Ibu ayah tahu tak pisang boleh buat sembelit, pisang juga boleh bantu rawat sembelit. Pilih pisang yang betul-betul ranum untuk elakkan risiko anak sembelit.
Pisang yang belum sepenuhnya ranum, tinggi dengan kandungan kanji susah hadam. Atau nama lain resistant starch.
Elakkan yang macam ni kalau anak asyik sembelit bila makan pisang.
Resistant starch ni yang buat anak susah nak membuang bila makan pisang. Pilih pisang warna kuning yang dah ranum, elakkan yang masih kuning kehijauan.
Anak mungkin akan sembelit sebab kanji dalam pisang kuning kehijauan susah untuk dihadam. Usus anak tak dapat jalankan fungsi dengan baik. Maka akan susah nak membuang.
Pisang macam ni mungkin boleh rawat sembelit.
Pisang ranum tinggi kandungan antioksida dan fiber mudah larut. Ini akan bantu anak lagi mudah nak membuang.
Sebab tu ada baby makan pisang, sembelit teruk sangat, tapi ada baby yang makan, laju je membuang.
Ads
Kena tengok balik pisang apa yang ibu bagi. Sebaiknya cari yang betul-betul ranum, untuk elakkan masalah macam ni.
Blend campur santan bagi anak minum. Mudah nak membuang nanti. Tinggi antioksida tau pisang macam ni.
Pun begitu, kena kenal jugak perut anak, sesuai atau tidak dengan pisang. Kalau makan pisang ranum pun masih jadi sembelit, elakkan dulu dari anak. Penting untuk anak membuang setiap hari supaya toksin tak kekal dalam badan anak.
Cari buah lain yang sesuai. Yang mana bila anak makan, mudah juga untuk dia keluarkan.
Pisang ranum atau belum ranum, yang pastinya dua-dua pun ada kebaikan masing-masing.
Ads
Tahap keranuman pisang.
Ranum elakkan sembelit. Belum ranum bantu kurangkan cirit-birit.
Indahkan real food sebenarnya. Selain anak dapat kenyang, proses penyembuhan pun boleh berlaku kalau kena caranya.
Kita sama-sama banyakkan real food dan kurangkan makanan proses dari anak-anak ya.
Ads
Kredit: Mazliana Mazlan
Follow saya untuk perkongsian lebih tentang pemakanan dan gaya hidup sihat anak-anak dan keluarga.
Nak buat persiapan kehadiran ‘orang baru’ kena reaady mental dan fizikal. Jom kumpul ilmu di Bengkel Pa&Ma To Be: Belajar Sampai Terer!
Pertama kali melahirkan anak pastinya sedikit menyukarkan. Kurang pengalaman dan teknik yang betul untuk menyusukan anak membuatkan ibu makin stress. Apa lagi melihat susu yang dipam tidak mencapai jumlah yang diinginkan berbanding orang lain.
Jangan cepat mengalah dulu, usahakan untuk memperbanyakkan susu ibu dengan resipi ringkas, air rebusan ini. Air rebusan yang dikongsikan oleh Puan Nurasyikin Ali di facebooknya ini boleh mama cuba sebagai usaha untuk memperbanyakkan susu ibu.
Tak perlu bahan yang banyak pun, hanya dua bahan sahaja. Amalkan. Mana tahu serasi dengan tubuh mama. Jom cuba!
ORGANIC MILKBOOSTER
Susah hati jugak bila susu ibu selalu drop kan? Susu asyik tak cukup. Pam dapat sikit je. Ni Kak Ekin share resipi banyakkan susu badan yang korang boleh buat kat rumah. Hanya guna halba dan kurma.
2. Masukkan halba dan kurma. Rebus sampa warna kekuningan macam teh.
3. Boleh dihidang dan minum 2 kali sehari.
Moga membantu ibu-ibu yang berimpian menyusu hingga anak umur 2 tahun. Semoga bermanfaat.
Punyalah senang cara nak membuatnya, hanya rebuskan sahaja dua bahan ini dan biarkan jadi pekat kekuningan dan kemudian diminum setiap hari. Lakukan sesuatu pastinya lebih baik daripada tidak mencuba. Niatkan untuk tambahkan susu untuk kenyangkan anak kita. Selamat mencuba mommies!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Mendidik anak-anak supaya suka makan sayur memang boleh menjadi satu cabaran yang besar. Bagaimanapun ada beberapa cara yang boleh dicuba bagi menggalakkan anak-anak untuk suka makan sayur. Ingatlah, setiap anak berbeza, jadi cuba beberapa cara berbeza dan lihat apa yang berfungsi untuk mereka.
Jangan memaksa anak makan sayur. Ini boleh mencetuskan keengganan. Beri mereka masa dan ruang untuk menerima sayur. Bersabarlah dalam proses ini. Anak-anak mungkin perlu beberapa percubaan sebelum benar-benar menerima sayur.
Berikut dikongsikan tip bagi ibu bapa untuk mendidik anak-anak supaya suka makan sayur. Penceramah Pemakanan Dan Gaya Hidup Sihat, Norazizah Ruslan berkongsi tip yang boleh ibu bapa lakukan untuk mencapai matlamat ini.
10 TIP DIDIK ANAK SUKA MAKAN SAYUR
1. Pendedahan sewal usia amat penting. Sebaik sahaja boleh diberi makanan pencerai susu, perkenalkan rasa sayur-sayuran dahulu sebelum makanan lain. Jus dan puri adalah cara yang terbaik dan boleh dicampur dengan susu ibu yang anak sudah terbiasa. Anak yang menyusu ibu lebih mudah menerima rasa sayur sekiranya ibunya juga makan sayur.
2. Beri anak mainan berkonsepkan sayur. Biar mereka kenal nama sayur melalui permainan dan pembacaan. Terdapat rancangan televisyen, video dan di media sosial yang menerapkan konsep sebegini.
3. Biar anak terlibat sama dalam proses mendapatkan sayur. Cara untuk dapatkan sayur adalah menanam sendiri sayur yang hendak dimakan. Ibu bapa juga boleh mulakan dengan projek membuat taugeh atau menanam sayur yang cepat mendapat hasil. Misalnya kangkung, bayam dan tomato. Hasil tanaman boleh dimasak mengikut cita rasa mereka.
4. Selain tanam, ibu bapa perlu bawa anak ke pasar. Tujuannya adalah biar mereka memilih sendiri sayur untuk dimakan. Misalnya mulakan dengan baca buku mengenai lobak merah. Kemudian ajak mereka ke pasar beli lobak merah. Teruskan dengan masak lobak merah itu di dapur dan nikmati sama-sama. Mereka tentu seronok.
5. Untuk menggalakkan anak suka makan sayur, ibu bapa juga haruslah menunjukkan teladan yang baik iaitu ibu bapa juga suka makan sayur. Jadi, makanlah sayur di hadapan mereka. Jadikan sayur termasuklah ulam sebagai satu hidangan wajib ada di atas meja makan.
6. Pelbagaikan jenis sayur di rumah. Tidak terhad kepada yang berdaun dan berbuah sahaja. Kenalkan dengan sayur berasaskan ubi dan akar seperti kentang, keledek dan lobak merah. Sayur dalam bentuk batang juga sedap untuk dicuba seperti asparagus dan celery. Sayur daripada keluarga bunga seperti bunga kobis dan brokoli juga mudah menarik selera anak.
7. Teknik memasak juga perlu dipelbagaikan. Tidak terhad kepada sup atau goreng. Sayur boleh dijadikan jus dan dibekukan menjadi aiskrim seperti jus lobak merah yang dicampur dengan susu. Brokoli boleh dijadikan sup berkrim dan dimakan bersama roti. Kentang yang dipanggang bersama daging cencang berserta sos keju juga sedap untuk dicuba. Piza sayur-sayuran yang dibuat sendiri. Mereka pasti suka membantu menabur sayur-sayuran di atas piza itu nanti.
8. Sayur perlu disediakan dengan pelbagai jenis supaya mereka boleh memilih apa yang mereka suka dulu. Hal ini memang memerlukan kesabaran. Banyak cubaan demi cubaan sebelum mereka terbiasa. Contohnya, masak nasi goreng Cina dengan campuran jagung, kiub lobak merah dan kacang pis. Sup telur juga boleh digabungkan hirisan kobis, tomato, brokoli, seleri dan cendawan. Lihat anak suka makan yang mana satu.
9. Hidang sayur dengan gaya menarik. Misalnya dipotong bentuk bunga, bintang atau dicucuk seperti sate. Gunakan pinggan mangkuk yang istimewa untuk masakan berasaskan sayuran.
10. Ada masakan yang mengandungi sayur tersembunyi seperti sandwich, kek lobak merah, kuih talam keladi dan bingka ubi. Hidangan seperti ini juga lebih mudah menarik selera anak untuk makan sayur tanpa sedar.
Yusuf kini sudah berusia 2 tahun dan doktor pediatrik meminta Hanis mengurangkan pengambilan susu untuk Yusuf dan melatihnya meminum susu menggunakan cawan.
Yusuf Iskandar kan dulu brokoli boy, tapi semakin membesar anak Hanis Zalikha ini jadi kuat minum susu, kenyang susu hingga menolak makanan yang digemari dulu. Hanis juga berkongsi tips bagaimana boleh jadikan dia berselera kepada sayur-sayuran semula.
Ibu tentunya menjadi insan yang paling gembira dan teruja apabila selera makan anak semakin baik dan menerima makanan semula jadi seperti sayur-sayuran. Hanis memuatnaik video Yusuf kembali memakan sayur kegemarannya ketika bayi dulu iaitu brokoli.
haniszalikha Benda paling happy semalam, Yusuf nak makan sayur favourite dia dua tahun lepas! Sebenarnya kitorang hampalah sebab dia bukan ke dulu brokoli boi, tapi bila dia makin besar dia start pilih makan.
Pastu bila consult paediatrician, dia cakap suruh try dua benda,
1) kurangkan minum susu &
2) bagi susu dalam cup.
Ya Allah dua benda ni sangat susah ya. Selera Yusuf untuk susu sangat tinggi, dan sebab tu juga dia kenyang all the time dan tak hairan makanan. Pastu paed Yusuf kata kat Malaysia ni masalah besar anak-anak ialah transition dari susu nak ke makan, sampai parents pun dah selesa bagi susu je supaya kenyang, kadang sampai umur 4 tahun pun masih belum makan betul2 dan jadi masalah kurang zat. Kita dengar ni nervous.
Yusuf lah tu, kuat minum susu je! Tapi pastu bila start consistent bagi dia Toujours Kids Fruit & Vege Blend @toujoursadvanced , dia macam ada selera nak makan. Macam serious la? Kitorang just ingat nak bagi dia nutrients and vitamin yang dia tak dapat sebab dia taknak makan.
Tapi start one time tu, lepas minum susu dia mintak chicken and rice. Masa tu kitorang saling pandang each other like “omg ayang! Dia tak kenyang ke susu?? Dia teringin nak makan ke??” Dan finally semalam (lepas chicken and rice je setiap hari) try bagi balik sayur favourite dia yang dua tahun lepas tu, dan dia pun dah kembali ke pangkal jalan :’) I am just extremely happy. After this takyah bergantung dah. Mommy jelah kena rajin masak pelbagai ?
Tip: Bagi Fruit & Vege Blend tu secara consistent sebelum meal time, dalam dua minggu tu dah nampak dia makin makan banyak. Pastu slowly start introduce balik segala sayur buah berlainan untuk setiap waktu makan. Laaah diorang ni baby balik rupanya nak kena introduce balik ?
Para peminat Hanis teruja melihat Yusuf berselera kembali dan turut berkongsi pengalaman masing-masing menghadapi situasi anak tidak berselera makan kerana terlalu bergantung kepada susu.
Pemilihan makanan sebelum bersalin sangat penting untuk membekalkan tenaga, mengelakkan keletihan dan membantu ibu melalui proses kelahiran dengan lebih selamat.