
Penyanyi kesayangan ramai, Adira Suhaimi, sememangnya tidak pernah gagal mencuri perhatian dengan gaya tersendiri.
Terbaru, Adira meraikan ulang tahun kelahirannya yang ke-34 dengan cukup unik apabila tampil dalam tema “back to school” bersama empat permata hatinya.

Bukan main lagi, Adira dan anak-anaknya, Anggrek, Asan, Anggun dan Ayub yang masing-masing melaram dengan baju sekolah lengkap. Memang comel habis!
Dari jauh, ramai yang menyangka mereka ini kakak dengan adik, bukannya ibu dengan anak. Aura remaja Adira jelas menyerlah, sampai netizen teruja melihat betapa awet mudanya penyanyi ini.
“Kesayangan,” tulis Adira ringkas menerusi kapsyennya.

Majlis yang penuh mesra itu bukan sahaja menjadi kenangan indah buat Adira, malah ia turut dikongsikan bersama para peminat setianya yang sentiasa memberi sokongan tanpa henti.
Menerusi beberapa petikan video yang dikongsikan oleh Adira, si comel Anggerik juga tampil membuat persembahan ketika sesi cat walk dengan baju sekolah diadakan. Comel.
Ruangan komen di media sosial dibanjiri ucapan hari lahir dan doa yang baik-baik buat penyanyi bersuara lunak ini. Ada juga yang memuji betapa sporting dan kreatifnya idea sambutan sebegini.

Melihat gelagat Adira dan anak-anak yang sama-sama posing dengan senyuman manis, ramai mengakui momen itu benar-benar menyentuh hati. Nampak jelas kasih sayang seorang ibu yang penuh sabar, manakala anak-anak pula begitu bangga dapat meraikan hari istimewa mama mereka.
Adira ternyata seorang ibu yang cekal dan tetap menjaga karier seninya walaupun sibuk membesarkan empat cahaya mata. Untungnya, setiap langkah dan perjuangannya tidak pernah sunyi daripada doa serta sokongan peminat yang setia bersamanya sejak awal karier.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!










