Mungkin ramai yang seperti Yatt Hamzah ini, kental uruskan 2 anak kecil yang bezanya hanya setahun hanya dengan bantuan suami. Dalam kesibukan, anak masih menjadi prioriti pertamanya. Malah penyusuan susu ibu juga masih diteruskan.
Anak kedua dan ketiga Yatt yang masih kecil iaitu Suci Humaira Iqlima, 1 tahun 9 bulan dan Suci Hayfaa Medina, 5 bulan yang kedua-duanya masih menyusu secara tandem. Ia tentunya menuntut pengorbanan masa dan perhatian yang lebih daripada si ibu. Anak pertama Yatt dari perkahwinan pertamanya Suci Hanania Malika kini berusia 8 tahun.
Yatt turut berkongsi tentang hal ini di Instagram;
Tengah tunggu no giliran di bank, suami wasap kata bayi2 meraung dlm kereta. Bonda terus melompat terbang semula ke kereta.
Maka tenanglah anak2 dpt susu msg2..???
Ads
Nampak x resit bank tu? Hahaha.. Ada tak ibu2 mak2 lain yg alami situasi sama?
Sebenarnya, ini rutin Bonda setiap hari! Terkejar2 Berdesup sana sini! Nak jd super Bonda kan..??❤️??TQ Allah bg nikmat begini..
Para peminat kagum dan terinspirasi dengan semangat ibu ini yang berupaya meneruskan penyusuan dalam keadaan sibuk. Ada juga peminat yang berkongsi pengalaman sedang melalui rutin yang sama.
Ads
Yatt juga turut berkongsi tip kesihatan dan kecantikan apabila ada follower yang bertanya tentang penampilannya yang sentiasa cantik. Rupa-rupanya rahsia kejelitaan ibu ini ialah menjaga pemakanan, tidak minum ais dan mengelakkan daripada tidur di sebelah siang.
Saksikan Pa&Ma pada 25 September 2018, jam 12 tengah hari di Astro Prima & Astro Maya HD. Kali ini tajuk menarik yang akan dibincangkan ialah Si Genius Disleksia. Banyak info telah dirangkumkan iaitu tip daripada juruterapi serta perkongsian info daripada ibu bapa.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ibu yang hamil dan bersalin pada bulan Ramadan sangatlah beruntung selain dianggap istimewa. Ini kerana proses mengandung dan melahirkan yang penuh dengan perjuangan dianggap sebagai ibadah.
Proses bersalin memerlukan tenaga yang banyak, begitu juga ibu hamil dan menyusukan. Maka sebab itulah Allah SWT tidak mewajibkan ibu hamil dan menyusu untuk berpuasa. Namun begitu, anda masih boleh menukar atau menebusnya pada hari lain atau membayar fidyah sekiranya mampu berpuasa.
Ini adalah bentuk kasih sayang Allah SWT kepada wanita yang menjadi perantara dalam melahirkan anak ke dunia, dengan berbagai macam perjuangan malah mempertaruhkan nyawa.
Caprice
Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli, menyambut cahaya mata pertamanya dengan penuh kesyukuran pada 17 Mac 2024.
Daler atau nama sebenarnya Daler Yusuf Khamrokulov Muhammad, menyambut kelahiran bayi ke empatnya di bulan Ramadan. Isterinya Sakinah Burikul selamat melahirkan bayi lelaki secara pembedahan pada 19 Mac 2024.
Ramadan adalah bulan yang penuh rahmat dan keberkatan. Oleh itu, anak-anak yang lahir di bulan Ramadan diharapkan sentiasa mendapat keberkatan dan rahmat dalam kehidupan mereka.
“Ramadan adalah bulan yang penuh rahmat dan keberkatan, dan seterusnya. Semoga anak yang dilahirkan pada bulan itu di akhirat kelak sentiasa mendapat rahmat dan keberkatan daripada Allah SWT.
2. Mempunyai sifat yang mulia dan baik
Bulan Ramadan adalah bulan di mana Allah menurunkan Al-Quran kepada dunia. Dengan cara ini, anak-anak yang lahir di bulan Ramadan diharapkan memiliki sifat-sifat mulia sebagaimana yang diwahyukan dalam Al-Quran.
“Ramadan adalah bulan diturunkannya Al-Quran, mudah-mudahan anak-anak mendapat permulaan atau sifat-sifat baik (seperti) yang dinyatakan dalam Al-Quran,” katanya.
Tidak hanya itu, hal ini juga ditegaskan dalam al-Quran surah al-Baqarah ayat 185, yang berbunyi sebagai berikut:
Ertinya: Bulan Ramadan adalah bulan yang di dalamnya diturunkan Al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang hak dan yang batil). Oleh itu, sesiapa di antara kamu pada bulan itu, hendaklah berpuasa padanya. Dan barangsiapa yang sakit atau dalam perjalanan (dia tidak berpuasa), maka (wajiblah dia mengqadhanya), sebanyak hari yang ditinggalkannya itu, pada hari-hari yang lain. Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu. Hendaklah kamu menyempurnakan bilangannya dan mengagungkan Allah atas petunjuk yang diberikanNya kepadamu, supaya kamu bersyukur.
3. Disiplin dan miliki empati
Bulan Ramadan mengajar disiplin. Bukan itu sahaja, bulan mulia ini juga mengajar anak-anak untuk berkongsi dan berempati dengan orang lain. Anak-anak yang dilahirkan pada bulan Ramadan diharapkan memiliki sifat-sifat tersebut agar dapat mewarnai anak dan kehidupannya. Ramadan mengajar disiplin, perkongsian dan empati kepada orang lain. Semoga sifat-sifat ini dapat mewarnai diri anak-anak ini.
4. Memiliki kebaikan Lailatul Qadar
Pada bulan Ramadan terdapat malam Lailatul Qadar sebagaimana dijelaskan dalam Surah Al-Qadr ayat 3 yang berbunyi:
لَيْلَةُ الْقَدْرِ ەۙ خَيْرٌ مِّنْ اَلْفِ شَهْرٍۗ
Maksudnya: Malam kemuliaan itu lebih baik daripada malam seribu bulan.
Ibu yang melahirkan anak di bulan Ramadan mengharapkan anak-anak mereka mendapat kebaikan yang turut terkandung dalam malam Lailatul Qadar. Sesiapa yang mendapat keistimewaan malam Lailatul Qadar, maka dia akan menjadi orang yang sangat beruntung.
5. Menjadi perantara yang mengampuni dosa
Bulan Ramadan adalah bulan yang penuh dengan ampunan. Nabi Muhammad SAW pernah bersabda dalam kitab Shahib Bukhari yang mengatakan mereka yang berpuasa di bulan Ramadan kerana keimanan dan berharap pahala maka akan diampuni dosanya. Dengan keutamaan ini, anak yang lahir di bulan Ramadan diharapkan menjadi salah satu bagi pengampunan dosa dari Allah SWT.
Ramadan kali ini antara aktivis, penyanyi rap dan pempengaruh media sosial, dan selebriti yang menimang cahaya mata ialah Caprice dan Daler Yusuf.
Pusat bayi menonjol keluar & benjolan pada ari-ari, itu mungkin hernia. Hernia berkomplikasi perlu dibedah segera!
Anak menangis sudah ditukar lampin & disusukan serta didukung namun tidak berkesan meredakannya. Cuba periksa alat kelaminnya sama ada mengalami bengkak atau tidak. Jika ya, anak anda mungkin diserang hernia!
DEFINISI HERNIA
Hernia ini adalah gangguan masalah kesihatan yang melibatkan masalah penonjolan keluar organ atau tisu yang lembut melalui bukaan otot yang lemah pada bahagian abdomen. Ia kelihatan seperti benjol kecil pada kulit dan akan jelas kelihatan semasa meneran, batuk atau menggeliat. Hernia berasal daripada perkataan Latin.
Hernia tiada kaitan dengan masalah angin, tetapi mendapat jolokan di kalangan masyarakat kita sebagai penyakit angin pasang. Masalah hernia dianggarkan 5% dalam populasi. Kejadian adalah lebih tinggi di kalangan lelaki, Lebih separuh dari hernia terjadi pada sebelah kanan. 10% daripada kes hernia ia berlaku pada kedua-dua belah.
HERNIA PADA KANAK-KANAK LELAKI & PEREMPUAN
Hernia yang berlaku kepada bayi dan kanak-kanak lelaki disebabkan oleh lubang dalam abdomen yang tidak normal. Ia berlaku semasa terjadinya tekanan fizikal seperti menangis, menjerit, berlari atau batuk dan ia akan kembali mengecut kemudiannya. Hernia selalunya dihidapi oleh bayi lelaki berbanding bayi perempuan. Pada kebiasaan hernia mengandungi usus. Jika bayi perempuan, hernia mungkin ada pada ovari.
Jika bayi masih menangis, segera berjumpa doktor kerana dibimbangi isi hernia (usus) mungkin terjerut sehingga menyebabkan gangguan peredaran darah yang boleh mengancam nyawa bayi anda. Ianya lebih kritikal jika benjol menjadi keras pesakit masih menangis serta muntah. Pada masa yang sama perut menjadi buncit serta bayi tidak akan membuang air besar atau angin(kentut).
Hernia kerap terjadi pada bayi pramatang dan bayi berumur kurang dari satu tahun.
3 TANDA-TANDA HERNIA
1.Pada peringkat awal jika terdapat benjolan dan ia tidak menyebabkan rasa sakit. Benjolan kelihatan semasa menangis atau mengeliat kemudian ia hilang. Tetapi lama-kelamaan, apabila hernia bertambah besar, kesakitan akan mula dirasai.
2.Benjolan pada ari-ari serta bukaan lubang pada kantung telur. Biasanya terjadi kepada kanak-kanak di bawah umur setahun tapi ada juga lebih umur setahun apabila ibu bapa baru menyedari anak menghidapi hernia.
3.Keadaan yang teruk iaitu pesakit muntah,perut buncit serta benjolan keras serta sakit. Pesakit juga tidak buang angin (kentut) serta air besar.
JENIS HERNIA
Antara jenis hernia yang biasa terjadi pada kanak-kanak ialah seperti berikut;
#1.Hernia inguinal yang terjadi di sekitar pangkal paha
Hernia jenis ini berlaku di mana abdomen bertemu bahagian atas paha. Hernia inguinal pula, selalunya disebabkan oleh penonjolan gelungan usus atau lipatan membran daripada abdomen. Bagi kanak-kanak perempuan berkemungkinan ovari atau saluran fallopian masuk dalam hernia. Bengkak dalam bahagian groin timbul terutamanya apabila kanak-kanak menangis, batuk atau berdiri.
#2.Hernia umbilikal pada bahagian pusat
Hernia pusat berlaku pada sesetengah bayi yang memang dilahirkan dengan kelemahan atau bukaan pada bahagian otot-otot abdomen di sekitar pusat di bawah kulit. Usus kecil mungkin menjulur keluar melaluinya. Bengkakan lembut yang terjadi ini boleh dilihat dengan jelas apabila bayi menangis, meneran, batuk atau menggeliat.
#3.Hernia tercekik
Ia merupakan hernia yang terputus bekalan darah. Ia menjadi sakit dan akhirnya bergangren.
Info penting!
Hernia tidak boleh diurut. Tindakan mengurutnya sangat berbahaya. Tekanan ke atas hernia boleh menyebabkan organ-organ berkenaan pecah yang boleh menyebabkan jangkitan kuman dan membawa maut. Begitu juga jika tuam dengan daun sirih, apabila panas ia akan menyebabkan usus melekat di bahagian hernia. Segera dapatkan rawatan apabila mendapati anak anda mengalami hernia.
RAWATAN
Rawatan Untuk Hernia Umbilikal (pusat)
Kebiasaannya dirawat secara konservatif (rawatan ulangan) kerana majoriti dari kes ini akan sembuh dalam masa dua tahun.
Pembedahan boleh dilakukan atas kehendak penjaga kerana ia tidak cantik dipandang. Jangan tampal duit siling pada hernia kerana ia mungkin tergelincir dan menyebabkan usus tersepit antara syiling dan kulit. Ia kemudian akan menyebabkan usus tersumbat.
Rawatan Untuk Hernia Inguinal
Semua hernia harus dibedah. Usus boleh menonjol keluar melalui lubang hernia, mengakibatkan usus tersumbat. Pengaliran darah ke usus terganggu dan akhirnya usus bocor dan mati. Hernia patut dibedah awal selepas berjumpa doktor, biasanya dalam masa beberapa hari atau minggu.
Bagaimanapun, hernia yang berkomplikasi mesti dibedah secara kecemasan. Masalah hernia seeloknya dilakukan pembedahan secepat mungkin bagi mengelakkan sebarang komplikasi. Sesetengah bayi memang dilahirkan dengan bukaan kecil pada tubuh yang sepatutnya tertutup sebelum kelahirannya. Tetapi pada sesetengah kanak-kanak, keadaan tersebut tidak berlaku sedemikian, menyebabkan organ-organ berhampiran seperti usus dan ovari menembusi bukaan tersebut dan menjadi hernia.
Hernia dapat diatasi dengan rawatan moden. Bayi yang mempunyai masalah hernia perlu dibawa ke hospital dan menjalani pembedahan. Pembedahan tidak mengambil masa lama iaitu kira-kira 20 minit sekiranya hernia tersebut tidak berada di tahap risiko yang tinggi.
Doktor akan mendiagnosis hernia selepas mengambil sejarah kesihatan pesakit serta melakukan pemeriksaan pada bahagian ari-ari dan skrotum. Rawatan yang akan dilakukan bergantung daripada pemeriksaan tersebut.Pembedahan boleh ditangguhkan kecuali bagi hernia inkarserat dan tercekik. Ini kerana ia harus segera dilakukan untuk mengelak bahagian isi hernia yang terjerut boleh bocor dan menjadi sumber infeksi ke seluruh dinding usus (peritonitis).
Bahagian usus yang bocor akan dipotong serta menyebabkan pembedahan sukar serta mengambil masa yang lama. Akibat yang lebih buruk akan mengakibatkan kematian. Jika anak anda telah di diagnos mengalami hernia dan telah diberi tarikh untuk pembedahan, pemeriksaan sendiri hendaklah dilakukan bagi mengelakkan kejadian inkarserat. Sekiranya terjadi anak anda hendaklah dibawa ke bahagian kecemasan dengan segera.
Pembedahan laparoskopi untuk hernia
Selain pembedahan konvensional, kini terdapat rawatan menggunakan teknik bedah laparoskopi yang menawarkan beberapa kelebihan, antara lain, luka surgeri yang kecil sehingga mempengaruhi penyembuhan yang lebih cepat. Laparoskopi menggunakan kamera dan peralatan untuk menebuk bahagian abdomen. Peralatan laparoskopi untuk menjahit serta benang akan dimasukkan. Lubang hernia akan dijahit. Cara baru ini jarang dilakukan kerana tidak ramai pakar pembedahan pediatrik mempunyai kemahiran dalam bidang laparoskopi.
KOMPLIKASI
Terdapat pelbagai komplikasi hernia antaranya Irreducible Hernia, di mana usus tidak dapat dikembalikan ke kedudukan asal. Manakala, hernia inkarserat (Obstructed Hernia) pula berkemungkinan boleh menyebabkan berlakunya penyumbatan yang akan menyekat makanan daripada memasuki sistem pencernaan.
Jika usus yang tidak dapat dikembalikan pada kedudukan asal iaitu dalam abdoman, hernia tidak boleh dikurangkan dan memerlukan pembedahan segera. Komplikasi hernia yang paling bahaya terhadap kanak-kanak adalah hernia tercekik atau terjerut (Strangulated Hernia) di mana ia boleh menyebabkan kematian.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ekzema anak berkait dengan asma dan resdung ibu bapa melalui fenomena Atopic March, satu perjalanan alahan yang boleh bermula sejak bayi jika tidak dikawal awal.