Pernah tak ibu ayah alami situasi anak berebut mainan. Kadang mainan banyak pun, yang satu tu juga anak nak. Sampaikan ibu ayah naik pening nak melayan kerenah anak-anak. Kalau setakat berebut sekejap tak ada masalah tetapi jika sampai menangis, memang boleh hilang kesabaran ibu ayah.
Menurut Konsultan Tangisan & Tidur Bayi, Puan Uswatun Hasanah, ini cara yang boleh ibu ayah buat dan tenangkan anak jika alami drama anak tak nak berkongsi.
Angkat tangan berapa ramai dari anda yang berkata:
“Jangan pukul adik !”
” Berhenti berebut !”
” Abang kan dah besar, mengalahlah dengan adik ”
” Banyak mainan mama beli, mainan ni juga korang nak berebut kan? ”
Ya, saya pun angkat tangan juga tau. Er…apa yang tak kena dengan ayat-ayat di atas tu? :
Ads
Bahagian fikiran kritikal otak anak seperti rasa empati, logik, alasan dan sebab kepada sesuatu hal belum berkembang elok.
Ayat-ayat di atas tidak menjawab: Kenapa tak boleh pukul? Kenapa tak boleh berebut? Kenapa saya yang kena mengalah? Saya memang nak main yang ini, jadi kenapa saya tak boleh berebut mainan ni?
Otak anak kecil obses untuk mengawal.
Ads
Tahu apa rasanya bila kita mula-mula dapat kuasa, ilmu atau kedudukan kepada sesuatu? Saya bagi contoh mudah je. Bila kita mula jadi ibu. Wah, panas betul hati kita bila orang sekeliling pandai-pandai nak tentukan apa yang boleh atau tak dengan anak kita. Wah, sakit hati kita bila orang suka hati je pegang, ambil dan urus anak kita tanpa minta izin. Kan?
Kita jadi obses untuk ‘take control’. Begitulah juga dengan anak kecil terutamanya toddler kerana merasa sentiasa dapat kesedaran baru tentang diri mereka seperti: Wah, rupanya saya boleh menolak orang sampai terjatuh! Wah, tak sangka tangan saya cukup kuat untuk merampas benda.
Skil motor dan perkembangan fizikal anak yang lebih laju berbanding kebagusan fahaman otaknya buat SEMUA ANAK bertukar agresif pada sesuatu tahap usia.
Ads
Ini punca toddler sangat bersikap ‘impulsive’ (tak berfikir, semberono, spontan).
Maka: respon kita sebagai orang tua kena betul serta perkataan yang kita ucapkan juga perlu sesuai.
Ini contoh skrip sesuai untuk situasi rebut-merebut anak.
Kredit: USWATUN HASANAH MOHD HABIB KONSULTAN TANGISAN DAN TIDUR BAYI PANEL DOKTORBUDAK.COM THB EDU ASSC DBL INSTITUTE THE WONDER WEEKS ACADEMY SLEEPSMART EDUCATION BIG LITTLE FEELINGS
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Nutrisi memainkan peranan penting dalam perkembangan pertumbuhan fizikal dan mental kanak – kanak. Diet seimbang dan berkhasiat membekalkan segala nutrien yang diperlukan bagi membantu menyokong perkembangan anak – anak kecil ini.
Namun demikian, terdapat beberapa dapatan kajian daripada pertubuhan antarabangsa dan tempatan menunjukkan kanak – kanak Malaysia masih kurang mendapat nutrisi dan zat yang mencukupi.
Perkembangan sihat anak-anak anda agar mereka dapat mencapai potensi mereka yang sepatutnya. Kekurangan zat makanan atau nutrien bukan sahaja boleh memberi kesan kepada tubuh fizikal si manja anda, bahkan boleh menjejaskan perkembangan emosi dan kemahiran kognitif (berfikir) mereka.
Menurut Dr Malar, masalah kekurangan zat makanan masih terjadi walaupun sudah masuk tahun 2023. Tetapi, terdapat solusi yang boleh digunakan bagi membantu anak mendapatkan zat makanan yang sepatutnya diperlukan oleh badan anak – anak. Jom lihat video perkongsian Dr Malar melalui akaun Facebooknya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tanpa sedar ramai ibu ayah selalu berjanji dengan anak tapi kadangkala terlupa nak tepati. Rupanya perbuatan ini sangat tidak bagus kerana beri kesan buruk pada perkembangan psikologi anak.
Ibu ayah selalu menjanjikan sesuatu pada anak sama ada pergi ke suatu tempat atau membelikan barang kesukaan anak tapi selalu juga ibu ayah tidak sengaja atau sengaja memungkiri janji kerana ada keperluan atau alasan lain.
Mungkin kita beranggapan si kecil berusia 2 hingga 6 tahun tidak ingat dengan janji-janji yang diberikan sehingga kadangkala tanpa sengaja atau tidak kita melupakannya.
Namun sebenarnya anak tidak boleh melupakan begitu sahaja. Setiap hari dia akan menuntut apa yang dijanjikan supaya dapat dipenuhi segera. Walaupun permintaan tersebut telah berlalu beberapa minggu atau pun bulan, tetapi anak akan terus ingat dan menuntutnya.
Jangan main-main bila berjanji pada anak
Mengabaikan janji pada anak sebenarnya tidak bagus dan berisiko memberi kesan buruk pada perkembangan psikologi anak. Kenapa? Kerana setiap hari anak akan terus belajar dan meniru untuk membesar dan sudah tentu sumber terdekatnya belajar adalah dari kedua ibu bapa.
Oleh kerana ibu ayah adalah model contoh anak belajar banyak perkara, maka memungkiri janji akan menyebabkan anak susah untuk percaya dan menganggap janji yang diucapkan oleh ibu bapanya adalah bohong. Paling membimbangkan bila anak akan mencontohi perkara itu dan kerap berbohong walaupun dalam hal-hal kecil.
Namun sebagai manusia biasa kadangkala kita tak terlepas daripada mengalami masalah atau kesukaran untuk memenuhi janji tersebut. Maka sebaiknya kalau tak dapat memenuhi janji pada anak segeralah minta maaf padanya dan jelaskan alasannya. Anda boleh tukar kepada alternatif lain sebagai ganti pada janji yang tak boleh dikotakan.
Bila ibu bapa menepati janji pada anak secara tak langsung telah mengajar tentang kepercayaan dan menghormati orang lain. Sebaliknya jika dengan sengaja ibu ayah tidak menepati janji, maka anak akan hilang percaya pada anda dan paling teruk mengikut tingkah laku tersebut.
Sebaiknya elakkan daripada suka menabur janji pada anak. Bimbang kita tak dapat menepatinya tanpa alasan yang munasabah.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ramai orang tahu yang bermain adalah waktu belajar bagi kanak-kanak. Tapi adakah kita betul-betul tahu mainan yang macam mana yang sesuai untuk anak-anak untuk meningkatkan pembelajaran mereka.
Menurut perkongsian Pakar Patologis Pertuturan Bahasa, Cik Aishah Kassim, jika kita perasan, mainan dicipta dengan rupa dan fungsi yang berbeza. Berbeza dari segi saiz, tekstur, bentuk, warna, fungsi dan lain-lain. Sebenarnya, mainan dicipta dengan kajian yang telah dilakukan dan setiap mainan tersebut boleh digunakan untuk membina kamahiran yang berbeza-beza juga.
Berikut sy senaraikan beberapa jenis mainan yang perlu ada di atas rak di rumah anda, terutamanya bagi kanak-kanak yang kebanyakan masa berada di dalam bangunan / rumah. Ianya penting supaya kanak-kanak medapat rangsangan yang secukupnya untuk perkembangan mereka
Mainan ‘cause & effect’
Mainan mcm ni sesuai untuk kanak2 berusia 6 bulan – 2 tahun kerana mainan sebegini banyak memberikan input sensori pada kanak-kanak. Mainan sebegini biasanya perlu ditekan, dipusing, dipicit, digoncang dll lagi untuk menghasilkan effect. Memahami cause & effect adalah kemahiran kognitif (berfikir) yang biasanya terbentuk pada usia 3-6 bulan lagi.
Kemahiran paling awal adalah bayi 0 dan kesannya, ibu datang memberi susu, menukar lampin dll respon yang diperolehi hasil dari tangisan tadi. Apabila usia mereka meningkat, mereka akan belajar kemahiran cause & effect yang lebih kompleks seperti menggoncang rattles, menekan butang, dll. Sebab tu kalau kita tengok, kanak-kanak suka main suis lampu, sebab bila di tekan, lampu menyala. Bagi kanak-kanak ianya adalah mainan cause & effect.
Jadi apa kaitan mainan cause & effect dengan pembelajaran kanak-kanak?
Kaitannya, permainan cause & effect akan meningkatkan kemahiran kognitif kanak-kanak iaitu kemahiran berfikir & menyelesaikan masalah. Bila kanak-kanak boleh berfikir dengan baik, sudah semestinya boleh belajar dengan baik, lebih fokus dan lebih kritikal pemikiran mereka. Mudah untuk mereka memahami apa yang terjadi di sekeliling mereka.
Mainan Konstruktif (boleh dibina dan disusun)
Apabila mencecah usia 18 bulan, kanak-kanak suka pada sesuatu yang membina dan menyusun. Jadi kita akan lihat kanak-kanak akan menyusun objek samaada menyusun secara berderet atau meninggi. Jadi pada ketika ini anda boleh dedahkan kanak-kanak dengan permainan2 yg membolehkan mereka menyusun dan berfikir pada masa yang sama. Selain itu, menyusun, memasang, memanipulasi objek dengan tangan membolehkan kanak2 meningkatkan kemahiran motor halus mereka.
Pada peringkat awal, mungkin anda boleh membina sesuatu yang mudah2 dulu, tapi makin meningkat usia kanak2, anda boleh tingkatkan kesukaran untuk menyusun dan membina sesuatu yang lebih kompleks. Dengan cara ini boleh tingkatkan imaginasi kanak2 juga.
Mainan untuk pergerakan fizikal
Biasa tak dengar orang tua2 cakap “budak aktif tu budak cerdik”.. dan sy memang setuju.. aktif ya bukan hiperaktif..ada beza tu.
Kanak-kanak aktif sebenarnya mereka tengah explore, try & error, alami mcm2 experience dan sudah semestinya mereka belajar banyak perkara dari experience tersebut.
Tambah pula, aktiviti fizikal akan meningkatkan banyak skill pada badan seperti, body awarness & control, pergerakan bilateral badan, koordinasi badan, menguatkan otot dan menyihatkan badan juga. Jadi aktiviti fizikal ni bukan saja utk badan..tapi ianya juga untuk perkembangan otak kanak2. Makin sihat otak, makin cerdik lah mereka dan makin mudahlah mereka belajar..
Jadi kalau anak suka main, explore sana sini dan buat mcm2 permainan pelik, jangan risau… tapi kalau anak dok diam, x bergerak seharian, asyik duduk main gajet dan tgk tv..yg ni yg perlu dirisaukan.
Mainan ‘messy’
Mainan ‘messy’ adalah mainan yang melibatkan sesuatu yang comot. Mungkin kurang menyenangkan bagi sesetangah orang, tapi bagi kanak-kanak permainan sebegini adalah menyeronokkan. Tapi ada juga kanak-kanak yang sukar untuk tolerate dngn mainan ‘messy’ ni.
Mainan messy ni sebenarnya banyak memberi manfaat pada kanak-kanak. Bukan sahaja boleh enjoy bermain malah banyak rangsangan yang boleh diperolehi bergantung kepada jenis messy play. Antaranya adalah dapat tingkatkan kepekaan deria (sensory), meningkatkan kemahiran motor halus dan kasar, manipulasi tangan dan anggota badan, belajar berfikir & menyelesaikan masalah dan mcm2 lagi.
Dengan adanya kepekaan deria yang baik dan stabil, kanak2 akan lebih fokus untuk belajar. Jadi pembelajaran akan terjadi dengan lebih cepat dan berkesan. Jadi banyak-banyakkanlah messy play di rumah ya.
Pelbagai stage umur boleh main mainan sebegini. Untuk kanak2 yang kecil seperti 1 tahun ke atas anda mungkin boleh main menggunakan bahan2 simple je seperti buih sabun, mknan melekit.. nak main pasir ke playdough pun boleh cuma kena perhatikan lah.. takut masuk mulut pula nanti. Bila makin besar blh je main bahan yg sama, cuma tingkatkan kesukaran dan imaginasi jelah.
Mainan untuk berpura-pura/berlakon
Sebenarnya setiap peringkat dan cara kanak2 bermain menggambarkan tahap perkembangan mental (kognitif) mereka. Antaranya adalah permainan pura-pura atau ‘pretend play’. Melalui permainan sebegini, kanak-kanak banyak belajar berimaginasi, mencipta idea dan kreativiti mereka tersendiri dan sudah semestinya mereka belajar berfikir semasa bermain tersebut. Dan biasanya pretend play ini dimainkan bersama orang lain, jadi skill sosial akan ditingkatkan seperti adab berkawan, berkongsi, memberi dan menerima arahan, menetapkan gol untuk dicapai semasa bermain, handle conflict, gaduh, baik balik. Biasa la kan budak2 mcm tu. dan mereka akan bljr bnyk perkara dari situasi yg berlaku semasa bermain.
Contoh pretend play ni spt main masak2, makan2, kemudian bagi org lain makan, berlakon jadi ibu, beri baby minum susu, bila dah besar sikit berlakon jadi cikgu, jadi polis, bomba, doktor dll. Lagi besar berlakon kawin2… kita pun main kan masa kecik2 dulu. Jadi apa salahnya ajar anak2 utk main juga.
Pensil & kertas
Ini adalah mainan yang paling mudah untuk di bawa kemana-mana sahaja. Macam-macam boleh dibuat dengan kertas, pensil, warna dll. Main lukis2, main conteng2, main teka2. Boleh buat anak leka masa dalam kereta, masa makan, masa anda nak buat kerja dan dalam macam2 situasi. Bukan sahaja boleh mengajar anak memanipulasi tangan, meningkatkan imaginasi dan kreativiti, boleh belajar mengenal objek, gambar dan macam2 lagi. Jangan kita tak tau yang menconteng adalah latihan awal tangan kanak2 untuk mereka belajar menulis nanti.
Tapi kita perlu ingat ya.. bukan mainan itu yang mengajarkan skill pada kanak2.. mainan tersebut hanya bahan sahaja untuk anda tarik perhatian dan memudahkan kerja anda. Jika nak buat sendiri pun boleh. atau boleh guna je barang2 lain yang ada di rumah mengikut kreativiti anda. Yang paling penting sekali adalah ANDA.. orang yg akan menunjukkan jalan pada kanak2 untuk belajar. Jangan ingat dengan hanya membeli dan mmberi anak main mainan tersebut dpt membentuk skill2 yg sy senaraikan di atas ya.. Kalau mcm tu senang la keje.
Memang kanak2 belajar dari pengalaman mereka bermain.. tapi mereka perlukan panduan dan tunjuk ajar untuk mendapat pengalaman tersebut. Dan lagi pula, bila nak belajar berkomunikasi dan bersosial, kenalah ada orang lain kan.. kalau main sorang2, mcm mana nak belajar berkomunikasi.
Trend squishy toy microwave bahaya kini viral dan menyebabkan kecederaan melecur serius kepada kanak-kanak. Ketahui risiko sebenar dan langkah pencegahan.