Kalau nak anak-anak cintakan buku, kena bermula sejak mereka masih kecil. Dengan membaca, mereka bukan saja dapat ilmu, tetapi dapat melatih minda untuk berfikir kritikal dan kreatif. Setiap buku yang dibaca membuka dunia baru, bantu mereka faham lebih banyak tentang kehidupan dan emosi. Lebih awal ibu ayah terapkan tabiat membaca, lebih besar peluang untuk anak-anak berkembang menjadi individu yang bijak dan berkeyakinan.
Selain itu, membaca juga satu cara terbaik untuk mengeratkan hubungan keluarga! Waktu membaca bersama bukan saja menyeronokkan, tapi menjadi aktiviti yang penuh kasih sayang. Ibu ayah boleh bacakan cerita menarik, sambil berinteraksi dan berbincang dengan anak-anak. Jadi, bukan sekadar ilmu, tetapi juga memori indah yang dibentuk bersama.
Kalau Nak Beli Buku, Pilihlah Big Bad Wolf Books!
Ads
Big Bad Wolf Books, yang juga dikenali sebagai Jualan Buku Terbesar di Dunia, dah jadi sinonim dengan menawarkan berjuta-juta buku pada harga yang GILA MURAH dan dengan tujuan utama untuk menyemai minat membaca di seluruh dunia. Ditubuhkan pada tahun 2009, matlamat syarikat ini yang mudah tapi memberi impak untuk menjadikan harga buku lebih mampu milik tanpa mengira latar belakang atau pendapatan.
Lebih daripada sekadar jualan buku, Big Bad Wolf Books adalah inisiatif global untuk menggalakkan budaya membaca, mendidik, dan memperkaya hidup melalui kegembiraan mengeksplorasi buku.
Ads
Dengan menawarkan buku pada diskaun sehingga 95%, Big Bad Wolf Books dah buat kesusasteraan, pengetahuan, dan kreativiti boleh diakses oleh jutaan orang.
Ada Banyak Pilihan Buku & Bahan Belajar Menarik!
Dari buku klasik hingga fiksyen kontemporari, buku kanak-kanak hingga buku meja kopi yang menarik, pelbagai jenis buku di Big Bad Wolf Book Sale sesuai untuk pembaca dari semua peringkat umur dan minat. Selain menjual buku, Big Bad Wolf Books juga aktif bekerjasama dengan projek komuniti, NGO, dan sekolah untuk menyediakan bahan bacaan kepada komuniti yang memerlukan. Usaha mereka pastikan kegembiraan membaca sampai kepada mereka yang paling memerlukan.
Ads
Menurut Andrew Yap, pengasas bersama Big Bad Wolf Books, buku mempunyai kuasa untuk mengubah hidup seseorang.
“Buku ada kuasa untuk mengubah hidup. Misi kami bukan hanya untuk capai pembaca tegar, tapi untuk menginspirasikan mereka yang belum suka membaca untuk rasa kegembiraan membaca. Kami percaya semua orang berhak untuk belajar, berkembang, dan bermimpi melalui buku, tak kira latar belakang mereka.”
Bagi sesiapa yang belum jatuh cinta dengan membaca, Jualan Buku Big Bad Wolf Sunway 2024 yang akan datang adalah tempat yang sempurna untuk bermula. Dengan koleksi buku yang sangat banyak dan DISKAUN YANG TAK MASUK AKAL, ia adalah jemputan terbuka untuk terokai cerita, jumpa minat baru, dan ambil langkah pertama dalam dunia buku.
Tandakan kalendar anda dan bersiap sedia untuk jadikan 2025 anda lebih hebat dengan buku-buku berpatutan dan mulakan Tahun Baru dengan diri baru! Jangan lepaskan peluang ni untuk jadikan membaca sebahagian daripada hidup anda pada 2025 dan seterusnya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Alahai, susah hatinya! Dah berjumpa dengan pengasuh yang baik dan bertanggungjawab tetapi tiba-tiba diberitahu terpaksa berhenti atas sebab tertentu. Inilah yang menjadi kerungsingan ibu bekerja, apabila tiba-tiba pengasuh tak dapat menjaga anak kita lagi kan? Diberitahu dalam masa yang singkat, macam mana nak cari pengasuh baru ni?
Jangkaan Tinggi Terhadap Pengasuh Baharu
Apabila anak pernah dijaga oleh pengasuh yang bertanggungjawab, ibu ayah biasanya meletakkan jangkaan yang tinggi ketika mencari pengash baharu. Sekurang-kurangnya sama seperti pengasuh yang lama jika tak mampu menjadi yang lebih baik.
Ibu ayah sudah biasa dengan cara pengasuh yang lama, jadi mengharapkan perkara yang sama apabila terpaksa mencari pengasuh baharu yang akan mengambil alih tugas menjaga anak tersayang. Bukan mudah untuk ibu ayah meletakkan kepercayaan kepada seseorang, itulah yang menjadi kebuntuan apabila perlu mencari pengasuh lain.
Kerisauan Mencari Pengasuh Ganti
Untuk mencari pengasuh tidaklah susah tetapi untuk berjumpa dengan yang bagus, amanah serta bertanggungjawab sangat sukar. Kita boleh sahaja mencari pengasuh melalui iklan di grup Facebook, tetapi sejauh mana keyakinan ibu ayah untuk mempercayai orang asing yang dikenali di media sosial untuk menjaga anak?
Antara perkara yang boleh dilakukan untuk mencari pengasuh baharu ialah:
Sekiranya terpaksa mencari pengasuh baharu dalam masa yang singkat, segera bertanya kepada ahli keluarga mahupun kawan sekiranya mereka mempunyai kenalan yang boleh menjaga anak kecil.
Tanyakan pengalaman ahli keluarga atau kawan ketika pengasuh tersebut menjaga anak-anak mereka. Selain itu, boleh juga tanyakan tentang keperibadian pengasuh yang mereka sarankan itu. Walaupun begitu, seelok-eloknya ibu ayah boleh berkenalan terlebih dahulu dengan bakal pengasuh dan boleh cuba hantar anak selama beberapa hari untuk melihat keserasian anak dan bakal pengasuh.
Sekiranya tidak mahu mencari pengasuh baharu, bolehlah cari taska yang bagus dan diyakini untuk menghantar anak ke sana. Taska terbaik bukan sahaja mempunyai persekitaran yang selamat tetapi juga para pengasuh di sana menjalani kursus serta mempunyai kelayakan untuk mengendalikan anak kecil.
Jangan terburu-buru, ambillah masa untuk mencari taska terbaik. Boleh juga lihat reviu yang ditinggalkan oleh ibu ayah yang lain semasa menghantar anak mereka di taska tersebut. Ketika melawat taska tersebut, ibu ayah boleh melihat secara terperinci keadaan di dalam taska. Dengan cara ini, dapat membantu ibu ayah untuk memilih taska yang sesuai untuk anak.
Buat apa pening-pening sedangkan ibu ayah boleh cari pengasuh baharu dengan aplikasi Sitly. Tahukah anda, ibu ayah mempunyai fleksibiliti untuk mencari pengasuh pada bila-bila masa mengikut ketetapan dan keutamaan sendiri tanpa terikat dengan syarat dan komisen daripada syarikat agensi dengan aplikasi terbaik ini.
Oleh itu, ibu ayah lebih yakin kerana dapat memilih pengasuh yang memenuhi kriteria yang diperlukan. Berbeza dengan aplikasi yang lain, Sitly membolehkan ibu ayah memilih sendiri pengasuh yang diingini. Letakkan kriteria atau keperluan untuk bakal pengasuh yang diingini, Sitly akan mencadangkan padanan terbaik!
Selain itu juga ibu bapa dapat menguruskan sendiri proses pemilihan pengasuh dengan mengadakan temu duga atau mencuba dulu khidmat pengasuh mengikut cara dan keselesaan ibu bapa itu sendiri. Boleh dikatakan pengasuh yang ada di dalam senarai aplikasi Sitly bukan sembarangan! Semuanya berkelulusan serta mempunyai kelayakan yang diperlukan untuk berkhidmat sebagai pengasuh dengan banyak lagi kelebihan lain.
Kelengkapan asas selepas melahirkan anak perlu dilengkapkan dengan sebaiknya. Selain keperluan wajib bayi seperti lampin pakai buang, susu serta pakaian, peralatan lain yang membantu melegakan ibu bapa adalah kereta sorong dan paling penting pastinya car seat.
Bukan hanya berkisahkan soal meringankan beban ibu bapa. Apa yang lebih penting adalah memilih aspek keselamatan dan nyawa anak kita lebih terjamin setiap masa. Ini seharuslah kita utamakan dalam membeli keperluan bayi.
Menempatkan anak untuk berada di dalam car seat sebenarnya tidak mudah. Sebaik diletakkan, anak sudah mula meronta-ronta, menangis kerana ingin sentiasa berdampingan dengan ibunya. Kemahiran inilah yang perlu dipraktikkan ibu bapa agar anak berasa lebih selesa ketika berada di dalam car seat.
Bukan hanya selesa, bahkan ibu dan bapa sendiri pastinya mampu menarik nafas lega kerana membuat keputusan untuk mengutamakan aspek keselamatan buat anak-anak.
Mewajibkan penggunaan CRS atau (Child Restraint System) untuk kenderaan sememangnya salah satu langkah keselamatan terbaik anak-anak kita di dalam kenderaan. Jaga nyawa dan amanah yang satu ini buat kita. Mengapa CRS sangat penting?
Prinsip momentum adalah kuantiti fizikal yang menggabungkan jisim dan halaju. Pada kelajuan 50 km/j, bayi yang seberat 5 kg akan mempunyai daya sebanyak 40 hingga 50 kali ganda berat badannya. Ini bermakna sekiranya kenderaan anda bergerak pada kelajuan 50km/j dan berhenti tiba-tiba, berat bayi anda sebenarnya telah pun menjadi lebih kurang 250kg!
Ini menjadikan mustahil buat ibu untuk terus memeluk bayi ketika berlaku kemalangan, dan inilah yang selalunya membuatkan bayi tercampak keluar dari kenderaan.
Sistem keselamatan menggunakan tali pinggang keledar di dalam kenderaan anda sebenarnya direka untuk orang dewasa dan bukannya untuk saiz dan tinggi kanak-kanak.
Kanak-kanak terlalu kecil untuk dipakaikan tali pinggang keledar dan tidak meliputi permukaan badan yang sepatutnya, tetapi akan menyilang di leher dan perut dan menyebabkan kecederaan serius ketika kemalangan. Sebab itulah amat penting bagi kita menggunakan CRS yang sesuai bagi melindungi bayi dan anak kita semasa di dalam kenderaan.
Kepala bayi mewakili 25% keseluruhan berat badan mereka. Manakala tengkorak dan tulang leher bayi masih lembut dan berada dalam fasa pembentukan. Apabila berlaku kemalangan, risiko bayi mengalami kecederaan leher amatlah tinggi. Penggunaan CRS hadap belakang dengan sistem abah-abah 5-penjuru akan menyebarkan daya impak ke permukaan CRS yang lebih luas dan mengurangkan risiko kecederaan.
Pilih Car Seat Bersesuaian, Jangan Lambat Bertindak
Sebelum membeli car seat, pastikan anda memilih sebuah car seat yang bukan hanya melindungi bahkan mempunyai ciri-ciri sesuai untuk saiz dan umur anak anda. Jangan tersalah beli.
Sebelum membeli pastikan anda membeli Child Restraint System yang sesuai dengan berat dan tinggi anak anda. Jangan terlebih saiz atau terkecil kerana kurang sesuai. Dapatkan nasihat jurujual.
Perlu diingat bahawa saiz untuk bayi baru lahir dan satu tahun adalah car seat dengan berat 0-13 kg dan memiliki saiz 40-75 cm.
Manakala untuk toddler pula iaitu dari usia 9 bulan hingga empat tahun memerlukan car seat dengan berat purata dari 9-18 kg dan saiz 70-105 cm.
Manakala untuk kanak-kanak pula untuk usia tiga tahun hingga 12 tahun memerlukan berat dari 15-36 kg dan saiz 100-150 cm. Jadi jangan tersalah memilih berat dan saiz anak anda.
Letakkan anak anda di posisi hadap-belakang sejak usia baru lahir sehinggalah sekitar 2 hingga 3 tahun (mengikut berat yang dinyatakan di manual CRS anda). Jangan sesekali memasang CRS secara hadap belakang di kerusi penumpang hadapan. Hanya berpindah ke tali pinggang keledar jika anak-anak sudah mencapai umur dan tinggi yang sesuai, selepas lulus kesemua 5 langkah yang disarankan.
Daya yang diperlukan untuk menahan bayi seberat 5 kg dari tercampak ketika kenderaan tiba-tiba berhenti atau berlanggar pada halaju 100 km/j adalah sama dengan daya untuk mengangkat beban sekitar 500 kg! Mustahil anda dapat menahan tekanan sekuat itu.
Jadikan Chicco Sebagai Pilihan
Keselamatan anak-anak adalah keutamaan ibu bapa. Kerusi keselamatan yang berkualiti dengan ciri-ciri mementingkan keselamatan pasti menjadi pilihan buat si kecil. Chicco merupakan jenama barangan bayi dari Itali yang diasaskan pada tahun 1958. Chicco bukan sahaja pembuat kerusi keselamatan dan kereta sorong bayi yang sangat menarik dan elegan juga merupakan pengeluar pelbagai barangan bayi merangkumi keseluruhan jenis barangan keperluan bayi terutamanya dari bayi baru lahir sehingga 36 bulan yang mengutamakan kualiti dan terjual di lebih 120 buah negara.
Chicco Unico
Chicco Unico merupakan model kerusi keselamatan pertama dikeluarkan oleh Chicco khas untuk bayi baru lahir hingga usia 12 tahun. Antara ciri yang ada adalah ‘rotating system’ dimana ia boleh menukar kedudukan pandangan belakang ke hadapan tanpa perlu mengangkat dan mengalih.
ISOFIX system car seat Unico ini pula dapat digunakan sehingga usia anak 12 tahun. Turut disertakan dengan gabungan tali pinggang keledar untuk memastikan kestabilan dan keselamatan maksimum. Sistem keselamatan hentaman sisi juga disertakan untuk mengurangkan impak jika berlaku pelanggaran dari tepi.
Selain itu, sandar kepala boleh laras juga membolehkan ketinggiannya dilaras mengikut ketinggian anak-anak. Pastinya, Chicco Unico sangat selesa dan selamat untuk perjalanan yang lebih lancar bersama si kecil.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kebanyakan wanita sudah biasa mendengar tentang fibroid, namun sebanyak mana kita tahu tentangnya? Untuk pengetahuan, fibroid merupakan tumor bukan kanser yang tumbuh dalam rahim. Ia banyak berlaku pada wanita dan lebih teruk, mungkin terjadi ketika seseorang itu hamil.
Dalam kebanyakan kes, wanita dengan ketumbuhan fibroid tidak menyedari bahawa mereka memilikinya, mungkin kerana saiznya terlalu kecil sehinggalah ia menyebabkan komplikasi yang ketara.
Walau bagaimanapun, fibroid yang lebih besar dikhuatiri boleh mempengaruhi kehamilan, perkembangan janin, atau kelahiran. Ketahui tentang fibroid, simptom serta rawatan yang boleh dibuat seperti mana yang dipetik melalui portal Hello Doktor.
Apakah itu fibroid?
Fibroid ialah ketumbuhan abnormal yang terbentuk pada rahim wanita. Fibroid rahim tidak berkaitan dengan peningkatan risiko kanser rahim dan selalunya tidak pernah berkembang menjadi barah.
Kadangkala, tumor ini menjadi agak besar dan menyebabkan kesakitan abdomen yang teruk bersama darah haid yang terlalu banyak.
Dalam kes lain, ia tidak meninggalkan sebarang gejala atau simptom langsung.
Cara pengurusannya adalah dengan mengurangkan faktor risiko. Sila berbincang dengan doktor untuk maklumat lanjut.
Simptom fibroid
Simptom fibroid rahim boleh terbentuk perlahan selama beberapa tahun atau secara pantas dalam beberapa bulan.
Simptom paling biasa bagi fibroid rahim termasuklah:
-Pendarahan haid yang terlalu banyak
-Tempoh menstruasi berpanjangan melebihi seminggu
-Tekanan atau kesakitan pada pelvik
-Kencing dengan kerap
-Kesukaran mengosongkan pundi kencing
-Sembelit
-Sakit belakang atau sakit kaki
Ia boleh juga meningkatkan risiko untuk beberapa jenis komplikasi kehamilan seperti uri tercabut, gangguan tumbesaran fetus, dan kelahiran pramatang.
Antara gejala fibroid semasa mengandung termasuk:
-Kekejangan teruk, serupa dengan kekejangan haid
-Kesakitan dan ketegangan di perut
-Masalah pencernaan, seperti sembelit
-Sering terasa ingin membuang air kecil, kerana fibroid memberi tekanan pada pundi kencing
-Bakal ibu juga mungkin mengalami kesukaran membuang air kecil atau sakit belakang, tetapi simptom ini agak jarang berlaku.
Ini kesan fibroid ketika hamil
Fibroid secara umumnya tidak mempengaruhi kehamilan dengan ketara.
Walau bagaimanapun, kadangkala ia boleh menyebabkan:
-Keguguran
-Kelahiran pramatang
-Pecah membran pramatang janin (PROM)
-Pendarahan tidak lama sebelum bersalin
-Malpresentation, di mana janin tidak berada dalam kedudukan yang betul
–Obstructed labor (bayi tidak memasuki pelvis ibu semasa bersalin)
-Pendarahan selepas bersalin
-Nekrosis, mengganggu bekalan darah atau menyebabkan kematian sel
Fibroid juga kadangkala memberi kesan kepada kesuburan wanita, dengan menyebabkan kemandulan.
Penyelidik masih menyiasat bagaimana ia berlaku, tetapi mereka berpendapat ukuran dan kedudukan fibroid menentukan sejauh mana kesannya pada tubuh.
Selain itu, fibroid boleh mempengaruhi proses persenyawaan dengan menghalang tiub fallopio, saluran yang dilalui telur sebelum disenyawakan oleh sperma.
Oleh itu, telur yang disenyawakan mungkin tidak dapat melekat pada dinding rahim jika fibroid menghalangi.
Bagaimana fibroid dirawat semasa kehamilan?
Di dalam portal Hello Doktor juga ada berkongsi tentang rawatan fibroid ketika hamil. Semasa mengandung, rawatan untuk fibroid rahim adalah terhad kerana dikhuatiri akan merisikokan kesihatan janin.
Dalam kes yang sangat jarang berlaku, myomectomy dilakukan pada wanita dalam fasa separuh kedua kehamilan mereka.
Prosedur ini dilakukan untuk membuang fibroid dari bahagian luar rahim atau dari dalam dinding rahim tanpa mengganggu uterus.
Tetapi lain pula bagi fibroid yang tumbuh di rongga rahim, kerana biasanya ia dibiarkan kerana kemungkinan risiko terhadap janin.
Merawat fibroid sebelum kehamilan untuk meningkatkan kesuburan
Pil kawalan kelahiran hormon
Membiarkan fibroid rahim sebelum kehamilan boleh merisikokan kesuburan anda. Rawatan-rawatan fibroid yang sering dilakukan bagi mengekalkan kesuburan termasuk:
Myomektomi: Prosedur pembedahan ini digunakan untuk menghilangkan fibroid. Namun, kaedah ini mungkin meningkatkan risiko kelahiran caesar, dan anda perlu menunggu kira-kira 3 bulan selepas prosedur sebelum cuba untuk hamil
Pil kawalan kelahiran hormon: Sepanjang di bawah pengambilan pil ini, anda tidak akan dapat hamil. Tetapi alat kontraseptif ini mampu membantu meringankan gejala, seperti pendarahan berat dan haid yang menyakitkan
Peranti intrauterin (IUD): Seperti pil kawalan kelahiran, IUD juga berfungsi bagi mencegah kehamilan. Walau bagaimanapun, ia dapat membantu menghilangkan beberapa simptom sambil mengekalkan kesuburan
Gonadotropin-releasing hormone (Gn-RH) agonists: Jenis ubat ini akan menyekat pengeluaran hormon yang menyebabkan ovulasi dan haid, jadi anda tidak akan hamil semasa mengambil ubat tersebut. Pun begitu, ia dapat membantu mengecutkan fibroid
Myolisis: Prosedur ini berfungsi dengan menggunakan arus elektrik, laser, atau pancaran tenaga frekuensi radio untuk mengecilkan saluran darah yang memberi fibroid ‘makan’
Para wanita mungkin juga dapat menurunkan risiko terkena fibroid dengan menjaga diet yang sihat dan meminimumkan masa yang mereka habiskan di kawasan yang tercemar.
Produk makanan yang mengandungi pemanis tiruan, diproses, dan diawet turut meningkatkan peluang terbentuknya pertumbuhan fibroid.
Konklusinya…
Fibroid adalah ketumbuhan yang sering terjadi kepada kaum Hawa, malah para pakar menganggarkan ia telah mempengaruhi sebanyak 40% sehingga 80% golongan wanita.
Bagi sebilangan kes, pertumbuhan ini tidak akan memberi kesan dan tidak memerlukan rawatan, tetapi kadangkala ia mampu mempengaruhi kesuburan.
Di samping itu, bagi kes fibroid dalam kalangan wanita hamil boleh jadi sangat berbeza antara individu.
Sekiranya ia menimbulkan risiko kesihatan terhadap kehamilan, bakal ibu itu mungkin memerlukan rawatan pembedahan.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau kebimbangan, dapatkan nasihat serta pandangan daripada doktor.
Pejuang Fibroid Berjaya Hamil Selepas 10 Tahun ‘TTC’
Produk Efferty merupakan salah satu jenama yang membantu wanita yang mengalami masalah kesuburan dengan harga mampu milik. Susu Efferty diformulasikan khas oleh Dr. Raihana Ismail dan telah diuji secara klinikal di makmal bertauliah untuk mendapatkan keberkesanan produk tersebut. Susu Efferty terdiri daripada bahan-bahan semula jadi serta multivitamin.
Efferty banyak berkongsi dan memberi kesedaran tentang masalah fibroid. Salah satu testimoni yang telah berjaya hamil selepas berikhtiar dengan Efferty adalah Pn. Nurshahir yang juga merupakan salah seorang pejuang fibroid.
Menurut sesi interviu Dr. Raihana bersama Pn. Nurshahir, wanita ini merupakan pejuang fibroid yang berusaha untuk hamil selama 10 tahun. Sudah mempunyai seorang cahaya mata, namun Pn. Nurshahir dan suaminya, En. Dzulfaizal, mengalami kesukaran untuk menambah cahaya mata disebabkan masalah fibroid.
Menurutnya, dia mengalami masalah haid tidak teratur sejak zaman persekolahan. Pada awalnya selepas kelahiran anak sulung, dia berhasrat untuk hamil semula selepas dua tahun. Pn. Nurshahir dan suami merancang sendiri tetapi masuk tahun ketiga, akhirnya mereka mula berusaha.
Cerita Pn. Nurshahir, dia berurut serta mengamalkan jamu tetapi tidak berkesan. Lebih teruk lagi, haidnya tidak berhenti serta dia terpaksa menukar tuala wanita setiap dua jam sekali. Selain itu, Pn. Nurshahir juga kerap membuang air kecil.
Risau dengan keadaan itu, dia merujuk masalah ini kepada doktor dan semasa ujian imbasan dibuat, mereka mendapati ada fibroid.
“Terus tanya doktor kalau besar saiz fobroid kena buang (rahim) ke doktor? Sebab biasanya kalau dengar kes besar ni kena buang. Doktor kata kita tengok dulu dan makan ubat, tak semestinya kena buang.
Kita check dulu, tengok kecut ke tak. Kalau kecut walaupun sikit kita takkan operate.”
Tambah Pn. Nurshahir, fibroidnya mengecut tetapi kemudian jadi semula cuma tidak seteruk kali pertama. Tempoh haid juga panjang tetapi tidaklah sebanyak seperti yang awal dahulu.
“Dalam 2021 macam tu, saya ada terbaca tentang Efferty cuma tangguhkan nak mencuba. Sampailah ada seorang kawan mak ni, dia memang minum Efferty dan hamil. Jadi, saya pun buat research tengok okay baru beli. Sebab saya memang dah cakap, masuk umur 40 tahun redalah kalau tak ada. Sebab kita pun dah ada anak seorang.
Saya minum selama enam bulan, suami pun sama-sama minum. Cuma sayalah yang minum straight enam bulan tu, suami sekejap je. Period makin okay, jadi 10 hari dari biasanya dua minggu. Kemudian saya pregnant.”
Biarpun ketika hamil Pn. Nurshahir didapati masih mempunyai fibroid dan cyst. Namun, selepas ujian imbasan untuk bulan berikutnya doktor memberitahu bahawa cyst tersebut tidak aktif. Lebih memeranjatkan fibroidnya tidak kelihatan.
Turut berkongsi tentang tip pemakanan, Pn. Nurshahir memberitahu dia tidak mengambil ayam dan makanan proses juga banyak makan buah kiwi.
Di dalam sesi interviu itu juga Dr. Raihana memberitahu tentang kepentingan sokongan suami sepanjang proses untuk hamil. Katanya lagi, tanpa semangat dari suami mungkin isteri juga akan tarik ‘hand brake’ (putus asa).
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Keputusan untuk memiliki anak bukanlah sesuatu yang mudah bagi kebanyakan pasangan hari ini. Selain perlu bersedia dari segi emosi dan fizikal, ibu bapa turut memikirkan kos sara hidup, penjagaan anak, kestabilan pekerjaan serta kemampuan untuk membesarkan keluarga dalam keadaan ekonomi yang semakin mencabar.