Sekelip mata berlaku dan tanpa disedari ahli keluarga. Itu yang berlaku pada seorang bayi perempuan apabila maut dilanggar bas sekolah dalam kejadian di hadapan sebuah rumah di Taman Anggerik, Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang pada Khamis.

Ketua Polis Daerah (IPD) Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 12.15 tengah hari.

“Kakak Tak Sedar Adik Ikut.” Bayi 1 Tahun 4 Bulan Maut Dilanggar Bas Sekolah
Gambar Hiasan

“Siasatan mendapati mangsa berumur setahun empat bulan mengekori kakaknya keluar dari rumah untuk pergi ke bas sekolah di hadapan rumahnya, tanpa disedari oleh kakak mangsa.

“Pemandu bas berkenaan kemudian menyedari bas yang dipandu telah melanggar sesuatu dan mendapati mangsa berada di bawah bas tersebut,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Parah di kepala dan badan

Beliau berkata, mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan beberapa bahagian di badan.

“Mangsa kemudiannya dibawa ke Klinik Kesihatan Salak dan disahkan meninggal dunia.

IKLAN
“Kakak Tak Sedar Adik Ikut.” Bayi 1 Tahun 4 Bulan Maut Dilanggar Bas Sekolah
Bas yang melanggar mangsa dalam kejadian di hadapan sebuah rumah di Taman Anggerik, Bandar Baru Salak Tinggi.

“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Putrajaya untuk bedah siasat,” katanya.

Menurutnya, siasatan lanjut berkaitan kejadian masih dijalankan.

“Pemandu bas merupakan seorang lelaki tempatan berumur 50 tahun ditahan untuk siasatan lanjut.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.

IKLAN

Kredit: Sinar Harian

Ketahui fungsi carseat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up! Daftar secara PERCUMA di https://toko.ideaktiv.com/product/sayang-nyawa-anak-dalam-kereta/

“Kakak Tak Sedar Adik Ikut.” Bayi 1 Tahun 4 Bulan Maut Dilanggar Bas Sekolah

IKLAN

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

 

 

 

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI