Semua orang sedang terkesan dengan wabak COVID-19, secara langsung ataupun tidak. Namun masih ada majikan yang membayar gaji secara penuh walaupun pekerja sudah mula bekerja dari rumah.
Namun ada juga yang terjejas dan tidak mendapat gaji kerana mereka mungkin mendapat gaji harian. Situasi setiap orang berbeza-beza begitu juga ujian mereka. Bagi yang mendapat gaji penuh, cubalah untuk membayar yuran taska/pengasuh secara penuh walaupun hanya 15 hari anak anda dibawah jagaan mereka. Anggap sahaja itu sebahagian sedekah dan juga membersihkan rezeki kita. Bagi yang tidak berkemampuan ketika ini, cuba berbincang dengan pengasuh atau pemilik taska.
IMPAK COVID19
Dear all dan sahabat Pengusaha Taska Tadika yang dirahmati Allah swt. PARENTS TAK MAHU BAYAR YURAN PENUH. Pasti ada sebabnya. PENGUSAHA MOHON YURAN PENUH.Pasti ada sebabnya. Ujian Covid19 yang memberi kesan kepada semua.
ITS OK. ALLAH ADA
Ads
Dari surah ALI IMRAN:159 saya nak relatekan apa saya faham dan bagaimana kita ( pengusaha dan ibu bapa)harus bertindak………..
Saya bukan pandai sangat dalam mengupas ayat Quran tetapi yang saya faham dari maksud surah ALI IMRAN:159 apabila berdepan dengan sesuatu KONFLIK , kita samada IBU BAPA & PENGUSAHA TASKA TADIKA perlu;
•berlemah lembut at all time. dalam apa keadaan perlu menyantuni antara satu masa lain
•jika berkasar hubungan kita terganggu dan boleh menyebabkan kedua pihak menjauhkan diri dan boleh putuskan hubungan. Emosi kita juga terganggu , parents pasti akan marah dan mungkin keluarkan anaknya dari Taska Tadika kita.
Ads
•jika benar-benar parents itu ada masalah kita perlu maafkan dan beri pertimbangan . Disini kita mungkin boleh fikir untuk pertimbangkan yuran> Kita perlu tahu apa masalah dia sebagai satu keluarga ( Di sini kita boleh niat untuk buat kebajikan kepada yang perlu) BUT sebaliknya ibu bapa perlu memahami keadaan pengusaha. Ibu bapa pula maafkan pengusaha kerana pihak Taska Tadika akan menghadapi kekangan perbelanjaan yang amat dirasai satu Malaysia.
Perlu ada ITS OK di sini. Majoriti parents yang tidak ada masalah, bayarlah penuh. Segelintir yang tidak mahu itu kita harus fahami mereka ……ITS OK, dalam rezEki kita ada rezki dia.
•bermesyuarat dan bincang secara sepakat dengan mereka. Jika ada 2-3 % yang benar-benar dalam kesusahan then kita perlu beri pengurangan yuran atau tangguhkan bayaran ke bulan-bulan akan datang .Kedua pihak perlu buat pertimbangan untuk buat keputusan yang adil. WIN- WIN. Parents yang tidak ada masalah bayarlah penuh ya…… Pasti niat meringankan beban pihak pengusaha sekarang akan meringankan beban pihak ibu bapa kemudian.
We need each other.
•bulatkan tekad ( buat keputusan bersama ) dan kita semua pengusaha satu Malaysia perlu sepakat.
Ads
•bertawakkal kepada Allah atas apa yang kita sudah putuskan . ALLAH suka hambaNYA yang bertawakkal
•Allah mencintai org yg bertawakkal bukan maksud saya kita beserah kepada ibu bapa yang tidak mahu bayar yuran penuh.
Suami mengimpikan isteri yang taat dan setia manakala isteri pula menginginkan suami yang boleh menjadi pelindung kepada ahli keluarga dan laksanakan tanggungjawab dengan baik.
Dalam mencari kebahagiaan keluarga, masing-masing kena tahu peranan dan tidak boleh hanya seorang sahaja yang bertindak. Sama-samalah berusaha untuk mencari reda Allah dalam melayari rumah tangga. Dikurniakan anak-anak yang soleh dan baik akhlaknya juga antara kebahagiaan besar dalam hidup berumah tangga.
PETUA UNTUK JADI KELUARGA BAHAGIA
1. SOLAT awal waktu, PASTI keluarga akan bahagia. Beza orang yang sekadar solat dengan orang yang solat di awal waktu, ibarat langit dan bumi. Jauh bezanya. Dan Allah akan hujani rezeki pada rumah orang-orang yang jaga solat di awal waktu.
2. Wujudkan ta’lim dalam rumah sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari. Ta’lim adalah sesi berkumpul sekeluarga dan bercerita tentang Allah, kisah nabi, tafsir quran, atau hadis-hadis. Jadikan rumah kita sebahagian dari taman syurga.
3. Wujudkan tiga waktu ini dalam keluarga, sekurang-kurangnya sekali sehari: Solat berjemaah, Makan berjemaah, dan Bercerita/berbual. Dan dalam ketiga-tiga waktu ini, haramkan handphone dan TV.
4. Menguap atau melihat handphone ketika pasangan atau anak-anak sedang bercerita, adalah akhlak yang sangat buruk.
5. Sebut nama pasangan dan anak-anak dalam doa selepas solat, setiap hari.
6. Banyakkan menyebut “ya arhamar rahimin” (Yang Maha Pengasih dan Penyayang). Supaya setiap anggota keluarga kita juga sentiasa ada dua sifat itu – penyayang dan pengasih.
7. Hindari sikap MALAS. Buang perkataan MALAS dalam kamus hidup. Allah benci orang yang malas, Allah menyempitkan rezeki orang yang malas. Kurangkan tidur, kurangkan makan, kurangkan social media, kurangkan berhibur. Kerana itu punca malas.
8. Tanda Allah sayang keluarga kita ialah bila setiap ahli keluarga mampu berlembut dan bertoleransi sesama sendiri. Kalau kita masih berkasar, kerap bertelingkah, kuat merajuk, pentingkan diri sendiri, maksudnya keluarga kita masih jauh dari Allah.
9. Orang yang paling kaya dan bahagia adalah orang yang kenal Allah, percaya Allah, RASA Allah sentiasa melihat, dan yakin setiap musibah dan nikmat itu adalah kerana kasih sayang Allah.
10. Apa ciri-ciri rumah yang Allah suka? Rumah yang sentiasa bersedia menyambut Rasulullah SAW sebagai tetamu. Bayangkan Rasulullah nak datang rumah kita petang ni. Adakah kita akan malu atau mengelak? Adakah kita akan sorokkan mana2 majalah, DVD, frame gambar? Adakah kita akan hulurkan Quran yang berhabuk (dah lama tak baca) kepada Rasulullah? Atau adakah kita dalam keadaan yang sentiasa bersedia untuk menyambut Rasulullah, dan yakin baginda akan suka berkunjung ke rumah kita? Tepuk dada.
11. Nafkah wajib seorang suami kepada isterinya ada tiga: Tempat tinggal, Makanan dan Pakaian. Suami isteri yang tinggal di rumah mak atau mak mertua atas sebarang sebab, bermaksud suami belum menyempurnakan nafkah tempat tinggal. Tapi kalau tiada pilihan, suami tetap perlu beri bayaran sewa (atau sumbangan setimpal) kepada tuan rumah, bagi menyempurnakan nafkah tersebut. Ini kewajipan. Dan kalau tak ditunaikan, suami akan menanggung dosanya, dan boleh jadi asbab rezeki keluarga sempit dan rumahtangga tak bahagia.
12. Rasulullah SAW tak pernah merungut apabila makanan yang disediakan isterinya tak sedap, kekurangan pada sikap/layanan isterinya, kenakalan anak-anak, sikap ego orang tua, rajuk/cemburu isterinya, atau sebarang kesusahan dalam rumahtangga. Rasulullah tak pernah merungut. Kerana merungut adalah salah satu tanda hati telah hitam.
13. Macam mana nak bersihkan hati yang hitam? Rajin basuh toilet, bersihkan rumah. Kerja-kerja “kotor” sebegini akan membersihkan hati dan menundukkan jiwa. Sambil bersihkan tandas, repeat dalam hati –
“Rajiah, kau bukan siapa-siapa, kau takde apa-apa, kau tak pernah buat apa-apa. Semua kebaikan yang ada pada kau, adalah kuasa dan pertolongan Allah semata-mata.”
14. Setiap kali kita nampak keburukan atau kekurangan pada pasangan dan anak-anak, kene SABAR. Betulkan diri sendiri dulu. Kadang-kadang kekurangan itu bukan pada pasangan atau anak-anak, tapi pada diri sendiri yang gagal bersyukur, gagal mendidik dan gagal menjadi contoh yang baik. Orang yang betul-betul yakin dengan Allah, tak pernah pandang rendah pada orang lain, termasuk dirinya sendiri.
15. Setiap kali buat kebaikan, jangan harapkan pujian daripada pasangan, tapi harapkan Allah pandang dan Allah sayang. Sebab bila Allah sayang, automatik seluruh makhlukNya sayang pada kita.
16. Kekalkan mawaddah (romantik) dalam rumahtangga. Jalan pegang tangan, baring atas riba pasangan, peluk pasangan, pandang wajah pasangan dengan rasa cinta. Biarpun di hadapan anak-anak.
17. Ringankan mulut untuk ucapkan kata cinta, kata penghargaan, pujian dan dorongan kepada pasangan dan anak-anak setiap hari. Itu akan melembutkan hati dan mengeratkan hubungan.
18. Rasulullah SAW tak pernah pukul/rotan/kurung/ikat/meninggikan suara kepada pasangan dan anak-anak. Baginda bijak menggunakan kemahiran komunikasi dan tutur kata yang berhemah untuk selesaikan sebarang konflik dan stress. Kekerasan dan kekasaran fizikal hanya akan mengeraskan hati dan menjarakkan hubungan.
19. Cara hidup kita menentukan cara mati kita. Dan cara mati kita menentukan cara kita dibangkitkan semula nanti. So kalau nak kesudahan yang baik, betulkan cara hidup bermula sekarang!
20. Sentiasa buat kebaikan, walaupun kepada pasangan yang tak pandai menghargai, pasangan yang ego, pasangan yang jahil, pasangan yang tak membalas kebaikan tersebut. Kerana setiap kebaikan yang kita buat, pasti akan dibalas oleh Allah. Buat baik, sebab nak Allah sayang, bukan sebab nak pasangan sayang. Ingat, tiada satu pun kebaikan yang sia-sia!
21. Rumahtangga yang sejahtera adalah salah satu syurga dunia. Sesiapa yang tak berusaha untuk capai syurga dunia, tak akan mampu beroleh syurga di akhirat nanti. Maka penting untuk kita berusaha capai keluarga sejahtera, sebelum mati.
22. Suami yang rajin tolong basuh pinggan, bukan suami dayus. Suami yang rajin tolong sidai baju, bukan suami dayus. Suami yang tolong mandikan anak-anak, bukan suami dayus. Suami yang patuh cakap isterinya, bukan suami dayus. Tapi suami dayus, adalah suami yang tak mampu membimbing isterinya ke jalan Allah, tak mampu menjaga aurat isterinya, tak mampu membentengi isterinya dari azab api neraka.
23. Rumahtangga yang sentiasa ada solat dan zikir di dalamnya, pasti akan tenang dan bahagia.
24. Jarak sesuatu masalah dengan penyelesaiannya, ibarat jarak dahi dengan tempat sujud. Apa pun konflik dalam rumahtangga, kembali pada Allah.
25. Kualiti sesebuah keluarga terletak pada kualiti solat anggotanya.
26. Sentiasa bersedekah sesama anggota keluarga. Kerana sedekah itu lebih tajam daripada doa.
27. Keluarga adalah asas hidup. Kalau keluarga sejahtera, seluruh perjalanan hidup akan mudah.
28. Seorang suami perlu ada sifat “ghirrah”. (Bukan ghairah. Itu memang dah confirm ada) Ghirrah bermaksud cemburu. Cemburu yang bertujuan untuk memelihara kehormatan isteri dan menghindar isteri daripada maksiat dan dosa. Contoh, kalau isteri nak keluar dengan kawan2, suami boleh izinkan. Dengan syarat, auratnya terpelihara, pergaulannya terjaga.
29. Doa bila rumahtangga dilanda badai atau musibah:
Surah At-Taubah, ayat 128-129.
Ini doa favourite Rasulullah SAW.
30. Doa supaya satu keluarga sentiasa jaga solat:
Surah Ibrahim, ayat 40.
31. Doa supaya Allah sentiasa pelihara ibu bapa kita, dan jadikan anak-anak kita taat:
Surah Al-Ahqaf, ayat 15.
32. Doa memohon zuriat, dan agar Allah sentiasa beri kesabaran ketika belum ada zuriat:
Surah Maryam, ayat 1-10.
Limau kasturi yang kita beli biasanya cepat lembik dan busuk jika tidak digunakan sebaiknya. Tak perlu membazir dan terus buang, apa kata kita simpan menggunakan satu kaedah mudah.
Perkongsian Pn Sharifah Nor Hj Abdullah yang mengeluarkan airnya untuk dibekukan ini wajar kita cuba. Lagi senang nak guna dan tahan lama. Paling penting tak terbuang dan membazir.
Bila pokok limau kasturi berbuah lebat, saya akan buat macam ni. Potong buah, perah ambil airnya.
Nak lebih senang isi penapis terus supaya senang nak buang bijinya. Masukkan dalam petak ais kiub.
Simpan dalam frezer, bila sudah beku keluarkan dan masukkan dalam plastik kecil-kecil. Simpan semula dalam frezer.
Memang seronok apabila mempunyai anak ramai. Tetapi bila anak-anak sudah mula bergaduh, memukul, tidak mahu berkongsi barang dan mencubit, semuanya jadi tidak indah. Boleh dikatakan tidak ada bonding antara adik-beradik.
Apabila tiadanya bonding dengan adik-beradik mulanya wujud rasa cemburu dan pergaduhan dalam keluarga. Jadi perlu dilakukan sesuatu supaya ada ikatan kasih sayang antara adik beradik.
Bagaikan air yang di cincang tidak akan putus, begitulah hubungan dengan adik beradik. Dalam usaha mendidik anak, pendidikan akidah adalah amat penting iaitu memantapkan keimanan pada jiwa anak-anak. Tip yang dikongsikan oleh Datuk Prof Dr Muhaya antara yang boleh dijadikan panduan supaya kasih sayang terjalin utuh antara adik beradik.
1. Elak pergaduhan
Apabila wujud pergaduhan antara adik beradik, tanya kepada anak, adakah ia bagus atau tidak. Ambil gambar semasa bergaduh atau rekod suara jeritannya. Rekodkan. Manakala rekodkan semasa anak dalam keadaan gembira. Bandingkan dan tanya kepada anak-anak, adakah ia sikap yang baik? Berikan penjelasan yang mudah untuk anak-anak fahami bahawa pergaduhan tidak memberikan sebarang kebaikkan dalam kehidupan.
Berikan pujian apabila anak berkelakuan baik
2. Beri pujian
Jika anak-anak memperlihatkan perilaku yang baik, berikan pujian. “Baiknya anak mama.” Tujuan cara ini supaya ia menjadi budaya iaitu berbuat baik akan diberi pujian. Namun jika sebaliknya jangan jadikan ia isu besar. Anak-anak sengaja buat-buat nakal dan bergaduh kerana inginkan perhatian daripada ibu bapa.
3. Minta maaf
Pergaduhan tidak memberikan sebarang kebaikan dalam kehidupan. Ajar anak untuk mengucap perkataan ‘minta maaf’ tetapi bukan memaksa mereka. Dalam hal ini, ibu bapa harus menjadi contoh seperti,“Mama minta maaf. Tadi mama jerit dan garang!”. Apabila anak melihat ibu bapa berbuat demikian, anak-anak akan mengikutinya. Hakikatnya pada usia bawah enam atau tujuh tahun anak-anak akan menyerap apa yang dilihat dan didengar. Jadikan ia sebagai satu kebiasaan dalam diri anak.
Kongsi makanan dengan adik beradik secara tidak langsung memupuk kasih sayang
4. Kongsi makanan
Mendidik anak mengenai perkongsian makanan melibatkan perasaan. Ibu bapa akan menjadi contoh bukannya memberi contoh. Apabila ada makanan, ibu bapa akan berkongsi dengan anak. “Rasa happy tak bila mama kongsi makanan dengan abang? Bila abang kongsi dengan adik, mesti adik happy kan”. Fokus tentang emosi iaitu kegembiraan apabila mendapat kebaikan. Pendekatan ini akan mendidik anak tentang kebaikan iaitu jika ada orang berbuat kebaikan, tentu ada orang akan buat baik kepada kita. Fokus kepada kebaikan, jangan marah kepadanya.
5. Bagi pilihan
Pergaduhan ekoran berebut barang permainan adalah perkara biasa. Namun selain marah kita boleh memberitahu kepada anak seperti, “Ok takpe adik nak main dulu, lepas puas main boleh kongsi dengan kakak ye.” Cara ini ibu bapa memberi pilihan kepada anak bukannya menunjukkan perbahanan atau pertelingkahan. Penting setiap ibu bapa menggunakan pendekatan kelembutan semasa membesarkan anak. Begitu juga jika keluar ke pasar raya membeli makanan, misalnya, “ adik nak beli tak untuk kakak atau sepupu.” Cara ini secara tidak langsung memupuk sikap suka memberi dalam dirinya.
6. Aktiviti mengaji
Biarpun waktu mengaji tetap boleh mengikat kasih sayang adik beradik. Waktu mengaji ini dilakukan bersama-sama, ibu bapa boleh sediakan jurnal iaitu berapa banyak helaian yang sudah dibaca atau buat peraduan berkaitan aktiviti mengaji.
7. Sembahyang jemaah
Cara ibadah pula ialah melakukan sembahyang secara berjemaah dan jadikan ia sebagai kebiasaan iaitu apabila azan,katakan kepada anak, Allah memanggil kita, untuk mengucapkan terima kasih kita kena solat. Cara ini mudah untuk anak-anak faham. Kemudian setelah solat berjemaah, peluk antara satu sama lain.
8. Alam sekeliling
Bagi persekitaran pula, lakukan aktiviti harian seperti, “wow cantikknya langit, siapa buat? Allah! Siapa buat adik, Allah!, Siapa buat mata? Allah! Ibu bapa boleh kuatkan akidah anak-anak dengan alam sekeliling.
Kesimpulannya, untuk mendidik anak-anak mempunyai bonding atau kasih sayang antara adik beradik, ibu bapa haruslah menjadi seorang yang penyayang. Dengan ini mudah untuk kita sayang kepada anak.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.