Puasa sememangnya cukup dinantikan oleh semua. Ibu hamil juga tidak ketinggalan turut merasa teruja kerana pastinya puasa kali ini penuh 30 hari. Namun tidak bagi ibu yang mengalami masalah Gestational Diabetes Mellitus atau GDM.
Menurut kata Dr Muhammad Izzat, ibu yang mengalami masalah GDM, lebih-lebih lagi yang terpaksa menggunakan insulin untuk mengawal GDM mereka sememangnya sudah jelas tidak perlu berpuasa! Ini yang dikongsikan beliau.
Ibu yang ada GDM on insulin memang tak digalakkan berpuasa Ramadhan. Ni dah jelas.
Ibu yang ada GDM on diet control, lepas dinilai oleh doktor boleh berpuasa dengan syarat tak tinggal makan sahur dan memastikan air mencukupi diminum pada waktu malam.
Cabarannya, BSP 2 jam lepas sahur dan 2 jam lepas berbuka kena kekal bacaannya tak lebih 6.7 (kalau 1 jam lepas makan bacaan gula tak lebih 7.8)
Ads
Pada saat berbuka, biasanya nafsu makan membuak-buak dan menggelodak untuk makan segala makanan manis, kalau tak manis pun pelbagai jenis juadah penuh satu meja.
Tu yang sukar ibu-ibu ni nak maintain bacaan gula tak lebih 6.7, dua jam lepas makan ( kalau 1 jam lepas makan bacaan gula tak lebih 7.8 )
Ads
Bacaan gula yang naik mendadak boleh timbulkan kesan bahaya kepada bayi dalam kandungan. Tu yang para doktor risau.
Kalau ibu boleh control nafsu makan masa berbuka, then saya rasa ok untuk berpuasa.
Kalau dah makan bagaikan tiada hari esok, penuh juadah berbuka atas meja, bacaan BSP pula tak terkawal, sampaikan Dr terpaksa mulakan rawatan insulin, saya rasa eloklah ibu tak perlu berpuasa Ramadhan.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pantau pergerakan bayi penting mengelakkan bayi meninggal masa lahir (still birth). Siapa ibu yang berisiko?
Menurut Dr. Dharmini Veerakumaran, Pakar Perbidanan & Sakit Puan, Pertubuhan Kesihatan Sedunia menyatakan bahawa kebolehupayaan janin untuk hidup di luar rahim ialah 22 minggu. Namun, ini tertakluk kepada negara-negara yang mempunyai teknologi neonatal (bulan pertama kelahiran) yang tinggi iaitu kelengkapan ventilator, inkubator dan sebagainya seperti di Amerika dan Australia.
Sebaliknya di Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menetapkan usia 24 minggu. Anda perlu faham definisi kebolehupayaan janin untuk hidup di luar rahim ini kerana jika bayi dilahirkan pada usia 20 minggu, dia dianggap gugur. Jika dilahirkan pada umur 24 minggu, barulah dia dikatakan sebagai lahir tidak bernyawa.
Dalam pada itu, terdapat dua jenis kelahiran tidak bernyawa yang perlu anda ambil tahu. Ia ada fresh still birth (FSB) di mana bayi meninggal dalam tempoh 48 jam sebelum kelahiran dan macerate still birth (MSB).
MSB melibatkan bayi yang meninggal lebih daripada 48 jam sebelum tarikh kelahirannya. Sehubungan itu, bagi kes-kes di mana si ibu tidak mengetahui usia sebenar kandungannya, maka mayat bayi yang beratnya 500 gram dianggap sebagai still birth.
Pentingnya carta pergerakan bayi
Sewaktu kandungan mencecah usia 28 minggu, anda akan diminta untuk melakukan catatan di dalam carta pergerakan bayi. Biarpun kelihatan remeh, ia sangat penting untuk dititikberatkan.
Carta pergerakan yang anda perlu lakukan ini dapat dijadikan petunjuk sama ada bayi dalam kandungan sihat ataupun tidak.
PUNCA DARIPADA IBU
1.Umur
Masalah kematian bayi sewaktu dilahirkan sering terjadi di kalangan ibu yang terlalu muda iaitu umurnya bawah 20 tahun ataupun berusia (40 tahun ke atas).
2.Menghidap penyakit tertentu
Bagi anda yang menghidap penyakit jantung, darah tinggi, kencing manis, buah pinggang dan penyakit kronik yang lainnya, ketahuilah anda merupakan golongan berisiko terutamanya apabila tubuh tidak mampu lagi dapat meneruskan kehamilan.
3.Sindrom anti phospolipid (APS)
Ia merupakan sejenis penyakit di mana darah wanita hamil mudah beku. Apabila di dalam saluran darahnya mempunyai darah beku, ia boleh memasuki plasenta dan menyekat pengaliran darah, oksigen dan makanan kepada bayi.
4.Trauma
Kemalangan yang pernah berlaku seperti terjatuh, terhantuk dan yang seumpama dengannya boleh mendedahkan anda kepada risiko kematian bayi sewaktu dilahirkan.
5.Tekanan
Apabila mengalami tekanan, tubuh akan mengeluarkan hormon stres di dalam darah dan memberi tumpuan hanya pada bahagian organ-organ yang penting. Oleh sebab itu, kelenjar adrenalin akan menjaga otak, jantung dan buah pinggang dalam keadaan darurat dan kurang memberi perhatian kepada bahagian rahim. Secara tidak langsung ia mendatangkan mudarat kepada bayi.
6.Sosial ekonomi
Still birth juga didapati terjadi kepada golongan ibu hamil yang terlalu miskin atau tiada pengetahuan asas bagi menjaga kesihatan diri dan kandungan. Antara lain, jika ada di kalangan anda yang ambil alkohol atau dadah semasa hamil, ia bakal mendedahkan bayi kepada risiko still birth.
PUNCA DARIPADA BAYI
1.PembesaranTerbantut (IUGR)
Risiko still birth boleh berlaku sekiranya bayi tidak mampu untuk membesar dengan kadar sempurna.
2.Pembentukan kongenital
Lazimnya ia boleh terjadi kepada bayi yang mengalami masalah pembentukan organ dalaman tubuh seperti jantung. Sama juga halnya dengan yang mengalami kecacatan akal.
3.Air ketuban
Anda perlu tahu bahawa air ketuban yang kurang ataupun terlalu banyak pun boleh menyumbang kepada risiko still birth.
4.Plasenta
Masalah yang berlaku kepada uri seperti abruption placenta juga boleh menjadi penyebabnya. Ia terjadi kerana uri lekang terlebih dahulu sebelum bayi berjaya dikeluarkan. Jadi, ia tidak dapat memberi bekalan oksigen pada bayi lalu menyebabkannya meninggal.
Manakala placenta praevia pula berpunca daripada pendarahan. Setiap kali pendarahan berlaku, plasenta tidak boleh berfungsi dengan sempurna dan boleh menyebabkan nyawa bayi dalam kandungan terancam.
Nasihat doktor
Setelah hamil atau mengandaikan diri hamil, segera dapatkan pemeriksaan daripada doktor. Tidak semestinya anda berjumpa dengan doktor pakar. Gunakan kemudahan yang telah disediakan oleh KKM dengan mengikuti rutin pemeriksaan antenatal secara berkala. Dalam masa yang sama, jaga kesihatan diri dan kandungan. kesihatan, kawal masalah yang dihadapi dan jaga pemakanan dengan mengikuti saranan diet yang baik.
Demikian juga halnya dengan rutin ujian imbasan. Lakukannya mengikut nasihat doktor bagi membolehkan beliau mengetahui keadaan bayi dari semasa ke semasa.
Elakkan diri daripada mengambil sebarang suplemen yang mempromosikan kelancaran proses kelahiran serta hindari ubat-ubatan yang tidak mendapat kelulusan daripada KKM.
TIP DOKTOR: Jika anda mendapati pergerakan bayi kurang daripada biasa, cuba makan terlebih dahulu kemudian berehat untuk tempoh setengah jam. Setelah itu, pantau pergerakan bayi dengan lebih peka. Jika dia kurang bergerak, segera berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tanggal enam November pastinya menjadi hari yang begitu bahagia buat penyanyi Azmi Saat dan isterinya kerana bakal menyambut kelahiran bayi yang sekian lama ditunggu.
Pernah melalui detik duka sebaik kelahiran bayi sulungnya tidak lama dulu, kini Azmi dan isteri sekali lagi diberikan rezeki Allah untuk menimang zuriat sendiri.
Menurut perkongsian Azmi menerusi media sosialnya sebentar tadi, isterinya, Nazira Muhammad sudah pun dimasukkan ke hospital untuk menjalani pembedahan melahirkan cahaya mata mereka petang ini.
“Hari ini harinya yang kami tunggu-tunggu. Kami dah masuk ke wad.
“Insya-Allah petang ini akan buat pembedahan untuk melahirkan anak kedua,” tulis Azmi.
Azmi juga turut meminta doa dari semua agar kelahiran cahaya matanya ini dipermudahkan malah sihat sempurna seperti bayi yang lain.
“Mohon doa kawan-kawan moga prosesnya dipermudahkan dan diberikan keselamatan untuk Puan Nazira Muhammad dan anak kami. Amin,” tambah Azmi lagi.
Rakan-rakan selebriti dan pengikut Azmi turut meninggalkan pelbagai komen malah mendoakan agar kelahiran anak kecil yang ditunggu itu dipermudahkan Allah SWT.
Terdahulu, Azmi mendedahkan isterinya Nazira Muhammad hamil dan bakal menimang cahaya mata kedua mereka selepas kehilangan anak pertama mereka, Khairul Afnan, dua tahun yang lalu.
Keputusan untuk memiliki anak bukanlah sesuatu yang mudah bagi kebanyakan pasangan hari ini. Selain perlu bersedia dari segi emosi dan fizikal, ibu bapa turut memikirkan kos sara hidup, penjagaan anak, kestabilan pekerjaan serta kemampuan untuk membesarkan keluarga dalam keadaan ekonomi yang semakin mencabar.