Kadang kita rasa susah tapi sebenarnya ada lagi yang lebih susah dari kita. Percayalah jika kita rasa serabut atau buat sesuatu macam ada yang tak kena, bersedekahlah kerana selepas itu akan nampak hasilnya yang Allah akan bagi.
Sedekah itu juga membuka jalan rezeki kepada rezeki orang lain dan rezeki kita sendiri. Walaupun tak banyak tapi jika niat kita ikhlas itu lebih baik. Amalan ini juga sebenarnya membantu kita untuk sentiasa bersyukur dan berterima kasih pada-Nya.
Janji Allah dalam al-Quran juga turut menyebut sesiapa yang bersedekah di jalan Allah, Dia akan ganti semula dengan ganjaran paling sedikit 10 kali ganda pahala manakala paling banyak adalah 700 kali ganda. Hebatkan nikmat Allah!
Kalau Anak Sakit, Bersedekahlah
Dalam perkongsian Ustaz Abdullah Khairi melalui video ceramahnya di Facebook The Rohani beliau ada menjelaskan kalau kita sembahyang tak khusyuk, dengan sedekah Allah boleh terima solat kita.
Begitu juga kalau kita berpuasa tapi ada benda kita rasa tak kena, bersedekahlah. Dengan sedekah insya-Allah puasa kita Allah akan terima.
Lagi satu apabila anak kita sakit dah bagi makan ubat tapi tak sembuh lagi atas izin-Nya atau ada masalah lain, hulurkan SEDEKAH. Di sebalik sedekah kita itu, dengan niat yang baik Allah angkat segala sakit tersebut dan mudah-mudahan cepat sembuh. Inilah kuasa sedekah.
Ads
Contoh paling dekat, adik saya mempunyai anak yang ada masalah paru-paru sejak lahir. Nak bernafas pun susah, cepat penat jadi doktor bagi cadangan untuk lakukan pembedahan segera.
“Dengar saja berita itu menangis adik kerana bimbangkan keselamatan anaknya. Dahlah anak sulung, kena lalui pembedahan besar pula.
“Melihat keadaannya yang tengah serabut, ayah saya cakap kita tolong Allah punya, Allah akan tolong kita. Ada duit sedekahlah.
“Bila dengar nasihat itu, adik saya terus niatkan duit gajinya pada bulan itu semua disedekahkan dan alhamdulillah ternyata Allah Maha Mengetahui Dan Mendengar. Akhirnya pembedahan itu berjaya dan selamat. Kini anak adik saya dah pun berusia 10 tahun.
Percayalah dalam apa saja yang kita lakukan berbaliklah pada Allah. Ingat hanya Dialah yang mampu memberi dan menarik semula nikmat atas muka bumi ini.
Amalan bersedekah sangat berkait rapat dengan iman seorang Muslim. Ingatlah setiap sedekah yang diterima di sisi Allah SWT, Dia akan balas dan ‘membayarnya’ di dunia lagi.
Berikut dikongsikan beberapa doa pilihan yang boleh diamalkan untuk memelihara diri dan keluarga agar sentiasa bahagia dan dilindungi.
Fitrah manusia inginkan keluarga yang penuh dengan kasih sayang dan cinta. Maka amalkanlah 7 doa pendekatan dan kebahagiaan keluarga ini yang dikongsi oleh saudara Muhammad Nizar .
“Cukuplah bagiku Allah.Tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepadaNya aku berserah diri, dan Dialah yang mempunyai Arasy yang agung” (Surah al-Tawbah 129: 9)
“Taa’ Haa. Tiada Kami turunkan al-Quran keatasmu supaya engkau menanggung kesusahan. Melainkan peringatan bagi orang yang takut kepada Tuhannya. Penurunan daripada Tuhan yang mencipta bumi ini dan langit yang tinggi. Tuhan yang Maha Pemurah, berkuasa di atas Arasy” (Surah Taha 20: 1-5)
“Wahai Tuhanku! Masukkanlah aku ke dalam urusan agamaku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta keluarkanlah aku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia. Berikanlah kepadaku dari sisiMu hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku” (Surah al-Isra’ 17: 80)
“Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami” (Surah al-Kahfi 18: 10)
“Tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri” (Surah al-Anbiya’ 87: 21)
DOA 6: MOHON PASANGAN DAN ZURIAT YANG SOLEH DAN SOLEHAH
“Wahai Tuhan kami, anugerakanlah kepada kami daripada isteri-isteri dan zuriat keturunan kami sebagai penyejuk hati kami, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang bertaqwa” (Surah al-Furqan 25: 74)
DOA 7: MOHON DIRI DAN KETURUNAN TERGOLONG DALAM KALANGAN ORANG YANG MENDIRIKAN SOLAT
“Wahai Tuhanku! Jadikanlah aku orang yang mendirikan solat dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku” (Surah Ibrahim 14: 40)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Jangan fikir anak-anak masih kecil, kita ada hak untuk menidakkan emosi serta perasaan anak-anak. Mereka juga manusia, sama seperti kita. Ada masanya tersentuh dengan perbuatan kita. Sebagai ibu ayah, kita harus lebih peka dan ambil peduli dengan perasaan anak-anak.
Seorang ibu yang juga merupakan penulis tentang ilmu keibubapaan, Wawa Shauqi, berkongsi tentang kepentingan ibu ayah untuk menjadi lebih prihatin soal perasaan anak-anak.
Saya baru tertonton satu video ni. Seorang bapa, Jason Reid berkongsi kisah anaknya yang membunuh diri pada usia 14 tahun.
1. Start listening.
Kalau kita rasa kita bukan jenis manusia yang jenis reti nak bersembang, you should start.
Create topics that attract your kids interest. Listen to them while they are talking.
Mendengar bukan dengan telinga. Tapi juga dengan mata.
Dr Nizam Zakaria pernah menulis, conversation & eye contact memberi seseorang rasa safe, secure, seen.
Conversation also is the best mental health intervention.
Kata Jason, kalau boleh diulang kembali masa lalu, ini perkara pertama dia akan buat.
Sesetengah kanak-kanak tak tunjukkan sebarang kesan kemurungan.
Tapi, kalau kita alert, kita akan sedar bila mood mereka mudah berubah.
“You dont seem to be happy. You want to talk to me?”
Dan jangan berhenti bila anak cakap “Nothing”.
Tutup perkataan ‘nothing’ anak dengan “you can come to me if you are ready to talk about it.”
Mommy, daddy… You are a hero to your children’s eye. Save their lives by ‘reconnecting’.
3. Jangan menidakkan perasaan mereka.
“Tak de apa tu.” “Jangan jadi lembik.” “Anak jantan mana boleh nangis.”
Yes, they need to be tough. Tapi bukan dengan menidakkan emosi mereka.
Kata-kata motivasi lebih membina berbanding provokasi.
4. Bila anda pergi tidur, pastikan anak tidur juga.
Switch off the gadget. Turn off the tv. & make sure they go to sleep.
Jangan sesekali biarkan mereka melayari internet dan tidur ikut waktu yang mereka suka. You will never know what internet can teach them things that we haven’t taught them.
Di Malaysia sahaja, 1/5 dari kanak-kanak ada masalah kemurungan.
Aware, kalau anak jarang bergaul dengan orang, mudah marah dan resah, selalu rasa bersalah, sangat sensitif, sleep pattern & eat pattern yang tak menentu dan selalu tak bertenaga.
Jason Reid kata, dia selalu dengar kisah anak orang bunuh diri. Dan dia tak pernah sangka dia akan lalui benda ni.
This mental health issues among kids are real beb! Dan bilangan dah bertambah nazak setiap tahun.
Ada yang salahkan gajet. Gajet yang bantu kita connect dengan dunia. Rupanya buat kita lost connection dengan ahli keluarga.
Ya. Kita sibuk. Tapi ingat janji kita kepada Allah. Untuk jaga anak sebagai amanah. Dalam 24 jam yang kita ada, sebahagiannya adalah hak anak-anak.
Jom parents. Reconnect with our kids and spouse. They need us. Really really need us.
Semoga dengan perkongsian ini dapat memberi kesedaran kepada kita. Ada masanya kita alpa, tidak sedar yang anak-anak juga memerlukan perhatian dari ibu dan ayahnya. Mereka mungkin jarang untuk ‘tunjuk protes’, tapi itu lebih bahaya jika anak-anak hanya memendam perasaan.
Jom, meriahkan Pa&Ma Gala 2022 Reunion X TYT dan anda berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik! Sharing istimewa dari Dayah Bakar & Tasha Manshahar tentang cara penjagaan anak serta demo urutan istimewa dari Aunty June (TYT).
Cabaran membesarkan anak tak sama. Jika masa kecil kita tak cukup rehat sebab anak selalu merengek, menangis tak tahu apa yang dia nak, apabila anak masuk alam persekolahan, lain pula cabarannya.
Dengan kecanggihan teknologi yang semakin hebat sekarang ni, lagilah susah nak kawal gerak geri anak. Sebab itu, bila ibu bapa terleka sikit, cepat je anak akan belajar benda yang langsung tak terfikir pada zaman kita dulu.
Perkongsian dari Akhi Fairuz Al-Jengkawi ini mengenai permasalahan anak zaman sekarang patut diberi perhatian oleh ibu bapa.
Ada ibu bapa yang keliru dan tertanya-tanya adakah anaknya normal atau tidak setelah melihat tindak-tanduk mereka kebelakangan ini. Boleh kata setiap hari ada yang PM saya bertanyakan hal ni.
Maka, dalam post ini saya senaraikan perbuatan normal dan tidak yang mungkin dilakukan oleh seorang anak lelaki atau perempuan berusia 12 tahun ke bawah.
1. Anak luahkan yang beliau suka dan cintakan seseorang. Kadang-kadang beliau cakap nak kahwin dengan budak itu atau budak ini. Ini normal. Ia dipanggil fitrah manusiawi. Anak sebut begitu pun mungkin sebab dah biasa layan drama tv yang ada genre cintan cintun.
Yang tak normal adalah anak sukakan seseorang, tetapi dalam masa yang sama ada keinginan nak kiss mulut budak itu atau pegang punggung kanak-kanak berkenaan atau lain-lain kelucahan.
2. Anak lelaki ada ketika menyeluk tangan ke dalam seluar atau memegang seluar (kemaluan) walau tangan tidak diseluk. Perbuatan ni sebenarnya bertindak balas dari rasa ingin tahu anak lelaki, kenapa kemaluannya kejap kecil, kejap besar, kejap pendek, kejap panjang.
Yang tak normalnya adalah anak lelaki bukan sekadar memegang kemaluan, tetapi memegang kemaluan kawan-kawannya, genital adik beradiknya samada lelaki atau perempuan. Lebih parah andai anak lelaki ini sudah tahu menggosok-gosok kemaluan persis melakukan onani.
3. Anak perempuan yang ada ketika menggaru-garu kemaluannya. Mungkin gatal. Perlakuan ini normal.
Yang tak normalnya adalah anak perempuan ini memasukkan jarinya ke dalam kemaluan, menggesel atau sembamkan kemaluannya pada orang lain atau perlakuan lain-lain.
4. Kanak-kanak main kahwin-kahwin. Tak kisahlah sesama sepupu sepapat ke, sesama adik beradik ke. Ia normal.
Yang tak normalnya adalah main kahwin-kahwin, tapi perbualan mereka dah menjurus idea malam pertama, buat anak dan seks.
5. Anak lelaki atau anak perempuan yang melukis tubuh badan manusia, haiwan, tumbuh-tumbuhan dan lain-lain.
Yang tak normalnya adalah kanak-kanak ini melukis gambar manusia, tetapi di bahagian dada dilukis payudara yang besar, kemaluan lelaki yang panjang atau lain-lain private part. Juga mereka meletak dialog lucah dalam setiap lukisan itu.
6. Anak-anak berkumpul dengan sepupu ketika balik kampung dan bermain aktiviti di luar rumah seperti panjat pokok, kejar ayam, main layang-layang dan lain-lain aktiviti.
Yang tak normalnya adalah anak-anak ini bermain dengan sepupu dalam rumah, duduk dalam bilik, siap berkunci lagi. Juga mereka main di satu sudut, seolah-olah cuba menyorok dan menyimpan rahsia aktiviti apa yang sedang mereka lakukan, sambil di tangan mereka ada handphone.
7. Anak balik dari sekolah dan bercerita pasal kawan-kawannya. Kisahnya menjurus kepada layanan cikgu, topik yang dipelajari, sikap kawan-kawan atau sikap rakan-rakan yang mengejek (ini masalah juga sebenarnya).
Yang tak normalnya adalah anak balik sekolah dan menyebut perkataan kunyit, serai yang kedua ini merujuk kepada hubungan gay dan lesbian. Anak juga dah pandai cakap fuck dan tunjuk jari tengah.
Kalau anak tak menyebut perkataan atau perbuatan berkenaan, tak normal juga kalau beliau kongsikan ada kawan menyebut nak rogol kawan, main bontot dan lain-lain istilah. Ada something wrong yang dah berlaku di sekolah.
Sebenarnya ada banyak lagi keganjilan kisah-kisah yang saya perolehi. Cuma, nak bagi tahulah, jika perbuatan tak normal ini berlaku, maka ini kemungkinannya,
1. Anak kita telah terdedah dengan pornorafi. Samada dari handphone yang kita bagi atau sepupu yang ajar tengok video lucah masa balik kampung.
2. Anak pengasuh yang ajar, atau budak-budak transit. Akhirnya, anak ini rasa ia satu permainan dan meneruskan habitnya di rumah.
3. Anak melihat perlakuan jimak mak ayah depan mata. Maklumlah, jenis tak reti pisahkan tempat tidur anak sampai usia 12 tahun. Mak ayah expect anak dah tidur. Tanpa mereka sedar, anak curi-curi melihat dan memerhati.
4. Darah daging sendiri yang jadikan anak kita mangsa. Samada ayahnya sendiri, bapa sedara, sepupu, adik beradik dan lain-lain. Juga boleh jadi individu yang lain seperti cikgu sekolah, pemandu bas, pakcik kantin, kawan kepada kita dan lain-lain.
5. Kawan ajar di sekolah.
6. Masih mandi bogel bersama adik beradik. Bila balik kampung, mandi bogel dengan sepupu sepapat pula.Jika perilaku anak seperti yang saya kongsikan (tak normal), maka ini nasihat saya,
1. Tolong pastikan siapa yang ajar anak. Kadang-kadang, anak berkelakuan tak senonoh disebabkan dia tak tahu benda tu salah. Apatah lagi si pelaku dah tanamkan mindset jangan bagi tahu sesiapa, ini rahsia kita berdua dan diberi ganjaran kemudiannya.
2. Kena rujuk bahagian kanak-kanak di hospital jika dah sampai tahap ketagih. Akan ada sesi rawatan yang perlu anak ikuti.
3. Jika puncanya ada kaitan dengan jenayah, maka mak ayah please bela dan tuntut keadilan untuk anak. Lakukanlah apa sahaja walau kena buang keluarga, dipulaukan, turun naik mahkamah atau dituduh sengaja memfitnah.
4. Report polis jika anak berkelakuan lucah disebabkan menjadi mangsa pengantunan (sex grooming)
5. Paling penting, sentiasa doakan anak kita, tunjukkan contoh yang baik, sentiasa pesan tentang private part, sentuhan selamat dan tidak selamat dan lain-lain.
Jika ada orang lain bagi tahu anak kita berkelakuan tak normal, jangan melenting tak tentu pasal. Siap kata aku pandailah jaga anak sendiri. Fokus kita sekarang adalah masa depan anak berkenaan dan anasir-anasir lucah disekelilingnya. Setiap dari kita berperanan.