Siapa sahaja yang tidak akan rasa risau jika secara tiba-tiba mengalami telinga bernanah tanpa dapat diketahui sebab ia berlaku.

Kebiasaannya, keadaan kesihatan ini sering kali dikaitkan dengan jangkitan dan memang benar bahawa ia adalah salah satu puncanya.

Kalau Ada Cecair Kuning Keluar Dari Telinga, Tanda Ada Jangkitan!

Pun begitu, sebenarnya wujud beberapa lagi sebab lain kondisi ini terjadi termasuklah serangga! Jom teruskan membaca artikel ini.

Telinga bernanah, bukan sekadar jangkitan

Seperti mana yang telah kami nyatakan di atas tadi, kondisi ini sering kali dikaitkan dengan jangkitan dan ia memang benar.

Jangkitan pada kawasan telinga tengah atau otitis media ini dikatakan lebih banyak menyerang golongan kanak-kanak.

Inilah sebabnya mengapa mungkin ramai ibu bapa yang perasan telinga anak mereka kerap berair, berbau dan bernanah.

Sekiranya memang benar kondisi telinga bernanah ini adalah disebabkan oleh otitis media, maka kalian mungkin tidak perlu terlalu risau.

Ini kerana ia boleh sembuh dengan sendiri selepas 2 atau 3 hari namun ketahuilah bahawa ia juga mungkin didalangi oleh sebab lain.

Segera berjumpa doktor jika anda ataupun anak anda ada alaminya untuk diagnosis yang lebih cepat dan tepat!

Apa punca sebenar telinga bernanah?

Dalam kes-kes yang pernah terjadi sebelum ini, rata-rata penderita telinga bernanah adalah berpunca daripada kondisi berikut:

IKLAN

#1. Otitis media
Sebagai penyebab nombor 1, ia adalah punca paling utama yang menyebabkan kondisi telinga bernanah selalu berlaku kepada golongan kanak-kanak.

Pun begitu, jangan pula kalian terkejut jika kami kata punca telinga bernanah orang dewasa juga adalah disebabkan kondisi yang sama.

Ia didalangi oleh jangkitan bakteria ataupun virus yang boleh merebak jika tahap kebersihan telinga tidak dijaga dengan baik.

#2. Cholesteatoma
Cholesteatoma adalah sejenis kondisi berlaku ketumbuhan yang tidak normal terbentuk di bahagian sekitar belakang gegendang telinga.

Meskipun ketumbuhan ini bukanlah bersifat kanser, tetapi ia boleh merosakkan tisu di sekeliling jika tidak dirawat dengan kadar segera.

Sekiranya dibiarkan semakin membesar, ia boleh merosakkan telinga dan menyebabkan keluar nanah, vertigo, pekak dan lumpuh otot muka.

#3. Swimmer’s ear
Sesuai dengan namanya, kondisi ini sering kali dikaitkan oleh individu yang mempunyai hobi gemar berenang di kolam air.

Ia akan berlaku ekoran air termasuk lantas terperangkap dalam saluran telinga ketika berenang dan seterusnya menyebabkan jangkitan.

IKLAN

Jangkitan inilah yang mungkin akan menyebabkan telinga bernanah selain beberapa lagi simptom lain keadaan kesihatan ini.

#4. Bendasing dalam telinga
Di persekitaran kita, wujud banyak bendasing yang boleh termasuk dan tersekat di dalam telinga lantas menyebabkan kerosakan padanya.

Kerosakan ini pula seterusnya akan menyebabkan pelbagai komplikasi termasuklah telinga bernanah orang dewasa dan kanak-kanak.

Antara bendasing yang biasa memasuki lubang telinga adalah:

  • Mainan kecil
  • Putik kapas
  • Makanan
  • Manik
  • Butang
  • Serangga

Sekiranya gagal dalam usaha mengeluarkan bendasing tersebut secara sendiri, jangan berlengah untuk segera berjumpa doktor.

#5. Gegendang telinga pecah
Akhir sekali, kondisi ini juga mungkin adalah disebabkan oleh gegendang telinga pecah akibat beberapa faktor tertentu.

Antara punca gegendang telinga boleh pecah adalah termasuk bendasing atau trauma; sebagai contoh, ditampar/ditumbuk dengan kuat.

IKLAN

Akibatnya, telinga anda mungkin akan keluar darah dan nanah selain menyebabkan masalah kesakitan dan pendengaran.

Bagaimana untuk elak telinga bernanah?

Bagi mengelakkan kondisi ini berlaku dan berulang, kalian haruslah lebih peka dengan keadaan kesihatan pada kawasan sekitar telinga anda.

Sekiranya mengalami kondisi berkaitan seperti otitis media dan cholesteatoma, diagnosis doktor amat diperlukan sebelum merawatnya.

Dalam kes penderita kondisi swimmer’s ear pula, mungkin cara untuk mengelakkan telinga menjadi bernanah adalah lebih mudah.

Caranya, sila pakai penutup telinga setiap kali sebelum memasuki kolam air untuk berenang agar ia kurang dapat masuk ke lubang telinga.

Untuk mencegah gegendang telinga pecah pula, sila elak daripada melakukan segala aktiviti berbahaya yang boleh memberi trauma pada telinga.

Jangan ambil mudah kondisi telinga bernanah

Konklusinya, tolong jangan ambil mudah tentang kondisi ini meskipun kalian tahu ia boleh sembuh dengan sendiri selepas beberapa hari berlalu.

Sebaiknya, segera berjumpa doktor untuk berkonsultasi sekiranya ada sesuatu yang tidak kena berlaku pada telinga sama ada ia nanah, darah atau lain-lain.

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI