Memilih nama Aslan yang paling ringkas dan maksud elok. Itu yang dipilih oleh Kaka Azraff dan suaminya Adam Azriff untuk diberikan pada anak sulung mereka yang dilahirkan pada 11 Oktober lalu.

Perkara itu dikongsikan oleh Adam menerusi entri di Instagram (IG) miliknya.

Pengumuman nama anak Kaka dan Adam itu mendapat pelbagai reaksi dan pujian daripada peminat yang rata-ratanya memuji kecomelan Aslan.

Ada juga yang mendoakan kesihatan anaknya dan berharap agar Aslan menjadi seorang anak yang baik pada kedua ibu bapanya.

Belajar Urus Bayi

IKLAN

Melalui perkongsian Kaka di instagramnya pula, bermulalah fasa berpantang untuknya kembali sihat dan bertenaga semula seperti sebelum ini.

View this post on Instagram

Berpantang sudah bermula. And i choose @lycmotherchild utk berpantang with @tanameraofficial @tanamera_wellness_centre . Confinement centre. They will take care of me and my baby. Tanamera akan jaga all my pantang. Dari urut, spa, sauna , basuh rambut mcm2 lah. Dekat sini ada doctor , ada midwife, ada nurses , ada classes mcm yoga, class baby first aid and mcm2 lagi. Bukan dimanjakan semata-mata but diaorg akan ajar everything. So bila balik nanti takde lah blur nak handle baby. Im gonna stay here for 28days. So kalau nak tengok my daily routine, tengok instastory ok? I will update everything there setiap hari 🥰 #pantang #confinementcentre #motherandchildcenter #lycconfinementcenter

A post shared by K A K A A Z R A F F (@kakaazraff) on

Walaupun kehidupan mereka dah bertiga, nyata pengalaman ini sesuatu yang cukup mengembirakannya dan suami.

“Memang rasa kekok lagi nak urus baby tapi disebabkan tak mahu menyusahkan sesiapa Kaka nampaknya memilih pakej berpantang yang lengkap dengan penjagaan dirinya dan bayi.

IKLAN

“Ambil pakej pantang bukan bermakna kita nak dimanjakan sangat tetapi ia untuk memudahkan saya belajar dan urus bayi dengan baik. Bila bayi dengan kita dan asasnya dah ada senang untuk diuruskan,” jelasnya.

Kaka juga akui bila dah bertukar status ini segala-galanya kena berkorban demi masa depan anak.

Sebelum ini Kaka pernah berkongsi suaminya juga sanggup henti merokok apabila tahu dia mengandung.

IKLAN

“Ketika di awal mengandungkan Aslan, memang lansung tak boleh bau asap rokok. Disebabkan masalah ini Adam mengambil inisiatif untuk berhenti merokok selepas mengetahui dirinya berbadan dua.

“Saya rasa terharu apabila suami mengambil keputusan tersebut dan kini dengan hadirnya Aslan dalam hidup kami. terasa dah lengkap dan fokus sekarang untuk besarkannya dan berharap menjadi anak yang soleh dan membanggakan kami,” katanya.

Kaka Azraff dan Adam telah mendirikan rumah tangga pada 14 Disember 2018.

Sumber: ig Adam Azriff & Kaka Azraff

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI