kita tegas dan baik dalam mengajar anak pasti suka belajar

4 – Buat anak rasa selamat
Anak mahukan pelindung, bila anak rasa selamat baru la prestasi otak naik 100%

5 – Berbual bersama
Anak mahu mak ayah yang bukan sekadar boleh beri arahan tapi boleh mendengar juga

6 – Berhenti membanding
Setiap anak ni unik, ada kelemahan dan ada kelebihan masing masing. Raikan dan jangan banding banding

IKLAN

7 – Mahu bermain di luar
Walau banyak macam mana pun mainan di dalam rumah, anak tetap perlu main di luar

8 – Bab makanan jangan berkira
Anak nak membesar, makanan mesti la berkhasiat dan penuh nutrien untuk bantu perkembangan dia

9 – Empati
Ada kalanya anak nak mak ayah ada six sense boleh baca dan faham apa yang anak rasakan.

IKLAN

10 – Beri peluang
Kadang kala anak akan buat salah, selagi ia tak berbahaya beri peluang pada dia rasa salah. Supaya dia boleh belajar dan jadi lebih matang.

11 – Sentiasa sokong apa anak buat
Anak yang sentiasa bersemangat dan tak mudah putus asa adalah kerana adanya mak ayah yang sentiasa percaya pada kemampuan anak

Wallahu A’lam,

Kredit: Mohd Fhais, Parenting Influencer

Followers Pa&Ma yang nak dapatkan barangan bayi dengan harga murah, dapatkan di SINI.

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI