Ibu yang menyusukan mesti tahu info ini. Ada sesetengah ubat-ubatan tidak boleh diambil semasa dalam proses penyusuan susu ibu kepada bayi.
Ibu tidak terkecuali akan mengalami masalah kesihatan. Kadang-kadang ada ibu yang ambil keputusan untuk menahan diri daripada mengambil ubat kerana bimbang akan menjejaskan bayi.
Perkongsian ini diharapkan dapat memberikan panduan kepada para ibu supaya berhati-hati dalam pengambilan ubat-ubatan dan dalam masa yang sama tidak ‘mendera diri’ tidak mengambil ubat ketika sakit.
5 tips ini perlu dilakukan ibu menyusu. Antaranya perah & simpan sebelum makan ubat, susukan bayi dahulu. Serta perah & buang untuk elak penghasilan terhenti.
Nasihat daripada doktor & ahli farmasi sangat penting sebelum ambil ubat.
Ads
Bagi ibu yang ragu-ragu ubat yang diberikan selamat atau tidak diambil semasa menyusu, penting untuk mereka maklumkan status menyusu kepada profesional kesihatan. Tidak semua ubat selamat, ada yang boleh memudaratkan bayi!
Ads
Ubat yang tidak dirembes ke dalam susu, tidak diserap perut & usus serta yang dikenalpasti selamat sahaja yang boleh diambil ye ibu-ibu menyusu.
Rujuk doktor & ahli farmasi sekiranya perlu ambil ubat masa menyusu.
Ads
Antara ubat-ubatan yang selamat diambil ibu menyusu;
Ini pula ubat-ubatan yang tidak selamat diambil semasa penyusuan susu ibu kepada bayi. Antaranya ubat kardiovaskular, aspirin, ubat kawal kolesterol, ubat rawatan kanser, pil perancang estrogen & ubat sakit mental/ epilepsi.
Ada ke ibu ayah yang mahukan anak mereka jatuh sakit? Pastinya tiada bukan. Ketahui cara mencegah penyakit yang boleh dilakukan bagi menjaga kesihatan anak agar sentiasa sihat.
Cara mencegah penyakit
Pencegahan penyakit adalah bahagian penting dalam menjaga kesihatan anak secara keseluruhan. Banyak strategi pencegahan mudah, selamat dan berkesan yang memungkinkan anda melindungi diri dan keluarga daripada pelbagai penyakit berpotensi serius.
Sama ada penyakit bawaan makanan hingga jangkitan yang disebabkan kutu mahupun gigitan haiwan.Jom ketahui cara mencegah penyakit yang boleh anda lakukan di rumah demi melindungi anak tersayang.
Pencuci, sanitasi dan pembasmi kuman
Mencuci rumah mungkin bukan 1 aktiviti yang menyeronokkan. Tetapi meluangkan masa beberapa minit dapat membunuh kuman dan membantu menjaga kesihatan keluarga anda.
Lakukan:
Penyediaan dan penyimpanan makanan
Bagi ibu bapa yang mementingkan penjagaan kesihatan anak, anda perlu mengetahui cara mencegah penyakit bawaan makanan. Adalah sangat digalakkan untuk anda menjadi contoh teladan untuk anak dengan mengamalkan tabiat mencuci tangan, kebersihan serta penyediaan dan penyimpanan makanan yang baik.
Berikut 3 fakta asas yang perlu diingat semasa menyediakan makanan:
1. Bakteria membiak dengan cepat dalam makanan bersuhu suam atau disimpan dalam suhu bilik. Oleh itu, pastikan makanan panas tetap panas dan makanan sejuk kekal sejuk.
2. Bakteria sering terdapat dalam makanan mentah. Masak masakan berasaskan haiwan dengan teliti. Jangan lupa basuh sayur-sayuran dan buah-buahan sama ada untuk dimakan mentah atau dimasak.
3. Bakteria dan virus mudah dipindahkan daripada badan ke makanan dan daripada satu makanan ke makanan lain. Pastikan anda basuh tangan dengan kerap dan galakkan anak untuk melakukan perkara yang sama. Letakkan makanan mentah dan makanan yang siap dimasak ditempat berasingan. Jangan lupa untuk mencuci pisau, papan pemotong dan perkakasan lain yang digunakan untuk menyediakan satu makanan sebelum menggunakannya semula.
Cara mencegah penyakit melalui cara penyimpanan makanan
Strategi kebersihan
Berapa kali anda dan anak membasuh tangan dalam sehari? Anda mungkin menganggap ia perkara remeh. Tetapi amalan ini merupakan kaedah penting yang boleh dilakukan sebagai cara mencegah penyakit.
Mencuci tangan dengan betul
Berdasarkan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC), cara membasuh tangan yang disyorkan adalah:
Elak luka gigitan
Ikuti langkah berikut untuk pencegahan:
Mengurangkan penyebaran penyakit pada anak
Setiap anak mempunyai risiko untuk menyebarkan penyakit. Perkara ini berlaku terutamanya pada bayi dan kanak-kanak yang cenderung menggunakan tangan untuk lap hidung atau menggosok mata dan kemudian memegang mainan atau menyentuh kanak-kanak lain.
Berikut beberapa perkara yang boleh anda guna sebagai cara mencegah penyakit dan menjaga kesihatan anak:
Kesimpulannya
Pada satu tempoh tumbesaran, anak pasti akan jatuh sakit. Namun sebagai ibu bapa, anda tetap perlu mencari cara mencegah penyakit untuk anak. Bukankah mencegah itu lebih baik daripada merawat? Jika mempunyai sebarang keraguan atau kebimbangan mengenai kesihatan anak, lakukan pemeriksaan doktor.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Masalah jaundis atau kuning adalah keadaan yang biasa dialami bayi selepas beberapa hari dilahirkan. Biasanya keadaan ini berlaku sekitar dua atau tiga hari dilahirkan. Apabila bayi jaundis, kulit atau mata putih akan menjadi kekuningan.
Mengikut fakta perubatan, keadaan ini berlaku disebabkan peningkatan kadar bilirubin dalam darah bayi yang baru dilahirkan. Walaupun ia adalah masalah biasa, ibu bapa mesti sentiasa peka dan perlu mengikut arahan doktor atau jururawat untuk mengambil bacaan darah bayi secara berkala.
Sekiranya tiada masalah, jaundis akan turun dalam masa seminggu atau dua minggu dilahirkan, jika selepas itu masih ada lagi, ia dalam kategori prolong jaundis. Cuma jika masih berterusan masalah kuning, pemeriksaan lanjut harus dilakukan.
Ikuti perkongsian Puan Leeya Yaakub yang berkongsi kisah mengenai arwah anak sulungnya dan peringatan buat semua ibu bapa.
JANGAN PANDANG RINGAN TENTANG KUNING ANAK!!
Assalamualaikum semua.. Posting ni adalah peringatan untuk ibu-ibu semua!! Posting ini mungkin panjang sedikit jangan skip ya, baca sampai habis..
Video dibawah adalah video arwah anak saya meninggal akibat radang hati yang membawa kepada kanser hati, perginya anak syurga saya pada 20/10/2022 sewaktu dia berusia 1 tahun 8 bulan.
Selepas 4 hari kelahirannya arwah kuning dan bacaan kuning berpanjangan sehingga 2 minggu, bacaan kuning kembali normal 4.9 selepas hari ke 14.. (saya tidak pasti mengapa hari ke 14 bacaan jadi normal, mungkin ada sedikit kesilapan masa ambil darah tu)
Sepanjang hari-hari saya memang perasan mata arwah kuning tapi saya berfikir mungkin arwah mmg sejenis orang yang bermata kuning.
Dipendekkan cerita Sewaktu dia berusia 2 bulan, saya pos video dia di story fb, Ramai yang pm bgtau mata Anak kuning.
Tanpa berfikir panjang saya terus refer arwah ke klinik kesihatan, perkara pertama doktor tanya adalah najis dia, adalah najis dia normal atau pucat, saya bagitau doktor kata najis arwah memang pucat, masa tu doktor angguk dan doktor minta izin untuk ambil darah untuk melihat bacaan fugsi hati.
Selepas beberapa hari dapat keputusan bacaan hati arwah tidak normal dan perlu refer pakar Muar.
Ketika berjumpa pakar Muar, mereka terus refer ke pakar Johor Bahru untuk proses pembedahan ambil sample hati.
Dan keputusan dari sample hati sangat-sangat memilukan kami suami isteri.. Anak saya didapati mempunyai masalah hati (Singkatan penyakit hati PFIC TYPE 2) penyakit hati yang sangat jarang ditemui.
Arwah di refer ke pakar Kuala Lumpur.. hati ibu mana tak sebak bila doktor kata jangka hayat anak saya tidak lama. Rasa nak meraung di situ.
Arwah jalani kehidupan tidak seperti kanak-kanak lain, kerap sakit. 24jam hidup dia dengan saya, tak pernah berenggang pun, mungkin Allah nak bagi nikmat untuk saya bersamanya sebelum Allah ambil nyawanya. Saya rindu arwah.
Posting ini adalah peringatan untuk semua.. Tolong !!!! Tolong !!!! Tolong !!!! Titik berat tentang kuning anak, ini perkara serius. Kalau doktor minta anak untuk admit wad tolong akur.
Semoga semua anak-anak kita dalam lindungan dan dijauhi dari perkara-perkara yang tidak diingini Amiin.
Menjadi seorang wanita, sebulan sekali pasti kedatangan haid. Bertuahlah jika anda tidak mengalami senggugut teruk. Senggugut yang sederhana biasanya dapat dikurangkan dengan tuaman air panas atau dibiarkan begitu sahaja. Namun ada yang mengalami senggugut teruk sehingga keadaan memaksa mereka mengambil ubat penahan sakit. Lebih menyedihkan jika situasi ini tidak difahami dan dicop sebagai ‘drama queen’.
Rasa sakit senggugut boleh disamakan seperti perut ditumbuk berulang kali dengan kuat dari dalam. Itulah kebenarannya, senggugut sememangnya menyakitkan. Bagi yang selalu mempertikaikan keadaan anda yang mempunyai senggugut teruk, mungkin mereka akan terdiam apabila mengetahui hakikat ini. Sakit senggugut sama seperti serangan jantung!
Kejang perut (senggugut) atau Dysmenorrhea kini secara teknikalnya diakui sakitnya seperti serangan jantung. Seorang profesor reproduktif dari University College London, John Guillebaud mengatakan kesakitan pada abdomen ketika seorang wanita datang haid sama teruk seperti seseorang yang mendapat serangan jantung.
Mungkin efeknya tidaklah sedahsyat serangan jantung, tetapi sekurang-kurangnya dapat memberi sedikit pendedahan kepada kaum lelaki yang sering memandang remeh soal senggugut ini. Dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh seorang profesor yang berpengalaman dalam bidang ini, sudah tentu kesakitan ketika datang haid tidak boleh dipandang ringan mahupun dipertikaikan lagi.
Jika anda mahu mengurangkan rasa sakit senggugut ketika datang haid, bolehlah cuba beberapa cara ini. Paling penting, kesemua cara ini tidak memerlukan anda bergantung kepada ubat tahan sakit.
1. Tuam bahagian sakit
Gunakan tuaman panas untuk mengurangkan rasa senggugut. Melalui cara ini, otot-otot yang sedang mengalami ketegangan akan menjadi lebih tenang.
2. Banyak bergerak
Stres akan menyebabkan penghasilan hormon yang tidak seimbang. Untuk melancarkan peredaran darah, lakukan aktiviti yang meneggembirakan bagi menghasilkan hormon endorfin yang membantu mengurangkan senggugut.
3. Minum air halia
Ambil sedikit halia dan tumbuk kasar. Masukkan ke dalam air suam dan diminum untuk menghangatkan tubuh dan mengurangkan rasa sakit pada abdomen.
4. Air suam
Mengamalkan air suam semasa datang haid dapat memberi kelegaan kepada otot rahim serta membantu melancarkan aliran darah.
Belon tersangkut dalam saluran pernafasan anak boleh menyebabkan saluran udara tertutup sepenuhnya. Ketahui kisah Uwais Al-Fateh, tanda-tanda tercekik, langkah kecemasan dan cara pencegahannya.