Kredit: Freepik

“Cuti sekolah dah start, manalah nak bawak budak-budak ni bang!” si suami pun buntu nak bawa anak-anak kemana dengan keadaan ekonomi keluarga yang tidak berapa baik. Tak bawa berjalan kesian pula tengok anak-anak. Sebelum rasa bersalah pada diri sendiri, baca dulu perkongsian ini. Nak bahagia tak perlu berhabis ribuan ringgit, yang penting creative.

“Just Be Creative” Nak Gembirakan Anak-Anak Tak Perlu Bawak Pergi Bercuti Hebat-Hebat
Kredit: Freepik

Bila bercakap tentang cuti sekolah, Ibu cenderung untuk berkongsi bagaimana untuk menggunakan cuti sekolah ini bagi menguatkan ikatan kasih-sayang dengan anak-anak.

Bagi yang telah merancang cuti dan mempunyai peruntukan untuk bercuti di tempat percutian, Ibu rasa that is taken care of. Bermakna sudah tiada isu disitu.

So, fokus Ibu adalah mengenai bagi yang tidak sempat merancang atau kekurangan wang untuk bercuti di luar.

Ingatlah, mengeratkan ikatan kasih sayang dengan anak-anak TIDAK memerlukan wang. Tidak perlu untuk beri mereka untuk bercuti hebat bagai. Yang penting adalah aktiviti bersama yang menyeronokkan dan memandaikan anak-anak kita.

IKLAN

Kita boleh camping dalam rumah, cat rumah bersama, buat kuih dan beri anak-anak yatim atau sesiapa yang memerlukan, buatlah aktiviti yang akan menjadi ingatan mesra di minda anak-anak kita.

Ibu pernah juga kongsikan berkenaan topik ini dan ajak follower Ibu di facebook kongsikan pengalaman mereka. Woww..Ibu juga rasa teruja dengar aktiviti mereka.

Di sini Ibu kongsikan antara apa aktiviti mereka:

IKLAN

1. Solat jemaah sekeluarga
2. Tadarus dengan anak-anak
3. Tasmik 1 jam seorang dengan anak-anak yang sedang hafiz/zah
4. Riadah sekeluarga lepas subuh
5. Masak bersama anak-anak
6. Anak-anak ambil tugas masing-masing untuk cuci rumah bersama
7. Baca novel & tukar-tukar2 novel dengan anak-anak
8. Bawa bercuti ke kebun nenek
9. Bercucuk tanam dan menyiram pokok.
10. Memasak bersama
11.Riadah petang di padang permainan seperti bermain badminton, basketball atau kasut roda.
12. Makan tengahari menggunakan dulang sekeluarga.
13. Memancing bersama
14. Beri haiwan ternakan makan sama ada di kampung / belaan sendiri.
15. Ajak anak buat kuih dan jualkan. Beri sedikit upah atas usahanya.

“Just Be Creative” Nak Gembirakan Anak-Anak Tak Perlu Bawak Pergi Bercuti Hebat-Hebat
Kredit: Freepik

Begitulah tadi antara perkongsian follower Ibu. Pada Ibu, semua idea itu menarik.

IKLAN

Memanglah kita mahu mengembirakan anak-anak kita, tetapi kita tidak wajib dan semestinya membawa mereka bercuti hebat hingga perlu berhabis duit tambah lagi berhutang. Apa yang anak-anak mahukan ialah perhatian dan masa yang sangat memorably happy dengan ibu bapa dan keluarga mereka. So, just be creative 😊

Salam kasih,

Kredit: Ibu Rose

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI