Banyak kejadian yang berlaku dan sering kita dengar terjadi di lapangan terbang melibatkan bungkusan plastik yang mengandungi dadah dan mangsa tidak mengetahui dari mana datangnya plastik tersebut.
Sentiasalah berhati-hati ketika berada di airport dan hindari dari berhubung dengan orang yang tidak dikenali yang meminta untuk membawa barang atau menjaga barang mereka. Pastikan anda memeriksa terlebih dahulu barangan anda sebelum melepasi pihak imigresen dan jika boleh kunci beg anda ataupun dapatkan khidmat baggage wrapping untuk pastikan tiada siapa yang dapat membuka beg anda.
Puan Nur Husna Nabilah berkongsi detik-detik yang berlaku ketika berada di airport dan berharap agar orang ramai berhati-hati supaya tak menjadi mangsa seterusnya.
Ada Cerita Di Sebalik Gambar Ini Yang Kami Pun Tak Sedar
Gambar Disebalik Kejadian Di Airport
Ads
Tergerak Hati Nak Satukan Barang Dalam Bag
Ambik Barang Bawah Stroller, Tiba-Tiba Ada Plastik Entah Datang Dari Mana Ada 4 Bungkus Pad
Kalut Nak Masuk Gate, Terus Buang So Selesai Masalah
“Bidadari syurga saya pergi buat selamanya…” Berita duka itu dikongsi pelakon dan usahawan, Shuib yang kehilangan isteri tercinta, Siti Sarah Raissuddin selepas penyanyi itu menghembuskan nafas terakhirnya pukul 5.13 pagi tadi.
Shuib memuat naik status berkenaan di Instagram miliknya.
Bintang seni itu menghembuskan nafas terakhirnya tepat pukul 5.13 pagi tadi di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).
Berita duka itu juga telah disampaikan puhak pengurusan penyanyi tersebut, Indigital Music.
“Dengan berat hati dan berdukacita, kami ingin memaklumkan bahawasanya Siti Sarah Raissuddin telah meninggal dunia pukul 5.13 pagi di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).
“Terima kasih kepada semua yang tidak putus-putus memberikan doa serta sokongan kepadanya sejak dimasukkan ke hospital beberapa hari yang lalu.
“Sebarang maklumat lanjut akan disalurkan dari semasa ke semasa. Al-Fatihah,” kata kenyataan itu.
Siti Sarah meninggal dunia selepas beberapa hari bertarung nyawa melawan jangkitan Covid-19.
Terdahulu, penyanyi lagu malar segar, Kesetiaan itu juga terpaksa ditidurkan untuk proses pembedahan melahirkan anak dalam kandungan yang berusia tujuh bulan.
Pasangan bahagia ini mendirikan rumah tangga pada 26 November 2011 dan dikurniakan empat cahaya mata.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Malang tak berbau. Itu yang berlaku pada seorang kanak-kanak, Muhammad Najwan Faiz Mohamad Nasron yang jari kelingkingnya putus dan terlekat di grill selepas memanjat ketika sedang bermain.
Menurut kakaknya, Anieza Niera yang berkongsi kisah adik bongsunya itu, dia menjelaskan semua berlaku tanpa dijangka. Kejadian ini benar-benar beri pengajaran dan meninggalkan kesan trauma dalam diri Najwan.
18/10/2019
Ketika semua ahli keluarga sedang sibuk membuat persiapan untuk mengadakan kenduri sebelah paginya, Najwan biasalah bermain dengan saudara mara.
“Semasa kejadian jam 1 petang tak sangka pula adik memanjat grill (macam dalam gambar) dan mengantungkan tangannya di situ dengan niat untuk bermain.
“Dalam beberapa minit disebabkan pintu pagar itu terbuka, adik tidak boleh mengimbangkan badan, dia terus terjatuh dan terputus jarinya.
“Dalam keadaan kelam kabut itu, jari kelingking Najwan tak dijumpai dan seluruh ahli keluarga ingatkan ia terpelanting. Puas mencari di sekitar tempat tersebut akhirnya jumpa terlekat di celah bunga grill yang dipanjatnya itu,” katanya.
Tambah Anieza, bila dah terjumpa jari tersebut sepatutnya terus letakkannya dalam ais, tapi semua ahli keluarga langsung tak ingat dan terus membawa adik ke hospital menerima rawatan.
“Masa sampai doktor terus cari ais dan letakkan jari dalam ais (nasib jari masih hidup) serta lakukan pembedahan menyambung semula jari.
“Pembedahan mengambil masa 2 jam 30 minit tetapi berita yang menyedihkan hanya satu urat sahaja boleh diselamatkan dan yang lain hancur,” kongsinya.
19/10/2019
Doktor menunggu aliran darah melalui jari yang disambungkan tu.. Macam-macam cara dilakukan. Pertama cucuk ubat cairkan darah.. Kedua letak bawah lampu supaya darah mengalir dengan baik. Lega dengar.
Tetapi beberapa hari lalu doktor cakap jari makin kecut, darah masuk pun secara paksa dan tak sampai ke kuku. Mungkin jari akan mati. Ya Allah besarnya ujian.
Bagaimanapun doktor bagi masa dua hari. Kalau pengaliran darah masih tak elok akan buat pembedahan lagi sekali untuk buang jari yang disambungkan itu.
Ya Allah semoga ada keajaiban dari-Mu. Hanya Allah boleh makbulkan doa semua.
Bagi ibu bapa yang ada anak kecil, hati-hatilah dan sentiasa pantau pergerakan anak. Benda nak jadi sekelip mata boleh berlaku. Kadang dalam rumah sendiri pun boleh jadi punca utama walaupun itu adalah lokasi biasa anak bermain.
Hati ibu mana yang tak sedih, bila dapat tahu anak yang dikandung selama 9 bulan, dijaga dengan penuh kasih sayang, tiba-tiba pergi selamanya dalam keadaan yang sungguh menyayat hati. Bayangkan jika kita sebagai ibu bapa pun berada dalam situasi ini pasti akan rasa marah.
Mahu pengadilan
Berdasarkan sidang media polis yang diadakan semalam (11 Mei), punca kematian bayi lelaki 9 bulan ditangan suami pengasuh adalah dipercayai diliwat dan mulutnya pula ditekup menggunakan tangan sehingga lebam.
Menurut kenyataan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Mohamad Fakhruddin Abdul Hamid, suspek bertindak meliwat bayi itu dan membunuhnya dengan cara menekup mulut mangsa menggunakan tangan ketika pengasuh (isterinya) sedang menyapu di luar rumah.
Ibu kepada bayi berkenaan iaitu Robiatul Adawiah meluahkan rasa sedih dan tidak dapat menerima ketiadaan anaknya dengan perbuatan yang dianggap sangat kejam dan tidak berperikemanusiaan.
Melalui luahan hatinya itu, sebagai ibu dia akan menuntut keadilan dan membela kematian anak syurganya itu.
Rindu yang tiada penghujung
Paling sebak, ibu adik Afiq memuat naik status yang sehingga kini dia tak boleh terima cara pemergian bayinya. Hantar rumah pengasuh dalam keadaan sihat, balik tengok dah kaku.
Rindu yang tiada penghujungnya.
Malahan senyumanmu, gelak tawa mu tak akan pernah ibu lupa. 9 bulan ibu kandung, 9 bulan ALLAH bagi jaga adik. Terlalu senang ibu melahirkan, terlalu senang untuk dijaga adik. Ibu tahu adik dah gembira di sana.
Tak sangka itu lambaian terakhir adik
Bukan itu saja, tiga hari sebelum adik pergi, adik baru pandai lambai tangan. Ibu tak sangka rupanya itu lambaian terakhir untuk kami.
Perancangan ibu untuk sambut hari lahir ibu bersama-sama juga tak kesampaian kerana adik dah pergi dulu. Ibu reda dan ibu tetap akan tunggu pengadilan buatmu.
Jenazah adik Afiq itu telah selamat dikebumikan pada 30 April lalu selepas solat Asar. Disebabkan pemergian secara mengejut, kakak kepada adik Afiq turut sama merasai kesedihan itu sehingga dia pun turut terkesan.
Kakak sentiasa rindukan baby
Ibu tak kuat nak tengok kakak macam ni. Kakak paling rapat dengan baby, selalu tidurkan baby, selalu buatkan susu kat baby, selalu pakaikan pampers baby. Sabar ya sayang.
Kini apa yang diharapkan oleh ibu adik Afiq dan seluruh ahli keluarga adalah semoga ada pengadilan buat bayi lelakinya itu. Dia percaya undang-undang akan dapat memberi hukuman setimpal kepada pelaku tersebut.
MamaKerja 2026 dibuka pada Ogos 2026. Ibu bekerja di Selangor yang layak berpeluang menerima insentif RM1,000 secara sekali bayar. Semak syarat kelayakan, dokumen diperlukan dan cara memohon.