Tanda tanya beg berwarna putih dan di dalamnya ada objek yang dibungkus dengan kain tuala terjawab apabila mayat bayi perempuan yang baru dilahirkan telah ditinggalkan tanpa apa-apa dokumen.

Mayat bayi itu telah ditemui oleh seorang pekerja warga Pakistan yang ketika itu sedang menyapu sampah di tepi pagar Jalan Sri Rejang 3, Taman Sri Rampai (17 Mei).

Jumpa Beg Putih, Dalamnya Ada Tuala Pink. Mayat Bayi Perempuan Ditinggalkan Tepi Pagar

Dibalut dengan tuala, letak tepi pagar

Dikatakan kejadian itu disedari kira-kira jam 8 pagi oleh seorang tukang sapu daripada Syarikat Alam Flora. Pada waktu kejadian, dia sedang menyapu sampah dan ternampak satu beg berwarna putih di tepi pagar.

Lebih mengejutkan lagi apabila dia membuka beg berkenaan dan menemui mayat bayi yang di balut dengan kain tuala warna merah jambu di dalam beg tersebut.

IKLAN

Menurut Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah, pihak polis telah menerima laporan berhubung kejadian berkenaan setengah jam kemudian dan Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Kuala Lumpur telah bergegas ke tempat kejadian bagi siasatan lanjut.

Bayi perempuan itu disahkan meninggal dunia oleh Penolong Pegawai Perubatan Hospital Kuala Lumpur yang turut dipanggil membantu siasatan di tempat kejadian.

Jumpa Beg Putih, Dalamnya Ada Tuala Pink. Mayat Bayi Perempuan Ditinggalkan Tepi Pagar

IKLAN

Tiada sebarang dokumen dijumpai

Ashari mengatakan bahawa tiada sebarang dokumen pengenalan dijumpai bersama bayi berkenaan dan ketika pemeriksaan awal pada tubuh bayi tidak menjumpai sebarang kesan kecederaan.

Pihak polis mempercayai bahawa mayat bayi itu telah ditinggalkan dalam tempoh kurang 12 jam sebelum dijumpai di lokasi berkenaan.

IKLAN

Jumpa Beg Putih, Dalamnya Ada Tuala Pink. Mayat Bayi Perempuan Ditinggalkan Tepi Pagar

Mayat bayi tersebut telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Kuala Lumpur bagi bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan iaitu menyembunyikan kelahiran dengan jalan membuang mayat dengan sulit.

Kredit: Harian Metro

 

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI