Jika dahulu kes jangkitan Covid-19 seakan terasa begitu jauh dengan kita. Namun kini, rakan-rakan terdekat dan ahli keluarga saban hari silih berganti terus terkesan dengan jangkitan virus berbahaya ini.
Bukan hanya merawat ahli keluarga bahkan ilmu mengenai jangkiti ini perlu dipersiap sedia. Jika disahkan positif, apa yang perlu kita lakukan dan adakah perlu untuk kita melakukan ujian kendiri saban hari?
Tak perlu keliru, ini yang dikongsikan oleh Dr Izzar Anwari di Instagramnya.
Ramai dah kena COVID-19. Kat tempat kerja saya, yang dah kena lagi ramai dari yang tak kena. Tapi alhamdulillah semuanya bergejala ringan dan tak perlu dimasukkan ke hospital. Isolasi kat rumah je. Mujur semua dah divaksinasi.
Tapi, semasa kena COVID-19 tu, saya tengok ada yang setiap hari dok buat ujian kendiri semasa tengah isolasi di rumah.
Sebenarnya tak perlulah nak buat ujian kendiri hari-hari ye. Ini kerana virus C-19 dah tidak lagi menyebabkan penularan jangkitan.
Ads
Tetapi, keputusan RTK-Ag mungkin akan positif lagi selepas tamat tempoh isolasi manakala ujian RT-PCR akan kekal positif lagi sehingga 3 bulan.
Anda mungkin begejala lagi selepas tamat tempoh isolasi tetapi jangan bimbang kerana anda tidak akan menyebabkan lagi penularan jangkitan. Cuma pakailah pelitup muka dan patuhi SOP semasa keluar tu.
Oleh itu, kalau kalau positif C-19:
Ads
✅ Isolasi di rumah dan ikut je arahan MySejahtera sehingga tamat tempoh isolasi.
✅ Lepas tamat tempoh isolasi, boleh keluar rumah walaupun bergejala.
❌️ Tak perlu ulang lagi ujian C-19 selepas dapat tahu keputusan yang pertama tu. Jimatkan wang dan air liur anda.
Dah tak ada idea nak masakkan apa untuk anak, semua dia tolak. Tak tahulah di mana silapnya padahal dah cuba macam-macam resipi. Untuk mommies yang ada masalah anak susah makan, jom segera dapatkan e-book 100++ Resipi Si Manja & Tip Untuk Mama!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Guna konsep lipat baju dan ‘tuck in’ memang sangat mudah dan menjimatkan ruang. Lagi pun kalau anak kecil yang suka selongkar almari dan sepahkan baju, masih ada harapan lagi baju itu tak terlerai dari lipatan.
Hanya guna beberapa langkah ini, anda boleh buat. Hanya ikut je tip ini. Sesuai dibuat untuk baju anak-anak yang jenis sepasang dan kalau nak pakai pun tak adalah nak mencari pasangannya.
Perkongsian dari Puan Ikaa Baharin ini dengan langkah yang cepat akan memudahkan kerja ibu melipat kain. Lepas ni kena cuba ye!
Senang kan. Jadi lepas ni anda boleh cuba buat. Confirm masalah baju lain seluar lain dah tak berlaku lagi lepas ni kalau nak dipakaikan pada anak.
Bila dah berumah tangga, tiada apa yang diinginkan oleh pasangan suami isteri melainkan diberi jodoh yang berpanjangan dan dapat sama-sama melihat anak membesar serta meniti hari tua bersama-sama. Namun jika sampai ajal, kita sebagai hambaNya perlu reda dan terima ketentuan tersebut dengan berlapang dada.
Bukan mudah bila kehilangan insan tersayang, lagi-lagi dengan anak yang masih kecil dan banyak komitmen perlu diselesaikan. Mungkin kesedihan ini sukar untuk diungkapkan tetapi hidup perlu diteruskan.
Seperti perkongsian seorang isteri ini, Zaiti Arshad pemergian arwah suaminya secara mengejut benar-benar satu tamparan hebat buatnya. Tambah pula dapat tahu diri hamil selepas arwah pergi. Namun semangatnya itu boleh memberi inspirasi buat kita semua terutama bab pengurusan kewangan.
21/3/21
Tarikh mengubah segalanya dalam hidup. Ditinggalkan my husband was sleeping with me that night.. Bawak ronda-ronda then makan kat kedai pak chot petang tu, sempat call pomen aircond nak repair aircond estima. Maghrib kami solat jemaah utk kali terakhir, isyak dia bawak zarief solat di masjid alwi.
6am dia bercakap dgn saya, ‘sayang, abang susah nafas’, 7am his death was pronounced after 30 minutes cpr. Perasaan? Takut
Saya seorang isteri yg sangat dependant, saya tak pernah tau berapa banyak suami bayar kereta, rumah, all the bills tiap-tiap bulan. Boleh dikira masa dia ada berapa kali saya isi minyak kereta. Berapa banyak duit yg dia allocate utk simpan.. Mcm mana nak bayar bill air pon saya tak reti.. Tak tau, tak reti.. Dari awal kawin kami dah setuju, dan saya redhakan duit gaji kami berdua dia manage utk selesaikan keperluan rumah tangga kami.
Saya takut, macam mana saya nak teruskan hidup? Dia dah takde.. I cant sleep for the first few night. Otak saya berfikir macam-macam. Yang paling penting saya nak selesaikan hutang dia, so i wanna share my experiences after i lost him..
2 months before he left me. Saya dpt mseej unifi ada bill tertunggak, so mcm biasa, saya suruh dia bayar. He was doing his work at the computer, dia tegur saya sebab tak penah ambil tahu pasal benda-benda ni, and my answer to him ‘ala, kan abang ada buat semua tu’. Dia senyum and told me, ni tgk abg dah buat excell dlm pc ni monthly expenses kita.. I didnt even take a glance on it untill 2 days after he passed away.
Step 1:
Senaraikan simpanan, harta, hutang yang arwah ada
Suami saya ada
1. Simpanan dalam akaun bank M (akaun atas nama suami, tapi ada bukti transaksi dr akaun saya setiap bulan) – ini simpanan bulanan kami sama-sama, asalnya kami kumpul duit nak pegi jalan-jalan ke osaka, tapi sebab pandemik tak jadi. Then i was pregnant with Zaraa..
Setiap kali pregnant, kami akan simpan duit untuk baby yang bakal lahir, untuk urusan akikah and etc, so simpan dalam akaun tu jugak
2. Duit gaji dan elaun dalam Bank I
3. Rumah yg kami duduk sekarang shared loan atas nama saya & dia – belum habis bayar
4. Kad kredit – BSN & bank islam
5. Kereta myvi – belum habis bayar
6. Motosikal – dah habis bayar
7. Sebidang tanah getah di perak
8. Simpanan tabung haji
9. Simpanan ASB
10. Personal loan – RHB & bank islam
Step 2:
1. Duit simpanan dalam akaun bank M & duit gaji dalam Bank I
Hari ke 2 lepas suami pergi, saya decide untuk bincang. Sebab mak ayah masih ada, jadi mengikut hukum, ada bahagian dia yang perlu saya bahagikan mengikut faraid. My concern was, kalau saya tak keluarkan duit tu, bila akaun dah beku lepas daftar kematian, duit tu kena tunggu bicara baru dapat. Saya bincang dengan keluarga, saya jelaskan bukan semua duit tu duit arwah dan saya nak keluarkan duit tu. Dan saya juga nak guna duit tu utk bayar mana-mana hutang yang ada. Semua bersetuju untuk serahkan semua duit simpanan ni kepada saya dan anak-anak.
PENTING : perlu tahu nombor pin & password online banking pasangan masing-masing dan wajib bincang dengan waris yang terlibat sebelum buat keputusan sendiri. Especially kalau isteri tak kerja, banyak urusan berikutnya perlu guna duit.
Untuk duit dalam bank gaji dia, juga saya keluarkan. 2 minggu kemudian saya dapat surat dari majikan suami untuk bayar balik gaji yang telah suami terima, gaji March dibayar sehingga 31/3/21, suami meninggal pada 21/3/21, jadi gaji dari tarikh 21/3/21 – 31/3/21 perlu dibayar balik secara tunai. Jadi hal ni selesai.
Untuk urusan selanjutnya, cuma boleh diselesaikan setelah ada surat daftar kematian
Buat banyak2 salinan dokumen berikut
– surat daftar mati
– permit menguburkan
– salinan ic arwah
– salinan ic sendiri
– surat nikah
– sijil lahir & mykid anak-anak
– untuk pekerja kerajaan yg masih ada ibu bapa masa meninggal, kena ada salinan surat beranak si mati & ic ibu/ayah (untuk urusan pembayaran ganjaran pencen) Sediakan 1 fail khas, letak semua sijil asal & salinan dalam 1 fail.
2. Rumah (shared loan)
Rumah kami atas nama saya dan suami, maka 50% bahagian suami mesti difaraidkan. Yang ni saya belum selesaikan sebab ada beberapa prosedur kena buat di Pejabat Pusaka Kecil. Saya akan selesaikan selepas saya bersalin & i will share later. Mengenai loan rumah (kami ambil bank loan, bukan loan kerajaan)
– insurance akan cover bahagian arwah, tapi bukan 100%. Sementara urusan selesai, masih kena bayar bayaran bulanan macam biasa (yang ni pun masih pending, mak buyung tak larat nak ulang alik pegi bank)
3. Kad kredit
BSN – bawa surat mati, kad kredit & salinan ic arwah ke kaunter, bagitau nak check balance. Bawak duit siap-siap untuk bayar supaya dapat selesaikan hutang. Bila settle, terus gunting kad tersebut. Settle dalam masa 2 jam lebih kurang
Bank islam – ada takaful, bawa surat mati, kad kredit & salinan ic arwah ke kaunter, isi borang dan tunggu proses dr bank islam ( ini saya belum dpt feedback dr bank islam). Tapi tak payah bayar.
5. Kereta myvi – ni pun masih pending, sebab kena masuk bicara di pusaka kecil. Road tax boleh renew untuk 6 bulan sahaja. Bayaran bulanan kena sambung bayar macam biasa.
6 & 7 – motosikal & tanah – pending
8. Simpanan tabung haji
Arwah suami memang letak nama saya sebagai penama. Bukan bermakna dpt duit kat saya semua ye, penama memikul tanggungjawab melangsaikan hutang dan membahagikan secara faraid.
Pergi ke tabung haji, bawak fail dokumen tadi. Urusan di kaunter tak ambil masa lama. Termasuk urusan pembatalan permohonan haji utk arwah. Duit simpanan masuk terus ke akaun TH saya selepas 3 minggu. Suami saya sentiasa pesan kepada saya, duit simpanan bahagi sama rata untuk anak2, tak kira lelaki atau perempuan, tapi anak kami semua lelaki. Saya tolak bahagian untuk buat badal haji dan bahagian faraid untuk diri sendiri, mak dan ayah pun serahkan bahagian faraid mereka utk anak-anak kami. Boleh transfer direct ke akaun anak-anak. Kalau tak nak transfer terus, make sure tulis amaun yang kita terima di satu tempat, ini amanah kita sebagai penama, selesaikan hutang arwah dan bahagikan selebihnya kepada yg hak, jgn pandang remeh menguruskan harta anak yatim.
Kalau akaun sendiri kita namakan pasangan yang meninggal sebagai penama, jangan lupa tukar penama kepada org lain. Ada 2 pilihan, sama ada nak dihibahkan atau menamakan penama. Saya pilih penama dan letak nama adik saya sebab anak-anak belum capai umur 18 tahun. Penama ni boleh ditukar kemudian. Selesai di TH.
9. Simpanan ASB
Kalau simpanan kurang dari rm10k, waris boleh tuntut di ASB, tapi kalau lebih rm10k, tuntutan kena melalui amanah raya. Simpanan suami tak sampai 10k, jadi urusan di kaunter sahaja. Selesai urusan, dapat cash duit khairat bergantung kepada jumlah simpanan arwah. Khairat tak perlu difaraidkan.
Duit simpanan tersebut masuk ke akaun asb waris yg menuntut selepas lebih kurang 3 minggu. Sekali lagi, simpanan arwah yg diterima mesti difaraidkan setelah tolak hutang yg perlu dijelaskan. Selesai di ASB.
10. Personal loan
Suami saya buat pinjaman ada takaful. Bawa dokumen tadi ke bank. Saya dah dpt surat dari RHB yg semua covered by insurance dan tak perlu bayar apa2. Utk bank islam saya masih menunggu feedback.
Panjang lebar sharing hari ni. This is based on my experiences. Sahabat-sahabat saya Asilah Alqarny dan Wan Zaihana banyak sangat bantu saya. Walaupun sedih lepas dia pergi, saya gagahkan diri untuk selesaikan.
Semoga mengalir pahala untuk suami saya, kerana asbab kematian dia saya melalui semua ni dan jujur saya tak pernah ambil tahu tentang semua ni sebelum ni. Jika Allah izinkan, ada lagi yang saya nak share later
Till then, mohon doa sahabat semua supaya Allah kuatkan rahim saya untuk membawa anak bongsu Faisal Pessot at least 3 minggu lagi. Anak yang hanya akan kenal daddy dari gambar & cerita-cerita kami… Anak yang kehadirannya hanya saya ketahui 10 hari selepas suami pergi.. Doakan kami ye..
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa &alli diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/parents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Percaya tak sikap ibu bapa boleh ‘diturunkan’ kepada anak-anak anda? Tingkah laku anda boleh menyebabkan wujudnya antiexty (kebimbangan) pada anak. Haa..tak percaya? Teruskan membaca artikel ini untuk mengetahui lebih lanjut.
Sikap ibu bapa
Ibu bapa sememangnya memainkan peranan penting dalam membentuk perihal berkaitan emosi anak pada peringkat tumbesaran awal. Adalah penting untuk setiap ibu bapa memahami dan menyedari bahawa setiap perlakuan dan sikap yang dipamerkan akan memberikan impak kepada anak-anak.
Jika anda individu yang senang untuk berasa risau dan bimbang, sudah tentu ia akan mempunyai kaitan dengan kewujudan rasa kebimbangan pada anak. Dan masalah seperti ini sebenarnya boleh memberikan efek negatif kepada anak dalam proses pembesaran dan kehidupan.
Jadi adakah terdapat cara yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalah seperti ini daripada wujud dan berkembang menjadi lebih kronik?
Cara mengatasinya
Berikut adalah beberapa cara yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalah ini, antaranya:
Terlalu mengawal
Tidak dinafikan, sebagai ibu bapa akan wujud sikap mengawal anak-anak. Malah penulis sendiri mungkin sering mencuba untuk mengawal anak. Namun apa yang kita sebagai ibu bapa tidak sedari, sikap ini sebenarnya hanya mewujudkan rasa tidak berkeyakinan dalam diri anak-anak.
Sebagai contoh situasi, katakanlah terdapat ahli keluarga yang menawarkan pilihan makanan kepada anak? Apakah yang akan anda lakukan? Mesti anda akan tolong pilih dan jawabkan ‘bagi pihak’ anak, bukan?
Tetapi tahukah anda, ia sebenarnya hanya akan mewujudkan rasa tidak yakin untuk anak dalam melakukan sebarang interaksi sosial untuk tempoh jangka masa panjang. Berikanlah peluang kepada anak anda untuk membuat dan menyatakan pilihan mereka sendiri. Bantu anak untuk menjadi lebih berkeyakinan!
Terlalu kritikal
Pernah tak anda mengalami masalah dan ia memberikan kesan kepada individu di sekeliling anda? Sebagai contoh, anda mungkin berdepan masalah berat badan dan anda tidak mahu anak-anak mengalami masalah yang sama.
“Jangan makan keropok tu, nanti gemuk!”, adalah antara kata-kata yang mungkin anda ucapkan. Namun tanpa disedari, anda mungkin bersikap terlalu kritikal sehingga menimbulkan rasa negatif dalam diri anak anda.
Cara yang lebih baik adalah dengan menjelaskan kepadanya apa yang mungkin berlaku dan memberi ruang kepadanya dalam membuat keputusan yang diingini tanpa mempengaruhi pemikiran anak-anak
Terlalu melindungi
Ya, ibu bapa mana yang tidak sayangkan anaknya. Tetapi bersikap terlalu melindungi ada kalanya tidak baik untuk perkembangan anak-anak. Beri peluang untuk anak-anak meneroka dunianya sendiri. Bersifat melindungi tidak salah tetapi harus dalam cara yang masih terkawal. Jangan berlebihan.
Bertengkar
Perselisihan faham antara suami isteri adakalanya tidak boleh dielakkan. Namun, sebaiknya, hindari daripada bertengkar di hadapan anak-anak. Cuba untuk menyelesaikan masalah anda secara persendirian. Ini kerana terdapat kajian yang mengatakan, keluarga yang tidak harmoni mempunyai kaitan tinggi dengan tahap kebimbangan yang tinggi pada anak-anak.
Sama ada anda percaya atau tidak, setiap perkara yang anda lakukan sebagai ibu bapa memberi kesan terhadap tahap kebimbangan pada anak. Yes! Rasa bimbang itu normal, tetapi jika ia masih terkawal.
Belajar untuk mengawal sikap dan tingkah laku anda sudah tentu dapat membantu anak anda untuk mengawal tahap kebimbangan dalam diri mereka juga. Sekiranya tahap kebimbangan anak anda adalah serius, anda mungkin perlu membawanya untuk mendapatkan rawatan dan pemeriksaan lanjut.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Keputusan untuk memiliki anak bukanlah sesuatu yang mudah bagi kebanyakan pasangan hari ini. Selain perlu bersedia dari segi emosi dan fizikal, ibu bapa turut memikirkan kos sara hidup, penjagaan anak, kestabilan pekerjaan serta kemampuan untuk membesarkan keluarga dalam keadaan ekonomi yang semakin mencabar.