Anak kecil dia tak pandai nak menipu. Lagi-lagi melibatkan perasaan. Sedih, gembira, semua itu lahir dari hati yang tulus. Sebab itu, ibu bapa boleh tahu perasaan anak melalui wajah mereka.

“Ebu, Ebu Pergi Mana..” Sebak Dengar Tangisan Anak, Tak Jumpa Ibu 2 Bulan Kerana PJJ

Dalam situasi hari ini, disebabkan Covid-19, ramai sebenarnya Pasangan Jarak Jauh (PJJ) terpaksa menanggung rindu untuk bertemu. Mungkin bagi kita yang dewasa akan faham, tapi bagaimana perasaan anak-anak kecil yang rindukan ibu atau ayahnya.

Seperti perkongsian di FB Afiqqah Sani, perkongsiannya benar-benar menyentuh hati di tambah pula dengan tangisan si anak yang sangat merindui pelukan dan ciuman ibu akibat jarak dan keadaan sekarang yang tak boleh berjumpa.

“Ebu, Ebu pergi mana..”

IKLAN

Wahai yang berada di atas sana. Kami yang PJJ ni bukan suka-suka nak mohon rentas negeri. Bukan asbab kepentingan diri kami iaitu ibu dan bapa. Tapi lebih kepada kasihan kan anak-anak.

“Ebu, Ebu Pergi Mana..” Sebak Dengar Tangisan Anak, Tak Jumpa Ibu 2 Bulan Kerana PJJ

Anak ini baru 2 tahun setengah, tapi dia juga faham erti rindu. Tidurnya dalam tangisan. Video call tidak sama dengan sentuhan fizikal. Peluk cium ibu dan ayah. Kalau video call pun, anak ini akan mengelak dari tengok wajah ibunya. Hampir dua bulan anak ini tidak berjumpa dengan ibunya.

Dan hari ini semakin kuat tangisannya. Boleh bayangkan tak beban emosi yang ditanggung oleh mereka yang PJJ? Faham niat baik pihak di atas. Semuanya untuk kebaikan rakyat.
Tapi mungkin boleh perhalusi kembali terma dan syarat untuk pasangan PJJ seperti kami. Kami tak pinta untuk menjadi pasangan PJJ seperti ni.

IKLAN

“Ebu, Ebu Pergi Mana..” Sebak Dengar Tangisan Anak, Tak Jumpa Ibu 2 Bulan Kerana PJJ

Saya juga faham, ramai lagi pasangan yang punya masalah lebih besar, yang lebih lama tak jumpa keluarga masing-masing.

Mohon maaf andai ada antara anda tidak berpuas hati dengan pasangan PJJ. Kenapa PJJ boleh rentas, anda pula tak boleh balik kampung, tak boleh jumpa mak ayah. Kami mohon maaf, ikhlas dari hati.

IKLAN

“Ebu, Ebu Pergi Mana..” Sebak Dengar Tangisan Anak, Tak Jumpa Ibu 2 Bulan Kerana PJJ

Bagi yang PJJ, andai suatu masa diberikan rezeki untuk kita rentas, janganlah disalahguna. Coretan ini sekadar sedikit yang kami lalui. Selebihnya tidak terluah, tak tertulis, tak terkongsi. Doakan kami semua tabah untuk mengharungi hari-hari seterusnya.

– Maaf, Muhammad tidak duduk dalam car seat, terima kasih pada yang cakna, tapi sebagaimana anda semua tahu, anak-anak saya memang ada car seat masing-masing, cuma ketika kejadian Muhammad tidak berada dalam cs beliau
– alhamdulillah, 9 tahun PJJ

Kredit: Afiqqah Sani

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI