Ketika membesarkan anak-anak, didiklah mengikut perkembangan mereka. Beri perhatian kepada emosi serta tingkah laku mereka. Untuk memastikan anak membesar dalam persekitaran yang positif, elakkan terlalu ‘menekan’ mereka untuk melakukan sesuatu yang di luar kemampuan anak.

Kalau Kita Nak Anak Membesar Jadi Baik, Tunjukkan Bagaimana. Ibu Ayahlah Sebenarnya Contoh Terbaik!

 

Misalnya untuk perkembangan kanak-kanak di peringkat umur antara tiga tahun hingga empat tahun dan kadangkala sehingga enam tahun, mereka masih lagi minat untuk bermain. Main pada kanak-kanak adalah belajar. Kanak-kanak belajar sambil bermain untuk memahami sesuatu konsep. Sambil bermain mereka belajar mengenali sesuatu dengan menggunakan deria lihat, sentuh, rasa, dengar dan mentafsir mengikut pandangan dunianya sendiri.

Artikel Menarik: [Tanpa sedar, Terlalu Banyak Hutang Masa Kita Dengan Anak. Selagi Ada Masa Layanlah]

Tingkah laku positif kanak-kanak sepatutnya diterapkan seawal usia sebelum ke tadika. Ibu bapa memainkan peranan penting untuk memupuk kanak-kanak berdisiplin. Adalah tidak adil untuk meletakkan segala tanggungjawab dibebankan kepada institusi tadika dan sekolah.

#Bentuk Disiplin Anak Di Rumah

Pernahkah ibu bapa melatih anak-anaknya mematuhi perkara yang dilakukan semasa di rumah? Sebagai contoh jadual di rumah waktu bermain, menonton televisyen, solat, mandi dan tidur. Kesemuanya perlu dimulakan sejak kecil lagi.

Mereka perlu dibiasakan perkara-perkara yang diingini oleh orang dewasa seperti tidak menyepahkan barang mainan selepas main, membaca dan sebagainya. Jangan jadikan sesuatu yang negatif seperti tidak mengemas barang mainan selepas bermain dibiarkan begitu sahaja.

Kalau Kita Nak Anak Membesar Jadi Baik, Tunjukkan Bagaimana. Ibu Ayahlah Sebenarnya Contoh Terbaik!

IKLAN

 

Maklumkan berkemas sebagai satu peraturan dan sekiranya ingkar hukuman tidak benarkan bermain lagi. Ibu bapa perlu memberi contoh seperti mengemas bersama-sama untuk beberapa kali dan berikan pujian sebagai ganjaran kerana mengemas barang mainannya.

Selepas itu galakkan kanak-kanak melakukannya sendiri mengikut jadual yang ditetapkan seperti masa menonton televisyen, membaca, mandi dan tidur.

#Latih Anak Untuk Sentiasa Fokus

Kanak-kanak yang tidak dilatih mendengar dengan memberi tumpuan dengan menggunakan mata biasanya tidak dapat mengikut arahan dengan betul. Kadangkala mereka sukar untuk memahami perkara yang disampaikan. Arahan yang hendak disampaikan hendaklah jelas, ringkas dan dapat dilihat atau digambarkan.

Kalau Kita Nak Anak Membesar Jadi Baik, Tunjukkan Bagaimana. Ibu Ayahlah Sebenarnya Contoh Terbaik!

 

IKLAN

Contohnya, “Selepas bermain barang mainan hendaklah dikemas masukkan ke dalam kotak.” Kanak-kanak dapat memahami dengan jelas dan mengetahui apa yang perlu dibuat untuk menyimpan barang mainannya. Berbanding dengan contoh berikut: “Mainan yang bersepah ini perlu dikemas sekarang juga.” Kanak-kanak tidak tahu apa yang harus dilakukan untuk menyimpan barang mainannya.

#3 Ajar Cara Mudah

Pada usia enam tahun tidak semua mencapai kematangan dan mereka masih di tahap mempelajari sesuatu perkara berasaskan perkara yang maujud atau konkrit. Mereka tidak dapat membayangkan sesuatu yang abstrak.

Artikel Menarik: [Anak Dah Masuk Usia 3 Tahun Boleh Cuba Aktiviti Ini, Bagus Untuk Asah Motor Halusnya]

Kalau Kita Nak Anak Membesar Jadi Baik, Tunjukkan Bagaimana. Ibu Ayahlah Sebenarnya Contoh Terbaik!

 

IKLAN

Contohnya, apabila ditanya berapa nilai nombor lima. Mereka tidak dapat mengaitkan persamaan nilai lima dengan benda lain. Walhal nilai lima boleh dikaitkan dengan lima jemari, lima keping biskut dan sebagainya. Setiap perkara yang dipelajari perlu ada unsur main. Bahan yang diberikan hendaklah selaras dengan minat dan keupayaan kanak-kanak.

Kesimpulannya, ibu bapa perlu memahami perkembangan kanak-kanak mengikut peringkat usia terhadap kesesuaian kesediaan belajar. Setiap tahap kesediaan belajar kanak-kanak berbeza bergantung kepada keupayaan individu. Setiap kanak-kanak keupayaan, kemahiran dan minatnya berbeza. Kenal pasti minat dan kebolehan anak anda dan berikan perkara yang diminati untuk memupuk minat belajar.

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

 

 

 

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI