Ads

Kaki Kanak-Kanak 3 Tahun Digilis Tayar, Detik Cemas Depan Mata Ibu Ketika Perarakan Merdeka!

Kaki Kanak-Kanak 3 Tahun Digilis Tayar, Detik Cemas Depan Mata Ibu Ketika Perarakan Merdeka!

Kemeriahan menyaksikan perarakan sambutan Hari Kebangsaan bertukar menjadi detik mencemaskan buat seorang ibu apabila kaki anaknya yang berusia 3 tahun digilis tayar sebuah kenderaan pacuan empat roda.

Kejadian yang berlaku di hadapan Wisma Persekutuan itu berlaku kira-kira pukul 9.45 pagi ketika orang ramai sedang mengikuti perarakan sempena sambutan Hari Kebangsaan.

Ibu kanak-kanak berkenaan, Puteri Anis Athirah Wan Rosli, 36, berkata dia hadir bersama dua anaknya, Che Ku Nur Amirah, 7, dan Che Ku Muhammad Khairul Amir Che Ku Mohd Khairul Azlan, 3, bagi sama-sama merasai kemeriahan sambutan tersebut.

Kaki Kanak-Kanak 3 Tahun Digilis Tayar

Menurutnya, sebelum kejadian, kedua-dua anaknya begitu teruja apabila sebuah jentera pasukan keselamatan berhenti berhampiran mereka dan mengambil kesempatan untuk bergambar.

“Sebelum kejadian, kedua-dua anak saya mahu bergambar dengan jentera tersebut apabila ia berhenti seketika. Selesai bergambar, anak sulung saya berganjak namun adiknya tidak berganjak kerana teruja melihat jentera tersebut.

“Tidak lama kemudian, seorang anggota cuba menolak anak saya sedikit ke tepi sebelum dia secara tidak sengaja terjatuh tersembam dan tangan kanannya terpusing ke belakang.

“Dalam sekelip mata, tayar pacuan empat roda kemudian menggilis kaki kirinya. Saya yang melihat kejadian itu di depan mata terus panik,” katanya.

Kaki Kanak-Kanak 3 Tahun Digilis Dalam Sekelip Mata

Situasi tersebut menyebabkan orang ramai serta petugas yang berada di lokasi segera tampil memberikan bantuan. Insiden kaki kanak-kanak 3 tahun digilis itu berlaku dengan begitu pantas ketika suasana di lokasi dipenuhi orang ramai yang menyaksikan perarakan.

Ads

Kanak-kanak itu kemudian diangkat dan diletakkan di atas kerusi sementara menunggu bantuan perubatan tiba.

Dia kemudiannya dibawa dengan ambulans ke Jabatan Kecemasan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk menjalani pemeriksaan dan mendapatkan rawatan lanjut.

Kaki Kanak-Kanak 3 Tahun Digilis Tayar

Syukur Kaki Kanak-Kanak 3 Tahun Tidak Patah

Biarpun cemas melihat sendiri kejadian yang menimpa anaknya, Puteri Anis Athirah bersyukur selepas pemeriksaan awal mendapati tiada tulang yang patah. Perkembangan itu sedikit sebanyak melegakan keluarga selepas mereka berdepan detik mencemaskan apabila kaki kanak-kanak 3 tahun tersebut digilis tayar.

“Syukur, hasil pemeriksaan ujian imbasan mendapati tiada tulang yang patah, namun doktor mahu menjalankan pemeriksaan lanjut bagi memastikan tiada kecederaan dalaman. Alhamdulillah, anak saya selamat dan kini masih mendapatkan pemeriksaan lanjut di hospital,” katanya.

Ads

Menurutnya, menyaksikan perarakan Hari Kemerdekaan sudah menjadi antara aktiviti yang dinantikan keluarganya setiap tahun. Namun, dia tidak pernah terfikir kunjungan kali ini akan berakhir dengan kejadian yang begitu mencemaskan.

Walaupun insiden berkenaan berlaku ketika berlangsungnya perarakan, ibu kepada kanak-kanak tersebut tidak menyalahkan mana-mana pihak atas apa yang terjadi.

“Saya tidak salahkan mana-mana pihak, mungkin kesilapan saya sendiri kerana teruja malah kejadian tersebut di luar jangkaan,” katanya.

Kaki Kanak-Kanak 3 Tahun Digilis Tayar

Insiden Kaki Kanak-Kanak 3 Tahun Jadi Peringatan Buat Ibu Ayah

Kejadian kaki kanak-kanak 3 tahun digilis tayar ini juga boleh menjadi peringatan buat ibu ayah supaya sentiasa lebih berhati-hati apabila membawa anak kecil menghadiri acara yang melibatkan kenderaan atau jentera berat.

Ads

Dalam keadaan sesak dan penuh keterujaan, anak mungkin bergerak secara tiba-tiba atau berada terlalu dekat dengan kawasan pergerakan kenderaan tanpa disedari.

Lebih-lebih lagi apabila anak kecil begitu teruja melihat kenderaan atau jentera yang jarang dapat dilihat dari jarak dekat. Walaupun sesebuah kenderaan kelihatan berhenti, ibu ayah perlu mengambil kira kemungkinan ia akan mula bergerak pada bila-bila masa.

Keselamatan anak perlu menjadi keutamaan agar momen indah bersama keluarga tidak bertukar menjadi pengalaman yang tidak diingini.

Baca lagi: MamaKerja2026: Ibu Bekerja Selangor Layak Mohon Insentif RM1,000 Mulai Ogos!

Sekat Video Indonesia Di Youtube, 7 Cara Berkesan Elak Anak Terpengaruh Bahasa Indonesia

MamaKerja2026 Dibuka 17 Ogos Ini, Ibu Bekerja Selangor Dapat RM1,000! 

Sumber & Gambar: Utusan Malaysia & Harian Metro

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Untuk Papa Mama

Cara Mudah Pantau Kesihatan Anak, Efektif & Tak Stres. Ini Yang...

Mama papa perlu tahu cara mudah untuk pantau kesihatan anak.