Selamat melahirkan cahaya mata kelima mereka pada tanggal 12 Oktober lalu, Fad Bocey dan isterinya, Syaheera Abd Rahman tampil berkongsi nama pilihan mereka.
Menerusi Instagramnya beberapa hari yang lalu, isteri Fad iaitu Syaheera memuat naik sekeping gambar anak-anak bersama adik kelima mereka yang sudah pun diberikan nama, Kahl Maleeq.
“Assalamualaikum dah janji hari ke 7 nak reveal gender kan. Walaupun 99% teka mommy pregnant girl tapi Allah cakap kali ni rezeki untuk kami seorang lagi baby boy.
“Alhamdulillah syukur untuk kurniaan rezeki ni buat kami. Kami kenalkan anak ke 5 kami “Kahl Maleeq”. Doakan anak ni semoga menjadi anak yang soleh, yang patuh pada perintah Allah.
“Banyak sebenarnya kisah-kisah atas pilihan nama kali ni. Semoga anak ni menjadi sebaik dan secantik namanya ❤️,” kongsinya.
Ads
Anak perempuan kecewa dapat adik lelaki
Berkongsi kisah kelahiran anak kelimanya itu, tambah Syaheera lagi, anak perempuannya menjadi insan paling kecewa kerana tidak dapat menerima kehadiran anak lelaki.
Pun begitu rasa kecewanya bertukar dan kini menjadi begitu penyayang kepada adiknya, Baby Kahl Maleeq.
Ads
“Aminah frust sebab bukan girl. First day dia nangis kenapa bukan girl. Sekali tiba-tiba baby nangis terus. Dia dah fobia dia cakap tak tak..kakak sayang adik jugak walaupun adik boy.
“Now dia dah happy sangat. Jangan risau inah mommy isytihar mommy akan pregnant anak ke 6 pulak nanti. Thank you untuk semua wish dan doa buat keluarga kami. Hanya Allah yang dapat membalas semuanya,” ujarnya lagi.
Ads
Terdahulu, Fad dan Syaheera selamat menyambut kelahiran anak kelima mereka pada 12 Oktober lalu di sebuah pusat perubatan di Shah Alam.
Bila ada anak kecil di rumah, memang setiap hari ada saja perkara mencuit hati akan berlaku. Banyak gelagat mereka yang buat kita terhibur dan rasa bahagia. Meriah satu rumah!
Namun ada satu ‘ketakutan’ yang akan kita rasakan bila secara tiba-tiba suara riuh anak hilang. Suasana jadi sepi dan tak ada sebarang bunyi langsung. Kalau inilah yang terjadi, boleh jadi anak sedang usahakan ‘projek’ lain ketika itu.
‘Kantoi’ Buat Hal..
Keadaan ini sudah pastinya perkara normal yang akan berlaku. Seperti yang dikongsikan oleh syakiladiyana melalui akaun TikToknya, ketika itu dia sedang sibuk mengemas barangan dapur sebelum ketika anaknya ‘kantoi’ melakukannya sesuatu.
Duduk Tepi Fridge, Makan Butter
ketika ibu ini mencari anaknya, dia menemukan bayi tersebut sedang duduk di tepi peti sejuk sambil makan mentega!
“Tolong mengemas yang ni pun. Baru beli barang dapur, dia capai ni dulu senyap sorang-sorang buat kerja tepi peti ais.”
Jom tonton video ini;
Ketika dijumpai, mulut anaknya comot dengan kesan mentega. Apabila si ibu mengambil semula mentega darinya, mulalah dia menangis.
Berikut komen yang ditinggalkan warganet;
Yang comelnya kedengaran si comel itu seolah-olah menyebut perkataan butter ketika ditemui ibunya. Cerdik betullah awak ni sayang, memang sedap kan makan mentega. Kalau bukan sebab ibu awak jumpa, mahu habis seketul butter awak habiskan!
YAM Che’ Puan Khaleeda membuat hantaran menerusi laman instagram rasminya berkenaan kes penderaan adik Bella.
Menurut YAM Che’ Puan Khaleeda, sejurus menerima banyak laporan mengenai kes penderaan adik Bella, DYAM Tunku Mahkota Johor telah mengambil inisiatif segera dengan menitahkan empat peguam untuk turut sama membantu kes tersebut di mahkamah.
“Susulan kebimbangan dalam kalangan masyarakat mengenai kes adik Bella, Pada November 2022, DYAM Tunku Mahkota Johor telah mengambil inisiatif segera dengan menitahkan empat peguam iaitu Dato’ Khairul Anwar Rahmat, Dato’ Baljit Singh Sidhu, Dato’ Ikbal Saam dan Mohd Radzi Yatimah untuk turut sama menyertai perbicaraan tersebut serta memberikan segala bantuan yang sewajarnya bagi memastikan keadilan terhadap mangsa dapat ditegakkan pada ketika itu.”
“Saya dimaklumkan bahawa Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada hari ini, 3 Mei 2023 telah mendapati bahawa tertuduh Siti Bainun Binti Ahd Razali bersalah atas pertuduhan mengabaikan dan mendera Bella yang kini berusia 13 tahun sehingga menyebabkan remaja berkenaan mengalami kecederaan fizikal dan emosi yang serius.”
YAM Che’ Puan Khaleeda turut merakamkan penghargaan buat aktivis-aktivis #justiceforbella dan peguam lantikan DYAM Tunku Mahkota Johor yang berjuang demi keadilan buat adik Bella.
“Saya ingin merakamkan penghargaan kepada aktivis-aktivis #justiceforbella, peguam lantikan DYAM Tunku Mahkota Johor, pasukan pendakwaan dan individu lain yang begitu prihatin akan tragedi yang berlaku terhadap Bella.”
“Saya dan DYAM Tunku Mahkota Johor amat prihatin terhadap isu penderaan kanak-kanak dan berpandangan kes ini perlu diambil sebagai pengajaran oleh semua pihak serta berharap kes seumpama ini tidak berulang atau berlaku lagi”
YAM Che’ Puan Besar Khaleeda
Rata-rata warga maya mengucapkan terima kasih kepada YAM Che’ Puan Khaleeda di atas sokongan yang diberikan.
Kakak kepada pelakon terkenal Anzalna Nasir iaitu Diana Nasir berkongsi moment yang membanggakan apabila anak sulungnya sanggup memberikan kesemua makanan yang ada ketika itu kepada pengawal keselamatan.
Menerusi video yang dikongsi oleh Diana, jelas menunjukkan Anggun Darleesa berlari menghantar makanan miliknya kerana kasihan melihat pengawal keselamatan letih bekerja.
“My sweet Darleesa sharing her food with the security guard.”
“Darleesa said “kesian uncle guard he must be hungry, l wanna share my food with him”.
“Always so thoughtful of others just like mommy! Tiberrr nak juga!”
Menurut laporan Hmetro, ada beberapa cara untuk mengajar anak secara berkongsi:
1. Melalui pendedahan berulang
2. Melalui akibat tindakan/tingkah laku
3. Secara kaitan – Perkongsian tingkah laku di depan anak Peribahasa ‚bapa borek anak rintik‘ paling tepat untuk mengajar anak berkongsi. Ini kanak-kanak cenderung untuk meniru gaya orang dewasa dan tindakan perkongsian yang mungkin akan dicontohi oleh anak anda. Perkongsian tingkah laku bukan hanya ketika bermain atau makan malam, tetapi dalam aspek kehidupan harian.
Ganjaran perkongsian
Selain itu, apa yang boleh anda lakukan adalah memastikan tingkah laku perkongsian anda dengan orang lain hendaklah diberi ganjaran dengan hasil yang setimpal dari segi sosial masyarakat kita. Sebagai contoh, apabila seseorang berkongsi sesuatu dengan anda, cuba nyatakan kegembiraan anda dan berterima kasih kepadanya. Lakukan perkara yang sama kepada anak anda dengan memujinya apabila mereka berkongsi apa-apa dengan orang lain.
Berkongsi kegembiraan
Ini menunjukkan perkongsian membawa kesan baik kepada seseorang yang pemurah. Ia dapat mengajar anak anda bahawa seseorang yang pemurah bukan saja dapat memberi manfaat kepada penerima malah turut dirasai oleh pemberi. Anda boleh mengukuhkan perasaan belas kasihan dengan mengajar anak anda mengenai kebahagiaan kepada orang lain dengan berkongsi kegembiraan kebahagiaan mereka.
Kesan riak
Anak anda belajar untuk mengingati detik kegembiraan dalam kehidupan mereka pada usia yang muda dengan berkongsi kebahagiaan orang lain. Anda juga boleh mengajar mereka bahawa ketika orang lain bergembira dengan kemurahan hati anda, mereka akan berbuat baik untuk anda, oleh itu lebih cenderung untuk melindungi anda daripada bahaya kerana mereka menghargai anda.
Apabila perkongsian menjadi kerap dan semakin baik, anak anda akan mempunyai perasaan yang menyenangkan apabila perlu berkongsi. Ini mendorong anak anda untuk lebih kerap berkongsi sama ada mainan atau barang lain yang mereka miliki.
Jika cerdik teman berunding, jika bodoh disuruh diarah
Ini satu lagi bidalan yang memberitahu kita betapa pentingnya untuk kita berkongsi. Mengapa kita katakan perkongsian itu tanda prihatin? Ini kerana kita tidak boleh selalu menyembuh, tetapi kita boleh menjadi individu yang prihatin. Oleh itu, mengajar anak anda untuk mengambil berat atau prihatin terhadap orang lain lebih membuatkan dia menjadi seseorang yang amat berharga.
Seperti yang dinyatakan, perkongsian adalah suatu nilai yang dapat memupuk rasa selamat dan tanggapan disayangi. Oleh itu, ia termasuk dalam idea persahabatan. Sekiranya anak anda berkongsi dengan baik, anda tidak perlu bimbang dia tidak mempunyai sahabat.
Buat baik dibalas baik
Sesetengah orang berpendapat bahawa anda mungkin kehilangan sesuatu yang berharga jika berkongsi terlalu banyak. Pendapat itu tidak tepat kerana sekiranya anda berkongsi dengan bijak dan hormat serta memilih sahabat dengan baik. Jika anak anda dihelat oleh orang lain, anda boleh mengajar anak anda supaya belajar dari kesilapan. Anda dapat membantu dengan mengingatkan mereka untuk bijak memilih kawan yang baik.
Seseorang yang pemurah dan suka berkongsi sebenarnya mempunyai sikap positif. Sikap positif ini memberi banyak manfaat kerana ia membawa kesan kepada masyarakat dan mengurangkan perasaan cemburu, persaingan yang tidak sihat atau niat untuk mencuri.
Perkongsian juga membawa keharmonian dan ia adalah asas penting bagi pembangunan konsep keadilan, keprihatinan dan kerjasama dalam interaksi manusia. Jadi, ajarlah anak anda supaya berkongsi untuk masa hadapan yang lebih baik dan penuh harmoni.