“Kadang Rindu Nak Merasa Usap Perut Lagi” – Watie Hanifiah Luah Rasa Rindu Berbadan Dua

Share

Tidak ada yang lebih membekas di hati seorang wanita selain detik-detik menjadi seorang ibu. Begitulah juga yang dirasai oleh Watie Hanifiah, isteri kepada pelawak dan usahawan terkenal, Shuib.

Menerusi satu hantaran yang cukup menyentuh perasaan di laman Instagram, Watie berkongsi rasa rindu yang mendalam terhadap momen-momen berbadan dua—satu fasa yang pernah mewarnai hidupnya dan kini menjadi kenangan yang amat dirindui.

Pemilik nama Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah, 37, memuat naik video memaparkan dia mengusap perutnya ketika mengandung sebelum ini.

 

Mengakui perkara itu adalah yang terindah dalam hidupnya, Watie berkata kadang-kadang perasaan rindu itu hadir membuatkannya mengingatkan kembali memori semasa dia hamil.

Kadang rindu itu datang…rindu nak merasa usap-usap perut lagi…

Semoga yang to conceive (TTC) juga diberikan rezeki…

Sebelum ini, Watie memaklumkan mengalami keguguran pada 11 Mei lalu. Katanya, dia telah mengalami mimpi sebagai tanda awal akan kehilangan anaknya sebelum perkara itu benar-benar menjadi realiti.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai memberi kata-kata semangat kepada Watie agar tidak putus harapan.

Semoga Watie dan Shuib terus tabah dan doa kami agar mereka segera dikurniakan cahaya mata yang sihat dan membawa kebahagiaan dalam keluarga mereka.

Published by
Nana