Kaki bengkak semasa mengandung kerap berlaku ke atas ibu hamil. Ia adalah perkara normal yang disebabkan oleh perubahan hormon yang mendadak semasa mengandung.
Masalah bengkak kaki menyebabkan ramai ibu hamil berasa tidak selesa dan menyukarkan pergerakan harian mereka.
Bengkak kaki akan bermula dari buku lali, betis dan menular naik ke paras paha. Bagaimanapun jika bengkak ini berlarutan dan turut melibatkan seluruh tubuh badan maka ia perlu dirujuk kepada doktor kerana bimbang disebabkan penyakit lain.
Kaki bengkak semasa mengandung: bagaimana terjadi?
Menurut Dr Mardiana Kipli, Pakar Obstetrik & Ginekologi seperti dikongsi dalam The Malaysian Medical Gazzete situasi ini kebiasaannya terjadi selepas usia kandungan mencecah 20 minggu.
Waktu ini, janin yang membesar akan menekan salur ‘inferior vena cava’ (salur darah untuk membawa darah dari seluruh badan kembali ke jantung).
Ini menyebabkan perjalanan darah kurang lancar serta berkumpul pada kedua-dua belah kaki.
Perkara ini mengakibatkan perubahan tekanan di dalam salur pembuluh darah menyebabkan cecair badan akan tertapis keluar daripada salur darah dan berkumpul di celah-celah tisu badan.
Oleh itu, kedua-dua belah kaki akan mula membengkak dan selalunya ianya tidak menyebabkan kesakitan. Semakin banyak air tertapis keluar dari saluran darah, semakin besarlah bengkak pada kaki.
Tips kurangkan bengkak kedua-dua belah kaki
Minum air yang mencukupi. Kebanyakan pesakit takut untuk minum air kerana beranggapan air yang banyak akan menyebabkan kaki lebih membengkak. Badan kita akan mengalami dehidrasi yang teruk kerana air di dalam salur darah sudahpun keluar. Dehidrasi dalam saluran darah akan menyebabkan darah menjadi lebih pekat dan pembekuan darah senang terjadi. Hal ini akan mengundang kepada masalah lain seperti deep vein thrombosis.
Meninggikan kaki semasa baring. Letakkan bantal di bawah kaki supaya aras kaki menjadi lebih tinggi dari pada paras jantung. Tarikan graviti boleh mengurangkan pengumpulan air pada kaki. Amalkan pada waktu malam.
Baring mengiring di sebelah kiri badan. Dengan mengamalkan posisi ini, janin tidak akan menekan salur inferior vena cava dan pengaliran darah ke jantung akan lebih lancar.
Aktif bergerak. Anggapan bahawa kaki akan lebih membengkak jika banyak bergerak adalah tidak benar. Pergerakan aktif adalah lebih baik untuk ibu hamil kerana pengaliran darah akan lebih lancar. Secara tidak langsung, ia boleh mengelakkan pembentukan darah beku pada salur darah kaki.
Compression stockings. Stokin ini tidak sama seperti stokin harian yang biasa kita guna. Stokin ini direka khas untuk membantu melancarkan pengaliran darah pada kaki. Ia mempunyai keregangan tersendiri dan perlu diukur dengan tepat daripada aras paha hingga ke tapak kaki. Setiap bahagian stokin ini mempunyai tekanan dan keregangan yang berlainan. Compression stocking ini digalakkan penggunaannya pada waktu malam semasa tidur untuk disesuaikan dengan pengaliran darah menjadi perlahan semasa baring.
Pakai kasut yang selesa. Sila gunakan kasut yang longgar dan bertapak rata untuk mengelakkan tekanan pada kaki yang boleh menyebabkan kesakitan.
Merendam kaki. Setakat ini, tidak banyak bukti menyokong bahawa amalan merendam kaki boleh mengurangkan bengkak pada kaki. Namun begitu, kebanyakan pesakit berasa lebih selesa apabila kaki mereka direndam di dalam air sejuk. Amalan ini juga boleh mengurangkan lenguh pada tapak kaki.
Adakah bengkak kaki ini boleh disebabkan oleh penyakit?
Ya. Sekiranya bengkak ini semakin teruk sehingga ke paras pinggang, muka, di celah-celah jari dan bahagian kelamin, ini mungkin sesuatu yang abnormal. Hal ini perlu dipantau dengan lebih serius.
Ads
Apa yang membimbangkan, perkara ini boleh disebabkan oleh penyakit ‘pre-eclampsia’ atau tekanan darah tinggi semasa mengandung yang menyebabkan protein dikumuh keluar melalui air kencing.
Hal ini perlu diperiksa dengan teliti oleh klinik-klinik kesihatan untuk memastikan tekanan darah anda normal.
Sekiranya simptom seperti sakit kepala, pedih di hulu hati, mata kabur dan muntah yang teruk berlaku, sila dapatkan perhatian doktor dengan segera.
Pre-eclampsia boleh menyebabkan banyak komplikasi kepada ibu mengandung dan bayi dalam kandungan seperti kerosakan buah pinggang, gangguan fungsi hati, strok dan sawan.
Selain daripada itu, salah satu contoh penyakit yang boleh menyebabkan kedua-dua belah kaki bengkak semasa mengandung ada Sindrom Nephrotic. Penyakit ini berpunca daripada masalah penapisan pada ginjal atau buah pinggang yang menyebabkan protein dan air dikumuhkan keluar daripada salur darah badan kita.
Masalah ini memerlukan perhatian daripada doktor pakar buah pinggang kerana ia boleh menyebabkan kegagalan fungsi buah pinggang secara kekal jika dibiarkan tanpa rawatan.
Jika bengkak kaki berlaku pada sebelah kaki sahaja?
Bengkak yang melibatkan hanya sebelah kaki juga perlu dipantau dengan teliti. Sekiranya bengkak sebelah kaki ini diiringi dengas rasa sakit pada betis, lenguh dan sukar untuk berjalan seperti biasa, sila berjumpa doktor dengan segera.
Ads
Deep vein thrombosis atau darah beku yang tersumbat pada saluran darah kaki ini sangat berbahaya. Penyakit ini sangat biasa berlaku pada waktu mengandung kerana darah akan menjadi lebih pekat daripada biasa.
Ditambah pula sekiranya wanita itu kurang berjalan dan mengalami dehidrasi, pembentukan darah beku ini lebih senang berlaku. Kadangkala, ia juga boleh disebabkan oleh penyakit-penyakit darah yang tidak pernah kita ketahui seperti antiphospholipid syndrome, thrombophilia atau bentuk salur darah yang tidak normal.
Sekiranya tidak dikesan dengan lebih awal, darah beku pada kaki ini boleh pecah pada bila-bila masa. Ketulan darah beku yang lebih kecil ini akan menyusur ke arah jantung dan paru-paru.
Hal ini boleh menyebabkan kematian secara tiba-tiba. Oleh itu, amatlah penting untuk mengesan penyakit deep vein thrombosis ini lebih awal supaya rawatan dapat diberikan dengan segera.
Jangkitan kuman atau kesan alergi boleh menyebabkan sebelah kaki membengkak. Kebiasaannya, situasi ini disertai oleh demam, sakit, kegatalan dan kulit yang kemerahan pada kaki yang terlibat.
Ads
Hal ini berpunca daripadagigitan serangga atau kaki yang luka. Kuman akan menjangkiti luka itu menyebabkan cellulitis atau infeksi pada kulit kaki. Penyakit ini boleh sembuh dengan bantuan antibiotik.
Bengkak pada kaki adalah proses biasa semasa mengandung. Bengkak pada kaki ini akan pulih selepas bersalin. Amalkan minum air yang banyak dan aktiviti harian yang aktif untuk mengelakkan sebarang komplikasi semasa mengandung.
Seandainya anda mengalami bengkak kaki yang sangat teruk selain daripada apa yang telah diterangkan di atas, sila berjumpa dengan doktor anda untuk mendapat pemeriksaan lebih lanjut.
WEBINAR SAYANG ANAK KETAT-KETAT
Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA tahun ini secara virtual. Pastikan setiap ibu bapa join webinar ini kerana anda bukan sahaja dapat belajar pelbagai ilmu keibubapaan daripada speaker-speaker jemputan tetapi juga berpeluang menang hadiah cabutan bertuah.
Webinar ini menjemput speaker-speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi dan Puan Azlina Roszly. Mereka akan membincangkan pelbagai topik berkenaan perkembangan anak, menjadi ibu bapa hebat, tip mendidik anak dan bermacam lagi.
Wanita mengandung serta yang menyusukan anak disaran untuk menangguhkan pengambilan vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech bagi mengelak sebarang kesan sampingan yang mungkin wujud.
Pensyarah Perubatan Mikrobiologi Universiti Putra Malaysia, Prof Madya Dr Niazlin Mohd Taib, berkata ini kerana buat masa ini belum ada bukti klinikal untuk menyokong penggunaan vaksin itu dalam kalangan golongan berkenaan.
“Ibu mengandung tidak boleh mengambil vaksin yang menggunakan ‘live virus’ dan kalau ikutkan vaksin Pfizer-BioNTech ini tidak menggunakan ‘live virus’, tetapi ia menggunakan messenger ribonucleic acid (mRNA).
“Jadi sepatutnya tidak menjadi masalah untuk ibu mengandung dan yang menyusu bayi untuk mengambil vaksin berkenaan memandangkan ia adalah mRNA.
“Namun, kerana tidak ada data lagi termasuklah daripada Pfizer sendiri, maka kalau boleh tunggu dahulu,” katanya dalam program Koresponden yang disiarkan secara langsung menerusi Bernama TV di sini, hari ini.
Mengenai alahan yang mungkin wujud pada mereka yang menerima suntikan vaksin COVID-19, beliau berkata orang ramai tidak usah khuatir jika tidak mempunyai apa-apa alahan terhadap kandungan di dalam vaksin itu.
Beliau berkata, vaksin Pfizer-BioNTech, selain mRNA sebagai kandungan aktif utama, ia juga mempunyai pelbagai bahan kimia yang tidak aktif termasuklah polyethylene glycol (PEG) yang berkemungkinan menyebabkan alahan.
“PEG sebenarnya diguna pakai dalam kehidupan seharian seperti dalam pengawet makanan dan minuman serta kadang-kadang ada dalam krim untuk kulit.
“Apa yang penting, kita sendiri tahu apakah alahan kita terhadap makanan ataupun ubat-ubatan, dan maklumkan kepada pegawai kesihatan ketika hendak mendapatkan suntikan vaksin itu,” katanya.
Niazlin berkata, bagaimanapun mereka yang mempunyai alahan tetap boleh mengambil suntikan itu dengan langkah berjaga-jaga, malah akan ada pekerja bahagian kecemasan bersedia untuk bertindak dengan segera sekiranya berlaku alahan.
Pada masa sama, katanya, mereka yang pernah mendapat alahan teruk terhadap vaksin sebelum ini tidak digalakkan untuk mengambil suntikan itu, malah mereka yang mempunyai imuniti yang sangat rendah termasuklah melalui kimoterapi, dikecualikan daripada mengambil vaksin berkenaan. – BERNAMA
Followers Pa&Ma yang nak dapatkan barangan penjagaan diri boleh klik di SINI
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Macam baru lagi rasanya Dr Say berkongsi berita gembira yang isterinya, Dr Azura mengandung selepas mengalami keguguran sebelum ini. Tup tup dapat tahu yang pasangan ini bakal menimang seorang lagi anak lelaki pada bulan Ogos depan.
Menurut perkongsian Dr Say di instagramnya, dia tak kisah mengenai jantina anak kedua sebaliknya bersyukur dengan rezeki yang diberikan oleh Allah SWT.
BOYYY!!! 65% teka baby girl bila sy tanya korang dulu. Macam2 teori ampa bagi “Kulit wifey glowing, sure baby girl”, “Perut nampak panjang & lebar, sure baby girl”.
“Sorry to dissapoint u. Actually kami tau dah jantina masa bini 12 minggu dulu sebab kami ada buat satu test bernama “NIPT test” memandangkan bini keguguran sebelum ni jadi kami nak check sekiranya kandungan ni ada genetic abnormalities.
“Alhamdullilah the result came back as normal & pada masa sama NIPT test tu juga dapat check kromosom baby & turns out to be XY (lelaki).
“Bini nak anak perempuan supaya cukup sepasang boleh tutup kilang tapi nampak gayanya kilang masih boleh beroperasi dengan SOP yg ketat ahaha. Sy ok ja apa jua jantina, yg penting syukur masih dilapangkan rezeki.
“Nombor 3 boleh cuba untuk girl. Kalau nombor 3 masih boy, nombor 4 boleh cuba lagi kan @azuraabas? Ahaha. Alhamdullilah scan arini baby nampak sihat pembesarannya.
“Tak sabar tunggu kemunculan dia Ogos nanti. Yaay Ace ada kawan tuk main nanti & yaay mommy bakal picang nak layan 3 lelaki nanti,” tulisnya.
Dr Say telah berkahwin dengan Dr Azura Abbas pada 30 Mac 2014. Pasangan ini telah menanti hampir 5 tahun untuk dapatkan anak pertama.
Sepanjang tempoh tersebut, Dr Say tak lokek berkongsi tip dan cara yang dilakukan untuk menimang cahaya mata sehinggalah tanggal 5 Mac 2019, kehadiran Aezreil atau mesra dipanggil Ace menceriakan rumah tangga mereka.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Selepas memiliki anak lelaki, ternyata impian Elfira Loy untuk dapat anak perempuan untuk kehamilan keduanya dimakbulkan Allah apabila dia berkongsi berita tersebut di instagram. Ternyata doanya selama ini Allah dengar.
Menerusi perkongsian itu, Elfira memberitahu perasaan mengandung kali ini lain macam sikit debarannya. Sebelum ini kalau orang bertanya mengenai jantina anak kedua, pasti akan jawab tak kisah mana-mana pun. Tapi dengan kawan-kawan rapat, mereka tahu saya teringin anak perempuan.
“Sejak Rayyan lahir lagi, saya doa nak anak perempuan tapi tak tahu Allah nak bagi bila. Jadi dua tahun saya doa, nak anak perempuan.
“Kalau ikutkan sebenarnya tak nak tahu pun jantina bayi kali ini sehingga dia keluar tetapi @sarancak lah seolah-olah buat saya macam percaya dengan apa Allah nak bagi.
“Jadi selepas tu, bila janji temu dengan doktor, terus tanya doktor gender bayi dan minta tulis pada kertas.
“Bagi pada keluarga dan kawan-kawan tahu dulu, sebab saya masih takut,” ujarnya.
“Instinct tu ada..”
Kongsi Elfira lagi, sebagai seorang ibu, dia memang dah ada ‘instinct’ dan boleh rasa kali ini mengandung bayi perempuan.
“Sebabnya memang rasa lain sangat bentuknya dari anak pertama. Bukan itu saja, mood lain, cravings lain dan bacaan surah pun lain,” katanya.
Elfira atau nama sebenarnya Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri berkahwin dengan Muhd Faris Khairol Anwar pada 1 Januari 2019 dan pasangan tersebut dikurniakan dengan cahaya mata sulung, Muhammad Rayyan Khalaf.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata menitipkan ucapan tahniah dan mendoakan urusan bersalinnya dipermudahkan.
Sebagai ibu, sudah tentu kita mahukan yang terbaik buat si manja. Pemakanan yang sihat dan seimbang sangat kita titikberatkan supaya anak dapat membesar dengan baik.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Setiap anak datang ke dunia dengan potensi yang luar biasa. Mereka penuh imaginasi, penuh rasa ingin tahu, dan sentiasa bermimpi besar — menjadi doktor,...