Kaki tiba-tiba kejang, jangan pandang ringan simpul mengkarung. Pernah tak ketika sedang tidur lena tiba-tiba rasa betis mengeras, jari kaki menegang, rasa macam nak menjerit tapi suara tak keluar. Orang lain mungkin tak nampak tapi mereka yang pernah alami, tahu betapa peritnya saat itu.

Kaki Tiba-tiba Kejang, Jangan Pandang Ringan Simpul Mengkarung

Kalau ketika sedang bersenam, pernahkah tiba-tiba betis ‘menarik’? Kalau ya, besar kemungkinan anda pernah mengalami apa yang orang kita gelar sebagai simpul mengkarung.

Meskipun istilah ini agak pelik, ia sebenarnya merujuk kepada kekejangan otot yang menyakitkan, khususnya pada bahagian betis atau kaki. Jom kita fahami lebih lanjut tentang penyakit ini, punca, rawatan, dan cara mengelaknya.

Apa Itu Simpul Mengkarung?

Simpul mengkarung ialah istilah Melayu tradisional bagi kekejangan otot (muscle cramp), terutama yang berlaku secara tiba-tiba di bahagian betis, peha atau tapak kaki. Kejang ini boleh berlaku dalam keadaan rehat, semasa tidur, atau ketika aktiviti fizikal. Ia menyebabkan rasa tegang dan sakit yang kuat pada otot terlibat.

Kaki Tiba-tiba Kejang, Jangan Pandang Ringan Simpul Mengkarung

Punca-Punca Simpul Mengkarung

Kekurangan elektrolit dan mineral
Tubuh yang kekurangan kalsium, magnesium, potasium atau natrium akan menyebabkan impuls saraf terganggu lalu mencetuskan kejang otot.

Dehidrasi (kekurangan air)
Air sangat penting untuk kesihatan otot. Bila tubuh tak cukup air, risiko kejang otot meningkat.

Ads

Peredaran darah tidak lancar
Aliran darah yang lemah, terutama di kaki, boleh menyebabkan otot ‘mengejut’ dan menjadi kaku.

Kehamilan
Wanita hamil sering mengalami simpul mengkarung kerana tekanan berat badan tambahan dan perubahan hormon.

Gaya hidup tidak aktif atau terlebih aktif
Duduk terlalu lama atau aktiviti fizikal berlebihan juga boleh menyebabkan kejang otot.

Tindakan Kecemasan Jika Berlaku Simpul/Tarik Mengkarung:

1.Tarik jari kaki ke arah badan regangkan otot perlahan
2.Urut perlahan kawasan kejang
3.Letak tuala suam
4.Bernafas tenang jangan panik

Ads

Letak kaki lebih tinggi selepas reda, untuk bantu aliran darah.

Kaki Tiba-tiba Kejang, Jangan Pandang Ringan Simpul Mengkarung

Tip Cegah Tarik Mengkarung:

• Minum air secukupnya sepanjang hari
• Regangkan kaki dan betis sebelum tidur
• Ambil makanan kaya magnesium dan potasium (contoh: pisang, bayam, yogurt)

Jika anda alami tarik mengkarung lebih dari 3 kali seminggu, sangat sakit, atau tidak lega selepas beberapa minit elok jumpa doktor untuk pastikan tiada masalah kesihatan tersembunyi.

Ads

Simpul mengkarung mungkin kedengaran seperti penyakit kampung, tapi kesannya cukup menyakitkan dan boleh mengganggu aktiviti harian. Walaupun biasanya tidak berbahaya, ia adalah tanda bahawa tubuh anda mungkin perlukan lebih air, nutrien, atau rehat yang cukup. Dengan pemahaman dan penjagaan yang betul, penyakit ini boleh dielakkan. Jangan tunggu sampai mengerang tengah malam baru nak bertindak!

Sumber: Public Health Malaysia

Baca artikel lain juga: Penyakit Jarang Berlaku pada Bayi Perempuan, Kisah Di Sebalik Sindrom Turner

 

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!

Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI