Mengapa kanak-kanak mempunyai tabiat mengorek hidung? Sama seperti tabiat yang lain, tabiat mengorek hidung adalah biasa dilakukan ketika kanak-kanak berasa bosan atau ingin tahu. Kadangkala, ia juga berlaku kerana kanak-kanak itu sedang berasa cemas. Sama seperti tabiat menghisap ibu jari, menggigit kuku atau menyimpul rambut, mengorek hidung merupakan tabiat yang seringkali dilakukan tanpa disedari.
Alahan akan menjadikan kanak-kanak lebih mudah untuk mempunyai tabiat mengorek hidung. Ini disebabkan oleh mukus dan hingus yang tersekat di dalam hidung mereka. Dalam beberapa kes yang lain, faktor persekitaran juga akan membuat kanak-kanak mempunyai tabiat ini. Contohnya adalah penggunaan penyaman udara. Ia akan mengeringkan saluran nasal lalu menyebabkan kanak-kanak berasa tidak selesa.
Kebanyakan tabiat akan kekal sehingga mereka dewasa namun bukan tabiat ini. Kanak-kanak akan berhenti melakukannya apabila dewasa kelak. Mereka akan berhenti disebabkan oleh kesedaran diri sendiri ataupun tekanan daripada rakan-rakan mereka.
Apa yang anda boleh lakukan jika anak anda mempunyai tabiat mengorek hidung?
Ads
1. Jangan kritik
Walaupun anda tidak selesa dengan tabiat anda ini, anda tidak patut memberi sebarang komen. Memaksa mereka untuk berhenti tidak akan membantu kerana anak anda sendiri mungkin tidak sedar akan tabiatnya. Selain itu, meletakkan tekanan ke atas mereka mungkin akan mendatangkan implikasi yang lain. Anak anda akan melihat tabiat ini sebagai jenaka untuk mengusik anda. Lebih kuat anda memaksa, lebih kuat mereka mengusik hidung sendiri.
Sesetengah ibu bapa akan menggunakan beberapa teknik yang lain seperti menampal kain pembalut pada jari anak untuk membuat mereka tidak selesa melakukan tabiat ini. Namun begitu, ini lebih berbentuk seperti hukuman. Sebaiknya, ajar anak anda untuk menghembus hidung mereka daripada mengoreknya.
Ads
2. Beri anak anda alternatif
Jika anda seakan dapat menjangka waktu dan tempat anak anda gemar mengorek hidung, cuba alihkan perhatian mereka dengan memberikan sebarang objek untuk dipegang oleh mereka.
3. Beri perhatian kepada anak anda
Ads
Jika anak anda terlalu asyik mengorek hidung dan tidak sengaja mencederakan diri sendiri, bawa anak berjumpa doktor. Pastikan tabiat mereka itu hanyalah satu tabiat semata dan bukannya berkaitan dengan sebarang kondisi kesihatan mereka.
4. Bersabar
Semasa mereka membesar, anak anda mungkin akan mula mempunyai minat dan akhirnya tidak lagi mempunyai tabiat mengorek hidung. Apabila mereka mula bersekolah pula, mereka pasti akan berhenti melakukannya supaya tidak menjadi bahan ketawa di dalam bilik darjah.
Ramai ibu mengadu anak mereka yang berusia antara 1 hingga 6 tahun mula ada masalah susah nak makan. Macam-macam cara dilakukan untuk mengajak anak makan nasi tapi selalulnya tidak berjaya. Kalau makan pun hanya pilih menu tertentu sahaja dan sudah tentu sayur antara yang akan ditolak.
Akhirnya ibu pun buntu, rasa give up dan biarkan anak makan apa sahaja yang dia mahu. Kalau anda berhadapan situasi ini, cubalah beberapa resipi ciptaan Puan Nurin yang juga pemilik Empayar ByCiknuie, pengeluar makanan bayi homemade yang sangat rajin mencipta pelbagai jenis resipi untuk anak-anaknya. Hasilnya anak beliau memang tidak memilih makan dan paling penting sentiasa makan makanan berkhasiat air tangan si ibu.
Anak bila dah umur 5 tahun ke atas ketika disuruh baca buku, jawabnya nak main dulu. Lepas tu bila suruh lagi, asyik bertangguh je. Tapi pernah tak anda tertanya-tanya kenapa anak anda suka ke hulu ke hilir membawa barang penuh di tangannya?
Sebenarnya semua tingkah laku dan pergerakan ini amat penting ke atas perkembangan dan pembelajaran seorang kanak-kanak dan ia bukanlah sia-sia. Waktu ini berilah anak main puas-puas.
Hal ini turut dipersetujui oleh Terapis Pertuturan Dan Bahasa, Iffah Rashida.
“Anak saya asyik main je”! Tidak mengapa wahai ibu bapa sekalian. Main is fitrah kanak-kanak. Normal. Tak bermain itu abnormal.
Kasi la main puas-puas. Bila bermain dia bermain sambil belajar. Tiada main-main kosong.
Bila bermain lagi cepat dia tangkap konsep pembelajaran berbanding dengan membuat worksheet. Impak bermain lagi awesome!
It is the POWER of PLAY.
Apa yang anak belajar semasa main?
1) maklumat baru untuk diproses dan disimpan dalam otak (perasaan, sentuhan, pengalaman, perkataan baru)
2) fungsi,penggunaan dan cara bermain alat atau sesuatu permainan
3) menggunakan daya imaginasi dan kreativiti membina imaginasi, membayangkan sesuatu situasi
4) memegang permainan menggunakan jari jemari (manipulatif and fine motor skills)
5) melompat, berlari, memanjat, berjalan, merangkak ( gross motor skills)
6) konsep (besar, kecil, berat, ringan, muat, x muat, kotor, bersih, panas, sejuk, banyak , sikit)
7) penyelesaian masalah (cubaan, penerokaan, trial and error, cause and effect)
8) membina perhubungan sosial/ berkawan sesama adik beradik dan rakan – bertolak ansur, berkongsi, mengikut-ikut persekitaran situasi sosial budaya tmpat tersebut
9) mengenali dan memahami ttg perasaan (emosi)
10) konsep2 akademik (warna, abjad, bentuk, nombor)
Anak dalam proses nak membesar memang banyak ragamnya. Ada yang sangat mencabar jiwa dan emosi kita sebagai ibu bapa. Namun jangan sampai anak yang pandai manipulasi kita, biar kita yang mengawal anak-anak. Ikuti perkongsian ini.
Anak saya nakal. Anak saya tak mendengar kata. Anak saya suka bongkar almari. Anak saya melawan cakap saya. Anak saya suka berlari. Anak saya suka sepahkan rumah. Anak saya suka main air. Anak saya sudah pandai menipu.
Isu ini memang sangat normal bagi mak ayah yang mempunyai anak yang berumur sekitar 6 bulan hingga 12 tahun. Bagi yang ada anak aktif memang pening kepala asyik nak mengemas rumah. Baru kemas 10 minit, dah sepah balik. Bila orang datang rumah, masa inilah kelam kabut campak semua barang! 😂
Memang fitrah budak-budak untuk bermain, saya tak kata kita boleh benarkan sahaja anak nak main apa. Tapi yang sedihnya bila anak seusia setahun sudah dihukum, ditengking, dipukul dan diperlekehkan. Semakin anak meningkat dewasa, semakin susah untuk dikawal. Betullah pepatah “anak kecil ini umpama kain putih, kita yang mencorakkan mereka”. Salah mereka atau salah kita mendidik anak?
Sebelum anak pandai memanipulasi kita, lebih baik kita belajar macam mana untuk memanipulasi mereka. Fahami perkembangan emosi mereka dahulu, barulah mak ayah boleh bertindak selaras dengan umur mereka.
Ada orang kata “budak budak bukan ingat pun kita pukul atau marah mereka”. Memang mereka tak ingat tapi jangan terkejut yang yang otak mereka simpan segala memori pahit ini dan perkembangan emosi mereka terganggu. Tak hairanlah, kes buli di sekolah tak pernah lenyap sebab perkembangan emosi mereka tidak stabil dan akhir menyebabkan masalah sosial di masa akan datang.
Pengalaman mereka masa kecil akan mempengaruhi perkembangan emosi dan sosial (Cohen and others, 2015). Emosi dan sosial memang sangat berkait rapat untuk kemahiran sosial untuk mereka belajar meluahkan perasaan, cara berkawan, cara bercakap dan sebagainya. Jadi bagi saya penting untuk mak ayah fahami setiap tahap perkembangan psikososial anak sebelum menghukum anak:
TAHAP PERKEMBANGAN PSIKOSOSIAL Oleh: Erik Erikson
1. Selepas lahir hingga umur setahun+ (Trust vs Mistrust)
Tahap ini adalah fasa untuk dapatkan kepercayaan anak (trust). Jagalah dia dengan penuh kasih sayang. Tunjuk kasih sayang dengan perbuatan, belaian, senyuman dan cakap kita sayang mereka. Fasa ini yang bahayanya jika tak dapat kepercayaan mereka, akan ada masalah psikososial seperti kuat memberontak dan tantrum (mistrust). Selalunya terjadi bila mereka rasa “kurang” kasih sayang. *Rujuk post “Jangan Biarkan Mereka Menangis” : https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1383185041735052&id=100001307091103
2. Umur 18 bulan hingga 2-3 tahun (Autonomy vs shame/doubt)
Jika fasa sebelum ini kita “menang” kepercayaan mereka maka fasa seterusnya akan mudah bagi ibu bapa untuk mengawal anak. Selalunya fasa ini bermula apabila anak sudah pandai berjalan, bercakap dan berminat untuk buat semua sendiri. Fasa dimana anak suka “mengemas” sepahkan semua barang, bongkar almari baju dah lipat, berlari kesana kesini, pantang bilik air terbuka terus main air, nampak kolam air terus nak terjun, nampak apa-apa ada sahaja nak membebel tanya itu ini dan sebagainya. Orang tua kata “panjang akal ada je nak dibuatnya”. 😅
Fasa ini sangat kritikal untuk mak ayah belajar kawal situasi. Fahami keperluan mereka, contohnya
A) Kalau yang jenis suka sepahkan barang.
Boleh cuba letak 1 sudut barang untuk disepahkan. Kalau suka main baju, letaklah satu bukit baju dekat situ. Kalau suka main pinggan mangkuk, letaklah pinggan dekat situ. Bagi dia main sampai penat dan bosan. Ajak dia mengemas sekali, jenis ini memang suka ikut mak ayah buat apa semua nak join sekali. Ajar dia kemas mainan sendiri, masuk baju kotor sendiri dalam bakul, susun mangkuk cawan, belikan penyapu kecil macam di Daiso dan sebagainya. Ada ciri- ciri anak yang rajin bantu mak ayah kemas rumah nanti🕺
B) Kalau yang jenis suka memanjat, berlari atau melompat.
Kena rajin bawa ke taman, salurkan “energy” dengan cara yang betul. Kalau malas nak bawa ke taman sebab panas, boleh bawa pergi shopping mall utk dia explore sekeliling, luangkan masa sekejap untuk bagi dia “lead” untuk dia rasa berkuasa atas diri sendiri. Ikut sahaja mana dia pergi. Mana yang suka lompat atas katil takut katil rosak, beli trampoline atau beli katil buruk bagi lompat sampai penat. Mana tahu dah besar jadi pelompat galah, pelari pecut Malaysia nanti. 🏃
C) Kalau yang jenis suka potpet bising setiap masa.
Selalu ajak menyanyi bersama sambil menari. Layankan kepochi dia tu jangan abaikan, bila dia tanya itu ini cuba jawab juga walaupun tengah sibuk sebab sel sel otak sedang berhubung dengan pesat. Jangan cakap tak elok depan dia, 10 saat je dah pandai ikut. Untung anak banyak cakap, mana tahu dah besar boleh jadi pengacara tv, politician atau peguam terkenal 😁
D) Kalau yang jenis tak reti diam, lagi-lagi bila pergi rumah orang ada sahaja nak dibuatnya contohnya conteng kusyen orang, pecahkan pasu atau bunga, buka peti ais rumah orang lain, masuk bilik orang lain dan sebagainya. Anak jenis ini memang suka explore sekeliling, dia tertanya-tanya kalau tolak pasu ini apa akan jadi? Apa dalam laci? Apa dalam bilik? Apa dalam peti ais? Untuk mengelakkan mak ayah jadi “tarzan” atau “hulk” di rumah orang eloklah bawa mainan sendiri dari rumah. Kalau mainan baru lagi bagus untuk yang suka menconteng eloklah bawa kertas dan pen. Alihkan perhatian dia, bawa “busy book” dari rumah. Boleh google je cara untuk buat “busy book” ok?
E) Kalau yang jenis suka main air, bagilah dia main sekejap masa mandi. Belajar cedok-cedok air dalam baldi ke baldi lain. Atau beli kolam renang kecil muat dalam toilet, mandi dalam tu tapi tak boleh lepas pandang, kena sentiasa tengok dan rajin-rajinlah bawa anak pergi berenang kalau ada masa 💦
Jika kita selalu layankan keperluan berdikari (Autonomy) mereka, anak akan membesar dengan sihat fizikal dan emosi.
Jika kita terlampau sekat ini tak boleh dan itu tak boleh, kesannya anak akan membesar menjadi seorang yang tak ada jati diri, tak ada pendirian, tak ada kenyakinan diri, penakut dan tak nak mencuba benda baru (Shame/Doubt). Tapi kena ingat, dalam kita memberi kemahuan mereka perlu juga bertegas kalau melibatkan masalah tingkahlaku.
Kesimpulannya, mak ayah perlu tahu cara untuk memanipulasi anak sebelum anak memanipulasi kita. Semua masalah tingkahlaku lagi mudah dibendung dan dielakkan jika kita tahu macam mana perkembangan emosi dan sosial anak berkembang mengikut umur.
Teori ini ada 8 tahap, yang saya kongsikan ini cumalah 2 tahap (lepas lahir sehingga umur 3 tahun). Kalau ada banyak permintaan untuk umur 3 keatas, saya akan cuba kongsikan di post yang lain ye.
Semoga bermanfaat, terima kasih.
Followers Pa&Ma yang nak dapatkan barangan permainan anak dengan harga murah boleh klik di SINI
Kredit:Maryam Jamadi, Pediatric Occupational Therapist
BEYOND Home Therapy, Selayang
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tanda-tanda awal kanser darah pada kanak-kanak sering disalah anggap sebagai penyakit biasa. Ketahui simptom penting, punca leukemia dan rawatan yang perlu ibu bapa fahami.