Kaki Ayam Asing Siap-Siap, Jangan Buang, Buatkan Chicken Feet Stok Untuk Imun Anak Makin Kuat!

Share

Ibulah orang yang paling risau bila anak mula demam dan kerap sakit-sakit. Sesekali demam tidak mengapa. Namun jika anak kerap demam, hinggakan setiap bulan pastinya menunjukkan bahawa imun anak tidak kuat. Selain memberikan anak ubat-ubatan yang dinasihatkan oleh doktor, ada baiknya ibu usahakan resipi yang semakin mendapat tempat ini iaitu CFS, Chicken Feet Stock.

Khasiat kaki ayam yang tinggi dikatakan dapat membantu meningkatkan antibodi dan imun tubuh anak kecil kita. Buatkan sahaja dan jadikan stok di dalam peti sejuk. Setiap kali menyediakan makanan buat anak, campurkan satu kiub stok ini sebagai perasa tambahan.

Perkongsian ibu Siti Nor Fateha Ramlan ini nampak menarik buat anak kita. Malah gabungan sayur-sayuran yang digunakannya juga nampak menarik dan banyak khasiatnya untuk anak kecil kita. Jom cuba, tak salah kita mencuba yang terbaik buat anak kita.

Done cfs untuk tembun mommy #babyQ. Lepas ni masak bubur or apa-apa je mommy letak #cfs.

Ada orang cakap tak boleh guna periuk aluminium takut dia bertindak balas dengan cuka, lemon, asam keping akan menjadi racun. Sebab bahan-bahan tu diguna sebagai weak acid untuk melarutkan zat galian dari tulang. Kalau tak ada pressure cooker atau slow cooker, boleh guna periuk biasa tapi dari stainless steel atau periuk kaca.

Macam saya nak selamat guna periuk kaca je. Selain dari kaki ayam boleh juga guna rangka ayam.

Bahan-bahan.

 


Sedia untuk dimasak dalam periuk kaca.

Biarkan semuanya berenang-renang.

Setelah 4 jam direnehkan.

Setelah 5 jam direnehkan dengan api perlahan, isi dah tanggal dari tulang. Tulang pun ada yang lembut.

Hasil selepas ditapis. Bila dah sejuk simpan dalam freezer. 

Memang terbaik!

Sumber: Happy Baby Food Malaysia

IKLAN