Tempoh dua minggu terakhir Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berakhir 14 April ini menjadi penentu sama ada usaha untuk memecahkan rangkaian jangkitan Covid-19 berjaya ataupun sebaliknya.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, hasil PKP bergantung kepada disiplin rakyat.
“Kita telah menyelesaikan dua minggu (PKP) dan dua minggu lagi terpulang kepada anda dan saya,” katanya ketika sidang media.
Menurutnya, kerajaan optimis dapat meratakan lengkungan kes dan mengelakkan kenaikan mendadak.
“Jika semua mematuhi perintah PKP dan kami di KKM akan meningkatkan pengesanan kes yang aktif, kita akan dapat pecahkan rantaian jangkitan tersebut,” katanya.
Ads
Beliau berkata, kerajaan akan membuat keputusan sama ada tempoh PKP dilanjutkan atau tidak pada awal April ini bergantung kepada perkembangan terkini dan tiada kes positif yang mendadak dilaporkan.
Bimbang sekiranya kes naik mendadak
Ads
Dalam pada itu, Dr Noor Hisham melahirkan kebimbangan sekiranya kes positif naik mendadak.
“Jikalau perintah PKP tidak berjaya, ramalan JP Morgan Chase & Co dan laporan Institut Kajian Ekonomi Malaysia bahawa negara ini mencapai kes kemuncak April ini akan menjadi kenyataan,” katanya.
Menurutnya, individu yang telah diarahkan untuk menjalani perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah perlu menepati arahan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).
“Memang ada yang ingkar. Keluar dari rumah. Kita akan lihat kemungkinan untuk kuat kuasakan tindakan sama ada untuk terus tinggal di rumah atau tinggal di pusat kuarantin yang ditetapkan.
“KKM ingin menasihatkan individu yang mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara perlu mengasingkan diri anda daripada bergaul rapat dengan ahli keluarga atau orang yang tinggal serumah dengan anda selama 14 hari, 24 jam sehari,” katanya.
Jenazah Muhammad Haziq Mohd Tarmizi, 17 tahun yang terkorban semasa serangan pengganas di masjid Christchurch, New Zealand dikatakan senyum dan tenang. Ramai yang menangisi pemergiannya.
Allahyarham Muhammad Haziq merupakan anak kedua Mohd Tarmizi Shuib, 42 tahun, rakyat Malaysia yang parah dalam serangan di Masjid Al Noor. Ketika yang meragut 50 nyawa itu, Mohd Tarmizi bersama dua anaknya, Mohd Haris, 12 tahun dan Allahyarham Mohd Haziq hadir untuk menunaikan solat Jumaat di masjid berkenaan.
ADIK MASIH TRAUMA, BELUM TAHU ABANG SUDAH TIADA
Mohd Tarmizi cedera parah akibat terkena tembakan dan telah dibenarkan pulang dari hospital selepas menjalani pembedahan manakala Mohd Haris tidak mengalami sebarang kecederaan namun dilaporkan trauma.
WAJAH BERCAHAYA KETIKA JENAZAH DIURUSKAN
Menurut laporan Astro Awani yang menemurah ibu saudaranya, Zarina Shuib, jenazah anak saudaranya itu berada keadaan tersenyum dan seumpama sedang tidur. Zarina turut dimaklumkan yang wajah anak saudaranya itu seperti bercahaya ketika jenazah anak kedua daripada empat adik beradik itu diuruskan.
DITEMBAK DUA KALI PADA BADAN
Dalam kejadian di masjid Al Noor, Allahyarham Muhammad Haziq menurutnya mengalami kecederaan akibat ditembak sebanyak dua kali pada anggota badan. Dalam kejadian itu bapanya, bapa Mohd Tarmizi Shuib juga mengalami kecederaan.
SENYUM DAN TENANG
“Rasa sedih, terkilan sebab dia anak saudara. Reda dengan pemergian dia (Haziq). Mungkin sudah sampai ajal tuhan. Sudah ketentuan meninggal masa tu. Mariani (adik) ada sebut jenazah (Haziq) senyum dan tenang,” katanya Zarina.
Jenazah Allahyarham Muhammad Haziq dikebumikan di Memorial Park Cemetery Bromley di Linwood, Christchurch selepas disahkan meninggal dunia setelah hampir seminggu kehilangannya.
WAJAHNYA SANGAT BERSIH SEPERTI SEDANG TIDUR, HIDUNG & BIBIR MERAH SEPERTI MASIH HIDUP
Selain itu, menurut seorang lelaki yang dikenali sebagai Putera Sriwijaya, wajah anak muda ini sangat bersih, seolah-olah sedang tidur. Hidung dan bibirnya masih merah seperti masih hidup.
Putera Sriwijaya berkongsi di laman Facebooknya yang dia turut mengusung keranda Allahyarham dan menurunkan jenazah ke liang lahad. Dalam perkongsiannya, lelaki ini mengakui mungkin ada amalan yang dilakukan Allahyarham Muhammad Haziq yang menyebabkan pemergiannya dalam keadaan yang sangat baik.
BEREHATLAH DENGAN TENANG
Mufti Wilayah Persekutuan, Dato’ Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri dalam posting Instagram menyebut akan pemergiaan Allahyarham Muhammad Haziq pada hari Jumaat, di dalam masjid dalam keadaan bersedia untuk menunaikan ibadah akan diberikan ganjaran yang besar dan mendoakan Allahyarham mendapat syahid di sisi Allah SWT.
drzulkifli.albakri Pencarian yang akhirnya menemui jawapan. Berehatlah dengan tenang, anakanda Haziq. Umat Islam seluruh dunia mendoakanmu. Kami mengucapkan takziah kepada keluarga almarhum Mohd Haziq atas pemergian insan yang tercinta.
Pemergiannya di hari Jumaat yang mulia, di dalam masjid, dalam keadaan bersedia untuk menunaikan ibadah, insyaAllah dikurniakan dengan ganjaran yang besar. Kami mendoakan semoga beliau mendapat syahid di sisi Allah SWT.
Kami menyeru semua masjid dan Surau Diri Jumaat dalam Wilayah Persekutuan untuk bersama-sama menunaikan solat jenazah ghaib untuk semua mangsa tragedi di #Christchurch.
Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama para syuhada’.
Kecantikan Izara Aishah yang juga ibu kepada si comel, Irisa Alaia semakin terserlah selepas berhijab. Malah penampilan dirinya yang begitu sopan dengan mengenakan tudung labuh benar-benar menyerlahkan lagi auranya sebagai seorang ibu dan isteri.
Siapa sangka imej anak kacukan Melayu-Pakistan ini sentiasa menjadi tumpuan peminatnya dan ramai mendoakan yang baik-baik buat menantu Datuk Seri Siti Nurhaliza ini. Tak kurang juga ada yang menyimpan hasrat untuk berhijrah seperti Izara bila sampai waktunya.
Memetik perkongsian Izara di instagramnya, secara jujurnya dia menyenangi helaian tudung yang lebih tebal, tidak jarang dan menutup leher. Bergaya tapi masih mematuhi syariat Islam dalam kod berpakaian.
Di usianya yang kini 28 tahun, Izara sudah mempunyai segala-galanya. Selain fokus pada keluarga, dia juga dalam proses untuk memperbaiki diri ke arah menjadi seorang yang lebih baik.
Sebelum ini Izara pernah memberitahu di Beautifulnara, penghijrahannya bukanlah berniat untuk muncul dengan sebarang jenama produk tudung sendiri, malah belum berhasrat untuk melancarkan koleksi pakaian miliknya sendiri.
“Jual tudung bukan sesuatu yang saya nak buat. Maaf saya lebih suka membeli. Saya selalu teringin nak lancarkan jenama baju sendiri tetapi buat masa sekarang belum fikirkannya lagi. Sangat sibuk menjaga nyawa kecil saya (anak) dan sudah cukup gembira dengan bisnes lain,” katanya.
Izara telah berkahwin dengan Adib Khalid pada 17 November 2017 dan dianugerahkan cahaya mata perempuan comel pada 15 April 2020.
Apa yang boleh dipuji, sejak mengambil keputusan berhijab, Izara telah memadam semua gambarnya yang tidak menutup aurat dan hanya berkongsi gambar terbaru sahaja di instagramnya.
Moga Izara akan menjadi seorang isteri dan ibu yang boleh memberi inspirasi kepada semua wanita di luar.
Kredit: Izara Aishah
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa &alli diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/parents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Siapa yang due date mereka sekitar bulan Ramadan nanti, mesti dah terfikir bagaimana agaknya mereka nak kena ganti puasa.
Mana tidaknya, bersalin ketika bulan Ramadan biasanya menyebabkan ibu-ibu mengalami nifas dan seterusnya tidak dapat menunaikan solat serta ibadah puasa buat masa yang agak lama.
Malah, ibu-ibu yang melahirkan juga biasanya akan menyusukan bayi dalam tempoh 2 tahun pertama.
Dalam keletihan mengurus dan menyusukan bayi, dah tentu ada wanita yang rasa terbeban dan tak mampu menggantikan bilangan hari puasa yang hampir sebulan lamanya.
Jadi, perlukah fidyah jika ia tak dapat diganti sehingga tiba bulan Ramadan seterusnya?
Pertama sekali perlu jelas tentang maksud ‘pantang’ secara adat dan syariat.
Dalam adat Melayu pantang selepas bersalin memiliki beberapa tempoh yang masyhur antaranya 44 hari dan 100 hari.
Manakala menurut syariat, berpantang ini boleh dikaitkan dengan hukum keluarnya darah nifas.
Hukum nifas, adalah seperti hukum haid pada perkara-perkara yang haram dilakukan yakni solat, puasa, membaca mushab al-Quran, menyentuh dan membawanya, menetap di dalam masjid, bertawaf dan berjima’, bermesraan suami dan isteri di antara pusat dan lutut.
Tempoh kebiasaan nifas adalah 40 hari, manakala maksimumnya pula adalah 60 hari.
Menurut Imam al-Syarbini al-Khatib (w.977H) di dalam al-Iqna’ (ms.143-144), orang perempuan yang bernifas haram menunaikan ibadah puasa Ramadhan.
Jika dia berpuasa juga maka puasanya tidak sah dan wajib diqadha.
Pada asalnya hukum wanita yang menangguh qadha puasanya sehingga masuk ke Ramadhan tahun seterusnya adalah haram dan wajib ke atasnya untuk qadha puasa dan membayar satu cupak makanan ruji seperti beras dalam zakat fitrah bagi setiap puasa yang ditinggalkan dan tidak sempat diganti sebelum tiba Ramadhan bagi tahun yang baru.
Hukum membayar fidyah adalah WAJIB. Dengan membayar fidyah tidak bermaksud mereka tidak perlu lagi menggantikan puasanya kerana puasa tersebut tetap wajib digantikan mengikut bilangan hari yang telah ditinggalkannya.
Cara pengiraan Fidyah seperti yang ditetapkan oleh MAIWP (Gambar MAIWP)
Pautan ini adalah kalkulator berapa jumlah yang perlu dibayar berdasarkan berapa hari yang ditinggalkan. https://www.zakatselangor.com.my/kalkulator-fidyah/
Namun begitu pengecualian diberikan jika penangguhan itu bersebabkan uzur syarie. Rujuk al-Iqna` (ms. 352).
Berkata Syeikh Muhammad al-Zuhaili di dalam al-Muʿtamad (2/200) :
“Jika seseorang wanita itu melewatkan qadha’ puasanya kerana uzur seperti berterusan sakit, menyusukan anak, hamil dan musafir, sehingga masuk ke Ramadhan yang baru, maka tidak wajib fidyah kerana kelewatan ini dan wajib qadha’ sahaja.”
Sumber: FMT (Sumber asal dari pautan ke laman rasmi PMWP: https://goo.gl/L9sSYl)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!