Jumlah kelahiran hidup di negara ini merekodkan peningkatan 13 peratus iaitu 105,961 kelahiran berbanding suku tahun kedua tahun lalu dengan 93,799 kelahiran.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin, berkata berdasarkan Laporan Perangkaan Demografi bagi suku tahun kedua 2023, bayi lelaki melebihi perempuan dengan 54,747 kelahiran berbanding 51,214 kelahiran bayi perempuan.

Kadar Kelahiran Meningkat, Selangor Kekal Tertinggi Untuk Kadar Kelahiran

Beliau berkata, Selangor kekal mencatatkan bilangan kelahiran hidup tertinggi iaitu 20,477 kelahiran atau 19.3 peratus, manakala jumlah kelahiran hidup terendah dicatatkan Wilayah Persekutuan Labuan dengan 357 kelahiran atau 0.3 peratus.

“Usia ibu antara 30 sehingga 39 tahun merekodkan kelahiran hidup tertinggi pada suku tahun kedua 2023 iaitu 53,679 atau 50.7 peratus, diikuti oleh ibu berusia 20 sehingga 29 tahun sebanyak 42.3 peratus.

“Ibu berusia 40 tahun dan lebih pula mencatatkan 5.2 peratus, manakala ibu berusia kurang daripada 20 tahun sebanyak 1.8 peratus,”

Beliau berkata, bangsa Melayu menyumbang 68.4 peratus atau 72,500 kelahiran hidup daripada jumlah kelahiran hidup pada suku tahun kedua 2023 berbanding tahun lalu sebanyak 69.7 peratus.

Katanya, kelahiran hidup bagi Bumiputera lain dan bangsa Cina masing-masing meningkat kepada 12.9 peratus dan 9.1 peratus berbanding 12.6 peratus dan 8.9 peratus pada suku tahun kedua 2022.

Bangsa India pula katanya, merekodkan penurunan kepada 3.8 peratus pada suku tahun kedua 2023 berbanding tahun lalu sebanyak 3.9 peratus.

“Sebanyak 50,239 kematian direkodkan pada suku tahun kedua 2023 iaitu peningkatan sebanyak 0.7 peratus berbanding suku tahun kedua 2022 sebanyak 49,893 kematian.

“Bilangan kematian bagi lelaki adalah 28,495 manakala 21,744 kematian bagi perempuan,” katanya.

Mohd Uzir berkata, bagi tempoh yang sama, Selangor mencatatkan bilangan kematian tertinggi iaitu 7,765 kematian atau 15.5 peratus, manakala Wilayah Persekutuan Putrajaya mencatatkan bilangan kematian terendah dengan 73 kematian atau 0.1 peratus.

IKLAN

Dari segi usia pula katanya, bilangan kematian berusia 60 tahun dan lebih merekodkan bilangan tertinggi iaitu 35,415 kematian atau 70.5 peratus, diikuti usia 41 sehingga 59 tahun sebanyak 19.6 peratus.

Bilangan kematian berusia 15 sehingga 40 tahun pula mencatatkan sebanyak 7.6 peratus, manakala yang berusia 0 sehingga 14 tahun sebanyak 2.3 peratus.

“Bangsa Melayu menyumbang 52.9 peratus atau 26,610 kematian daripada jumlah kematian pada suku tahun kedua 2023 berbanding pada 2022 sebanyak 52.7 peratus.

“Kematian bagi bangsa Cina meningkat kepada 26.2 peratus pada suku tahun kedua 2023 berbanding 25.8 peratus pada suku tahun kedua 2022.

“Bagi Bumiputera pula, jumlah kematian menurun kepada 10.2 peratus berbanding 10.8 peratus pada tahun lalu, manakala bangsa India kekal pada 8.1 peratus,” katanya.

Selain itu beliau berkata, kematian disebabkan COVID-19 menurun kepada 74.4 peratus pada suku tahun kedua 2023 iaitu daripada 660 kematian pada suku tahun kedua 2022 kepada 169 kematian.

Katanya, kematian disebabkan COVID-19 menyumbang 0.3 peratus daripada keseluruhan jumlah kematian pada suku tahun kedua 2023.

IKLAN

“Johor merekodkan kematian COVID-19 tertinggi iaitu 37 kematian, manakala tiada kematian direkodkan di Kelantan, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya,” katanya.

Mohd Uzir berkata, jumlah penduduk Malaysia pada suku tahun kedua 2023 dianggarkan sebanyak 33.4 juta iaitu meningkat 2.1 peratus berbanding suku tahun kedua 2022 sebanyak 32.7 juta.

Katanya, jumlah penduduk lelaki meningkat daripada 17 juta kepada 17.5 juta berbanding suku tahun kedua 2022, manakala perempuan meningkat daripada 15.7 juta kepada 15.9 juta bagi tempoh yang sama.

“Secara keseluruhan, nisbah jantina penduduk adalah 110 lelaki bagi setiap 100 perempuan, manakala nisbah jantina bagi penduduk warga Malaysia adalah 103 lelaki bagi setiap 100 perempuan,” katanya.

Mengulas lanjut beliau berkata, penduduk berusia 0 sehingga 14 tahun atau usia muda, menurun kepada 7.5 juta pada suku tahun kedua 2023 berbanding 7.6 juta pada suku tahun kedua 2022.

Katanya, komposisi penduduk berusia 15 sehingga 64 tahun atau usia bekerja, meningkat daripada 22.8 juta kepada 23.4 juta berbanding suku tahun kedua 2022.

“Komposisi penduduk berusia 65 tahun dan lebih atau usia tua meningkat daripada 2.4 juta kepada 2.5 juta bagi tempoh yang sama,” katanya.

IKLAN

Kredit: Berita Harian 

Kadar Kelahiran Meningkat, Selangor Kekal Tertinggi Untuk Kadar Kelahiran

Nak lindungi anak, mama kena sihat dulu kan? Jom, sama -sama belajar jadi ibu terbaik! Pendaftaran PERCUMA, dapat goodies best dan berpeluang menang lucky draw. Daftar sini 👉🏼 https://toko.ideaktiv.com/product/nak-lindungi-anak-mama-perlu-sihat/

Kadar Kelahiran Meningkat, Selangor Kekal Tertinggi Untuk Kadar Kelahiran

 

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

 

 

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI