Salah satu cara untuk berseronok dengan si manja adalah dengan bermain bersama mereka. Rancanglah aktiviti menarik untuk menguatkan bonding antara ibu ayah dan anak. Bukan saja ikatan kasih sayang lebih kuat, ia juga membantu pembentukan emosi yang stabil dan anak kurang tantrum.
Bawalah anak bermian di luar rumah supaya mereka boleh belajar banyak perkara baru. Anak-anak yang sering didedahkan dengan dunia luar juga lebih yakin dan berani. Mereka juga berpengetahuan luas dan sentiasa terbuka untuk mencuba pelbagai perkara baru.
Ajar Anak Jaga Kebersihan
Apabila sudah bermain di luar, sudah tentu anak-anak akan berpeluh dan ini membuatkan mereka merasa rimas. Bagi menjamin keselesaan si manja, ajarkan mereka untuk menjaga kebersihan. Salah satunya adalah dengan menggalakkan anak untuk mandi.
Pilihlah produk berkualiti dan diyakini untuk memastikan anak kekal bersih dan harum sentiasa. Dengan menggunakakan produk keluaran Johnson’s ® Baby, sudah tentu anak lebih selesa. Bukan saja bersih, tapi bau badan pun lebih wangi!
Johnson’s ® Baby Anjur Peraduan
Bagi menggalakkan anak-anak untuk menjaga kebersihan diri, Johnson’s & Johnson’s telah menganjurkan sebuah peraduan yang menarik dan comel yang bermula dari 15 Mei – 30 Jun 2022 yang lalu. Dengan menggunakan menggunakan filter AR Johnson’s Playdays x Didi & Friends, ibu ayah diminta untuk berkongsi momen istimewa ketika bermain dengan si manja di luar rumah.
Macam Mana Peraduan Berlangsung?
Ternyata ramai ibu ayah yang teruja dengan peraduan ini. Penyertaan yang dihantar sangat banyak sejak ia dianjurkan dan kini pemenangnya telah pun diketahui. Tahniah kepada anda semua yang telah memenangi peraduan Johnson’s Playdays x Didi & Friends!
Jom, saksikan video pemenang utama peraduan Johnson’s Playdays x Didi & Friends!
Ads
Berikut adalah senarai pemenang peraduan Johnson’s Playdays x Didi & Friends!
Meriah habis pertandingan Baby Merangkak Race Simpan SSPN X Pa&Ma yang mendapat sambutan hangat melebih 100 penyertaan bayi berusia enam hingga 12 bulan pada tahun ini!
Bersempena dengan Bulan Menabung Simpan SSPN (BMS) 2023, pertandingan Baby Merangkak Race Simpan SSPN X Pa&Ma telah diadakan di Sunway Pyramid Mall pada 30 September 2023 yang lalu. Pertandingan ini adalah kerjasama Simpan SSPN dan Majalah Pa&Ma dengan bertemakan superhero yang mana tagline BMS 2023 juga adalah “Jom Jadi Superhero Anak Anda”.
Ternyata semua ibu bapa peserta sangat sporting dan mengenakan pakaian mengikut tema pada bayi mereka.
Suasana riuh-rendah apabila pertandingan ini bermula. Kelihatan sungguh comel anak-anak kecil ini merangkak dalam kumpulan namun ada yang duduk sahaja tanpa bergerak. Ibu bapa dibenarkan membawa ‘props’ sebagai alat untuk memancing si kecil merangkak ke depan.
Pertandingan ini mendapat sambutan menggalakkan dengan penyertaan 110 orang bayi yang berusia enam hingga 12 bulan yang telah mendaftar sebelum pertandingan berlangsung.
Sebelum ini, peserta Merangkak Race hanyalah terdiri daripada 50-60 orang tetapi sambutan tahun 2023 ini sangat menakjubkan sehingga peserta mencecah 110 orang! Mereka bertanding untuk merebut gelaran juara merangkak paling pantas.
Untuk pertandingan ini, terbahagi kepada 10 pusingan saringan. 11 bayi akan bertanding untuk setiap pusingan saringan ini. Hanya dua bayi terpantas yang menyentuh reben akan dipilih untuk ke pusingan akhir.
Terdapat 5 penjaga garisan yang akan memerhatikan setiap bayi untuk pusingan ini. Setiap bayi yang menyentuh reben, juri yang mewakilinya akan mengangkat bendera.
Mereka dibahagikan kepada 10 kumpulan iaitu Ironman, Spiderman, Hulk, Thor, Captain America, Black Panther, Batman, Aquaman, The Flash, Superman.
20 bayi terpantas melalui ujian saringan kemudiannya berlumba antara satu sama lain dan masa terpantas dipilih sebagai juara, naib juara, tempat ketiga dan dua hadiah saguhati.
Turut hadir Ketua Pegawai Operasi PTPTN, Puan Mastura Mohd Khalid, Puan Wan Zawiah Wan Abu Bakar, Pengurus Besar Kanan Jabatan Komunikasi Korporat & Pemasaran, Puan Emy Haznida selaku Editor Pa&Ma dan hos untuk acara ini.
Juara membawa pulang akaun Simpan SSPN bernilai RM300 berserta medal, naib juara pula menerima akaun Simpan SSPN bernilai RM200 berserta medal, pemenang tempat ketiga pula mendapat akaun Simpan SSPN RM100 berserta medal. Kedua-dua pemenang saguhati pula membawa pulang akaun Simpan SSPN bernilai RM50 setiap seorang berserta medal. Selain akaun Simpan SSPN, setiap pemenang goodies bag dari Simpan SSPN.
Manakala pemenang bagi kategori khas Baby Merangkak WOW yang dinilai dari pelbagai segi oleh juri membawa pulang hadiah Akaun Simpan SSPN bernilai RM100 beserta medal dan goodies bag Simpan SSPN.
Pemenang-pemenang Baby Merangkak Race Simpan SSPN X Pa&Ma 2023 telah diumumkan sejurus tamat acara tersebut. Bayi Juara adalah Aidan Nadhif bin Aiman Fahmi, Bayi Naib Juara, Muhammad Furqan bin Muhammad Firdaus, Bayi tempat ketiga Muhammad Ayden Nael bin Muhammad Na’im manakala dua bayi saguhati iaitu Ahmad Umar Fateh Ahmad Hazazi dan Muhammad Adeeb Mukhriz Bin Muhammad Amir Asyraf.
Baby Merangkak WOW! pula dimenangi oleh Muhammad Luth Zafran bin Muhammad Zulkhaire. Kategori Famili ‘Sporting’ merupakan kategori yang baru diperkenalkan tahun ini dan pemenangnya adalah keluarga Mohamad Nazirul, Noor Aisa dan Alee Yara.
Terima kasih kepada semua penaja dan para peserta. Diharapkan jika ada lagi pertandingan ini diadakan pada masa hadapan, akan terus mendapat sokongan dari pembaca Pa&Ma.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Hari kelahiran anak-anak pasti ditunggu-tunggu oleh mereka kerana ianya merupakan detik indah yang bakal mereka sambut setiap tahun. Segala persiapan harus dilakukan dengan teliti oleh mama papa agar acara sambutan ulang tahun si kecil berjalan lancar.
Bagi mama yang bakal meraikan ulang tahun si kecil tak lama lagi, jom baca tip persediaan ini untuk memudahkan kerja anda nanti.
Tema majlis
Kaedah yang paling terbaik ialah dengan bertanyakan sendiri kepada si kecil yang ingin diraikan. Biasanya mereka akan tau apakah tema yang mereka mau seperti tema Cars, Frozen, Under the sea, Pirates, Dinosaur, Spiderman dan bermacam lagi.
Lokasi
Lokasi majlis sangat penting, sama ada anda buat di rumah atau antara pilihan lain ialah dengan menyewa ruang khas untuk majlis seperti di dewan orang ramai, dewan di hotel dan resort dan beberapa premis komersil yang menawarkan khidmat ruang untuk majlis.
Makanan
Makanan di majlis harijadi seharusnya merupakan makanan yang ringkas serta mudah untuk si kecil dan rakan-rakannya, kerana apabila mereka berkumpul bersama rakan, sudah tentu mereka akan fokus untuk bermai dan membuat aktiviti party!
Taman Permainan & Kolam
Apalah makna sesebuah majlis harijadi tanpa aktiviti sesama rakan mereka. Pilihlah aktiviti yang bersesuaian dengan umur anak dan juga majoriti tetamu yang hadir. Kehadiran Clown pasti akan menceriakan suasana dengan belon, permainan dan pertunjukan silap mata!
Selain daripada itu, aktiviti seni seperti sand art dan facepainting juga amat menghiburkan serta dapat memenuhkan masa dan membuatkan tetamu anda tidak mudah berasa bosan.
Lebih meriah kalau mama papa sediakan kolam ataupun taman permainan buat anak-anak. Pasti mereka seronok dan leka bermain. Confirm akan jadi momen paling indah buat anak-anak dan tetamu yang hadir.
Produk di POPKIDSPOOL
POPKIDSPOOL menawarkan beberapa produk yang menarik sesuai mengikut citarasa dan tema yang diinginkan oleh ibu bapa iaitu antaranya:
POPKIDS pool: ‘WATERPARK’ mudah alih sesuai untuk aktiviti air kanak-kanak & dewasa.
Kolam angin POPKIDSPOOL terdapat pelbagai saiz dan reka bentuk agar sesuai dengan mana-mana ruang atau taman halaman rumah, dan dibuat dengan bahan berkualiti tinggi dan tahan lasak untuk memastikan pengalaman yang selamat dan menyeronokkan untuk semua. Sama ada anda menganjurkan parti hari jadi, acara komuniti atau hanya ingin bermain air ketika cuasa yang panas, kolam ini pasti dapat menghiburkan anda sekeluarga. Boleh di pasang di mana-mana yang anda suka. Pelbagai saiz dan reka bentuk untuk memenuhi keperluan yang berbeza serta mampu menampung sehingga 200 pax pada satu masa.
POPKIDS play: Taman permainan ‘indoor’ mudah alih sesuai untuk majlis atau acara.
“Dry Indoor Playground” dapat memberikan pengalaman yang menyeronokkan untuk kanak-kanak dan ibu bapa. Taman permainan kering ini direka untuk memberikan keseronakan dan menggalakkan kemahiran sosial-emosi kognitif kanak-kanak. Boleh di pasang di mana-mana sahaja yang anda mahukan. Taman permainan dan peralatan ini pasti menawarkan pengalaman untuk kanak-kanak bermain dan berseronok sambil belajar. Pilihan permainan kering ini terdiri daripada ‘ball pit’, ‘bouncy castle”, permainan lembut dan kereta bampar.
POPKIDS place: Ruang acara berkonsepkan ‘outdoor’ yang lengkap dengan pelbagai aktiviti.
Bertempat di Bandar Puncak Alam, ruang acara ini boleh menjadikan majlis anda sangat istimewa dan pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Dengan keluasan 16,000kaki persegi, ruang luar ini boleh menampung daripada majlis kecil-kecilan hingga acara berskala besar. Pelbagai pakej acara yang boleh disesuaikan dan juga terdiri daripada pelbagai kolam untuk memenuhi keperluan dan pilihan peribadi anda.
MY BOUNCE sports: Permainan sukan lasak ‘inflatable’ yangsesuai untuk kanak-kanak.
MYBOUNCESPORTS sesuai untuk kanak-kanak yang sukakan ‘adventure’ and ‘survival’. POPKIDSPOOL menyediakan pelbagai aktiviti memacu adrenalin dan permainan karnival yang pasti menggembirakan tetamu dari semua peringkat umur. Aktiviti luar bergerak mudah alih (Inflatable Extreme Park) mempunyai pelbagai pilihan yang mendebarkan seperti memanjat ‘wallclimbing’, memanah, dan sepak bola. Bagi anda yang lebih suka pengalaman yang lebih santai, permainan karnival menawarkan suasana yang menyeronokkan dan menghiburkan untuk semua. Peralatan ini sentiasa diselenggara dengan prosedur keselamatan yang ketat untuk memastikan pelanggan dapat menikmati pengalaman mereka dengan gembira dan selamat.
POPKIDSPOOL Berkembang Maju
POPKIDSPOOL telah ditubuhkan pada tahun 2020 sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1.0 dan nama syarikat juga telah di inspirasikan daripada perkataan PKP tersebut.
Pengurus syarikat, suami isteri mendapat inspirasi untuk memulakanperniagaan POPKIDSPOOL sewaktu membeli ‘inflatable pool’ bagi memenuhi masa lapang anak mereka di rumah sewaktu musim PKP.
POPKIDSPOOL bermula dengan menjual kolam kanak-kanak‘playcenter’ dan seterusnya berkembang kepada perkhidmatan sewaan ’Inflatable Water Park’ dengan menawarkan pelbagai saiz dan reka bentuk.
Bermula kecil-kecilan daripada rumah ibu bapa mereka, kemudian berkembang ke rumah sewa sudut tepi, dan kini POPKIDSPOOL berada di gudang terletak di Puncak Alam, Selangor, yang bersaiz hampir 16,000 kaki persegi, semuanya hanya dalam tempoh beberapa tahun. Usaha terbaharu syarikat adalah menyediakan ruang acara yang luas dan mampu menampung pelbagai jenis majlis.
Dengan adanya kolam dari popkidspool, ia pasti akan membuatkan sambutan hari jadi anak anda lain daripada yang lain dan akan diingati sampai bila-bila. Bagi yang berminat untuk mendapatkan servis daripada Popkidspool boleh hubungi 014-2163433 atau terus ke instagram popkidspool.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap ibu bapa pasti menginginkan yang terbaik buat untuk anak-anak mereka. Salah satunya dari aspek penjagaan kulit kerana sudah tentu ibu bapa mahukan keselesaan pada Si Manja. Tambahan di dalam keadaan pandemik seperti sekarang, ibu bapa perlu menggandakan usaha untuk melindungi kesihatan anak.
Tahukah anda, kulit bayi adalah tiga kali lebih sensitif berbanding dengan dewasa? Oleh itu, mereka memerlukan penjagaan kulit yang mesra kulit bayi, supaya mereka sentiasa berada dalam keadaan yang selesa.
Jagalah Kulit Si Manja Sebaiknya!
Untuk memastikan kulit Si Manja berada dalam keadaan yang baik, jangan abaikan rutin penjagaannya. Ibu bapa harus peka dan mengamalkan penjagaan kulit secara berdisiplin supaya kulit anak sentiasa lembut dan dilindungi.
Apa yang boleh ibu bapa lakukan?
Anak-anak memang sukakan air! Mereka suka mandi dan sebagai ibu bapa kita perlu menggalakkan anak-anak untuk kerap mandi tambahan dalam keadaan sekarang.
Pastikan ibu bapa memilih jenama yang diyakini serta berkualiti. Mandi secara kerap boleh menyebabkan kerengsaan kulit jika pemilihan sabun tidak sesuai dengan kulit anak. Jangan beri anak menggunakan sabun mandi yang merengsakan.
Selain produk mandian, ibu bapa juga boleh menggunakan losen untuk melindungi kulit Si Manja. Ia memastikan kulit anak sentiasa dalam keadaan yang lembap dan dilindungi.
Untuk menjaga kesihatan kulit anak, ibu bapa perlu bijak membuat pilihan yang tepat. Pastikan anda memilih rangkaian produk yang mempunyai kualiti terbaik dan bahan kandungan yang selamat untuk digunakan pada kulit anak anda.
Jangan Risau, Cetaphil Baby Pilihan Yang Tepat!
Jika masih lagi tercari-cari produk yang bagus untuk kulit anak, Cetaphil Baby adalah jawapannya. Ada dua rangkaian produk Cetaphil Baby yang boleh anda pilih untuk keselesaan Si Manja.
Rangkaian produk Cetaphil Baby with Organic Calendula dan Cetaphil Baby Regular telah dihasilkan oleh pakar kulit dan diformulasi khas untuk melindungi kulit bayi yang lembut dari iritasi. Malahan ia akan membantu melegakan ketidakselesaan pada kulit serta masalah kekeringan.
Kualiti produk Cetaphil Baby ini tidak perlu diragui lagi kerana ia telah berada sekian lama di pasaran. Rangkaian produknya adalah hypoallergenic, lembut pada kulit bayi, bebas paraben serta disarankan oleh pakar pediatrik, memang sesuai sangat untuk melindungi kulit Si Manja!
Apa produk Cetaphil yang ada?
1. Bersihkan kulit dan rambut bayi menggunakan Cetaphil Baby Calendula Wash & Shampoo. Selain itu, anda juga boleh memilih untuk menggunakan Cetaphil Baby Gentle Wash & Shampoo with Glycerin and Panthenol. Yang mana satu pun pilihan anda, ia tetap yang terbaik buat Si Manja kesayangan!
2. Cetaphil Baby Calendula Lotion pula membantu mengekalkan kelembapan pada kulit bayi. Selain losen ini, anda juga boleh memilih untuk menggunakan Cetaphil Baby Daily Lotion with Shea Butter yang merupakan pemenang utama bagi ‘Try and Review 2021’ bagi kategori barangan bayi.
3. Lindungi kulit Si Manja dari iritasi terutamanya jika ada masalah kulit kering dengan Cetaphil Baby Advanced Protection Cream.
4. Kekalkan kelembapan kulit anak dengan menggunakan Cetaphil Baby Moisturizing Bath and Wash with Aloe Vera and Almond Oil.
Untuk maklumat tentang produk Cetaphil Baby, anda boleh layari:
Berita baik buat semua pembaca Pa&Ma! Cetaphil akan menawarkan potongan RM5 dengan pembelian produk bayi Cetaphil yang berharga RM40 ke atas. Masukkan kod promosi CETAPAMA5 di Shopee! (https://shopee.com.my/shop/112778093/search/?shopCollection=12326748). Sah sehingga 30 September.
Penyebab utama anemia di kalangan wanita mengandung adalah kekurangan zat besi. Semasa mengandung, badan manusia akan menghasilkan banyak darah untuk menampung tumbesaran janin.