Abam atau nama sebenarnya, Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan, 32, menghembuskan nafas terakhir di kediamannya pada pagi Isnin (10 Februari) akibat demam panas.

Walaupun pemergian arwah Abam dah dua minggu, masih ramai lagi yang nak mengetahui kisah isteri dan anak arwah. Baru-baru ini Gempak berkesempatan untuk bertemu dengan balu pelawak itu, Siti NurHidayah Mohd Ali, 28, bersama anak lelaki mereka, Syed Uthman Hamzah Al-Juffery yang kini berusia lapan bulan di kediaman keluarganya.

Di kongsikan tanda-tanda sebelum Abam meninggal dunia yang disedari oleh Hidayah.

1. Sebulan sebelum arwah meninggal, dia nak balik kampung (keluarga mertua) dulu untuk makan beramai-ramai.

Bila sampai masa untuk makan, selalunya arwah akan berada di meja makan. Tapi, masa tu arwah nak makan sekali bersama-sama ahli keluarga lain bersila di bawah. Lepastu dia makan juga pucuk ubi yang dimasak oleh Hidayah walaupun keras.

2. Dalam tempoh itu juga, setiap hari arwah suruh masak telur dengan sayur-sayuran.

Sampai ditegur isterinya tak jemu ke makan benda yang sama. Arwah cakap,”abang tak pernah jemu dengan masakan sayang”.

3. Hidayah dan Hamzah akan ikut arwah pergi ke mana-mana. Mereka ke Johor dan masa ‘rehearsal’ Maharaja Lawak Mega (MLM) arwah bawa Hidayah dengan Hamzah sampai ke tengah malam.

IKLAN

Sebelum ni arwah tak pernah bawa. Itu adalah kali pertama dan terakhir sepanjang perkahwinan mereka.

“Kalau Abang Takda, Sayang Jaga Diri & Anak.” Pesanan Arwah 2 Hari Sebelum Pergi

4. Arwah luahkan perasaan untuk makan asam pedas pada hari Rabu tapi kena ke Melaka.

Mereka gerak dari pagi ke sana lepas makan tengah hari arwah rasa tak puas sebab tak kena dengan citarasa.

Malam tu, ulang lagi sekali makan yang sama, baru lah kena dengan tekak arwah. Arwah juga nak makan cendol durian lalu terus dibelikan.

5. Hari Jumaat tu, sampai saja depan rumah arwah cakap dengan kawan-kawan dia,”kalau aku buat salah, aku minta maaf tau.”

IKLAN

6. Malam tu sebelum nak tidur, arwah peluk Hidayah dan Hamzah sambil saling memandang.

“Kalau Abang Takda, Sayang Jaga Diri & Anak.” Pesanan Arwah 2 Hari Sebelum PergiArwah cakap, “sayang kalau abang takda, jaga diri, jaga anak tau sambil menangis. Hidayah terdiam tanpa berkata-kata.

7. Keesokkan harinya (Sabtu), arwah demam dan sakit kepala. Masa Hidayah masuk bilik, arwah pegang tangan sambil ulang cakap benda yang sama.

Banyak kali arwah ulang,”dengar ni abang pesan, kalau abang takda jaga diri dan anak.” Hidayah fikir arwah main-main ja.

8. Hari Ahad, arwah dah mula mengadu tak larat dan sakit kepala sangat. Hidayah suruh arwah mandi dulu sebelum jamah makanan.

Hidayah ikut arwah ke bilik air dan masa tu arwah minta dimandikan. Hidayah turutkan saja.

IKLAN

Lepastu, Hidayah ajak arwah makan tapi pada awalnya ditolak. Hidayah paksa juga arwah makan nasi dengan sup ayam bersama-sama.

9. Dalam pukul 2 pagi, arwah minta nak mandi sebab berasa panas. Lepas selesai tu, arwah duduk di kerusi sambil cakap dia dah tak larat.

Walaupun arwah tengah sakit, dia tetap ambik kisah pasal Hidayah. Sentiasa tanya sama ada okey ke tak.

10. Dalam pukul lima lebih arwah cakap nak rehat. Kebetulan masa tu Hamzah merengek nak susu. Arwah tidur di belakang Hidayah dan bila Hidayah bangun perasan hidung arwah berbuih.

Mula-mula Hidayah fikir arwah letak tuala yang diberi namun salah tanggapan tu. Memang buih dan apabila dikejut arwah sudah tidak memberi respon.

“Kalau Abang Takda, Sayang Jaga Diri & Anak.” Pesanan Arwah 2 Hari Sebelum Pergi

Al-fatihah (dibaca). Semoga arwah Abam ditempatkan di kalangan orang yang beriman.

Sumber: Gempak

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI