Jangan terlampau rajin, serba serbi buatkan untuk anak tersayang. Kalau betul sayang anak, bantu dia kembangkan Executive Function otak dia.
Nampak kalau mainan anak bersepah, jangan bebal jangan juga kemaskan tapi panggil anak kemas sendiri.
Nampak anak nak makan atau minum air, jangan “alah, kesiannya meh ibu tolong ambilkan”
Jangan, jangan, jangan!!
Ads
Bagi anak peluang ambil sendiri, malah galakkan dia buat sendiri. 2 tahun pun dah boleh ambil air sendiri di coway tu, senang je.
Nampak anak struggle nak naik atas kerusi makan, jangan sebak atau simpati pula biarkan dia usaha sendiri.
Ads
Dia sedang membina otot badan, membina keyakinan diri & paling penting skil self manage dia akan makin superb!
Sebenarnya tak ada pun ibu ayah yang malas, mereka cuma nak anak cepat bijak je.
Makin banyak pendedahan, makin banyak pengalaman, makin banyak usaha buat sendiri semakin ligat la perkembangan otak anak nanti. InsyaAllah.
Kita jangan rajin sangat, baru anak tak jadi malas!
Mama! Mama! Adik nak mainan tu! jerit Aiman tanpa menghiraukan orang ramai yang melihat karenahnya. Anda pasti pernah mengalami situasi sebegini ketika berkunjung ke pusat membeli-belah. Ketahui lebih lanjut panduan menghadapi anak yang meragam.
Anak meragam atau mengamuk di tempat umum mungkin akan membuatkan anda malu dan sangat marah. Anak pula akan menangis dan menjerit sekuat hati ditambah dengan aksi berguling-guling tanpa menghiraukan orang di sekeliling. Apa yang si kecil tahu kemahuan mereka mesti dipenuhi. Akibatnya segelintir ibu bapa memilih untuk beralah dengan anak-anak, yang penting si kecil tidak lagi menjerit. Namun hakikatnya, jalan mudah ini salah, jika dibiarkan berterusan akan menjejaskan perkembangan anak secara positif. Sebagai ibu bapa anda harus tahu cara yang betul untuk menangani anak yang sering mengamuk dan meragam.
Kenapa mengamuk?
Mengamuk merupakan salah satu cara anak-anak kita melepaskan geram, kecewa, meluahkan apa yang terbuku di hati, mendapatkan sesuatu dan juga meraih perhatian. Ada juga yang meragam kerana mereka penat, lapar atau merasa tidak selesa. Jadi sebagai ibu bapa kita perlu kenal pasti situasi apa yang membuatkan anak-anak meragam.
Kanak-kanak yang sedang membesar mahukan kebebasan untuk mendapatkan apa sahaja. Maka itu jika mereka dihalang, potensi untuk mengamuk menjadi jalan untuk mereka menunjukkan rasa protes. Sebagai contoh jika anak anda inginkan permainan yang disukainya, dan kemahuan mereka tidak dipenuhi, pasti si kecil akan menjerit serta meraung sehinggalah kemahuan mereka dituruti.
Ini adalah normal kerana semua ini berlaku disebabkan perkembangan anak itu sendiri. Menurut pendapat pakar kanak-kanak, anak-anak yang berumur antara 16 bulan hingga tiga tahun akan selalu mengamuk atau throw temper tantrum. Ini adalah perkembangan yang normal kerana kanak-kanak dalam usia tersebut mempunyai keinginan yang tinggi dan mereka juga menjadi seorang yang egosentrik atau mementingkan diri (terutama pada umur dua tahun). Mereka juga sedang belajar untuk menjadi lebih berdikari dan suka melakukan sendiri banyak perkara.
Panduan hadapi anak mengamuk
Walaupun mengamuk merupakan satu perkembangan normal tetapi sebagai ibu bapa, kita seharusnya menolong anak mengawal tabiat tersebut. Semak perkara berikut.
Pernah seorang ibu menangis apabila anaknya mengamuk dan meragam. Melihat ibunya menangis, anak itu bertanya kenapa ibunya menangis. Jawab ibu itu, dia menangis kerana anaknya yang baik meragam. Mendengar jawapan ibunya, anak itu berhenti menangis lalu terus memeluk dan mencium ibunya. Cara ini mungkin boleh dilakukan oleh ibu dalam usaha memujuk anak yang menangis dan meragam selain mengalihkan perhatian mereka dengan sesuatu.
Kanak-kanak mengamuk kerana mereka tahu dengan cara tersebut mereka akan dapat apa yang diinginkan. Elakkan daripada mengalah dengan kehendak anak dan memenuhi permintaannya yang tidak sepatutnya. Kanak-kanak memang bijak sekali kita mengalah apabila mereka mengamuk, mereka akan tahu kelemahan kita dan akan mengamuk setiap kali keperluan mereka tidak dipenuhi. Jangka masa mengamuk juga akan lebih lama kerana mereka tahu anda akan mengalah akhirnya. Oleh itu cekalkan hati dan tegas dalam membuat keputusan.
Jangan sesekali memarahi si kecil anda kerana ia tidak akan membantu. Terangkan pada mereka kenapa tidak boleh. Jika anak mengamuk kerana tidak dapat melakukan sesuatu tugasan atau permainan, cuba beri tugasan atau permainan lebih mudah atau bantu anak untuk mencapai objektifnya. Memberi pelukan dan ciuman kasih sayang juga dapat membantu anak-anak yang meragam.
Membiarkan anak meragam adalah ubat paling mujarab kerana jika anda memujuk ia akan memberi gambaran bahawa dia akan dapat semua yang dimahukan apabila dia meragam. Cuma pastikan anak selamat kerana ada sesetengah kanak-kanak yang bertindak mencederakan diri apabila mengamuk seperti menghantukkan kepala ke lantai dan ada juga yang sukar bernafas ketika mengamuk.
Berbincanglah dengan mereka kenapa permintaannya tidak dipenuhi dan kenapa mereka tidak sepatutnya bersikap sedemikian. Tegaskan bahawa dengan mengamuk tidak akan membawa apa-apa kebaikan kepada mereka dan itu satu tingkah laku yang tidak baik.
Perhatian!!!
Jangan cuba untuk menenangkan anak yang sedang mengamuk kerana ini akan membuatkan suaranya bertambah kuat kerana fikirnya dia boleh mengambil kesempatan ke atas anda dengan cara mengamuk. Biarkan sahaja dia menangis sepuasnya hingga dia merasa letih untuk terus menangis.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bila anak-anak mula merangkak dan berjalan, habislah satu rumah dikemasnya. Kadang-kadang penat si ibu nak melarang dan menyusun balik barang-barang tersebut terutama sekali baju yang baru sahaja dilipat.
Puan Ojie Ismail melalui akaun facebooknya telah berkongsi cara lipatan baju yang kemas dan tidak akan terbuka walaupun disepahkan oleh anak-anak.
Lipat baju baby cara saya
Baby dah pandai berjalan dan sangat rajin tolong selongkar laci baju. Guna konsep lipat dan ‘tuck in’ memang terbaik sebab, selongkar lah cara mana pun, In Sha Allah lipatan baju masih kukuh dan tak terlerai.
Bila dah puas anak selongkar sampai laci kosong, ibu2 hanya perlu susunkan semula jer. Dah tak payah penat2 lipat balik.. Cuma kemas2kan lipatan jika perlu..
Sesaja share, mungkin ada kawan2 yang mengalami masalah yang sama.. Kita lipat2, tak sampai 10minit dia dah selongkar balik..dah nak kena lipat lagi..rajin pulak aku update nih.. Hahaha
Harap2 bermanfaat buat kawan2 dan ibu2 muda di luar sana. Hahaha orang lain dok share resepi masakan sedap2 di hujung minggu aku pulak share cara lipat baju anak.
Baris depan; baju lengan pendek+seluar panjang. Baris tgh n belakang; baju lengan panjang+seluar panjang.
Susun la ikut kreativiti & citarasa masing2..yang penting nampak kemas, teratur dan MUDAH DI AKSES!
Baris depan: baju tanpa lengan+seluar pendek
Baris tengah n belakang: baju lengan pendek+seluar pendek
Butangkan butang paling atas dan bawah..
Kalau rajin butangkan semua pun boleh.
Terbalikkan baju
Letak seluar
Lipatkan kaki seluar ikut panjang baju
Lipat bahagian badan baju.. Pastikan bahagian bahu lurus.. Sbb nak create ‘pocket’
Lipat lengan baju.
Lipat lagi sebelah..
Lipat 1/3 baju..
Masukkan kan hujung baju ke bahagian belakang baju.. Haha.. Tak reti nak describe, sila tengok gambar
Dah siap dan kemaskan lipatan..Nak tengok size dan jenama apa pun senang sebab boleh tengok label baju.. Nak pilih2 baju pun senang.
Kemudian pi la simpan dalam laci bersama kawan2 dia..
Jangan nanti dah lipat2, boleh pulak ko lupa baju lengan pendek ke lengan panjang dengan seluar pendek ka panjang.. dah naya ke diri sendiri bukak lipatan nak check baju panjang ke pendek.. sendiri mau ingat la okey..
Selepas bercerai Mac lalu, Intan Liana Saleh kini nampaknya dah semakin tenang dan bahagia bersama dua buah hatinya.
Menurutnya, orang ramai tak perlu nak persoalkan kehidupannya yang dilaluinya kini dan berharap perkara yang lepas biarlah berlalu.
Dia juga mengakui sudah boleh meneruskan hidup baru bersama anak dan sokongan dari ahli keluarga namun tetap mengakui kenangan lama bersama bekas suaminya, Ude Wahid tetap ada.
“Move on atau tidak, tak perlu dipersoalkan. Move on tu melangkah maju bukan melupakan. Kenangan tidak boleh dipadamkan,” tulisnya di instagram.
Status yang dimuat naik oleh Intan itu mendapat reaksi positif dari peminatnya yang sentiasa menyokong dan memahami keadaan dirinya.
“Tempat jatuh lagi dikenang ni kan pula tempat berkasih sayang walau tinggal kenangan….ingat tak salah..siapa cakap salah tu orang tu no perasaan.”
“Memori lama akan hilang sedikit demi sedikit bila memori baru yang lebih indah tiba..u deserve better dear..Allah sebaik-baik perancang.”
Ude dan Intan berkahwin pada 1 Mac 2013 dan bercerai talak satu pada 22 Mac lalu.
Mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Arish Muqri, 3, serta Ariq Muqri berusia setahun.
Pada November lalu, pelakon Izreen Azminda mendedahkan sudah berkahwin dengan Ude pada 8 Ogos 2017 secara tertutup dan ia dirahsiakan atas permintaan suaminya itu.
Sumber: iiiintan.saleh
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ketahui cara sekat video Indonesia di YouTube dengan mudah menggunakan tetapan aplikasi, fungsi sekatan dan kawalan ibu bapa bagi membantu anak menguasai Bahasa Melayu dengan lebih baik.