Nak pastikan rumah perfect tanpa bersepah bukanlah sesuatu yang mudah lagi-lagi jika ada anak kecil. Baru kemas sekejap, ada lagi yang lain. Walaupun tak lah sampai sakit mata, akan berlaku juga.
Bila ada orang cop macam-macam pada wanita bergelar ibu, itu sebenarnya lumrah. Nak tak nak memang kena hadap. Cuma bagaimana nak kawal aktiviti ‘sepah’ mainan dari anak-anak kenalah guna psikologi atau teknik pujukan.
Cara ini sangat perlu bagi membolehkan ibu rasa kurang stres dengan keadaan rumah selain mengelakkan kata-kata yang kurang enak dari orang sekeliling.
Pandangan dari Izzati Liyana sebenarnya betul mengenai keadaan rumah bila ada anak. Ini bukan untuk menakutkan tapi realiti yang setiap wanita bergelar ibu kena lalui.
Ads
Jujurnya, rumah orang yang ada anak kecil ni, bukanlah rumah yang bersedia untuk menerima kunjungan tetamu. Apatah lagi secara mengejut.
Bersepah, tunggang-langgang, lantai tercemar, baju tak berlipat, dinding comot.
Kalau kita tetamu, kalau hati bukan jenis memahami dan berbaik sangka, tak payah lah datang. Jenis membawang, lagi lah.
Di sebalik rumah yang macam kapal karam tu, ada seorang perempuan yang macam bela saka. Bila-bila masa boleh meletup.
Ads
Baru kemas, dah sepah balik. Dah tu, dia seorang je yang kemas pulak tu. Yang tukang sepahnya ramai. Semua kerja, harapkan dia. Baru buka mulut, kena cop asyik membebel.
Sakitnya hati!
Ads
Dulu masa Kak MJ masih bujang, berazam la konon nak jadi lain dari yang lain. Akan usaha juga rumah kemas ala English Style. Anak taknak comot. Superwoman. Konon.
Cepat je rasa nak marah anak.. Tak kena sikit anak-anak terus jadi mangsa. Ini antara situasi ibu hari ini kerana terlalu stres dengan kerja dan dalam masa sama menguruskan anak.
Perlu diketahui, emosi yang bercelaru, badan penat, kepala serabut antara punca ibu bapa anggap anak suka cari pasal sehingga anak buat salah sikit pun terus berapi kemarahannya.
Jika difikirkan semula, ibu bapa yang ada anak dan mampu melihat perkembangannya setiap hari dikira sangat beruntung berbanding yang terpaksa berjumpa anak seminggu atau sebulan sekali.
Jadi ambillah peluang ini sebaiknya dan manfaatkan masa dengan anak sebaik mungkin kerana waktu kecilnya tidak dapat diputar kembali selepas ini.
Melalui perkongsian Dr Siti Ujila, beliau menyarankan supaya ibu menghargai anak ketika mereka ada di depan mata. Walau mereka menguji kesabaran, walau kita penat dan ada banyak masalah dan karenah anak-anak itu menambahkan lagi pening kita.
Takpe. Itulah nikmat menjadi seorang ibu. Seorang ayah.
Memang, kalau mereka salah..tegur dan ajarkan mereka. Tapi ambillah juga masa untuk bergurau bersama tentang apa yang kelakar yang mungkin berlaku sebelumnya.
Petang-petang bawa anak keluar, main lumba lari dan kejar-kejar.
Gelak-gelak bersama. Makan bersama sambil borak-borak apa yang jadi di sekolah tadi. Nyanyikan lagu kegemaran mereka bersama-sama sambil meniru gaya mereka dan akhirnya sama-sama pecah perut sebab tak tahan gelak.
Allahu, seronoknya punya anak-anak di sisi. Anak-anak bukan hanya amanah dan tanggungjawab. Tapi sebetulnya cara Allah agar hidup kita terisi dengan pelbagai warna kegembiraan dan kebahagiaan.
Kerana sebenarnya tanpa mereka, percayalah kehidupan seperti bumi kosong yang tiada apa. Anda akan lebih rela berdepan pelbagai karenah mereka, dari menghadapi hidup yang terasa kosong tanpa apa.
Hargai anak-anak. Berbahagialah hidup bersama mereka.
Hargai Masa Dengan Anak
Ya jika anda juga seperti saya yang selalu cepat marah dengan karenah anak-anak, cepat melenting cepat menghukum, saya ingin katakan bahawa anak-anak itu tak selamanya di hadapan mata kita.
Satu masa nanti, mungkin mereka duduk di asrama dan hanya pulang ketika cuti sekolah.
Satu masa nanti, mereka sibuk dengan urusan kerja sampaikan nak jumpa sebulan sekali pun susah.
Satu masa nanti, mungkin saja mereka ada di rumah tapi hanya ingin terperap di dalam bilik bahkan tidak mahu berborak-borak dengan kita walau duduk serumah. Kerana mungkin kita yang tidak mahu melayan ceritanya saat mereka kecil yang mahu bercerita itu dan ini.
Bahkan satu masa nanti, entah kita entah mereka yang akan pergi dahulu meninggalkan semua yang ada di dunia ini.
Ya Tuhan, ku tak tahu bagaimana menghadapi perpisahan itu. Seminggu mereka tiada di sisi saja buat aku bingung. Sunyi. Sepi.
Terima kasih kerana mengajarkan aku untuk lebih menghargai mereka saat mereka ada.
Biasanya ibu bapa akan merungut, susahlah nak letak anak dalam carseat. Letak sekejap, dah menangis minta angkat atau nak keluar. Kadang nak bawa kereta tak boleh fokus dengar tangisan anak yang meronta-ronta itu.
Jika anda fikir semula, sampai bila nak mengalah dengan anak? Dari awal kita ajar dan biasakan, lama-lama mereka akan faham. Namun jika cepat ‘kalah’, ibaratnya carseat yang dibeli itu hanya sebagai hiasan sahaja di rumah.
Lagi satu, keselamatan nyawa anak dalam kenderaan juga perlu diambil kira. Mana tahu kejadian tak diingini berlaku semasa perjalanan. Sekurang-kurangnya bila diletakkan dalam carseat, impak kemalangan pada anak boleh dikurangkan.
Berikut perkongsian seorang bapa kepada tiga cahaya mata yang menguruskan anaknya bersendirian setelah pemergian isteri dan bagaimana dia mendisiplinkan anak duduk dalam carseat.
Biasakan sejak bayi
Antara benda yang agak mudah buat aku selepas isteri meninggal adalah drive dengan 3 anak kecil.
Waktu tu anak-anak aku Khaleef 4 tahun, Khaleel 2 tahun dan Khaleed 7 bulan. Kau bayangkan macam mana aku nak drive seorang diri bawa budak kecil bertiga tu. Ada baby lagi.
Namun sebab aku dah aku ajar mereka duduk dalam child carseat tu sejak baby lagi jadi mereka dah biasa dan kuranglah ragamnya.
Pastikan anak kenyang dan selesa
Aku cuma pastikan mereka semua kenyang, ikat elok-elok dan aku boleh drive tanpa masalah. Sesekali ada jugaklah gangguan bila yang bongsu tu menangis. Biasalah baby, nak susu lah, nak kena tukar pampers lah.
Cuma selepas beberapa bulan mommy dia orang meninggal, aku berkira-kira nak balik kampung ke Kedah. 5 jam juga perjalanan tu. Seram weh, macam-maca aku fikir. Tapi aku tawakal dan redah jugak.
Aku pastikan mereka makan semua kenyang, aku standby semua barang macam pampers, susu sebelah driver. Aku, bagi mereka semua pakai baju seluar panjang siap berstokin bagai, ikat depa elok-elok, bagi botol masing-masing, bismillah dan drive.
Alhamdulillah mereka tidur nyenyak. Perjalanan lancar dan selamat tiba di kampung. Paling penting aku dah berusaha bagi mereka selesa dan selamat.
Alhamdulillah, sekarang masing-masing dah 8, 6 dan 4 tahun. Masuk kereta jer semua duduk seat masing-masing. Tak ada nak berebut duduk depan bagai. Tak ada nak ganggu bila aku drive.
Bahaya bila anak melompat ke sana sini bila kita tengah drive ni. Kita usahalah jaga keselamatan anak-anak. Mereka tu amanah yang diberikan kepada kita. Jaga sehabis baik.
Kalau anak-anak baru baby tu eloklah start ajar mereka duduk dalam carseat ni. Demi keselamatan anak, keselamatan kita dan juga memudahkan kita sangat-sangat. Jangan riba anak sambil drive ok.
Child Restaint System (CRS) atau Child Safety Seat atau kita panggil Carseat tu dah murah sangat sekarang ni. Belilah satu sebagai tanda usaha kita dalam menjaga keselamatan anak-anak.
Sebagai ibu, sudah tentu kita mahukan yang terbaik buat si manja. Pemakanan yang sihat dan seimbang sangat kita titikberatkan supaya anak dapat membesar dengan baik.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Biasanya isteri dalam pantang, suami akan hantar ke kampung atau mak yang akan jaga. Itu mentaliti kita sejak dulu lagi kan. Sekarang ni pun dah banyak servis jaga ibu dalam pantang disediakan untuk lebih memudahkan semua pihak.
Namun bagi sesetengah pasangan suami isteri, mereka lebih selesa menguruskan sendiri tanpa melibatkan orang lain. Walaupun orang kata tak sempurna tapi asalkan semuanya terjaga itu dah cukup baik. Sekurang-kurangnya belajar sikit-sikit dan bila beranak lagi dah tahu macam mana nak uruskan.
Perkongsian dari Siti Nor Q mengenai suami yang uruskan semuanya masa dia dalam pantang sejak anak ke-3 hingga ke-6 boleh jadi inspirasi untuk pasangan lain.
Orang kata belajar dari pengalaman. Masa anak pertama dan kedua masih dalam proses nak belajar lagi bila dah masuk anak seterusnya kenalah pandai-pandai sendiri.
Ni post bukan nak up suami. Tapi lebih kepada nak cerita balasan yang suami buat bila saya beranak ramai bagi dia.
Dan boleh juga jadi rujukan untuk suami yang tak tau nak susun jadual nak buat cmna bila jaga sendiri isteri dalam pantang.
Pastu masak masakan yang paling simple kat dunia tapi paling sedap bagi seorang isteri sebab dimasak dengan penuh kasih sayang. Ha gitewwww.
Dalam pantang semenjak anak ke3-6. Memang suami momy yang jaga. Pagi-pagi sebelum dia pergi kerja. Dia kejut anak-anak mandi nak ke sekolah. Pastu terus dia masuk dapur rebus air mandian herba, panaskan tungku dan masak makanan pantang untuk momy. Pukul berapa bangun tu, bajet-bajet la sendiri sebab dengan nak solat nak mandi semua.
Air mandian dah siap rebus. Dia datang tuang dalam baldi sesiap dalam bilik air. Ya la, orang pantang mana leh angkat berat kan. Pastu saya mandi. Dia siapkan kakak ara nak gi school. Sambil-sambil dia settlekan balut tungku.
Momy keluar bilik air dan dah siap semua. Dia param minyak angin satu badan momy, pakaikan bengkung. Then baru dia siap nak pergi kerja dan hantar kakak ara sekolah. Anak-anak yang lain mereka uruskan diri sendiri nak pergi sekolah pun naik basikal sendiri. Alhamdullillah masing-masing dah pandai berdikari.
Dak aura aisyah dan baby Zidane. Kejap lagi suami balik tengah hari dia akan mandikan. So sementara tu aku lap-lap je badan baby spray dengan air lap dengan kain sementara nak tunggu dia mandi tengah hari ni.
Macam belah pagi, memang momy free hanya duduk atas katil sambil bertungku, sambil up status fb, sambil reply wasap dan mesej, paling tak pun lena bila baby lena. Dak aura aisyah ni bangun lambat. Kadang kul 9 atau 10 baru dia bangun. So dapat la lelap kejap pagi-pagi.
Pastu momy pam susu. Sambung balik tungku. Momy bertungku berhenti sambung berhenti sambung sampai kul 12 tengah hari ye sampai tungku tu sejuk. Sebab sayang tungku panas tapi biar je.
Bila dedi balik tengah hari, dia terus mandikan baby zidane dan kakak aisyah. Yeayy. Wangi dah semua orang. Terus dia gi amik kakak ara nak balik sekolah, bagi makan. Basuh baju dan dia sambung buat kerja rumah.
Pastu mai dok temenung tepi momy. Bila momy tanya fikir apa. Dia kata. Fikir nak masak apa malam ni dan esok.
Ha baru tau. Cmna kita fikir selama ni. Kikikiki. Tak masak lagi pun awal dah fikir nak masak apa kan.
Tengah hari tu dia balik waktu dia lunch. Pastu kul 2:30ptg pergi kerja balik la. Tinggal la daku dengan anak-anak lagi kat rumah. Tapi takpalah. Semua kerja dah settle. Makan dah, anak-anak pun dah makan dah mandi dah pi sekolah kafa. So apalagi. Momy sambung la buat biz online dan rest. Time ni la nak rest banyak pun. Time tak pantang. Memang tak lekat kat rumah la. Ke sana ke sini pergi pos barang la, amik barang la jumpa orang la.
Apapun. Terima kasih dedi sebab menjadi suami perfect 9/10. Sampai ada tanya tips apa momy buat kat dedi. Paling best ada yang tanya apa mendrem momy kat dedi. Hahahhaa. Mandrem ngan jamu kampung ja.
Mak momy pernah kata. “Adik, susah dapat laki macam laki hang. Hang jaga baik-baik na.” InshaAllah mak. Selagi ada jodoh akan ku jaga sebaiknya😍😍
Jenis-jenis najis bayi boleh berubah mengikut usia, susu dan pemakanan. Ketahui warna najis yang normal, tanda bahaya serta bila ibu ayah perlu membawa bayi berjumpa doktor.