Kisah dua beradik yang maut bersama dalam kebakaran yang berlaku di sebuah rumah kira-kira jam 4 pagi di Kampung Simpang Tiga, Gombak awal pagi tadi sememangnya begitu menyedihkan.
Difahamkan mangsa terperangkap di dalam rumah sewa itu selepas jeriji rumah mereka berkunci kerana ibu dan bapa keluar kira-kira jam 3.00 pagi.
Menerusi laporan Harian Metro, datuk mangsa, Lokman Marni, 53 memaklumkan yang sambutan hari lahirnya pada minggu lalu adalah pertemuan terakhir bersama dua orang cucunya iaitu Syaza Alfisya Muhammad Fauzan, 10 dan adiknya Muhammad Al Qayyum Muhammad Fauzan, 7.
Ujarnya, mangsa dan keluarga telah pulang ke kampung di Sungai Besar pada 26 Disember yang lalu dan ternyata ia adalah pertemuan terakhir mereka.
“Saya jumpa cucu sulung dan adiknya minggu lalu, ketika mereka sekeluarga balik ke kampung meraikan hari lahir ke-53 saya dan tak sangka itu kali terakhir bertemu,” katanya.
Menurut Lokman lagi, dia hanya mengetahui berkenaan kebakaran tersebut apabila mendapati dua panggilan tidak berangkat kira-kira jam 4 pagi.
Ads
“Saya difahamkan anak dan menantu saya keluar makan sekitar 3 pagi kerana kelaparan.
“Anak saya dihubungi jiran yang memaklumkan rumah mereka terbakar. Sejurus itu, anak saya tiba tetapi kawasan rumah tidak dapat didekati berikutan bomba sedang memadamkan sisa kebakaran,”katanya.
Ibu sedang sarat hamil 8 bulan
Dalam pada itu, pemandu agensi kerajaan itu menyatakan yang anaknya yang hamil 8 bulan telah berada di lokasi kejadian namun pihak bomba tidak membenarkan untuk mendekati.
Ads
Dia juga telah dibawa ke Hospital Selayang dengan segera selepas terpijak kaca bagi merawat luka dan pemeriksaan kandungan.
Menurut anak saya, arwah kakak berdekatan almari baju dan adiknya di sebelah katil dalam bilik utama,” katanya.
Lokman juga dilihat tidak dapat menahan tangis apabila kehilangan kedua-dua orang cucunya sewaktu mereka semua menanti kehadiran orang baru sekitar sebulan lagi.
Katanya, kedua-dua jenazah itu akan dikebumikan di Kampung Changkat yang terletak berhampiran selepas selesai bedah siasat di Hospital Selayang.
Jiran tak tahu ada orang di rumah
Jiran mangsa dikenali sebagai Rahmat Razali, 33, mengatakan yang dia tidak mengetahui ada orang di dalam rumah terbabit selepas menyedari kebakaran yang berlaku.
Ads
Dia dan beberapa jiran telah mengalihkan kenderaan dan benar-benar tidak tahu ada mangsa di dalam rumah sebelum diberitahu bahawa ibu dan bapa kanak-kanak tersebut tiada di rumah sewaktu kejadian.
“Pada ketika itu, api sedang marak dan kami jiran-jiran dan anggota bomba bantu padamkan kebakaran.
“Saya cuba memanggil orang yang ada dalam rumah tetapi tiada sahutan, pintu depan pula bermangga. Saya ingatkan tiada orang, tetapi kemudian ada jiran maklumkan ada dua kanak-kanak dan ibu bapa mereka tiada,” katanya.
Pasangan sama padan, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal sentiasa berkongsi kehidupan mereka sekeluarga di media sosial. Perkongsian mereka biasanya mendapat perhatian peminat kerana telatah lucu suami isteri ini bersama anak-anak yang comel.
Umum mengetahui mereka baharu sahaja menyambut cahaya mata keempat dan Wawa melahirkan seminggu awal dari due date yang sebenar. Sempena hari jadi suaminya, Wawa telah memuat naik sebuah video ketika Aeril menjaga bayi mereka dengan kapsyen yang sweet;
“Happy birthday my love.. nah hadiah hari jadi mu😂 kepenatan 🤣 nak sgt anak ramai kan😛 saje buli dia jaga sepanjang malam supaya dia setuju utk tutup kilang. hihi ..
i love u @aeril_zafrel . suami terbaik & ayah yg terbaik utk anak2🥺
begini la nanti setiap tahun 3 hari berturut2 posting pasal birthday je😆
korang rasa berapa ka umo aeril🤭”.
Dapat dilihat dalam video itu Aeril sedang memberi susu kepada anak mereka dengan mata terpejam ketika Wawa mengejutkannya. Memang dapat dilihat yang Aeril kepenatan dan Wawa berseloroh mengatakan yang dia memang sengaja membuli suaminya untuk jaga baby kerana dia yang mahukan anak ramai.
Tambah Wawa lagi, dia saja buat begitu sebagai percubaan untuk membuatkan suaminya untuk ‘tutup kilang’. Pun begitu, Wawa tetap mengucapkan selamat ulang tahun dan menyatakan bahawa Aeril adalah suami dan ayah yang terbaik.
Kita doakan semoga Wawa lekas pulih dan urusan berpantangnya dipermudahkan. Juga didoakan agar keluarga Aeril dan Wawa sentiasa di dalam keberkatan dan dilindungi Allah SWT selalu.
Anak ada bakat? Sertai Bakat Cilik Pa&Ma sekarang!! Kalau anak-anak ada bakat hebat, janganlah simpan sendiri. Jom, support mereka dengan menyertai Bakat Cilik Pa&Ma. Rakam aksi anak-anak dengan bakat mereka dan hantarkan kepada Pa&Ma.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Jika anda ingin melahirkan anak yang bijak, anda perlu mula merangsang otak anak sejak bayi lagi. Bagaimana caranya? Cuba lakukan kaedah di bawah bersama bayi anda. Cara ini bukan sahaja boleh menggalakkan fungsi otak bayi bahkan juga dapat merapatkan jalinan kasih sayang ibu bapa dan bayi. Cubalah!
Aktiviti-aktiviti rangsang otak anak;
Berborak dengan bayi anda bagi membantunya belajar cara berkomunikasi. Ulang perkataan yang disebut dan galakkan si manja apabila dia cuba untuk meniru suara anda.
Ajar bayi tentang anggota badan. Contohnya, tanya bayi anda, “Mana hidung, baby?” dan tunjukkan hidung si manja. Teruskan dengan menyebut dan menunjuk anggota tubuh badan bayi yang lain.
Menyanyikan lagu dan bertepuk tangan. Jika anda kerap berbuat begitu, si manja akan cuba untuk meniru pergerakan dan suara anda. Cara ini juga dapat membantu bayi mengembangkan kordinasi tangan-mata dan bahasanya.
Rangsang kordinasi tangan-mata bayi anda dengan memegang mainan yang berwarna-warni untuk digenggam oleh si manja.
Melakukan pelbagai memek muka seperti tersenyum lebar, menjelir lidah ataupun membuka mulut luas-luas. Selang beberapa bulan, anda akan lihat bayi anda meniru gaya anda.
Rangsang kordinasi dan kemahiran motor halus bayi dengan menyediakan objek yang kecil dan selamat untuk si manja ambil. Contohnya, anda bawa bayi duduk di luar rumah dan cabut rumput atau petik bunga. Si manja pasti akan seronok melakukannya.
Bacakannya buku cerita dan menunjuk kepada objek serta menyebutnya.
Jika bayi sudah boleh duduk, letakkan mainan di atas lantai dan rangsangnya untuk merangkak (bergerak) dan mencapai mainan tersebut.
Berikan bayi mainan blok ABC dan mintanya memasukkan blok ke dalam kotak acuan.
Main permainan “di mana barang tersembunyi”. Sorokkan barang yang berwarna terang di bawah kain atau di bawah pasir kinetik. Kemudian, anda boleh letakkan tangan bayi menyentuhi objek dan membantunya mencari barang yang disorokkan. Lama- kelamaan, dia boleh mencari barang tersebut sendiri tanpa bantuan anda.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Memandangkan anak-anaknya suka bermain anak patung, ibu ini membuat sendiri doll house untuk mereka. Bila dipandang, nampak mahal seperti yang ada di pasaran.
Menurut Nur Zehan, modal untuk dia membina doll house untuk anak-anaknya ini tidak sampai RM30 pun! Nak dibuat pun tidak susah, hanya perlu dilekatkan dengan gam sahaja.
Projek diy doll house dgn anak2 hrni.. Bila terpandang kayu2 ni kt kedai eco td..teringat mcm doll house ikea punya.. Maka terhasillah doll house ala ikea dgn brg2 eco sj.. Modal xsmpai 30 ringgit pon..guna gam gajah sj.. Nk buat banglo pon blh..
Ini je bahan-bahannya. Kayu tu memang jual satu-satu di kedai Eco. Semua ni saya beli di Eco. Bila terpandang kayu-kayu ni, terus terlintas nak buat doll house untuk anak-anak.
BAHAN-BAHAN:
Kayu
Gam gajah
Anak patung pilihan
CARA MEMBUAT:
1. Susunkan kayu mengikut rekaan yang kita inginkan.
2. Letakkan gam gajah untuk melekatkan kayu-kayu itu. Tekan sedikit supaya melekat kuat dan biarkan kering.
3. Setelah gam kering, susunkan anak patung.
*Jika mahu, boleh catkan permukaan kayu untuk doll house yang berwarna-warni.
Saya buat doll house ni sebab nak isi masa lapang dengan anak-anak dalam tempoh PKP ni. Ideanya saya dapat bila tengok doll house macam di Ikea. Kos tak hal mana, cuma RM28 sahaja.
Anak-anak memang suka sebab dorang memang suka main princess-princess. Nak buat semua ni tak lama, lebih kurang 15 minit. Buat pun senang, sebab saya cuma guna gam untuk lekatkan kayu-kayu ni.
Kalau mudah macam ni, bolehlah buat banyak-banyak. Boleh buat pelbagai jenis bangunan. Anak-anak pun suka. Kalau tak ada anak perempuan, idea ini boleh digunakan untuk menyusun kereta mainan anak-anak lelaki. Selamat mencuba!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.