Kain pengelap dapur yang kotor bukan sahaja berminyak dan kotor bahkan bakteria juga penuh bakteria. Bagaimana nak membersihkan kain pengelap dapur ini dengan bersih?
Pengguna Tik Tok @jason_jezi berkongsi tip mudah untuk membersih kain pengelap ini. Hanya gunakan ubat gigi dan beberapa campuran bahan lain, kain pengelap jadi bersih. Jom cuba!
CARA CUCI KAIN PENGELAP DAPUR
Kain pengelap dapur kotor dan banyak bakteria. Macam mana nak cuci sampai bersih?
Bahan-bahannya:
Ubat gigi
Garam
Cuka
Air panas
Pencuci baju
Dalam kehidupan harian yang kian mencabar, sering kali terjadi perbelanjaan keperluan harian melebihi daripada pendapatan isi rumah. Ini mendorong kepada masyarakat untuk mencari alternatif dan menjadi lebih kreatif demi kehidupan yang lebih baik.
Di antara soalan yang sering diajukan kepada kami adalah berkenaan dengan penggunaan harta anak-anak seperti wang raya dan simpanan mereka oleh ibu bapa untuk memenuhi keperluan harian. Di sini kami kongsikan pandangan dan perbahasan ringkas para ulama’ bagi menjawab persoalan ini.
Jumhur (majoriti) fuqaha’ di dalam mazhab asy-Syafie, Hanafi dan Maliki berpendapat bahawa ayah tidak boleh mengambil harta anaknya kecuali dalam keadaan yang memerlukannya sahaja. Lihat Mughni al-Muhtaj (3/446), Hasyiyah Ibn ‘Abidin (4/513), Hasyiyah ad-Dasuqi ‘ala al-Syarh al-Kabir (2/522)
Mereka berhujah berdasarkan keumuman hadith Nabi SAW bahawa tidak boleh diambil harta seseorang dengan sewenang-wenangnya. Ini berdasarkan sabda Nabi SAW:
Maksudnya: “ Sesungguhnya darah-darah kamu, harta-harta kamu dan kehormatan di antara kamu adalah haram bagimu sepertimana kemuliaan pada harimu ini, di negerimu ini”
Riwayat at-Tirmizi (2159)
Al-Mubarakfuri Rahimahullah telah berkata: “Sesungguhnya darah-darah kamu, harta-harta kamu dan kehormatan kamu haram bagimu iaitu haram untuk diambil sebahagian daripada kamu ke atas sebahagian yang lain pada hari-hari lain sepertimana kehormatan pada hari ini iaitu pada hari Arafah (pendapat lain: hari raya korban), di negeri ini iaitu Mekah” Lihat Tuhfat al-Ahwazi (8/382)
Para fuqaha’ dalam mazhab Hanbali pula berpendapat bahawa seorang ayah berhak untk mengambil harta anaknya secara mutlak, sama ada anaknya masih kecil mahupun sudah besar, namun dengan 2 syarat, iaitu:
Tidak memberi mudarat kepada anaknya dan tidak mengambil sesuatu yang menjadi keperluannya
Tidak mengambil harta daripada salah seorang daripada anaknya dan memberikannya kepada anak yang lain.
Lihat al-Mughni (6/62)
Mereka berhujah dengan hadith Nabi SAW:
عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ رضي الله عنه, أَنَّ رَجُلا قَالَ: يَا رَسُولَ اللَّه, إِنَّ لِي مَالا وَوَلَدًا وَإِنَّ أَبِي يُرِيدُ أَنْ يَجْتَاحَ مَالِي, فَقَالَ رسول الله صلى الله عليه وسلم: أَنْتَ وَمَالُكَ لأَبِيكَ
Maksudnya: Daripada Jabir bin Abdullah RA, sesungguhnya seorang lelaki telah berkata: Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku memiliki harta dan anak, dan ayahku ingin mengambil hartaku, maka Rasulullah SAW bersabda: “Kamu dan harta kamu adalah milik ayah kamu”
Riwayat Ibn Majah (2291)
Mengenai hadith ini, selepas menukilkan pandangan muhadithin seperti ad-Daruqutni, Ibn Qattan dan al-Munziri Rahimahumullah, al-Hafiz Ibn Hajar al-‘Asqalani Rahimahullah telah memberi komentar: “Maka gabungan daripada jalan-jalan periwatan hadith ini tidak akan melemahkannya dan harus berhujah dengannya” Lihat Fath al-Bari Syarh Sahih Bukhari (5/211)
Al-Hafiz as-Suyuti Rahimahullah telah berkata: “Hadith ini sanadnya sahih, perawi-perawinya thiqah (dipercayai) atas syarat-syarat Imam al-Bukhari dan mempunyai syahid[1] daripada hadith riwayat ‘Aisyah RA” Lihat Misbah az-Zujajah fi Zawaid Ibn Majah (3/37)
Ulama’ juga berbeza pandangan adakah ibu dibolehkan untuk menggunakan harta anaknya jika keadaan memerlukan dan adakah ibu termasuk dalam makna hadith: “أَنْتَ وَمَالُكَ لأَبِيكَ” ataupun tidak.
Sebahagian ulama’ berpendapat bahawa ibu tidak termasuk dalam makna hadith tersebut. Telah berkata Ibn Qudamah al-Maqdisi Rahimahullah: “Tidak boleh selain daripada ayah untuk mengambil harta anaknya tanpa meminta keizinannya. Ini kerana hadith yang diturunkan telah ditujukan kepada ayah (أنت ومالك لأبيك), maka tidak sah untuk mengqiyaskan selain kepada ayah kerana ayah mempunyai kekuasaan ke atas anak serta hartanya jika anak tersebut masih kecil” Lihat al-Mughni (5/397).
Sebahagian ulama’ pula berpendapat bahawa ibu termasuk dalam makna hadith tersebut. Mereka bersandarkan kepada kata-kata sahabat, Abdullah bin Jabir RA:
Maksudnya: “Ayah dan ibu boleh mengambil harta anaknya tanpa perlu meminta keizinan daripadanya, dan tidak boleh anak lelaki dan anak perempuan mengambil harta kedua ibu bapanya tanpa mendapat keizinan daripada mereka berdua” Lihat al-Muhalla (6/385)
Mereka juga berhujah dengan riwayat daripada Atho’ bin Abi Rabah dan az-Zuhri yang membenarkan ibu mengambil harta anaknya sepertimana dibenarkan ke atas ayah. Lihat al-Mudawwanah (2/264)
Kesimpulan
Kami berpendapat bahawa pendapat jumhur (majoriti) ulama’, iaitu ayah tidak boleh mengambil harta anaknya dengan sewenang-wenangnya dan hanya dibenarkan jika dalam keadaan yang memerlukannya sahaja adalah lebih tepat dari segi penghujahan dan objektif syara’. Hukum ini juga terpakai untuk ibu kepada anak tersebut. Mengenai hadith (أَنْتَ وَمَالُكَ لأَبِيكَ), para ulama’ menjawabnya dengan dua jawapan:
Huruf lam pada perkataaan (لأَبِيكَ) bukan bermakna pemilikan penuh, tetapi ia membawa makna keharusan mengggunakannya.
Ibn al-Qayyim al-Jauziah Rahimahullah telah berkata: “Huruf lam pada hadith (أَنْتَ وَمَالُكَ لأَبِيكَ) bukan bermakna pemilikan mutlak, sesiapa yang mengatakan bahawa ia membawa maksud keharusan menggunakannya, maka ia lebih menepati makna hadith. Jika tidak, maka hilanglah faedah dan makna hadith tersebut” Lihat I’lam al-Muwaqi’in ‘an Rabb al-‘Alamin (1/116)
Seorang anak apabila meninggal dunia, hartanya akan diwarisi oleh isteri, ibu, anak-anaknya serta ahli keluarga lain. Bukan hanya ayahnya sahaja yang mewarisi harta tersebut. Jika harta seorang anak dimiliki sepenuhnya oleh seorang ayah, maka waris lain tidak memiliki hak untuk mewarisi hartanya.
Imam asy-Syafie Rahimahullah telah berkata: “Sesungguhnya ketika mana Allah mewajibkan bagi seorang ayah mewarisi harta anaknya, Dia menjadikan ayah tersebut seperti waris-waris yang lain, iaitu berkemungkinan seorang ayah memperoleh bahagian yang lebih sedikit berbanding waris-waris yang lain. Ini menjadi bukti bahawa seorang anak memiliki sepenuhnya hak ke atas hartanya, bukan orang lain” Lihat ar-Risalah (hlm. 468)
Kesimpulannya, ibu bapa tidak boleh menggunakan duit anak-anak mereka dengan sewenang-wenangnya kecuali dalam keadaan yang memerlukan sahaja. Jika ibu bapa sudah menggunakan harta anak-anak dalam perkara yang tidak menjadi keperluan, maka wajib ke atas ibu bapa untuk menggantikannya kembali.
Semoga Allah SWT memberikan kita kebaikan dan kefahaman yang sahih dalam memahami syariat-Nya seterusnya memberikan kekuatan kepada kita untuk mengamalkannya. Amiin.
Jangan abaikan keselamatan si manja ketika berada dalam kereta. Belajar tentang fungsi car seat serta ketahui kecederaan yang akan berlaku kerana impak kemalangan. Ketahui lebih lanjut tentang car seat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pendidikan awal kanak-kanak adalah asas penting dalam membentuk perkembangan minda, emosi dan sahsiah anak sejak kecil. Malah, pakar menegaskan tempoh 1,000 hari pertama kehidupan merupakan fasa emas otak anak berkembang paling pesat. Justeru, pemilihan pusat pendidikan awal yang tepat mampu memberi impak besar kepada masa depan si manja.
Di Malaysia, ibu ayah sering mendengar istilah taska, tadika, tabika, prasekolah dan PASTI. Walaupun nampak hampir sama, sebenarnya setiap satunya mempunyai fungsi, umur sasaran, kos dan pendekatan berbeza. Sebelum mendaftar anak, ibu bapa perlu faham supaya tidak tersilap langkah.
Taska (Taman Asuhan Kanak-Kanak) ditubuhkan untuk bayi hingga 4 tahun. Berdaftar di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), taska menekankan aspek penjagaan asas, keselamatan, pemakanan seimbang dan aktiviti rangsangan awal.
👉 Sesuai untuk ibu ayah bekerja kerana kebanyakannya beroperasi dari pagi hingga petang.
Tadika (Taman Didikan Kanak-Kanak) pula dibuka untuk kanak-kanak 4 hingga 6 tahun. Ia dikendalikan oleh pihak swasta, NGO atau persatuan agama. Anak-anak didedahkan dengan asas 3M (membaca, menulis, mengira), aktiviti kreatif serta pembentukan skil motor halus.
👉 Antara jenama popular: Q-dees, Smart Reader, Brainy Bunch.
Tabika (Taman Bimbingan Kanak-Kanak) ialah program KEMAS dengan yuran rendah sekitar RM25–RM50 sebulan. Selain pendidikan asas, tabika menekankan nilai agama, moral dan budaya seiring dengan masyarakat setempat.
👉 Pilihan utama di kawasan luar bandar dan mesra golongan berpendapatan rendah.
Prasekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dibuka untuk usia 5–6 tahun. Menggunakan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Semakan, ia lebih formal dan menjadi persediaan terbaik sebelum melangkah ke Tahun Satu.
👉 Biasanya ditempatkan di Sekolah Kebangsaan, SJKC dan SJKT.
PASTI (Pusat Asuhan Tunas Islam) menekankan asas pendidikan Islam seperti doa harian, solat, akhlak serta asas akademik. Dengan kos lebih rendah berbanding tadika swasta, ia pilihan ramai ibu ayah Muslim yang mahu anak bermula dengan pendidikan agama kukuh.
Playschool: Fokus bermain sambil belajar untuk usia 2–4 tahun.
Kindergarten: Setara tadika, tetapi lebih biasa di sekolah antarabangsa.
Pusat Transit/Daycare: Menjaga anak selepas tamat sesi pagi tadika atau prasekolah.
Tidak kira taska, tadika, tabika, prasekolah atau PASTI, semuanya ada peranan dalam menyokong tumbesaran si manja. Apa yang penting, ibu ayah perlu pertimbangkan umur anak, kos, lokasi, keperluan keluarga dan pendekatan pendidikan sebelum membuat keputusan.
✨ Ingat, pilihan bijak sejak awal bukan sahaja membantu anak bersedia ke sekolah, malah membentuk asas kukuh untuk masa depan yang lebih cerah.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pernah tak bila kita suruh anak buat sesuatu, jawapannya nantilah dulu, kejap lagi atau buat-buat tak dengar. Sampai satu tahap, ibu atau ayah terpaksa guna ‘suara petir’ baru anak-anak terus bangun untuk ikut arahan.
Situasi ini boleh dikatakan semua ibu bapa akan laluinya. Cuma bagaimana kita nak pastikan bila sekali cakap anak terus dengar dan buat ada caranya.
Perkongsian Puan Uswatun Hasanah ini sangat membantu dan ibu bapa boleh guna pendekatan ini untuk berdepan dengan anak ya!
3 silap BESAR paling biasa ibu bapa bila mahu anak dengar cakap/bekerjasama:
1. Bila ibu bapa AJAK anak untuk buat sesuatu yang dia patut dan perlu buat.
Sebarang ayat AJAK hanya sesuai digunakan dalam situasi di mana anak ada pilihan untuk nak buat atau tak nak buat. BUKAN dalam situasi yang anak patut dan perlu buat.
Bila ibu bapa guna ayat yang bersifat ‘AJAK’, maka anak akan sentiasa ada pilihan untuk tolak. Lepas tu, ibu bapa pula yang naik geram dengan jawapan anak. Misalnya:
Ibu: “Adik, jom mandi..?”
Anak: “Tak nak! “
2. Bila ibu bapa tanya soalan bersifat ‘open end’ (terbuka).
Misalnya: “ Bila kakak nak mandi ni? Dari tadi tak mandi-mandi lagi..”
Anak: “Kejap lagi laaaa. Kakak tengah main dengan si tompok ni”
Bila 40X ibu bapa ulang tanya soalan open end yang sama, 40x juga anak akan jawab dengan jawapan yang tak ada kesudahan. Bukan salah anak bila ibubapa sendiri yang tanya ‘bila’ kerana perkataan ‘bila’ itu sampaikan mesej bahawa apa-apa saja jawapan anak samada kejap lagi ke, petang nanti ke atau esok pagi ke akan dan patut di terima oleh ibu bapa.
Lepas itu ibu bapa juga yang stress. So NEVER EVER guna soalan bersifat open end kepada anak.
3. Bila ibu bapa ugut, gertak dan marah.
Misalnya: “Abang, pergi mandi sekarang!. Kejap lagi kita semua nak jalan pergi mall. Kalau abang tak mandi, mama tinggal je abang”.
Seriously mak? KITA SEMUA tahu mak TAK AKAN tinggalkan anak kecilnya seorang diri di rumah. Anak pun tahu juga. Maka, tak pelik pun jika puas ugut dan gertak anak tetap liat sampai akhirnya mak kena guna kekerasan seperti jerit macam petir, rampas mainan atau piat telinga barulah anak nak angkat punggung. Kekerasan tanda mak di pihak yang ‘kalah’ dan terdesak.
So, saya berikan 3 skrip alternatif untuk buat anak lebih mudah berkerjasama.
Kredit: USWATUN HASANAH MOHD HABIB KONSULTAN TANGISAN & TIDUR BAYI THB EDU ASSC DBL INSTITUE THE WONDER WEEKS ACADEMY
Adakah anda sedang hamil? Sertai Webinar Kehamilan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual pada 26 Jun 2022 (Ahad) jam 9.30 pagi yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang kehamilan & kelahiran seperti Dr Maiza Tusimin, Dr Tengku Puteri Zainab, Dr Siti Sarah Aishah, Ustazah Fatimah Syarha, Encik Fhais Salim dan selebriti jemputan Ezzaty Abdullah.
Ekzema anak berkait dengan asma dan resdung ibu bapa melalui fenomena Atopic March, satu perjalanan alahan yang boleh bermula sejak bayi jika tidak dikawal awal.