Jika sesebuah pasangan tidak boleh hamil, mereka sering menganggap bahawa ada yang tidak kena pada kesuburan mereka. Walau bagaimanapun, ketidaksuburan bukan selalunya menjadi penyebab utama.
Ada kalanya, ia disebabkan oleh gaya hidup anda yang menjejaskan rancangan anda untuk membina keluarga. Jika anda menghadapi masalah untuk hamil, berikut 9 tugasan yang anda perlu lakukan sebelum berjumpa dengan pakar fertiliti.
1. ‘Betulkan’ berat badan dan kualiti diet anda.
Anda mungkin mempunyai masalah untuk hamil dan kebarangkalian tinggi mendapat komplikasi kehamilan tertentu jika anda kurang atau terlebih berat badan. Ini bukanlah masa yang tepat untuk anda menghilangkan berat badan atau ‘memenuhkan’ perut anda dengan makanan yang tidak sihat – anda dan bayi anda perlukan diet yang sihat.
2. Ambil vitamin pranatal harian bersama asid folik.
Asid folik (folat) adalah sejenis bentuk vitamin B9. Penting untuk wanita hamil dan mereka yang mahu hamil mendapatkan asid folik. Asid folik boleh membantu mencegah kecacatan kelahiran serius (NTD – kecacatan tiub neural) pada otak dan saraf tunjang bayi. Jika anda menggunakan vitamin lain atau suplemen herba, berhenti mengambilnya dan minta nasihat daripada doktor anda.
3. Berhenti merokok dan elakkan alkohol.
Ads
Berhenti merokok dan berhenti mengambil alkohol dengan segera jika anda sedang mencuba untuk hamil. Merokok dan minum minuman keras boleh menjejaskan kesuburan anda dan meningkatkan risiko mendapat bayi pramatang dan berat badan waktu lahir rendah. Ingatlah bahawa perokok kedua adalah lebih berbahaya, jadi elakkan diri anda menjadi perokok kedua. Penyalahgunaan dadah juga boleh mengurangkan kesuburan anda.
4. Berwaspada pada kekeliruan kitaran haid.
Kebanyakan wanita menganggap bahawa kitaran haid mereka adalah 28 hari dan mereka akan mengalami ovulasi pada hari ke-14 selepas hari pertama haid mereka. Sebenarnya, panjang kitaran boleh berubah. Ovulasi tidak selalunya berlaku pada masa yang sama setiap bulan. Sperma boleh hidup selama tiga hari dalam serviks anda. Jadi, anda boleh melakukan hubungan kelamin sebelum hari ovulasi anda untuk meningkatkan peluang kehamilan anda.
5. Hilangkan tekanan.
Jika anda memberitahu rakan-rakan dan keluarga yang anda sedang ‘mencuba’, kebanyakan daripada mereka akan menasihati anda untuk relaks dan biarkannya berlaku sendiri. Malangnya, ia lebih mudah diperkatakan daripada dibuat. Stres memberikan anda impak negatif, baik secara fizikal dan mental. Anda mungkin memerlukan beberapa kaunseling atau terapi untuk mengurangkan tahap stres anda.
Ads
6. Dapatkan tidur malam yang lebih baik.
Jadual tidur yang tidak tentu boleh mempengaruhi kitaran menstrual anda. Tidur yang tidak cukup boleh menyebabkan stres pada tubuh, sekali gus menghuru-harakan sistem imun anda. Anda boleh berisiko mendapat jangkitan, yang boleh membahayakan kitaran reproduktif anda.
7. Mendapat cukup hubungan kelamin.
Kebanyakan individu percaya dengan mengehadkan kekerapan seks boleh ‘menjimatkan’ sperma dan dapat membantu wanita untuk hamil dengan mudah. Ini mungkin juga betul, tetapi tidak melakukan hubungan kelamin banyak hari juga bukanlah idea yang baik.
Ads
8. Jangan mengabaikan vaksinasi.
Mendapatkan vaksin pra-kehamilan yang sesuai boleh membantu anda melindungi kesihatan tubuh anda dan bayi. Penyakit tertentu boleh menyebabkan kecacatan kelahiran pada bayi anda jika anda mendapatnya semasa hamil. Jadi, jika anda sedang merancang untuk hamil, sila pastikan vaksinasi anda adalah terkini. Beberapa vaksin yang diperlukan untuk bakal ibu adalah vaksin MMR (measles, mumps dan rubella), vaksin cacar air, vaksin Hepatitis B dan A, dan vaksin Pneumococcal.
9. Berjumpa dengan doktor.
Anda perlu membuat temujanji dengan doktor bagi melakukan pemeriksaan fizikal penuh sebelum mula hamil. Beritahu doktor anda mengenai sebarang ubat yang anda ambil untuk memastikan ianya selamat diambil jika anda hamil. Jangan lupa untuk memberitahu tentang kemungkinan bahaya persekitaran anda di tempat kerja.
Satu hal yang biasa berlaku kepada kebanyakan wanita hamil ialah alahan atau morning sickness.
Walaupun dikenali sebagai morning sickness, alahan ini tidak hanya berlaku pada waktu pagi. Ia boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja di sepanjang hari.
Rasa loya, mual, mahu muntah dan tidak sedap badan ini lazim dialami antara minggu ke-6 kehamilan sehingga minggu ke-12 atau ke-13. Walaupun begitu, jangka masanya sukar dipastikan dan bergantung kepada tahap hormon kehamilan dalam diri setiap wanita itu.
Kebiasaannya, morning sickness tidak menjadi sesuatu yang sangat membimbangkan. Namun, seboleh mungkin mana-mana hamil yang perlu melaluinya mahu ‘lari’ daripada masalah ini.
Disenaraikan beberapa bahan yang bagus untuk mengatasi masalah alahan kehamilan ini tetapi sangat jarang digunakan.
Halia
Dikatakan dengan mengambil satu sudu halia, ia mampu melegakan ketidakselesaan yang dialami akibat daripada morning sickness.
Jadi, anda digalakkan untuk mengambil halia yang dicampurkan ke dalam teh panas. Boleh digunakan halia dalam bentuk parutan atau serbuk.
Lemon
Pengambilan jus lemon yang ditambah dengan sedikit gula sangat berkesan dalam membantu anda mengatasi alahan morning sickness.
Rasa masam yang ada pada lemon akan ‘membunuh’ rasa mual dan loya yang dirasai.
Selain daripada lemon, anda boleh gunakan buah-buahan sitrus yang lain seperti limau nipis, limau kasturi atau oren. Gunakannya sebagai bahan asas minuman setiap kali terasa mual.
Pudina
Aroma daun pudina memang menyegarkan. Dalan masa yang sama, ia mampu bertindak sebagai bahan untuk mrnghilangkan rasa loya.
Setiap kali mengami morning sickness, anda boleh mengambil pudina dengan memakannya begitu sahaja mahupun rendamkan ia ke dalam minuman kegemaran.
Biskut kering
Inilah antara bahan yang sangat berkesan dalam membantu diri anda mengatasi morning sickness.
Ada yang menyarankan agar anda meletakkan bekalan biskut di tepi katil. Jadi, mudah untuk anda mendapatkannya setiap kali terasa loya di awal pagi.
Malah, anda juga digalakkan untuk menyimpan bekalan biskut kering di dalam beg tangan. Sama juga halnya dengan di tempat kerja. Sediakan satu bekas khas berisi biskut kering yang sukar dicapai apabila diperlukan.
Susu panas
Segelas susu panas berupaya mengawal masalah morning sickness. Ia membantu dengan melegakan perut jika diambil sebelum waktu tidur di malam hari.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tahniah diucapkan buat pelakon, Raja Ilya yang kini mengumumkan dirinya kini hamil anak kedua.
Menerusi perkongsian di Instagram, Raja Ilya memuat naik foto menunjukkan ‘baby bump’ dan imbasan ultrabunyi bayi keduanya.
“Dua kali ganda cinta, dua kali ganda kegembiraan. Lebih ramai, lebih meriah!
“Kami sangat gembira untuk umumkan. Dua kali cinta dan lampin kotor. Pusingan kedua,” tulisnya di Instagram.
Entri terbaru itu sudah semestinya dihujani dengan ucapan tahniah dari rakan-rakan selebriti dan pengikutnya.
Untuk rekod, Raja Ilya mendirikan rumah tangga dengan jejaka Australia, Garrett pada Disember 2018 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Talita Love yang kini berusia 3 tahun.
Semasa mengandung, ibu hamil kena berhati-hati. Biarpun orang kata, waktu mengandunglah nak makan apa saja, perlu diperhatikan juga. Bukan semua jenis makanan boleh dimakan sewenang-wenangnya. Jika tidak diberikan perhatian, ada kemungkinan mendapat jangkitan virus dan sebagainya.
Salah satu makanan yang tidak dibenarkan untuk wanita mengandung adalah telur separuh masak. Terdapat beberapa makanan lain juga, Dr Muhammad Izzat Abdul Razak, Pegawai Perubatan Kesihatan Wanita & Kehamilan ada berkongsi tentang hal ini.
JANGKITAN LISTERIOSIS PADA IBU HAMIL
Semua ibu hamil perlu diberitahu bagaimana nak kurangkan risiko untuk mendapat jangkitan Listeriosis ketika mengandung. Ni jangan cakap abam tak payung, baca betol-betol.
Bagaimana boleh elakkan jangkitan ‘minatang’ Listeria ni ?
1) minum hanya susu yang dipasteur atau Susu UHT. Susu fresh diperah dari tetek kambing ke lembu ke rusa ke buaya ke tak digalakkan minum. Tak payah rasa bangga dapat minum susu ‘fresh’ panas-panas lepas perah tu, tanpa anda sedari sebenarnya terdedah kepada bakteria ini. Jaga-jaga.
2) tak digalakkan makan soft cheese seperti Camembert, Brie, Blue-veined cheese. TIADA risiko listeriosis dengan memakan hard cheese seperti Cheddar, cottage cheese atau cheese yg sudah diproses. Baca bebetul. SOFT cheese jer takboleh makan, HARD cheese 🧀 makan tanpa rasa was was.
3) tidak memakan pate ( sebarang jenis termasuk yg ada sayur ) – sejenis daging mentah.
4) tak memakan makanan yang separuh masak, atau memanaskan semula makanan yg lama kalau boleh.
Untuk mengurangkan risiko dapat jangkitan Salmonella pula :
1) elakkan makan telur mentah, telur separuh masak atau apa apa makanan yang mengandungi telur mentah atau telur separuh masak.
2) elakkan daging mentah, atau daging separa masak.
Takda istilah mengidam makanan-makanan yg saya cakap kat atas ni. Lepas beranak boleh la makan kalau nak. Tak payah beriya nak masuk Fear Factor masa mengandung dan try makanan pelik-pelik.
Burppp.. Baru telan 2 biji telor kat bawah ni untuk brunch. Saya MENGANDUNGi lemak, so takdak hal makan telor separuh masak.
Ada benarnya nasihat Dr Izzat tu, banyak lagi makanan lain yang boleh dinikmati ibu hamil. Lebihkan pengambilan makanan sunnah, itu lebih baik. Sebaik-baiknya apabila sudah mengetahui info ini, elakkan setiap makanan tersebut. Tunggulah habis mengandung nanti, baharulah anda makan semua itu ya!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Berita Bung Moktar meninggal dunia mengejutkan negara. Ketahui perjalanan hidup, keluarga, legasi politik dan sisi peribadi tokoh Sabah ini yang dikenang ramai.