Ketika membesarkan anak-anak, kita mahukan yang terbaik buat mereka. Sedarkah anda, kita juga ada berbuat salah? Dalam usaha membentuk sahsiah anak-anak, kita alpa dan tidak sedar bahawa kita juga tidak sempurna.
Lihat senarai yang Pa&Ma kongsikan ini. Adakah ia ada berlaku pada anda? Jika ada, mungkin sudah tiba masanya untuk berubah.
Ads
Pernahkah anak-anak mendekat anda dan cuba mencuri perhatian anda? Bahkan mereka sanggup memberanikan diri untuk buat perkara yang mungkin akan menyebabkan mereka dimarahi. Jika inilah yang berlaku, sedarkah anda bahawa SEBENARNYA KITA TIDAK MEMBERI CUKUP SENTUHAN KASIH SAYANG KEPADA MEREKA?
Anda marah jika anak mulai berbohong? Jika mereka mulai berbohong, itu menjadi petunjuk yang anda mungkin sering menghukum mereka dengan KERAS untuk setiap KESALAHAN yang mereka buat sebelum ini.
Anda perasan yang anak mempunyai tahap keyakinan diri yang rendah. Sebabnya, anda lebih banyak MEMBEBEL dari memberi DORONGAN ketika mereka mencuba membuat sesuatu.
Sudah banyak yang kita berikan kepada anak-anak tetapi mereka suka mengambil hak orang lain. Ini mungkin berlaku kerana mereka TIDAK diberikan PELUANG untuk membuat pilihan sendiri.
Ini selalu berlaku, tanpa sedar kita suka membandingkan anak-anak dengan orang lain. Tabiat buruk kita itu akan mendorong mereka menjadi seorang yang KUAT CEMBURU dan BERDENGKI dengan kelebihan orang lain.
Anak selalu takutkan sesuatu yang tidak pasti. Ini kerana kita SELALU MEMBANTU mereka tanpa memberi peluang kepada mereka untuk berdepan dengan perkara itu. Berikan ruang untuk mereka menghadapi cabaran tersebut, jika perlu baharulah kita membantunya.
Katakan anak anda seorang PERENGUS atau mudah marah, itu tandanya anda TIDAK CUKUP menghargai dan memberikan PUJIAN apabila mereka berkelakuan baik. Bahkan kita sentiasa memandang yang negatif sahaja pada mereka.
Jika anak-anak diperhatikan tidak menghormati perasaan orang lain, boleh jadi ia berlaku kerana anda selalu MEMERINTAH dan TIDAK PEDULI dengan perasaan mereka. Hasilnya, mereka tidak merasa untuk menjaga perasaan orang lain itu sebgai satu hal yang penting.
Anak kurang berkongsi dan lebih selesa berdiam diri? Cuba ingat kembali, mungkin anda sering MEMBESARKAN PERKARA yang menyentuh tentang diri mereka.
Kita sering marahkan anak kerana mereka tidak beradab. Mungkin cara begitu mereka pelajari dari anda yang juga BIADAP.
Anak yang mudah dibuli atau tidak berani untuk mempertahankan diri menunjukkan yang mereka SENTIASA DIHUKUM di hadapan orang lain. Sebagai ibu bapa, menghukum anak-anak harus dilakukan ketika hanya ada anda dan dia sahaja. Teguran atau denda adalah sesuatu yang MEMALUKAN, jika anda mahu mendidik anak-anak, pastikan ia dibuat secara PERSONAL.
Ads
Ads
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kalau anak berjaga malam itu sesuatu yang biasa dihadapi oleh semua ibu bapa yang baru menerima cahaya mata. Kadang-kadang tak larat nak melayan si kecil pada waktu malam.
Menerusi posting di facebook Encik Ahmad Syakir Amran, beliau telah berkongsi tip bagaimana anaknya dari seawal umur sebulan tak pernah meragam pada waktu malam.
Kawan-kawan yang baru dapat baby & bakal dapat baby korang boleh cuba tips ni In Sha Allah berkesan & tido malam korang tak terganggu;
1. sebelum tido malam tuka pampers baby siap2 bg dia selesa
2. lebih kan 1oz susu sebelum tido, contoh kalo selalu baby minum 3oz buat 4oz sblum tido
3. kalo baby bagun menagis malam biarkn dulu dia menangis 5-10 minit baru bagi susu jgn biasakn bila menangis terus bagi susu sbb nk tuka mind set baby, yg ni perit ckit tp kene kental, tgk mcm kesian, try seminggu
ALHAMDULILLAH DARI UMUR RAIESYA 1 BULAN SAMPAI LAH SEKARANG DIA TAK PERNAH BAGUN MALAM,
Tips ni ak belajar dari Consultant Paediatric Dr.Tan Eng Kian dari salam hospital shah alam masa ak check up anak ak Raiesya, apa2 hal korang bole rujuk dia bnyk lg tips2 berguna korang boleh belajar dr dia, ok good luck!
Bila pergi rumah orang, tengok kuali, periuk berkilat kadang terdetik dalam hati “Rajinnya cuci periuk, tak nampak langsung kesan hitam atau minyak yang melekat.” Ini respon secara automatik.
Mungkin bagi sesetengah individu tak kisah sangat bab periuk, kuali yang ada kesan hitam, janji dapat masak di rumah. Cuma bagi sesetengah orang memang lepas masak akan terus gosok sampai licin dan berkilat. Bukan pasal cerewet tetapi dah terbiasa.
Apa-apa pun ia terpulang pada anda. Jika dapat tahu rahsia ini pun sangat bagus. Sekurang-kurangnya periuk, kuali yang digunakan dapat tahan lama. Sebab tu zaman mak-mak kita dulu, walaupun periuk belanga dah guna berpuluh tahun, sampai dah ada cucu dan cicit pun masih elok lagi.
Sekarang ini pun, dah banyak bahan cucian yang dijual di pasaran untuk menjadikan periuk sentiasa berkilat dan kesan hitam mudah tanggal.
Bagi anda yang nak tahu rahsia Puan Mariyah Ghazali sehingga periuk, kuali di rumahnya berkilat walaupun lebih 8 tahun digunakan hanya satu bahan sahaja iaitu menggunakan sabun mandi.
Sejak dulu lagi memang sabun ini sahaja yang digunakan. Memang puas hati. Harganya pun tidaklah mahal.
Lagi satu cara yang dipraktikkan adalah lepas masak, jangan bertangguh untuk mencuci permukaan bawah periuk atau kuali tu. Jika terus berus, memang mudah nak hilangkan kotoran itu. Apa yang menjadi masalah, kebanyakan kita hanya membasuh dibahagian dalam sahaja. Itu yang menyebabkan bila lagi lama, lagi tebal kesan kotoran minyak sehingga berkerak dan hitam.
Bila dah jadi macam ni, semestinya kita pun malas nak memberus dan biarkan sehingga hitam.
Apabila dah nampak kehitaman, nak sental bukan mudah sampai ada yang cuba kikis dengan pisau atau lebih malas lagi terus buang dan beli yang baru.
Sebelum ini pun, cara Mariyah mengemas dan menghias rumah rakitnya pernah tular sehingga mendapat pujian ramai. Walaupun bukan rumah mewah, tetapi dekorasi dan kebersihannya sangat tip top.
Ibu kepada seorang cahaya mata ini pernah berkongsi yang dia akan pastikan sebelum nak keluar ke mana-mana atau nak tidur rumah wajib dalam keadaan kemas.
Ada anak kecil bukan halangan untuk rumah sentiasa kemas. Semuanya atas diri masing-masing. Rumah kecil atau besar, bukan alasan sebab syurgaku rumahku.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Wabak coronavirus yang melanda sering dikaitkan dengan masalah pernafasan. Mana tidaknya, simptom yang diuar-uarkan seperti batuk dan sesak nafas memang tertumpu kepada masalah organ paru-paru. Itu merupakan kaedah utama penyebaran virus novel korona.
Di saat orang ramai sibuk menutup mulut, membeli topeng untuk melindungi diri daripada dijangkiti oleh wabak coronavirus, kajian terbaru telah mengesahkan bahawa wabak coronavirus baharu boleh tersebar melalui laluan fecal-oral.
Walaupun cara penyebaran melalui sisa perkumuhan ini merupakan maklumat baharu yang telah disahkan oleh kajian sains, tapi saintis tidak terkejut. Ini berikutan virus novel korona (COVID-19) ini sering dikaitkan dengan virus korona sindrom pernafasan akut teruk (SARS-CoV).
Persamaan di antara kedua-dua virus ini dipersetujui oleh kebanyakan ahli akademik sehinggakan ia pernah digelar sebagai SARS-CoV-2.
Suatu ketika dahulu, kajian menunjukkan bahawa SARS-CoV boleh tersebar melalui sisa air kencing pesakit. Sampel virus tersebut juga jelas terzahir pada sampel najis menunjukkan SARS-CoV bukan hanya tersebar melalui batuk atau bersin.
Perkara ini, walaupun tidak mempunyai implikasi yang agak dahsyat kepada orang awam, tapi boleh membahayakan golongan yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam merawat pesakit. Tanpa memakai alat perlindungan diri, mereka mudah untuk dijangkiti oleh sampel sisa perkumuhan pesakit walaupun ia jarang berlaku.
10 peratus daripada jumlah pesakit yang disoal selidik di Hospital Wuhan (14 daripada 138 orang pesakit) mengalami simptom gastrousus seperti cirit-birit, loya dan muntah sebelum menunjukkan simptom pernafasan.
Tanpa mengetahui tentang peranan virus novel korona terhadap sistem gastrousus, simptom sebegitu pastinya dirawat sebagai masalah keracunan makanan walhal daripada sejarah pesakit, ia jelas menunjukkan risiko jangkitan wabak coronavirus.
Pesakit pertama yang didiagnosis di Amerika Syarikat turut mengalami simptom cirit-birit, 2 hari sebelum demam dan sesak nafas berlaku. Ia bukanlah simptom utama namun wajar diambil kira.
Mereka yang mengalami cirit-birit dan mempunyai hubungan secara langsung dengan mereka yang positif wabak coronavirus atau baru pulang dari Wuhan perlu disiasat dengan lebih lanjut.
Titisan udara masih cara utama wabak coronavirus tersebar wabak coronavirus, virus novel
Walaupun kajian soal selidik di China tersebut menunjukkan cara penyebaran terbaharu virus novel korona, namun cara utama masih melalui titisan udara.
Mereka yang mengalami simptom selesema perlu memakai topeng muka bagi mengelakkan virus tersebut daripada tersebar.
Topeng tersebut hanya betul-betul berkesan bagi menghindarkan penyebaran virus. Ia tidak berapa berkesan dalam menghindarkan anda daripada dijangkiti virus.
Jadi, bagaimana cara untuk anda melindungi diri daripada dijangkiti oleh wabak coronavirus?
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menyarankan amalan cuci tangan dengan menggunakan sabun dan air.
Ia ternyata berkesan dalam membasmi virus novel korona tersebut melalui pelbagai kajian. Pernah juga tular di Facebook berkenaan dengan eksperimen ringkas menunjukkan perbezaan di antara penggunaan air dan sabun serta hand sanitizer terhadap penjagaan roti daripada kulat.
Air dan sabun bukan sahaja berupaya untuk membasmi majoriti mikroorganisma, tapi ia juga boleh digunakan pada tangan yang kotor. Hand sanitizer cuma boleh digunakan pada situasi di mana tidak terdapat air dan sabun.
Kepekatan alkoholnya mestilah berada pada paras 60% dan ke atas, jika tangan anda kotor, basuh tangan anda menggunakan air terlebih dahulu. Melalui langkah pencegahan ini, wabak coronavirus baharu boleh dikawal dengan baik.
Individu yang kerap bersin dan batuk juga perlu mengamalkan teknik/ etika yang betul. Bagi virus yang disebarkan melalui titisan udara, berdiri pada jarak 2 meter daripada individu lain mampu menghindarkan penyebaran virus.
Tutup mulut anda menggunakan tisu dan buang tisu tersebut selepas digunakan.
Tempoh jangka hayat virus di dalam sisa perkumuhan wabak coronavirus
Walaupun kajian yang dijalankan di Jerman menunjukkan bahawa virus korona novel boleh hidup di luar badan manusia dalam tempoh 9 hari, namun ia berbeza mengikut permukaan objek.
Kajian tersebut menggunakan tombol pintu dan barangan lain namun tidak mengambil kira sampel najis yang mempunyai kadar lembapan yang agak tinggi. Semakin tinggi kadar lembapan, semakin panjanglah jangka hayat virus tersebut di dalam sampel yang tercemar.
Buangan sisa klinikal selepas melakukan ujian makmal atau kajian perlu dilakukan dengan betul. Jika tidak, mereka yang menguruskan sisa klinikal tersebut berisiko untuk mendapat wabak coronavirus baharu kelak.
Masih tiada lagi maklumat lengkap berkenaan dengan jangka hayat COVID-19 di luar badan. Virus SARS-CoV hanya boleh bertahan selama 24 jam di luar badan manusia, namun pada sampel najis, jangka hayatnya meningkat 4 kali ganda kepada 4 hari.
Jika virus novel korona mempunyai sifat yang sama, ini bermakna, ia berupaya untuk terus menjangkiti individu lain dalam tempoh masa melebihi sebulan.
Penyebaran melalui najis merupakan cabaran baharu dalam membendung wabak coronavirus yang melanda terutamanya di kawasan hospital.
Maklumat berkenaan dengan cara penyebaran baharu virus ini menunjukkan bahawa kita perlu memberikan tumpuan kepada simptom gastrousus juga. Walau bagaimanapun simptom pernafasan seperti batuk dan sesak nafas tetap menjadi gejala utama dalam mendiagnosis pesakit.
Jika seseorang itu mengalami muntah, loya dan cirit-birit, nasihatkan mereka untuk berjumpa dengan doktor. Perkara ini terutamanya jika mereka pernah berhubung dengan pesakit wabak coronavirus.
Bila anak semakin membesar, semakin mencabar cara didikan kita pada anak-anak. Malah anak yang sudah pandai bersuara dan menunjukkan rasa hati dan emosinya semakin membuatkan kita bertambah pening.