Bagi ibu bapa yang baru pertama kali mempunyai pengalaman anak akan masuk Tahun 1, anda akan rasa sukar sikit kerana ada beberapa perkara perlu dilakukan dulu sebelum semuanya selesai.
Antaranya wajib isi borang secara online sebelum cetak dan dihantar kepada sekolah pilihan ibu bapa. Namun semasa mengisi borang, ada bahagian rekod kesihatan anak harus di isi dengan lengkap.
Biasanya bahagian rekod kesihatan anak ini, ibu bapa kena tahu dan faham singkatan penggunaan perkataan bagi setiap suntikan yang pernah dilakukan ketika membawa anak menerima imunisasi.
Bagi memudahkan semua ibu bapa untuk mengisi borang secara online, Jururawat, Faszlin Abd Rahman memberi tipnya.
Memang agak leceh nak isi maklumat kesihatan murid ni tapi jika ibu bapa faham memang senang je, janji rekod imunisasi anak lengkap.
Misi Lin nak share maksud singkatan kat rekod kesihatan anak supaya senang ibu ayah nak isi borang pendaftaran nanti.
Penghijrahan Mawar yang kini mula bertudung sepenuhnya sesuatu yang cukup istimewa buatnya selepas bergelar seorang isteri dan ibu. Siapa sangka Allah telah menggerakkan hatinya untuk lebih rasa tenang.
Terbuka hati tanpa dipaksa
Menurut Mawar atau nama sebenarnya Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid, 25, dia sudah lama menyimpan impian untuk memakai tudung namun akui hatinya berbolak-balik.
Selepas mengikuti kelas pengajian agama di Kelantan baru-baru ini, Mawar akhirnya terbuka hati untuk menutup aurat sepenuhnya.
Bagaimanapun, Mawar menyedari tanggungjawabnya sebagai wanita Islam bukan sahaja perlu sentiasa bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan tetapi juga melakukan perkara wajib seperti menutup aurat.
“Sebenarnya saya nak tutup aurat dah lama sangat. Sudah tentu sebagai wanita beragama Islam ada impian untuk jadi muslimah yang beriman di hadapan Allah. Dah lama impian ini tersimpan.
=–
“Tapi itulah.. saya pun manusia biasa dan banyak kekurangan. Hati saya pun rasa berbolak-balik, sebab itu masa Ramadan saya cuba untuk berhijab tapi rasa tak bersedia lagi.
“Saya tahu waktu itu hati tak kuat tapi alhamdulillah, saya dapat hidayah selepas masuk kelas agama dan belajar lebih mendalam tentang Islam. Selama ini memang sentiasa ingat Allah tapi lepas masuk kelas, baru saya belajar dan faham.
“Memang daripada dulu saya bersyukur dan setiap kali solat mesti akan menangis..bukan sebab sedih tapi sebab Allah dah beri nikmat terlalu banyak tapi tak boleh tutup aurat. Nak buat perkara wajib ada saja alasan,” katanya kepada mStar.
Mawar memberitahu dia mula berhijab pada Isnin lalu dan memilih hari Jumaat untuk berkongsi berita gembira tersebut sempena Awal Muharam.
Sebelum ini, pelakon drama Suamiku Paling Sweet itu memakai tudung sepanjang bulan Ramadan namun selepas itu dia kembali dengan penampilan asalnya.
Dalam pada itu, Mawar berkata suaminya iaitu Raf Yaakob antara orang yang paling bahagia dan gembira dengan keputusannya untuk berhijrah.
“Raf orang yang sangat bahagia walaupun dia tak memaksa. Dia banyak bagi hint tapi saya cakap biar benda itu datang daripada diri sendiri. Alhamdulillah saya tak rasa paksa diri tapi memang saya sedar ini tanggungjawab saya.
“Dia sentiasa mendoakan semoga saya terus istiqamah dan paling gembira dia tak tanggung dosa sebab saya tak tutup aurat. Keluarga saya pun bersyukur dengan perubahan ini.
“Sebenarnya saya ada lima orang adik beradik perempuan dan semua kakak serta ibu saya memakai tudung. Sebelum ini, memang saya seorang saja tak berhijab,” katanya.
Mawar yang sedang mengandung anak kedua berharap penghijrahannya ini akan mendapat keredaan Allah dan dia mampu menjadi hamba yang lebih baik dan memperbaiki kesilapannya sebelum ini.
**Pa&Ma Musim ke-8 kembali lagi di kaca tv menemani anda! Kali ini, kami membawakan edisi Pa&Ma Journey Bersama JovianNina. Jom kosongkan jadual malam Rabu anda dengan menonton gelagat mereka pada jam 9 malam, hanya di Astro Ria saluran 104 & 124. Set kalendar anda sekarang yaa!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
“Assalamualaikum minta jasa baik rakan-rakan doakan anak saya, dia sekarang dalam keadaan kritikal,” demikian luahan Eyka Rohmat dalam Facebooknya, Selasa lalu.
Eyka mengharapkan anak lelakinya, Naufal Nabil Fikri yang berusia 10 bulan itu diberikan keajaiban dan kesihatan seperti sedia kala.
“Jasa dan doa kalian hanya Allah SWT saja yang dapat membalasnya. Ummi rindu Naufal sayang, Naufal kuat ummi kuat… Naufal nyawa ummi,” katanya.
Terdahulu menerusi muat naik di Facebooknya juga, Eyka mengesahkan tempurung kepala Naufal retak, tisu kepala bengkak dan pendarahan dalam kepala serta di selaput mata.
“Allah SWT, sesungguhnya kami insan yang terpilih kau redakan aku terima segala ketentuanMu,” katanya.
Sementara itu menurut laporan media, bayi berusia 10 bulan itu kritikal selepas dipercayai terjatuh dari buaian ketika berada dalam pengawasan pengasuhnya.
Kini Naufal dirawat di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) Muar sejak Selasa lalu, selepas dikejarkan ke Hospital Tangkak pada hari sama.
Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan Mohad Idris Samsuri berkata, bayi berkenaan dibawa oleh pengasuh ke Hospital Tangkak pada Selasa lalu selepas mengalami sawan.
Menurutnya, pemeriksaan mendapati terdapat kesan lebam di dahi kiri, pendarahan pada bahagian mata dan retak tempurung kepala.
“Pegawai perubatan yang merawat mangsa membuat laporan polis dan siasatan terhadap pengasuh mendakwa mangsa pernah dua kali terjatuh daripada buaian sepanjang di bawah jagaannya.
“Bagaimanapun siasatan lanjut sedang giat dijalankan termasuk mendapatkan maklumat serta keterangan daripada ibu bapa mangsa, ahli keluarga dan jiran,” katanya.
Mohad Idris berkata, polis juga telah menahan pengasuh terbabit dan mendapat kebenaran menahan reman selama empat hari bagi membantu siasatan.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.
Sumber: Eyka Rohmat’s & Sinar Harian
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Seorang ibu melalui detik cemas apabila bersalin dalam kereta ketika dalam perjalanan ke hospital selepas terperangkap dalam sekatan jalan raya selama dua jam berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Menerusi laporan di BH, kejadian itu berlaku ketika kereta yang dipandu oleh seorang bapa dan membawa anak perempuannya yang mahu bersalin anak keempat terperangkap lama dalam kesesakan.
Difahamkan perjalanan ke Hospital Tawau dari rumah mereka di Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Batu 8, hanya 14 kilometer tetapi disebabkan sekatan jalan raya berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), mereka terperangkap dalam trafik selama dua jam.
Menceritakan kejadian itu jam 9.30 pagi, Abdul Asa Mohd Salleh, 65, berkata sebaik menerima panggilan untuk ke hospital dari anaknya Norziee, 37, yang sarat mengandung anak keempat, beliau terfikir mengenai keadaan trafik ke hospital.
Abdul Asa dengan cucunya, Aisha Maizela, 17, kemudian membawa Norziee ke hospital tetapi mereka tersangkut dalam sekatan jalan di Jalan Apas dan Jalan Kuhara.
Selepas beberapa lama terperangkap mereka menahan sebuah ambulans yang melalui jalan itu dan memaklumkan keadaan Noziee kepada kakitangan perubatan.
“Bagaimanapun, ada pesakit lain tetapi kami dibenarkan mengekori pergerakan ambulans dari belakang bagi mempercepatkan perjalanan ke hospital,” katanya.
Macam tak percaya dengar tangisan bayi
Sementara itu, Norziee menerusi hantaran di Facebook berkongsi kegembiraan melahirkan bayi lelaki seberat 3.4 kilogram dalam kenderaan ayahnya.
“Selama ini dengar cerita orang lain je yang bersalin dalam kereta tetapi bila berlaku pada diri sendiri macam tak percaya.
“Bila dengar tangisan bayi secara tiba-tiba, sebaknya Allah yang tahu. Mujurlah semua selamat dan dipermudahkan walaupun bayi dimasukkan ke wad lain kerana masalah pernafasan, namun semua stabil,” kongsinya.
Rhinitis alergi sering disalah anggap sebagai selesema pada kanak-kanak. Ketahui perbezaan simptom, punca, cara mengenal pasti alahan dan bila ibu ayah perlu membawa anak berjumpa doktor.