Mungkin ramai yang menggunakan baby walker untuk meletakkan bayi sebentar. Malah ada yang menjadikannya pengganti kehadiran ibu bapa untuk menenangkan bayi hingga terbiasa sebagai rutin bagi bayi menggunakan walker. Awas, lambat laun boleh mengundang menyebabkan bahaya!

Boleh Meluncur 4kaki/saat, Nak Ajar Anak Berjalan Tak Payahlah Pakai Walker. Bahaya!

Perkongsian daripada Uswatun Hasanah, Baby Language ini boleh dijadikan panduan bagi mama papa. Didik dan membesarkan si kecil perlukan ransangan dan penggunaan walker untuk melatih si kecil berjalan adalah sama sekali tidak sesuai. Berikut ialah perkongsian Uswatun;

Kita ‘straight forward’ saja. ‘Baby walker’ tiada manfaat langsung dalam membantu bayi berjalan. Malah boleh MAKIN MELAMBATKAN perkembangan anak berjalan. Jika anda tak puas hari dengan kenyataan ini, saya tiada masalah. Fakta bukan milik saya. Saya sampaikan sahaja.

‘Pengalaman peribadi semata-mata’ bukan hujah ilmiah terpakai di page Baby Language ini, sejak dahulu.

Boleh Meluncur 4kaki/saat, Nak Ajar Anak Berjalan Tak Payahlah Pakai Walker. Bahaya!

FAKTA #1 OTOT + AKAL = PANDAI JALAN

Baby walker hanya menguatkan otot kaki bawah tetapi tidak menguatkan otot kaki atas, pinggul dan torso (bahagian atas badan).

Untuk menguasai kemahiran berjalan, otot KESELURUHAN BADAN wajib berkerja secara bersama (terkoordinasi), (Dr Green Alan, MD).

Untuk boleh berjalan, bukan hanya perlu otot, tetapi akal yang memahami proses berjalan. Berikut adalah CONTOH siri perkembangan otak yang berlaku bagi MENYEDIAKAN anak untuk berjalan:

a) Seawal usia 8 minggu (2 bulan): Dunia Corak
Anak nampak, sedar dan rasa kehadiran corak, bentuk dan tekstur di sekeliling DAN DI DALAM BADANNYA. Contohnya lekuk hidung manusia, ruas antara 5 jari dan sendi antara lengan dan kakinya.

b) Seawal usia 12 minggu (3 bulan): Dunia Peralihan Lancar
Pergerakan anak kini lebih lancar dan tak lagi bagai ‘puppet’ (patung) seperti sebelum ini. Anak mampu menoleh dengan elok, mula cuba hisap jari dan menginjak-injak kakinya ketika cuba di berdirikan.

IKLAN

Boleh Meluncur 4kaki/saat, Nak Ajar Anak Berjalan Tak Payahlah Pakai Walker. Bahaya!

c) Seawal usia 24 minggu (6 bulan): Dunia Hubungan
Anak faham konsep ruang (dalam, luar, di antara), posisi (atas, bawah, depan, belakang), jarak (tinggi, rendah), kedalaman (cetek, dalam) dan keseimbangan. Juga, anak faham konsep jarak antara 2 objek (dekat, jauh).

Semua ini memerlukan anak menggunakan kedua belah otak kiri dan kanannya. Hasilnya? Anak belajar konsep penyelesaian masalah misalnya ‘Bagaimana saya mahu masuk ke bawah meja ini? “Pengetahuan ini membolehkan ramai bayi mula merangkak di usia ini.

d) Seawal usia 46 minggu (11 bulan): Dunia Turutan
Anak sedar setiap kejadian ada proses/ langkah demi langkahnya. Seperti, membuka pintu itu di mulakan dengan memasukkan kunci –memusing kunci- memulas tombol. Anak juga faham asas struktur binaan seperti kereta mainan Lego itu terdiri daripada beberapa blok segiempat tepat, segiempat sama dan roda bulat.

Ia bermaksud, anak telah pandai berfikir idea untuk menjayakan sesuatu hal. Pernah anda lihat video bayi menjatuhkan bantal demi bantal untuk membina ‘laluan’ dia merangkak turun dari katil dengan selamat? Pengetahuan ini membolehkan anak memaut di kerusi, dinding dan kaki ibu dalam proses bergerak dari titik A ke titik B.

FAKTA #2: NAMPAK KAKI + KENAL KAKI + RASA KAKI = PANDAI JALAN

Baby walker menghalang anak dari dapat melihat kakinya setiap kali dia ‘menapak’. Pentingkah kena nampak kaki untuk berjalan ni? Untuk kita orang dewasa yang dah mahir berjalan, ia tak begitu penting.

Tapi, paling penting buat bayi yang baru nak kenal berjalan. Sama kesnya dengan orang dewasa yang terpaksa melalui terapi untuk belajar berjalan semula selepas kemalangan misalnya. Cuba anda tanya mereka, susah atau senang jika harus belajar tanpa nampak kaki?.Boleh Meluncur 4kaki/saat, Nak Ajar Anak Berjalan Tak Payahlah Pakai Walker. Bahaya!

IKLAN

Dalam bahasa Inggeris, anak yang sedang/baru belajar/baru boleh berjalan di panggil ‘toddler’. Anda tahu sejarah perkataan ini? . ‘Toddler’ di ambil dari perkataan Scottish iaitu ‘toddle’.

Maksud awal penggunaan perkataan ini bermaksud ‘to play’ (untuk bermain). Maka,seorang ‘toddler’ selayaknya ber ‘toddle’ (bermain-main) ketika berjalan. Iaitu pada peringkat awal: mereka kangkangkan kaki, teragak-agak untuk menapak, terumbang-ambing dan ambil masa untuk menyusun langkah. Mungkin cuba beberapa kali berjalan, kemudian ‘dah malas’.

Boleh Meluncur 4kaki/saat, Nak Ajar Anak Berjalan Tak Payahlah Pakai Walker. Bahaya!

Kira-kira 6 bulan selepas kejayaan langkah pertama, rentak jalan anak kini telah lebih stabil. Kedua tangannya lebih banyak berada di sisi berbanding mendepa ke sisi luar badan seperti awal-awal dulu. Dalam beberapa bulan anak berlatih berjalan ini, ya, mereka akan mengalami episod terjatuh.

Ia sebahagian dari proses yang tak dapat di elak dan lebih penting TAK PATUT dihalang sepenuhnya dari berlaku. Jatuh dan bangun akan beri peluang anak mengagak dan ‘merasa’ titik silap mereka untuk di perbaiki pada cubaan mendatang .Ibubapa cuma pastikan tiada alatan bahaya dan tajam di sekitar laluan anak.

Boleh Meluncur 4kaki/saat, Nak Ajar Anak Berjalan Tak Payahlah Pakai Walker. Bahaya!

IKLAN

Seterusnya, kita bakal melihat anak yakin berjalan hingga boleh berhenti tunduk mengambil objek di pertengahan jalan atau boleh berjalan sambil membawa barang. INILAH PROSES SIHAT LAGI SEMULAJADI untuk mahir berjalan (Mary L Gavin, MD)

BAGAIMANA SEORANG ANAK YANG BANYAK MENGHABISKAN MASA DI DALAM WALKER BOLEH MENDAPAT PELUANG MENJALANI KEDUA-DUA PERKARA YANG SAYA SEBUT DI FAKTA #1 DAN #2?

Beberapa kajian mengesahkan bayi pengguna walker lebih lambat duduk, merangkak, bangun-duduk, bertatih dan berjalan. Antara sumber kajian:
www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/10533994
www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/12447120

LETAK SEKEJAP TAPI MALANG TIDAK BERBAU

Boleh Meluncur 4kaki/saat, Nak Ajar Anak Berjalan Tak Payahlah Pakai Walker. Bahaya!

Mungkin ada yang berkata, “Saya cuma letak anak dalam walker sekejap-sekejap dan sekali-sekala je ” . Faktanya, malang tak berbau dan BAHAYA walker itu terletak pada 2 hal ini:

1. Ia meningkatkan mobiliti (kebebasan bergerak) dan kelajuan anak selaju 4 kaki/1 saat.
2. Anak berada di aras kedudukan lebih tinggi dari ketinggian asalnya maka mudah untuknya mencapai objek bahaya.

Boleh Meluncur 4kaki/saat, Nak Ajar Anak Berjalan Tak Payahlah Pakai Walker. Bahaya!

Kedua inilah punca begitu banyak kes tulang patah, tengkorak retak, konkusi, melecur dan lemas di rekodkan. Tak hairan, Canada mengharamkan baby walker sejak 15 tahun lepas manakala banyak negara lain di Eropah memasuki fasa akhir penggubalan akta pengharaman alat ini.

Malaysia? Ibu bijak tak perlu tunggu akta. Gunalah ilmu untuk membuat pilihan.

Sumber: Uswatun Hasanah Mohd Habib
Konsultan Tangisan Bayi Malaysia

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI