Membantu anak-anak anda tentang kepentingan makanan sihat adalah sangat diperlukan kerana membesar dengan amalan pemakanan yang buruk boleh menyebabkan kanak-kanak mengalami pelbagai masalah kesihatan seperti tekanan darah tinggi, diabetes, obesiti, penyakit jantung dan kanser.
Industri makanan segera pula saban hari semakin popular. Oleh itu, terdapat beberapa tip yang boleh dicuba bagi menghalang anak anda daripada mengambil makanan ringan dan gemar makanan yang berkhasiat.
Letakkan kudapan berkhasiat berhampirannya
Anda boleh membuat kudapan yang sihat di dalam peti sejuk atau kabinet supaya anak-anak anda dapat mengambilnya apabila mereka lapar. Buah-buahan, sayur-sayuran atau keropok bijirin penuh dan keju adalah pilihan yang lebih baik daripada makanan segera yang lain.
Ads
Jangan letakkan makanan ringan di rumah
Hadkan penggunaan makanan ringan. Anak anda tidak akan makan makanan ringan jika anda tidak membelinya. Kurangkan pembelian makanan ringan dan anak anda juga akan mengurangkan pengambilannya.
Jangan tawar-menawar
Ads
Jangan gunakan makanan ringan sebagai alat tawar-menawar. Anda harus memberi ganjaran kudapan berkhasiat dan bukannya makanan ringan. Kanak-kanak perlu memilih berapa banyak yang mereka makan, mendesak mereka menghabiskannya menyebabkan mereka makan terlalu banyak pada kemudian hari, terutamanya dengan hidangan besar.
Ads
Jangan melarang
Jangan menghalang anak anda daripada memakan makanan ringan sepenuhnya. Ini akan menyebabkan anak anda menjadi lebih tertanya-tanya tentang makanan ringan dan mereka mungkin cuba untuk memakannya dalam pelbagai cara. Sebaliknya, anda harus mengajar mereka mengenai kesan makan makanan ringan dan menjelaskan kepada mereka tentang kelebihan kudapan sihat secara beransur-ansur, setiap hari.
Jadi contoh
Anda harus menjadi contoh amalan pemakana sihat supaya anak anda mengikuti tindakan anda. Mereka boleh meniru apa yang anda makan. Oleh itu, ingat untuk mengamalkan diet yang baik dan elakkan makanan ringan.
Ada kajian yang menunjukkan kanak-kanak pada usia 3-4 tahun bertanya sehingga 288 soalan dalam sehari. Selain buat tak tahu atau jawab ala kadar, ada banyak perkara yang anda perlu beri perhatian dalam memahami psikologi di sebalik setiap pertanyaan mereka.
Menurut Dr Rozanizam Zakaria, bila anak bertanya soalan demi soalan jangan rasa rimas kerana waktu ini adalah masa sel-sel otak anak berhubung dan mereka mahu tahu semua perkara melalui pemerhatian dan persekitaran.
Tip untuk ibu bapa bersedia hadapi persoalan anak
“ayah kenapa atas ambulans ada lampu lip-lap?” “adik rasa kenapa ya? Babah pun nak tahu la..”
“kenapa orang tu gemuk abi? “kalau orang kata macam tu kat ayah atau ibu, macam mana adik nak jawab?” “mesti adik kena kata, tak baik cakap pasal rupa orang, Allah tak suka..”
“abi pun tak tahu, apa kata nanti kita cari jawapannya sama-sama”
“apa kata adik tanya pakcik kedai ayam ni, dia mesti tahu rahsia kenapa ayam ni tak ada bulu”.
“umi tahu kakak ada banyak nak tanya, tapi sekarang umi tengah cakap dengan auntie, apa kata kakak main dulu, bila umi dah habis umi cakap semula dengan kakak, boleh?” Pastikan anda tepati janji.
Contohnya bila nampak mereka bermain jual-jual, tanyakan apa nama kedai mereka, pukul berapa buka, apa warna kedai ini, siapa yang selalu datang dan sebagainya. Ia juga mampu meransang sisi kreativiti mereka.
“Arghh..bestnya kalau sekolah dah buka. Tak payah dah pening-pening nak kena tengok pelajaran anak ni sorang-sorang tiap hari.” “Dahlah kena WFH..mana nak tengok kerja lagi, bereskan rumah, ni kena tengok tugasan yang cikgu bagi pulak. Yang anak-anak pun…semua harap kat kita. Aduhh.. stress la gini.”
Ramai rupanya mama mama yang dalam situasi begini ka? Emm..benar..ia sungguh tidak mudah. Ibu Rose sudi berkongsi solusinya.
Meh…baca apa yang Ibu kongsikan seterusnya.
Hari ni, Ibu nak kongsikan apakah perkara yang boleh dilakukan agar tenang dalam mengajar anak-anak di rumah. Alhamdulillah..Allah panjangkan lagi usia Ibu, dapat memberi dan berkongsi ilmu dengan kalian lagi.
Baik, kita teruskan ya.
Ada 4 perkara utama yang boleh dilakukan, iaitu:
1. STATE
Mudah ceritanya, adalah betulkan keadaan diri (state).
Bagaimana?
Dengan tenangkan diri dulu. Caranya adalah dengan ‘Connect’ diri dengan Allah.
Bila kita connect dengan Allah, kita dah tak risau tidak menentu mengenai masa hadapan anak-anak kita. Walaupun anak-anak kita mungkin payah untuk faham apa yang sedang diajar dan dipelajari, kita tidaklah menjadi cepat panik dan risau anak kita itu gelap masa hadapannya. Selalu ibu bapa menjadi panik tidak menentu kerana anak struggle untuk memahami sesuatu pelajaran. Risau apalah nanti nasib anak itu lantaran perkara itu.
Bila kita ingat kepada Allah, kita akan mempunyai satu perasaan tenang bahawa Allah memelihara anak-anak kita.Ini menjadikan kita lebih tenang. Lantaran itu menjadi lebih mudah mengajar anak-anak kita bila kerisauan tidak menentu ini hilang.
Oleh itu kita mula memohon agar Allah membantu kita.
” Ya Allah, aku tak tahu bagaimana nak mengajar anak-anak aku ni, kecuali apa yang Kau berikan dan ilhamkan. Ya Allah, bantulah hambaMu ini. Berilah daku ilmu dan kemahiran yang sepatutnya aku ada agar dapat mendidik anak-anakku dalam suasana sekarang.”
Selalulah minta dan bermunajat padaNya. Akui kelemahan diri, dan berharap sungguh-subngguh padaNya. InsyaAllah, Allah PASTI akan bantu.
Bagaimana cara Allah bantu?
MasyaAllah. PELBAGAI. Pelbagai cara. Pelbagai medium. Pelbagai media.
Boleh jadi dari perkongsian ilmu di social media, dapat memberi jawapan dan ilham atau skill pada anda. Boleh jadi dari siaran radio yang kena pada persoalan.
Boleh jadi melalui kursus yang diikuti. Allah ada 1001 cara untuk membantu, asal saja kita ‘connect’ dan minta dariNya. Mintalah dari Allah agar potensi diri mengajar DIKELUARKAN dan dapat membantu anak-anak yang anda kasihi.
Percayalah, yang anda punya potensi diri yang hebat. Tinggal lagi, ia mungkin belum terserlah. Yakinlah, anda adalah ibu bapa yang terbaik pada anak-anak anda.
-Anda ibu bapa yang berdaya. -Anda ibu bapa yang teguh hadapi cabaran. -Anda ibu bapa yang pengasih dan tegas.
Apa yang anda rasa, anak juga rasai.
So, ibu bapa wajib bijak mengawal apa yang dirasai, apa yang berada dalam fikiran.
Jika ibu bapa tenang, anak akan tenang. Jika ibu bapa stress, anak juga akan begitu.
Malah, Allah bersama sangkaan hambaNya.
Sebab tu sangattt penting mengawal apa yang anda rasa.
State yang tenang, InsyaAllah akan datang bersamanya solusi. InsyaAllah, anda akan lebih mudah mengawal keadaan.
Andai anda rasa takut, anak juga rasa begitu. Andai anda rasa stress, anak juga akan rasa begitu.
So, ‘connect’ lah dengan Allah. InsyaAllah hati jadi tenang, dan SOLUSI akan mudah menghampiri anda.
2. TINGKATKAN KOMPETENSI MENGAJAR
Dalam kompetensi, ada 3 perkara yang sangat perlu dikuasai, iaitu :
i. Sikap : Mindset yang betul tentang mendidik anak, tentang anak tu sendiri, dan diri sendiri
ii. Skill yang relevan dalam mendidik seperti skil mengajar, skil komunikasi, skil Coaching dan skil memimpin.
iii. Skil membina pertalian yang baik dengan anak-anak. Bila ada hubungan yang baik dengan anak, maka sesi pembelajaran akan jadi lebih mudah.
Di sini juga, skil coaching sangat perlu. Seperti mana coach bola sepak yang bukanlah dia pemain terhebat dapat anugerah pemain terbaik contohnya, namun dia ada kemahiran strategi yang boleh membantu pasukan. Maka parents sangat perlu skilini, yang akan sangat membantu anak, mendorong anak. Ibu bapa bukanlah GURU pelajaran itu, tetapi COACH yang menunjukkan cara yang betul bagaimana untuk belajar.
iv) Ilmu Untuk bijak memimpin atau coach anak-anak dalam belajar, bacalah sedikit sebanyak apa yang sedang anak-anak pelajari. Sayang tidaklah sampai pelu menjadi subject-mattet-expert. Namun, sayang ada garis panduan mengenai topik yang diajar itu.
Jika ini adalah payah untuk sayang, maka belajarlah bagaimana untuk bertanya soalan dan kuiz untuk anak-anak bijak mencari jawapan dari soalan-soalan yang anda tanya.
Ibu berharap anda mendapat sesuatu yang bermanfaat. Semoga ramai yang mendapat manfaat. Ibu doakan sayang dapat apa Ibu cuba sampaikan.
Salam kasih,
Sumber:
Ibu Rose & Yasmin Sari (Apprentice Ibu Rose)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pernah tak ibu ayah alami situasi anak berebut mainan. Kadang mainan banyak pun, yang satu tu juga anak nak. Sampaikan ibu ayah naik pening nak melayan kerenah anak-anak. Kalau setakat berebut sekejap tak ada masalah tetapi jika sampai menangis, memang boleh hilang kesabaran ibu ayah.
Menurut Konsultan Tangisan & Tidur Bayi, Puan Uswatun Hasanah, ini cara yang boleh ibu ayah buat dan tenangkan anak jika alami drama anak tak nak berkongsi.
Angkat tangan berapa ramai dari anda yang berkata:
“Jangan pukul adik !”
” Berhenti berebut !”
” Abang kan dah besar, mengalahlah dengan adik ”
” Banyak mainan mama beli, mainan ni juga korang nak berebut kan? ”
Ya, saya pun angkat tangan juga tau. Er…apa yang tak kena dengan ayat-ayat di atas tu? :
Bahagian fikiran kritikal otak anak seperti rasa empati, logik, alasan dan sebab kepada sesuatu hal belum berkembang elok.
Ayat-ayat di atas tidak menjawab: Kenapa tak boleh pukul? Kenapa tak boleh berebut? Kenapa saya yang kena mengalah? Saya memang nak main yang ini, jadi kenapa saya tak boleh berebut mainan ni?
Otak anak kecil obses untuk mengawal.
Tahu apa rasanya bila kita mula-mula dapat kuasa, ilmu atau kedudukan kepada sesuatu? Saya bagi contoh mudah je. Bila kita mula jadi ibu. Wah, panas betul hati kita bila orang sekeliling pandai-pandai nak tentukan apa yang boleh atau tak dengan anak kita. Wah, sakit hati kita bila orang suka hati je pegang, ambil dan urus anak kita tanpa minta izin. Kan?
Kita jadi obses untuk ‘take control’. Begitulah juga dengan anak kecil terutamanya toddler kerana merasa sentiasa dapat kesedaran baru tentang diri mereka seperti: Wah, rupanya saya boleh menolak orang sampai terjatuh! Wah, tak sangka tangan saya cukup kuat untuk merampas benda.
Skil motor dan perkembangan fizikal anak yang lebih laju berbanding kebagusan fahaman otaknya buat SEMUA ANAK bertukar agresif pada sesuatu tahap usia.
Ini punca toddler sangat bersikap ‘impulsive’ (tak berfikir, semberono, spontan).
Maka: respon kita sebagai orang tua kena betul serta perkataan yang kita ucapkan juga perlu sesuai.
Ini contoh skrip sesuai untuk situasi rebut-merebut anak.
Kredit: USWATUN HASANAH MOHD HABIB KONSULTAN TANGISAN DAN TIDUR BAYI PANEL DOKTORBUDAK.COM THB EDU ASSC DBL INSTITUTE THE WONDER WEEKS ACADEMY SLEEPSMART EDUCATION BIG LITTLE FEELINGS
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!